Hukum Seorang Muslim Memakai Atau Menggunakan Apa Sahaja Hiasan Berkaitan Hari Krismas



kredit : https://muftiwp.gov.my/artikel/al-afkar/4639-al-afkar-110-hukum-seorang-muslim-memakai-atau-menggunakan-apa-sahaja-hiasan-berkaitan-hari-krismas
 Soalan :Assalamualaikum ustaz. Saya ada satu persoalan yang menjadi kemusykilan sehingga hari ini. Memandangkan umat Kristian akan menyambut sambutan Hari Krismas pada masa terdekat ini, apakah hukum orang Islam memakai memakai topi Santa Claus atau apa-apa perhiasan berkaitan krismas. Saya lihat di sebuah pejabat yang mana tiada pun orang Kristian, semua stafnya adalah orang Islam tapi ada yang memakai topi Santa Claus hingga ada yang meletakkan pokok krismas di pejabat mereka. Adakah ianya dibolehkan?. Mohon pencerahan ustaz.
Ringkasan jawapan :
Pemakaian topi santa claus atau apa sahaja perhiasan dan pakaian yang berkaitan dengan Hari Krismas termasuk meletakkan pokok Krismas adalah tidak dibenarkan.Tidak ada keperluan untuk memakainya kerana pemakaian atau perhiasan tersebut seakan-akan menunjukkan pengiktirafan terhadap perayaan tersebut. Jika ada jemputan maka ianya terhad kepada kadar yang diperlukan seperti jamuan makan. Itu pun adalah sebagai tanda menjaga hubungan baik bukannya mengiktiraf kepercayaan dan perayaan mereka
Huraian jawapan :
Secara umumnya, umat Kristian akan menyambut sambutan hari Krismas pada 25 Disember. Walaupun tarikh sambutan ini menjadi perdebatan dari kalangan Kristian Ortodoks dan Katolik, namun sambutan ini pada asasnya adalah sebagai satu perayaan sempena kelahiran Nabi Isa atau Jesus menurut mereka.[1]
Tidak dapat dinafikan bahawa Allah ﷻ menciptakan manusia dengan pelbagai bangsa dan agama agar manusia boleh saling mengenali dan memahami. Ini berdasarkan firman Allah ﷻ dalam Al-Quran :
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا
Maksudnya : “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).”[2]
Sheikh Mustafa Al-Maraghi menyebut :
أي للتعارف لا للتناكر، واللمز والسخرية والغيبة تفضى إلى ذلك
“ Iaitu untuk saling mengenali, bukannya untuk saling memungkiri. Celaan, ejekan dan umpatan boleh membawa kepda perpecahan.”[3]
Inilah asas fiqh Ta’ayush atau fiqh co-existence atau fiqh berkenaan kewujudan bersama. Lebih-lebih lagi kita hidup bersama penganut agama yang lain. Namun begitu, asas ini hanya terhad kepada hubungan kemanusiaan agar saling menghormati dan memahami antara satu sama lain.Seorang Muslim tidak boleh sama sekali atas nama Fiqh Ta’ayush melibatkan diri apatah lagi mengiktiraf apa-apa perkara yang melibatkan akidah agama lain. Ini berdasarkan prinsip yang telah dinyatakan oleh Allah ﷻ :
لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ
Maksudnya : “Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku.”[4]
Sebelum menjawab persoalan yang dikemukakan, perlu kita ketahui berkenaan sejarah simbol-simbol atau perhiasan yang digunakan dalam sambutan Hari Krismas. Bagi topi Krismas ianya sinomim dengan figura yang amat terkenal iaitu Santa Claus. Ada yang mengatakan bahawa santa claus adalah Saint Nicholas seorang tokoh paderi Kristian yang amat terkenal yang mana beliau dikatakan suka memberikan hadiah dan duit kepada masyarakat.[5] Gambaran Santa Claus yang memakai pakaian merah dan topi hanya muncul pada tahun 1881, yang mana ianya dilakarkan oleh Thomas Nest.[6]
Bagi pokok krismas ia mempunyai sejarah yang begitu panjang. Kebanyakannya menggunakan bentuk pokok Cemara Malar Hijau (Evergreen Fir Tree). Pokok ini sebenarnya digunakan  bagi merayakan perayaan musim sejuk jauh sebelum munculnya Kristian. Sebagai contoh, bagi penduduk Rom, mereka akan menggunakan pokok ini sempena perayaan Saturnlia. Begitu juga, penduduk Mesir Purba menggunakannya untuk menyembah Tuhan Ra. Pokok ini kemudiannya dibawa oleh penduduk Jerman pada kurun ke 16 di mana penganut Kristian akan membawanya ke rumah mereka dan menghias pokok tersebut. Martin Luther, pengasas mazhab Protestan juga membawa pembaharuan dengan meletakkan juga hiasan lilin pada pokok tersebut.[7]Sehingga hari ini ianya menjadi simbol Kristian kerana bentuk segi tiganya melambangkan konsep Triniti yang dianuti oleh Umat Kristian.[8]
Kembali kepada persoalan yang dikemukakan, secara asasnya, seorang Muslim tidak dibenarkan untuk meniru atau memakai apa sahaja simbol atau pakaian yang mempunyai kaitan dengan agama lain. Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Umar bahawa Rasulullah ﷺ bersabda :
‌مَنْ ‌تَشَبَّهَ ‌بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
Maksudnya : “Sesiapa yang menyerupai satu kaum maka dia termasuk dari kalangan mereka.”[9]
Dalam riwayat yang lain Nabi SAW bersabda :
‌لَيْسَ ‌مِنَّا ‌مَنْ ‌تَشَبَّهَ ‌بِغَيْرِنَا، لَا تَشَبَّهُوا بِاليَهُودِ وَلَا بِالنَّصَارَى،
Maksudnya : “Bukan dari kalangan kami orang yang menyerupai selain dari kami. Jangan kalian menyerupai Yahudi dan Nasrani.”[10]
Sheikh Muhammad Abdurrahman Al-Mubarakfuri menyebut :
قَوْلُهُ (لَيْسَ مِنَّا) أَيْ من أهل طريقتنا ومراعي مُتَابَعَتَنَا (‌مَنْ ‌تَشَبَّهَ ‌بِغَيْرِنَا) أَيْ مِنْ غَيْرِ أهل ملتنا
“Sabda Nabi ‘bukan dari kalangan kami’ iaitu bukan dari golongan kami dan yang mengikut jalan kami. ‘Sesiapa yang menyerupai selain dari kami’ iaitu yang bukan dari kalangan agama kami.”[11]
Sheikh Zakariyya Al-Ansari menyebut :
وَلَا إنْ شَدَّ الزُّنَّارَ عَلَى وَسَطِهِ أَوْ وَضَعَ ‌قَلَنْسُوَةِ الْمَجُوسِ عَلَى رَأْسِهِ
“Tidak boleh mengetatkan Zunnar (tali pinggang yang menjadi lambang zimmi) di tengah-tengah pinggang atau meletakkan qalansawah (kain) Majusi di atas kepalanya.”[12]
Jika memakai pakaian yang menjadi syi’ar agama lain sudah dianggap sebagai tasyabbuh (penyerupaan) apatah lagi jika ianya melibatkan perhiasan yang menjadi lambang sesuatu perayaan.
Ketika membincangkan hukum memakai kain tayalisah (selendang) ketika hadir solat Jumaat, Ibn Hajar Al-Haitami menyebut :
فَإِنَّمَا أَرَادَ قِسْمَهُ الثَّانِيَ بِأَنْوَاعِهِ الْمُتَّفَقِ عَلَى كَرَاهَةِ جَمِيعِهَا وَأَنَّهَا مِنْ شِعَارِ الْيَهُودِ أَوْ ‌النَّصَارَى وَلِأَجْلِ ذَلِكَ كَانَ الْأَصَحُّ أَنَّ إنْكَارَ أَنَسٍ عَلَى قَوْمٍ حَضَرُوا الْجُمُعَةَ مُتَطَيْلِسِينَ إنَّمَا هُوَ لِكَوْنِ طَيَالِسَتِهِمْ مُقَوَّرَةً كَطَيَالِسَةِ الْيَهُودِ وَكَذَا طَيَالِسَةُ الْيَهُودِ السَّبْعِينَ أَلْفًا الَّذِينَ مَعَ الدَّجَّالِ فَهِيَ مُقَوَّرَةٌ أَيْضًا كَمَا يُصَرِّحُ بِهِ حَدِيثٌ رَوَاهُ أَحْمَدُ،
“Yang sebenarnya yang dikehendaki pada bahagian kedua yang mana ianya adalah hukum yang sepakat tentang pengharaman memakai kain tayalisah. Ini kerana ianya merupakan syiar bagi orang Yahudi atau Nasrani. Justeru itu, yang paling Sahih bahawa Anas tidak setuju terhadap satu golongan yang mana mereka menghadiri Solat Jumaat dengan memakai kain Tayalisah adalah kerana kain selendang yang dipakai mereka itu ada lubang bulat yang kecil seperti mana kain selendang Yahudo. Begitu juga ianya menyerupai kain selendang yang dipakai oleh 70 ribu orang Yahudi yang datang bersama Dajjal yang mana kain tersebut juga ada lubang bulat yang kecol seperti mana yang dijelaskan dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad.”[13]
Melalui penjelasan Imam Ibn Hajar Al-Haitami ini, dapat kita fahami pengharaman menyerupai terjadi jika pemakaian atau perhiasan tersebut ada kaitan dengan syiar atau simbol agama lain. Ini juga adalah berdasarkan tafsiran yang dilakukan oleh para Ulama terhadap ayat :
وَالَّذِينَ لَا يَشْهَدُونَ الزُّورَ وَإِذَا مَرُّوا بِاللَّغْوِ مَرُّوا كِرَامًا
Maksudnya : “Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya.”[14]
Imam Al-Qurtubi menyebutkan beberapa pandangan ahli tafsir berkenaan ayat ini. Antaranya :
وَفِي رِوَايَةٍ عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّهُ أَعْيَادُ الْمُشْرِكِينَ.
“Dalam riwayat Ibn Abbas menyebut bahawa Al-Zur adalah perayaan-perayaan orang Musyrik.”[15]
Oleh itu, dalam isu ini, kami melihat bahawa pemakaian topi santa claus dan meletakkan pokok krismas adalah tidak dibenarkan jika tiada keperluan.Ini kerana ianya merupakan lambang atau simbol yang sinonim dengan perayaan Hari Krismas. Apatahlagi jika di pejabat atau tempat itu mempunyai jumlah orang Islam yang lebih ramai.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-68 yang bersidang pada 12 April 2005 telah membincangkan Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam[16]. Muzakarah telah memutuskan beberapa perkara. Antaranya :
Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang bertentangan dengan syarak: “Bertentangan dengan akidah Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau Keadaan yang jika dilakukan menyebabkan tercemarnya akidah umat Islam. Contohnya:
Menyertakan simbol-simbol agama seperti salib, memasang lampu, lilin, pokok krismas dan sebagainya; Menyanyikan lagu-lagu bercirikan agama;Meletakkan apa-apa tanda bercirikan agama pada dahi, atau tanda-tanda lain pada anggota tubuh;Memberikan ucapan atau isyarat yang berbentuk pujian kepada agama orang bukan Islam;Tunduk atau melakukan perbuatan seolah-olah menghormati upacara agama orang bukan Islam.Maksud “bertentangan dengan syarak” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan bertentangan dengan ajaran Islam yang diamalkan oleh masyarakat Islam. Contohnya:
Memakai pakaian berwarna merah seperti santa claus atau pakaian lain yang melambangkan agama;Menghidangkan minuman atau makanan yang memabukkan dan seumpamanya;Mengadakan bunyi-bunyian atau hiasan seperti loceng gereja, pokok krismas, kuil atau memecah kelapa;Mengadakan acara yang berunsur perjudian, penyembahan, pemujaan, khurafat dan sebagainyaKesimpulannya, pemakaian topi santa claus atau apa sahaja perhiasan dan pakaian yang berkaitan dengan Hari Krismas termasuk meletakkan pokok Krismas adalah tidak dibenarkan.Tidak ada keperluan untuk memakainya kerana pemakaian atau perhiasan tersebut seakan-akan menunjukkan pengiktirafan terhadap perayaan tersebut. Jika ada jemputan maka ianya terhad kepada kadar yang diperlukan seperti jamuan makan. Itu pun adalah sebagai tanda menjaga hubungan baik bukannya mengiktiraf kepercayaan dan perayaan mereka.
Bagi isu mengucapkan ucapan merry Christmas kami telah ulas dalam ruangan artikel Tahkik Al-Masail siri ke 7: HUKUM MENGUCAPKAN “MERRY CHRISTMAS” KEPADA MEREKA YANG BERAGAMA KRISTIAN.[17]
Semoga Allah memelihara kita semua. Wallahu’alam.
 
Nota Hujung
[1] Lihat pautan https://www.history.com/topics/christmas/history-of-christmas
[2] Surah Al-Hujurat : 13
[3] Al-Maraghi, Ahmad Bin Mustafa, Tafsir Al-Maraghi, Maktabah Al-Babi Al-Halabi Wa Awladihi, Mesir, j.26 h.141.
[4] Surah Al-Kafirun : 6
[5] https://www.nationalgeographic.com/news/2018/12/131219-santa-claus-origin-history-christmas-facts-st-nicholas/
[6] Joseph J Walsh, Were They Wise Man or Kings : The Book Of Christmas questions, h.7-8. Lihat juga https://www.history.com/topics/christmas/santa-claus
[7] Lihat https://www.history.com/topics/christmas/history-of-christmas-trees
[8] Lihat https://www.abc.net.au/news/2016-12-19/the-history-of-the-christmas-tree/8106078.
[9] Riwayat Abu Daud no 4031
[10] Riwayat Al-Tirmizi no 2695
[11] Al-Mubarakfuri, Muhammad Abdurrahman, Tuhfah Al-Ahwazi Syarh Jami’ Al-Tirmizi, Dar Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah, Beirut, j.7 h.392.
[12] Al-Ansari,Zakariya Bin Muhammad, Asna Al-Matalib Fi Syarh Raudh Al-Talib,Dar Al-Kitab Al-Islami, j.4 h.119.
[13] Ibn Hajar Al-Haitami, Ahmad Bin Muhammad Bin Ali, Tuhfah Al-Muhtaj Fi Syarh Al-Minhaj,j. 3 h.38
[14] Surah Al-Furqan : 72
[15] Al-Qurtubi, Muhammad Bin Ahmad Bin Abu Bakar, Al-Jami’ Li Ahkam Al-Quran, Dar Al-Kutub Al-Misriyyah, Mesir,j.13 h.79
[16] Kompilasi pandangan hukum  Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia h.13-14
[17] Lihat pautan https://muftiwp.gov.my/artikel/tahqiq-al-masail/2919-tahqiq-masail-7-hukum-mengucapkan-merry-christmas-kepada-mereka-yang-beragama-kristian#_ftnref7


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pemudattbc.blogspot.com/2020/12/hukum-seorang-muslim-memakai-atau.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+KeArahMencariRedhanya+(Ke+Arah+mencari+redhaNYA)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pakai Topi Santa Claus Dan Perhiasan Berkaitan Krismas Mufti Wp Perjelas Hukum Yang Mungkin Ramai Terlepas Pandang

Pakai Topi Santa Claus Dan Perhiasan Berkaitan Krismas Mufti Wp Perjelas Hukum Yang Mungkin Ramai Terlepas Pandang

papar berkaitan - pada 22/12/2020 - jumlah : 555 hits
Krismas merupakan sambutan khas bagi mereka yang beragama Kristian pada 25 Disember setiap tahun Dalam pada itu muncul persoalan adakah umat muslim dibenarkan untuk memakai perhiasan berkaitan hari Krismas Berikut penjelasan Mufti Wilayah P...
Hukum Ucapan Hari Natal Ikut Parti Politik

Hukum Ucapan Hari Natal Ikut Parti Politik

papar berkaitan - pada 28/12/2020 - jumlah : 297 hits
Dr Abu Hafiz Salleh Hudin Hukum menyambut membuat ritual atau mengadakan apa apa lambang perhiasan yang difahami sebagai menyambut Krismas yang merupakan satu sambutan keagamaan oleh penganut agama Kristian atas kelahiran Jesus yang diangga...
Bukan Lagi Muslim 4 Slebriti Ini Sambut Hari Natal Setelah Tukar Ag4ma

Bukan Lagi Muslim 4 Slebriti Ini Sambut Hari Natal Setelah Tukar Ag4ma

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 337 hits
loading Penganut agama Krist1an sentiasa menunggu Hari Natal setiap tahun Begitu juga dengan barisan selebriti yang telahpun memutuskan untuk memeluk agama Kr1stian
Menteri Agama Perjelas Hukum Ucapan Krismas Atas Kek

Menteri Agama Perjelas Hukum Ucapan Krismas Atas Kek

papar berkaitan - pada 26/12/2020 - jumlah : 377 hits
Menteri Agama Dr Zulkifli Mohamad menjelaskan apa yang disifatkannya salah faham yang timbul daripada isu ucapan Merry Christmas pada kek di sebuah premis seperti yang dilaporkan sebuah portal baru baru ini Jelasnya ucapan perayaan pada pro...
Noor Hisham Jawab Najib Kuarantin 10 Atau 14 Hari Tak Banyak Beza

Noor Hisham Jawab Najib Kuarantin 10 Atau 14 Hari Tak Banyak Beza

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 327 hits
PETALING JAYA Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah mempertahankan keputusan untuk kuarantin individu yang pulang dari luar negara selama 10 hari menjelaskan kajian mendapati tidak ada banyak perbezaan antara kuarantin 10 hari da...
Hukum Mengucapkan Selamat Hari Natal Merry Christmas

Hukum Mengucapkan Selamat Hari Natal Merry Christmas

papar berkaitan - pada 25/12/2020 - jumlah : 542 hits
Hari Natal tahun ni jatuh pada hari jumaat Maka ramailah ambil cuti hari jumaat Boleh cuti long weekend terus sampai ahad Semalam lagi dah ramai cuti awal dan balik kampung sementara masih boleh merentas negeri Ikut SOP tak tu Tahun ni semu...
10 Lagu Hari Krismas Tak Telan Dek Zaman Dan Masih Popular

10 Lagu Hari Krismas Tak Telan Dek Zaman Dan Masih Popular

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 305 hits
We wish you a merry Christmas we wish you a merry Christmas we wish you a merry christmas and a happy New Year Dalam seminggu lagi sambutan Hari Krismas bakal menjelang dan pastinya ramai yang sedang sibuk menghias serta mendekorasi dalam d...
Jawab Isu Sambut Hari Krismas Awal Ashaari Jelaskan Hanya Hormat Agama Lain

Jawab Isu Sambut Hari Krismas Awal Ashaari Jelaskan Hanya Hormat Agama Lain

papar berkaitan - pada 28/12/2020 - jumlah : 419 hits
Umum sedia maklum bahawa 25 Disember setiap tahun para penganut agama Kristian di seluruh dunia akan menyambut Hari Krismas Di Malaysia perayaan tersebut juga disambut mengikut tradisi masyarakat Kristian dan mereka turut mengundang sahabat...
Ceroboh Tanah Halau Keluar Hukum Sahaja Apa Lagi Nak Ditunggu

Ceroboh Tanah Halau Keluar Hukum Sahaja Apa Lagi Nak Ditunggu

papar berkaitan - pada 21/12/2020 - jumlah : 231 hits
Pelihara tanah dari terus dirobek dan dijarah petualang bangsa BANGI Pemuda gerakan Islam Ikatan Muslimin Malaysia memohon campur tangan Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menyelesaikan kemelut penc...
We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Mengenang 20 Tahun Tsunami Aceh Tragedi Harapan Dan Kebangkitan

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Persahabatan

Tular Bakar Motosikal Seorang Wanita Ditahan

Bapa Didakwa Lilit Leher Lambung Anak Ke Katil

Malas Layan Tong Kosong Kredibiliti Dipersoal Man Bai Ini Jawapan Ramli Ms

Anwar Thaksin Bincang Isu Serantau Ekonomi Asean

Tiada Apa Yang Salah Atau Nak Dimalukan Ramlah Ram Tak Kisah Jika Digelar Penyanyi Tiktok