Hukum Imam Tidak Sempurnakan Bacaan Ayat Cerita Dalam Al Quran Ketika Solat



SOALAN:
Apakah apabila imam tidak menyempurnakan bacaan ayat-ayat berkaitan kisah di dalam solat akan menyebabkan solat menjadi kurang sempurna? Adakah terdapat hadith berkaitan hal ini?

JAWAPAN:
Membaca surah atau sebahagian daripada ayat al-Quran selepas surah al-Fatihah adalah termasuk di dalam perkara-perkara yang sunat ketika solat. [Lihat: al-Taqrirat al-Sadidah, 240]

Di dalam mazhab Imam al-Syafie, bagi imam atau orang yang solat bersendirian disunatkan untuk membaca beberapa ayat daripada al-Quran selepas daripada membaca surah al-Fatihah dan yang afdhal adalah dengan membaca tiga ayat atau lebih. [Lihat: al-Taqrirat al-Sadidah, 240]

Berdasarkan soalan di atas, kami tidak mendapati hadith yang menceritakan berkaitan tuntutan kepada imam apabila membaca sesuatu surah yang melibatkan kisah-kisah di dalam al-Quran, maka dia (imam) perlu menghabiskan kisah tersebut sebelum dia rukuk. Tambahan pula, sekiranya seseorang imam itu tidak menyempurnakan bacaan sesuatu kisah di dalam satu rakaat atau dua rakaat sekalipun, maka itu tidak menjejaskan kesempurnaan solat tersebut.

Akan tetapi, alangkah baiknya jika seorang imam itu mempelajari dan mengetahui akan jenis waqaf-waqaf (tempat berhenti) di dalam ayat-ayat al-Quran. Ini kerana, ia akan mendatangkan kekhusyukan kepada para makmum yang berada di belakangnya serta lebih memberi kesan terhadap hati-hati mereka dalam mentadabburi makna-makna al-Quran itu sendiri.

Terdapat hadith di mana Nabi SAW menegur perbuatan seorang khatib apabila khatib tersebut waqaf pada tempat yang salah iaitu:

أَنَّ خَطِيبًا خَطَبَ عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: مَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ رَشَدَ، وَمَنْ يَعْصِهِمَا، فَقَالَ: قُمْ - أَوِ اذْهَبْ - بِئْسَ الْخَطِيبُ أَنْتَ
“Terdapat seorang khatib sedang menyampaikan khutbah di samping Nabi SAW. Katanya (khatib tersebut): “Barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka dia akan memperoleh petunjuk. Dan juga barangsiapa yang melakukan kepada keduanya (Allah dan Rasul-Nya).” Maka Nabi SAW bersabda: Bangun atau pergilah kamu! Kamu adalah seburuk-buruk khatib.” [Riwayat Abu Daud (1099), Syeikh Syu’aib menilai hadith ini sebagai sanadnya adalah sahih]

Hadith ini menunjukkan teguran Nabi SAW kepada seseorang yang mewaqafkan pada sesuatu ayat sehingga menyebabkan makna al-Quran itu boleh disalahfahami. Maka perbuatan seperti ini adalah berdosa. Untuk itu, Allah SWT memerintahkan agar kita membaca apa-apa yang mudah bagi kita daripada al-Quran di dalam solat:

Firman Allah SWT:

فَاقْرَءُوا مَا تَيَسَّرَ مِنَ الْقُرْآنِ
“Oleh itu, bacalah mana-mana yang mudah bagi kamu untuk membacanya daripada al-Quran (dalam solat).” (al-Muzammil: 20)

Ayat ini menunjukkan kepada kita bahawa di dalam solat terdapat tuntutan agar membaca apa yang mudah bagi orang yang ingin mendirikan solat. [Lihat: Tafsir al-Jalalayn, 775]

Penutup

Kesimpulannya, membaca beberapa ayat atau surah selepas daripada al-Fatihah adalah termasuk di dalam perkara-perkara sunnah di dalam solat. Selain itu, setiap orang yang ingin mendirikan solat sama ada secara bersendiri atau menjadi imam perlu menjaga ketika ingin memberhentikan bacaan agar tidak memberhentikannya pada ayat yang boleh mengubah makna al-Quran. Akhirnya, semoga Allah SWT menjadikan dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang sentiasa melazimi solat dan menunaikan solat di awal waktu. Amin.

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca Di Facebook Oh! Media

Oh! Youtube
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/11/hukum-imam-tidak-sempurnakan-bacaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Kanak Kanak Menjadi Imam Solat Orang Dewasa

Hukum Kanak Kanak Menjadi Imam Solat Orang Dewasa

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 942 hits
Apakah hukum kanak kanak yang sudah mumayyiz tetapi belum baligh menjadi imam Para ulama berselisih pendapat dalam hal ini Ada ulama berpendapat ia adalah harus untuk sembahyang fardu dan sunat Pendapat kedua ialah hanya harus untuk sembahy...
Hukum Membaca Al Quran Ke Atas Jenazah

Hukum Membaca Al Quran Ke Atas Jenazah

papar berkaitan - pada 3/11/2019 - jumlah : 518 hits
SOALAN Apakah hukumnya membaca Quran selepas seorang itu meninggal dunia atau pun di kuburnya selepas ditanam akan dia JAWAPAN Membaca Quran ke atas mayat yang baru meninggal dunia atau yang sudah dikuburkan adalah harus hukumnya bukannya b...
Amalkan Ayat Al Quran Ini Segala Penyakit Insyaallah Akan Dimuntahkan Ustaz Sharhan

Amalkan Ayat Al Quran Ini Segala Penyakit Insyaallah Akan Dimuntahkan Ustaz Sharhan

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 2159 hits
AL FADHIL USTAZ SHARHAN SHAFIE adalah pengamal perubatan Islam yang telah lama bergiat aktif dalam mengubati pesakit pesakit misteri gangguan jin syaitan Bagaimana hendak mengubati sakit yang misteri Perubatan moden tidak dapat mengenal pas...
Hukum Wanita Sedang Istihadah Membaca Al Quran

Hukum Wanita Sedang Istihadah Membaca Al Quran

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 496 hits
SOALAN Bolehkah perempuan yang sedang mengalami istihadah membaca akan al Quran dan duduk di dalam masjid JAWAPAN Tersebut pada Himpunan Fatwa Mufti Mesir berkata Dr Syauqi Ibrahim Allam Bermula istihadah adalah hadas kecil dan perempuan ya...
Hukum Membaca Surah Yang Sama Dalam Solat

Hukum Membaca Surah Yang Sama Dalam Solat

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 400 hits
SOALAN Apa hukum membaca surah yang sama selepas al Fatihah di kedua dua rakaat yang awal dalam solat JAWAPAN Pada asasnya membaca surah selepas bacaan al Fatihah adalah sunat walaupun pendek Disunatkan membaca surah pada dua rakaat yang aw...
Info Agama Hukum Qadha Solat Tidak Ikut Tertib

Info Agama Hukum Qadha Solat Tidak Ikut Tertib

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 339 hits
SOALAN Hukum qadha solat fardhu yang ditinggalkan itu adalah wajib Soalan saya adakah wajib juga kita qadha dengan mengikut tertib waktu waktunya Dan adakah wajib diqadha dengan segera JAWAPAN Tidak disyaratkan qadha solat yang ditinggalkan...
Ketika Solat Bersama Suami Isteri Semai Cinta Takkan Pernah Lupus

Ketika Solat Bersama Suami Isteri Semai Cinta Takkan Pernah Lupus

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 457 hits
Dengan hanya menghabiskan masa lebih kurang lima ke sepuluh minit sebanyak lima kali sehari anda mampu menyuburkan kasih sayang antara suami isteri Impaknya mungkin tidak nampak terus tetapi jika diamalkan secara konsisten pasti berbahagial...
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Technology For Startup Growth

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order


echo '';
Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Resipi Nasi Jagung Sedap Ikut Cara Masak Kenduri

Januari 23 2025

Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 Bantuan Rm300 Untuk Golongan Miskin Sabah

Eur Usd 22 Januari Kenaikan Harga Masih Berusaha Mengambil Alih Kawalan

Sultan Pahang Ingatkan Semua Ahli Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang Peka Masalah Rakyat

Nostalgia Selera Kampung Ramadan Buffet Thistle Johor Bahru