Putus Tunang Akibat Jahil Solat Istikharah


"Gadis putus tunang nampak wanita lain dalam mimpi istikharah." Aku baca tajuk berita dalam group whatsapp. Kebetulan kawanku di sebelah terdengarnya. Dia lantas berkata, "Itulah akibatnya bila orang jahil kononnya tiba-tiba jadi bijaksana setelah istikharah. Dia rasa itulah petunjuk dari Allah. Sedangkan dia terbelit hasutan syaitan."


Dia mengeluh. "Apa maksud kau? Macam buku sastera SPM pula ayat kau." Aku tanya sambil membalas mesej-mesej di whatsappku.

"Boleh tak kau berhenti whatsapp sekejap?" Kawan suruh. "Okay. Okay." Aku berhenti balas.

"Tengok. Kau boleh saja berhenti balas mesej para gadis di whatsapp tanpa perlu lakukan istikharah. Sebab kau tahu tiada manfaatnya kau balas ataupun tidak. Tiada beza. Tiada apa yang berubah.

"Para gadis tu takkan jadi isteri kau selagi kau tak lamar dan meminang mereka dari wali mereka pun. Betul tak?

"Ayat manis, ayat janji, ayat nak nikah semuanya kosong tanpa kesungguhan dan tekad serta keizinan dari Allah." Kawan beranalogi.

Aku terpanah petir sekejap. "Ya, engkau bagus. Aku tak bagus." Aku buat muka merajuk.

Kawan menyambung. "Baiklah, aku nak kau tahu, ada athar yang berbunyi, 'Tidak akan kecewa orang yang melakukan istikharah dan tidak akan menyesal orang yang bermesyuarat dengan orang lain...'

Maksudnya, tidak ada masalah nak buat istikharah. Buatlah kalau nak. Solatnya pun mudah. Solat sunat dua rakaat dengan niat solat sunat istikharah kerana Allah Ta'ala. Afdhal dilakukan di sebelah malam sebab Allah 'turun' ke langit dunia di sepertiga malam.

Namun, boleh juga dilakukan di masa-masa yang lain ikut kesesuaian. Istikharah tu bagus. Tapi, orang yang beristikharah itu yang kurang bagus etikanya.

Kau tahu tak kesilapan yang mereka lakukan bila beristikharah?" Aku geleng kepala. "Dengar ni, antara kesilapannya adalah;

1. Istikharah nak pilih pasangan misalnya, dalam keadaan kau dah rasa sayang kepada pasangannya tu. Kalau dah sayang, masuk meminang saja.

Yakin dan jangan was-was lagi. Kalau ada dua pilihan, hati dah tahu sayang lebih pada siapa. Pilih yang kau sayang lebih tu lah. Tapi yang terbaik pilih ikut anjuran agama.

Kadangkala apa yang kita suka tu tak semestinya baik pada kita. Rujuk surah Al-Baqarah ayat 216. Terus terang saja pada calon-calon segala keputusan tanpa simpati.

2. Istikharah dan tidur. Malam tu mimpi, keluar muka orang lain. Terus buat keputusan terburu-buru. Contoh macam kes dah tunang, nak putus tunang. Eh, mana lagi utama? Mimpi atau rasional.

Rasionalnya kau akan malukan kedua-dua keluarga terutama keluarga perempuan. Kau nak pilih yang kabur atau yang jelas?

Tunang kau jelas di mata, sedangkan bayangan dalam mimpi tu kabur, tiada ikatan dengan kau pun. Jangan tertipu. Itu mainan syaitan.

Lainlah kalau kau dah istikharah 3-4 bulan lamanya, jawapan tetap sama. Ni kau istikharah sehari dua. Orang lain waras, kau yang gila.

3. Istikharah dalam masa pendek, kemudian hati berubah. Kau anggap itulah petunjuk dari Allah. Ini salah. Sebab hati sifatnya berbolak-balik ikut mood. Itu namanya ikut hati. Bukan ikut jawapan Allah.

4. Istikharah kemudian tidak bawa berbincang dengan orang lain. Contohnya, kau istikharah sekian-sekian lepas tu dapat keputusan kau terus buat keputusan.

Nanti dulu. Tanyalah pendapat ibu-bapa. Tanya pendapat alim ulama. Tanya pendapat kawan boleh percaya.

Apakah alasan kukuh untuk tolak dan terima? Adakah tolak sebab orang itu tak baik? Atau terima sebab orang itu cantik dan kacak semata? Atau kerana agamanya?

Ibnu Hajj Al-Maaliki sebut dalam kitab Al-Madkhal, Nabi SAW menyuruh kita beristikharah, berbincang minta pendapat orang lain dan bukan bergantung pada mimpi.

5. Istikharah tapi solat fardhu kau abaikan. Sah-sah istikharah kau tu tak berhasil. Sebab kau pentingkan yang sunat dari yang wajib. Allah marah tau tak? Kalau Dia murka, mana Dia nak beri petunjuk pada kau?

6. Istikharah dalam keadaan kau buat maksiat. Puasalah maksiat kalau nak Allah reda. Ikhtiar, usaha dan berfikir dengan waras adalah lebih utama. Allah bagi kita pilihan berusaha sungguh-sungguh.

Istikharah ibarat penyedap dalam makanan saja. Nasi dah ada lauk ayam masak berempah, tambah daging bakar dan budu jadi makin sedap. Faham tak?

Aku siap meniarap dengar kawanku bagi huraian. Sambil komen, "Panjangnya."

Oh. Pendek kata, yang wajib adalah usaha sungguh-sungguh dan yakin. Jangan banyak sangat pilih orang itu dan ini. Tetapkan pada satu hati. Yakinkan ibubapa dengan satu pilihan itu.

Istikharah cuma sunat. Doa berterusan Allah permudahkan segala urusan kita dunia dan akhirat itu lebih utama.

Baca Al-Quran sentiasa supaya hati tak was-was diganggu syaitan. Jangan jadikan yang sunat itu wajib.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
4 Realiti Sebenar Alam Perkahwinan, Tak Semuanya Indah Selepas Berkahwin4 Mitos Dan Fakta Cinta Sejati
sumber: votalist



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/04/putus-tunang-jahil-solat-istikharah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Maksud Mimpi Putus Tunang Atau Bertunang

Maksud Mimpi Putus Tunang Atau Bertunang

papar berkaitan - pada 14/4/2019 - jumlah : 1066 hits
Walaupun bertunang itu bagi sesetengah orang bukanlah perjanjian atau ikatan yang sekukuh sebuah perkahwinan tapi hakikat yang sebenarnya sesuatu pertunangan itu tidak boleh diambil mudah Ianya bukan bersifat suka sukaan sepertimana janji k...
Dah Empat Kali Tangguh Kahwin Last Terpaksa Putus Tunang Selepas Disahkan Hidap Kannser

Dah Empat Kali Tangguh Kahwin Last Terpaksa Putus Tunang Selepas Disahkan Hidap Kannser

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 469 hits
Hidup tak selalunya indah langit tak selalunya cerah Begitulah gambaran nasib malang seorang pemuda apabila rancangannya untuk berkahwin dengan gadis pilihan terpaksa dilupakan Kalau sudah tertulis bukan jodoh selepas niat mahu mendirikan m...
Solat Hajat Memohon Kemenangan Bn Esok Hari

Solat Hajat Memohon Kemenangan Bn Esok Hari

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 299 hits
RANTAU 12 April 8212 Calon BN PRK DUN Rantau yang juga Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Bin Hj Hasan bersama jentera BN PAS menunaikan solat sunat hajat yang diimamkan oleh Ahli Majlis Tettinggi UMNO Datuk Seri Jamil Khir Baharom pa...
Di Malam Terakhir Kempen Bn Anjur Munajat Dan Solat Hajat

Di Malam Terakhir Kempen Bn Anjur Munajat Dan Solat Hajat

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 260 hits
Diterbitkan Hari ini 10 45 malam PRK RANTAU Di malam terakhir kempen PRK DUN Rantau BN dan PAS mengadakan majlis munajat dan sembahyang hajat bagi memohon kemenangan Mohamad Hasan Kira kira 250 hadirin berkumpul di padang di belakang rumah ...
Biad Ap Zionis Tukarkan Masjid Bersejarah Palestin Jadi Pusat Hibu Ran Tidak Benarkan Solat

Biad Ap Zionis Tukarkan Masjid Bersejarah Palestin Jadi Pusat Hibu Ran Tidak Benarkan Solat

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 297 hits
Biad ap Zionis tukarkan masjid bersejarah Palestin jadi pusat hibu ran tidak benarkan solat Masjid Al Ahmar yang sebelum ini dikenali sebagai antara masjid yang bersejarah terletak di bandar raya safed utara Palestin Namun selepas pencerobo...
Hiburan Saya Sangat Takut Disoal Jika Tinggalkan Solat Haqiem Rusli

Hiburan Saya Sangat Takut Disoal Jika Tinggalkan Solat Haqiem Rusli

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 580 hits
Sering terpalit dengan kontroversi panas dan pelbagai cerita mengenai sikapnya sesetengah pihak melabelkan penyanyi Haqiem Rusli seorang artis yang bermasalah Lebih positif sekarang pesanan terbaru Haqiem untuk peminatnya yang dimuat naik d...
Kesibukan Di Set Pengambaran Tak Halang Krew Produksi Js Picture Tunaikan Solat Jemaah

Kesibukan Di Set Pengambaran Tak Halang Krew Produksi Js Picture Tunaikan Solat Jemaah

papar berkaitan - pada 14/4/2019 - jumlah : 307 hits
Kesibukan kerja tidak sepatutnya dijadikan satu alasan untuk tidak menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Muslim lima waktu yang dituntut bukanlah memakan masa yang banyak sebenarnya Justeru itu apa jua keadaan sekalipun wajib untuk kita ...
Solat Subuh

Solat Subuh

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 3916 hits
A salam Ya Allah pilihlah kami utk solat subuh berjemaah Kata Hamka Jika Subuhnya senantiasa dipelihara Itu tanda akan Selamat dari neraka Jika Subuhnya tiada dia tinggal Allah melindunginya dari segala arah Jika Subuhnya didahului dengan S...
Panduan Solat Sunat Hajat Memohon Sesuatu Hajat Agar Diperkenankan

Panduan Solat Sunat Hajat Memohon Sesuatu Hajat Agar Diperkenankan

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 461 hits
Solat Sunat Hajat merupakan solat sunat yang didirikan untuk memohon hajat atau ketika berada dalam permasalahan dan kesukaran Ia dilakukan bagi mengharapkan pertolongan daripada Allah SWT dan memohon sesuatu perkara atau menolak sesuatu ya...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat