Ramai Keliru Perlukah Solat Jenazah Ke Atas Mereka Yang Membunuh Diri Ini Jawapannya


Benar, membunuh diri adalah satu kesalahan terbesar yang terpaksa ditanggung oleh seseorang. Semua orang muslim tahu, jika mati disebabkan membunuh diri akan diazab di akhirat kelak.
Namun, pernahkah terlintas dalam fikiran korang, jika seseorang muslim itu meninggal dunia dalam keadaan membunuh diri,  mesti ada persoalan bolehkah kita solat jenzah unmtuk menyempurnakan jenazah tersebut ke alam barzakh?
Jadi, ikuti penjelasan lanjut oleh Mufti Wilayah Persekutuan tentang solat jenazah ke atas individu yang membunuh diri.
Jawapan:
Alhamdulillah kami panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT. Selawat dan salam kepada junjungan Nabi SAW, para isteri dan keluarga baginda SAW, seterusnya golongan yang mengikut jejak langkah baginda SAW hingga ke hari akhirat.
Membunuh diri merupakan salah satu dosa besar, dan Nabi Muhammad SAW telah menjelaskan bahawa orang yang membunuh diri akan diazab di akhirat sama dengan cara dia membunuh diri sewaktu di dunia. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Baginda SAW bersabda:
مَنْ تَرَدَّى مِنْ جَبَلٍ فَقَتَلَ نَفْسَهُ، فَهْوَ فِي نَارِ جَهَنَّمَ، يَتَرَدَّى فِيهِ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا، وَمَنْ تَحَسَّى سَمًّا فَقَتَلَ نَفْسَهُ، فَسَمُّهُ فِي يَدِهِ، يَتَحَسَّاهُ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا، وَمَنْ قَتَلَ نَفْسَهُ بِحَدِيدَةٍ، فَحَدِيدَتُهُ فِي يَدِهِ، يَجَأُ بِهَا فِي بَطْنِهِ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا
Maksudnya: Sesiapa yang sengaja terjun daripada bukit dan membunuh dirinya, akan jatuh di neraka ke dalam api dan kekal dalam keadaan tersebut; sesiapa yang meminum racun dan membunuh dirinya, dia akan membawa racun tersebut dengan tangannya dan meminumnya di neraka selama-lamanya; dan sesiapa yang membunuh dirinya dengan senjata besi, akan membawa senjata itu dan menusuk-nusuk perutnya di neraka selama-lamanya.
Sahih al-Bukhari (5778) dan Sahih Muslim (109) dengan lafaz yang berbeza.
Sabda Baginda lagi:
مَنْ قَتَلَ نَفْسَهُ بِشَىْءٍ عُذِّبَ بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Maksudnya: Sesiapa yang membunuh diri dengan sesuatu cara, pada hari kiamat kelak dia akan diseksa dengan cara seperti itu pula.
Sahih al-Bukhari (6047) dan Sahih Muslim (110)
Kami juga telah bahaskan secara panjang lebar berkenaan fenomena membunuh diri kesan daripada tekanan hidup dalam artikel kami yang bertajuk Bayan Linnas Siri 74: Tekanan Hidup Yang Membawa Bunuh Diri: Hukum Dan Penyelesaiannya.
Hukum Solat Jenazah Bagi Kes Bunuh Diri
Berkenaan hukum solat jenazah ke atas mereka yang membunuh diri, telah diriwayatkan oleh Jabir ibn Samurah R.A bahawa:
أُتِيَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم بِرَجُلٍ قَتَلَ نَفْسَهُ بِمَشَاقِصَ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيْهِ
Maksudnya: Telah dibawa kepada Nabi SAW jenazah seorang lelaki Muslim yang telah membunuh dirinya dengan anak panah, dan Baginda SAW tidak solat ke atasnya.
Sahih Muslim (978) dan Sunan al-Nasa’ie (1963)
Menurut Imam al-Nawawi, hadith ini menjadi dalil bahawa tidak disolatkan jenazah mereka yang membunuh diri, dan ini merupakan pandangan Umar ibn Abd al-Aziz dan Al-Auza’ie.
Namun Menurut Al-Hasan al-Basri, al-Nakha’ie, Qatadah, Imam Malik, Imam Abu Hanifah, Imam al-Syafi’e dan jumhur ulama: jenazah orang yang membunuh diri perlu disolatkan, dan mereka memahami keengganan Nabi SAW untuk solat ke atasnya adalah supaya ia menjadi pengajaran kepada orang lain agar tidak terjebak dengan perbuatan membunuh diri ini, sedang para sahabat solat ke atasnya. (Rujuk Syarh al-Nawawi ‘ala Muslim 7/47)
Disebalik hadith-hadith yang menjelaskan besarnya dosa dan beratnya azab bagi mereka yang membunuh diri, ia tidak menghalang kita untuk mendoakan rahmat dan keampunan bagi mereka. Membunuh diri bukanlah satu kekufuran yang mengeluarkan pelakunya daripada agama Islam, dan Allah SWT berhak mengampunkan sesiapa sahaja yang Dia kehendaki.
Kami tegaskan di sini, sesusah mana hidup pun, jangan sekali-kali kita membunuh diri tetapi yakinlah kepada Allah dengan munajat, doa serta berusaha. Kalau perlu pun mati, maka doalah sebagaimana Nabi ajar kepada kita:
أَلاَ لاَ يَتَمَنَّى أَحَدُكُمُ الْمَوْتَ لِضُرٍّ نَزَلَ بِهِ فَإِنْ كَانَ لاَ بُدَّ مُتَمَنِّيًا الْمَوْتَ فَلْيَقُلِ اللَّهُمَّ أَحْيِنِي مَا كَانَتِ الْحَيَاةُ خَيْرًا لِي وَتَوَفَّنِي إِذَا كَانَتِ الْوَفَاةُ خَيْرًا لِي
Maksudnya: “Ketahuilah, Janganlah salah seorang kamu menginginkan dan bercita-cita untuk mati disebabkan kemudaratan yang menimpamu. Sekiranya dia terpaksa juga untuk berbuat demikian maka hendaklah dia berdoa:
اللَّهُمَّ أَحْيِنِي مَا كَانَتِ الْحَيَاةُ خَيْرًا لِي وَتَوَفَّنِي إِذَا كَانَتِ الْوَفَاةُ خَيْرًا لِي
Ya Allah teruskanlah kehidupanku sekiranya hidup lebih baik bagi aku dan cabutlah nyawaku sekiranya kematian lebih baik buatku.”
Riwayat al-Bukhari (1/107-108) dan Muslim (2680)
Wallahu a’lam.
Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/11/12/ramai-keliru-perlukah-solat-jenazah-ke-atas-mereka-yang-membunuh-diri-ini-jawapannya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Membaca Al Quran Ke Atas Jenazah

Hukum Membaca Al Quran Ke Atas Jenazah

papar berkaitan - pada 3/11/2019 - jumlah : 586 hits
SOALAN Apakah hukumnya membaca Quran selepas seorang itu meninggal dunia atau pun di kuburnya selepas ditanam akan dia JAWAPAN Membaca Quran ke atas mayat yang baru meninggal dunia atau yang sudah dikuburkan adalah harus hukumnya bukannya b...
Cara Mudah Solat Jenazah Panduan Ringkas

Cara Mudah Solat Jenazah Panduan Ringkas

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 575 hits
Cara Solat JenazahApabila ada kematian akan dilakukan solat jenazah untuk si mati Solat jenazah ni adalah fardhu kifayah Maknanya apabila ada kematian di sesuatu kawasan sepatutnya kita sama sama mengerjakan solat jenazah bagi si mati untuk...
Walaupun Sibuk Kerja Tiang Agama Tak Dilupa Tular Gambar Lelaki Solat Atas Treler Netizen Pohon Dijadikan Ikhtibar

Walaupun Sibuk Kerja Tiang Agama Tak Dilupa Tular Gambar Lelaki Solat Atas Treler Netizen Pohon Dijadikan Ikhtibar

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 733 hits
Solat itu tiang kehidupan Sesiapa yang meruntuhkan solatnya maka dia meruntuhkan hidupnya kata Ustazah Asma Harun dalam satu ceramah beliau di Youtube Kadang kadang kita tengok orang kelainan upaya bersusah payah untuk menunaikan solat tapi...
15 Foto Selebritas Hits Saat Berpose Akrab Dengan Diri Jadul Mereka Kecean Yang Mana

15 Foto Selebritas Hits Saat Berpose Akrab Dengan Diri Jadul Mereka Kecean Yang Mana

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 375 hits
Keanu Reeves fix mukanya kayak nggak menua Nggak penasaran sama Leonardo DiCaprio Kim Kardashian sampai selfie nya Lady Gaga
Seperti Dijangka Hakim Mengarahkan Najib Bela Diri Dalam Kes Src International Atas Alasan Wujud Kes Prima Facie

Seperti Dijangka Hakim Mengarahkan Najib Bela Diri Dalam Kes Src International Atas Alasan Wujud Kes Prima Facie

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 719 hits
Pagi tadi Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Nazlan Mohd Ghazali memerintahkan bekas Perdana Menteri Najib Razak untuk membela diri bagi kesemua pertuduhan kes SRC kerana wujudnya prima facie Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali dalam kes SR...
Cara Solat Di Atas Bot Yang Betul

Cara Solat Di Atas Bot Yang Betul

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 726 hits
Bagaimanakah cara solat di atas bot Panduan ini akan membimbing anda melakukan solat di atas bot secara lengkap mudah dan boleh difahami oleh semua orang Apa yang istimewa Anda akan dibimbing langkah demi langkah sehingga selesai Gambar pel...
Masih Memelihara Alb Walaupun Diri Difltnah Sharnaaz Ahmad Cakap Tentang Siapa

Masih Memelihara Alb Walaupun Diri Difltnah Sharnaaz Ahmad Cakap Tentang Siapa

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 304 hits
UMUM mengetahui kemelut rumah tangga pelakon Sharnaaz Ahmad dan isterinya Noor Nabila Mohd Noor masih belum berkesudahan Masih memelihara alb walaupun diri difltnah Sharnaaz Ahmad cakap tentang siapa
Terlilit Cicilan Mobil Istri Hingga Ogah Dicerai Satpam Di Cipayung Bakar Diri Mau Buktikan Cinta

Terlilit Cicilan Mobil Istri Hingga Ogah Dicerai Satpam Di Cipayung Bakar Diri Mau Buktikan Cinta

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 278 hits
Seorang security atau satpam berinisial HF nekat berusaha mengakhiri hidupnya dengan cara bakar diri di kediamannya kawasan Kecamatan Cipayung Jakarta Timur pada Senin sekira pukul 00 30 WIB Kasat Reskrim Polres Metro Jakarta Timur AKBP Her...
Aksi Bom Bunuh Diri Karena Kurangnya Kajian Jihad Sesuai Konstitusi

Aksi Bom Bunuh Diri Karena Kurangnya Kajian Jihad Sesuai Konstitusi

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 236 hits
Anggota Fraksi Partai Keadilan Sejahtera DPR Bukhori Yusuf menilai radikalisme muncul karena kurangnya kajian soal jihad yang sesuai dengan konstitusi
Anna Jobling Dan Ibu Gaduh Besar Tergamak Buat Perintah Injuksi Kalau Masuk Penjara Saya Reda

Wanita Mengaku Tak Salah Langgar Cuba Bunuh Anggota Polis

Data Analytics For Business Decisions

Resepi White Macadamia Cake

Bistro Kia Peng Bakal Dibuka Dengan Pelbagai Menu Citarasa Malaysia

Kelantan Jenazah Empat Sekeluarga Dalam Bahadur Di Gua Musang Dikebumikan Dalam Satu Kubur

2 000 Attend Malaysia Bangkit Untuk Gaza Rally At Dataran Merdeka New Straits Times 09 08 2025

Hikayat Batu Belah Batu Bertangkup


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Setiap Kesilapan Boleh Ditegur

Apakah Maksud Perintah Injuksi

Orang Hilang Mereka Pergi Tanpa Jejak Kita Menunggu Tanpa Jawapan

Juar Sulung Raise The Star Malaysia Milik Didie Dan Terima Lagu Baharu Aina Abdul

Mimpikita Cipta Revolusi Melalui Timelapse Rai Perubahan Gaya Pagi Ke Malam Maya

Situasi Apa Yang Perlu Rujuk Ke Unit Kecemasan Hospital Ini Panduan Buat Anda