Pakai Topi Santa Claus Dan Perhiasan Berkaitan Krismas Mufti Wp Perjelas Hukum Yang Mungkin Ramai Terlepas Pandang


Krismas merupakan sambutan khas bagi mereka yang beragama Kristian pada 25 Disember setiap tahun. Dalam pada itu, muncul persoalan, adakah umat muslim dibenarkan untuk memakai perhiasan berkaitan hari Krismas. Berikut penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan.
Soalan :
Assalamualaikum ustaz. Saya ada satu persoalan yang menjadi kemusykilan sehingga hari ini. Memandangkan umat Kristian akan menyambut sambutan Hari Krismas pada masa terdekat ini, apakah hukum orang Islam memakai memakai topi Santa Claus atau apa-apa perhiasan berkaitan krismas. Saya lihat di sebuah pejabat yang mana tiada pun orang Kristian, semua stafnya adalah orang Islam tapi ada yang memakai topi Santa Claus hingga ada yang meletakkan pokok krismas di pejabat mereka. Adakah ianya dibolehkan?. Mohon pencerahan ustaz.
Ringkasan jawapan :
Pemakaian topi santau claus atau apa sahaja perhiasan dan pakaian yang berkaitan dengan Hari Krismas termasuk meletakkan pokok Krismas adalah tidak dibenarkan. Tidak ada keperluan untuk memakainya kerana pemakaian atau perhiasan tersebut seakan-akan menunjukkan pengiktirafan terhadap perayaan tersebut. Jika ada jemputan maka ianya terhad kepada kadar yang diperlukan seperti jamuan makan. Itu pun adalah sebagai tanda menjaga hubungan baik bukannya mengiktiraf kepercayaan dan perayaan mereka
Huraian jawapan :
Secara umumnya, umat Kristian akan menyambut sambutan hari Krismas pada 25 Disember. Walaupun tarikh sambutan ini menjadi perdebatan dari kalangan Kristian Ortodoks dan Katolik, namun sambutan ini pada asasnya adalah sebagai satu perayaan sempena kelahiran Nabi Isa atau Jesus menurut mereka.[1]
Tidak dapat dinafikan bahawa Allah ﷻ menciptakan manusia dengan pelbagai bangsa dan agama agar manusia boleh saling mengenali dan memahami. Ini berdasarkan firman Allah ﷻ dalam Al-Quran :
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا
Maksudnya : “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).”[2]
Sheikh Mustafa Al-Maraghi menyebut :
أي للتعارف لا للتناكر، واللمز والسخرية والغيبة تفضى إلى ذلك
“ Iaitu untuk saling mengenali, bukannya untuk saling memungkiri. Celaan, ejekan dan umpatan boleh membawa kepda perpecahan.”[3]
Inilah asas fiqh Ta’ayush atau fiqh co-existence atau fiqh berkenaan kewujudan bersama. Lebih-lebih lagi kita hidup bersama penganut agama yang lain. Namun begitu, asas ini hanya terhad kepada hubungan kemanusiaan agar saling menghormati dan memahami antara satu sama lain.Seorang Muslim tidak boleh sama sekali atas nama Fiqh Ta’ayush melibatkan diri apatah lagi mengiktiraf apa-apa perkara yang melibatkan akidah agama lain. Ini berdasarkan prinsip yang telah dinyatakan oleh Allah ﷻ :
لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ
Maksudnya : “Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku.”[4]
Sebelum menjawab persoalan yang dikemukakan, perlu kita ketahui berkenaan sejarah simbol-simbol atau perhiasan yang digunakan dalam sambutan Hari Krismas. Bagi topi Krismas ianya sinomim dengan figura yang amat terkenal iaitu Santa Claus. Ada yang mengatakan bahawa santa claus adalah Saint Nicholas seorang tokoh paderi Kristian yang amat terkenal yang mana beliau dikatakan suka memberikan hadiah dan duit kepada masyarakat.[5] Gambaran Santa Claus yang memakai pakaian merah dan topi hanya muncul pada tahun 1881, yang mana ianya dilakarkan oleh Thomas Nest.[6]
Bagi pokok krismas ia mempunyai sejarah yang begitu panjang. Kebanyakannya menggunakan bentuk pokok Cemara Malar Hijau (Evergreen Fir Tree). Pokok ini sebenarnya digunakan bagi merayakan perayaan musim sejuk jauh sebelum munculnya Kristian. Sebagai contoh, bagi penduduk Rom, mereka akan menggunakan pokok ini sempena perayaan Saturnlia. Begitu juga, penduduk Mesir Purba menggunakannya untuk menyembah Tuhan Ra. Pokok ini kemudiannya dibawa oleh penduduk Jerman pada kurun ke 16 di mana penganut Kristian akan membawanya ke rumah mereka dan menghias pokok tersebut. Martin Luther, pengasas mazhab Protestan juga membawa pembaharuan dengan meletakkan juga hiasan lilin pada pokok tersebut.[7]Sehingga hari ini ianya menjadi simbol Kristian kerana bentuk segi tiganya melambangkan konsep Triniti yang dianuti oleh Umat Kristian.[8]
Kembali kepada persoalan yang dikemukakan, secara asasnya, seorang Muslim tidak dibenarkan untuk meniru atau memakai apa sahaja simbol atau pakaian yang mempunyai kaitan dengan agama lain. Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Umar bahawa Rasulullah ﷺ bersabda :
‌مَنْ ‌تَشَبَّهَ ‌بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
Maksudnya : “Sesiapa yang menyerupai satu kaum maka dia termasuk dari kalangan mereka.”[9]
Dalam riwayat yang lain Nabi SAW bersabda :
‌لَيْسَ ‌مِنَّا ‌مَنْ ‌تَشَبَّهَ ‌بِغَيْرِنَا، لَا تَشَبَّهُوا بِاليَهُودِ وَلَا بِالنَّصَارَى،
Maksudnya : “Bukan dari kalangan kami orang yang menyerupai selain dari kami. Jangan kalian menyerupai Yahudi dan Nasrani.”[10]
Sheikh Muhammad Abdurrahman Al-Mubarakfuri menyebut :
قَوْلُهُ (لَيْسَ مِنَّا) أَيْ من أهل طريقتنا ومراعي مُتَابَعَتَنَا (‌مَنْ ‌تَشَبَّهَ ‌بِغَيْرِنَا) أَيْ مِنْ غَيْرِ أهل ملتنا
“Sabda Nabi ‘bukan dari kalangan kami’ iaitu bukan dari golongan kami dan yang mengikut jalan kami. ‘Sesiapa yang menyerupai selain dari kami’ iaitu yang bukan dari kalangan agama kami.”[11]
Sheikh Zakariyya Al-Ansari menyebut :
وَلَا إنْ شَدَّ الزُّنَّارَ عَلَى وَسَطِهِ أَوْ وَضَعَ ‌قَلَنْسُوَةِ الْمَجُوسِ عَلَى رَأْسِهِ
“Tidak boleh mengetatkan Zunnar (tali pinggang yang menjadi lambang zimmi) di tengah-tengah pinggang atau meletakkan qalansawah (kain) Majusi di atas kepalanya.”[12]
Jika memakai pakaian yang menjadi syi’ar agama lain sudah dianggap sebagai tasyabbuh (penyerupaan) apatah lagi jika ianya melibatkan perhiasan yang menjadi lambang sesuatu perayaan.
Ketika membincangkan hukum memakai kain tayalisah (selendang) ketika hadir solat Jumaat, Ibn Hajar Al-Haitami menyebut :
فَإِنَّمَا أَرَادَ قِسْمَهُ الثَّانِيَ بِأَنْوَاعِهِ الْمُتَّفَقِ عَلَى كَرَاهَةِ جَمِيعِهَا وَأَنَّهَا مِنْ شِعَارِ الْيَهُودِ أَوْ ‌النَّصَارَى وَلِأَجْلِ ذَلِكَ كَانَ الْأَصَحُّ أَنَّ إنْكَارَ أَنَسٍ عَلَى قَوْمٍ حَضَرُوا الْجُمُعَةَ مُتَطَيْلِسِينَ إنَّمَا هُوَ لِكَوْنِ طَيَالِسَتِهِمْ مُقَوَّرَةً كَطَيَالِسَةِ الْيَهُودِ وَكَذَا طَيَالِسَةُ الْيَهُودِ السَّبْعِينَ أَلْفًا الَّذِينَ مَعَ الدَّجَّالِ فَهِيَ مُقَوَّرَةٌ أَيْضًا كَمَا يُصَرِّحُ بِهِ حَدِيثٌ رَوَاهُ أَحْمَدُ،
“Yang sebenarnya yang dikehendaki pada bahagian kedua yang mana ianya adalah hukum yang sepakat tentang pengharaman memakai kain tayalisah. Ini kerana ianya merupakan syiar bagi orang Yahudi atau Nasrani. Justeru itu, yang paling Sahih bahawa Anas tidak setuju terhadap satu golongan yang mana mereka menghadiri Solat Jumaat dengan memakai kain Tayalisah adalah kerana kain selendang yang dipakai mereka itu ada lubang bulat yang kecil seperti mana kain selendang Yahudo. Begitu juga ianya menyerupai kain selendang yang dipakai oleh 70 ribu orang Yahudi yang datang bersama Dajjal yang mana kain tersebut juga ada lubang bulat yang kecol seperti mana yang dijelaskan dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad.”[13]
Melalui penjelasan Imam Ibn Hajar Al-Haitami ini, dapat kita fahami pengharaman menyerupai terjadi jika pemakaian atau perhiasan tersebut ada kaitan dengan syiar atau simbol agama lain. Ini juga adalah berdasarkan tafsiran yang dilakukan oleh para Ulama terhadap ayat :
وَالَّذِينَ لَا يَشْهَدُونَ الزُّورَ وَإِذَا مَرُّوا بِاللَّغْوِ مَرُّوا كِرَامًا
Maksudnya : “Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya.”[14]
Imam Al-Qurtubi menyebutkan beberapa pandangan ahli tafsir berkenaan ayat ini. Antaranya :
وَفِي رِوَايَةٍ عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّهُ أَعْيَادُ الْمُشْرِكِينَ.
“Dalam riwayat Ibn Abbas menyebut bahawa Al-Zur adalah perayaan-perayaan orang Musyrik.”[15]
Oleh itu, dalam isu ini, kami melihat bahawa pemakaian topi santa claus dan meletakkan pokok krismas adalah tidak dibenarkan jika tiada keperluan.Ini kerana ianya merupakan lambang atau simbol yang sinonim dengan perayaan Hari Krismas. Apatahlagi jika di pejabat atau tempat itu mempunyai jumlah orang Islam yang lebih ramai.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-68 yang bersidang pada 12 April 2005 telah membincangkan Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam[16]. Muzakarah telah memutuskan beberapa perkara. Antaranya :
Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang bertentangan dengan syarak: “Bertentangan dengan akidah Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau Keadaan yang jika dilakukan menyebabkan tercemarnya akidah umat Islam. Contohnya:
Menyertakan simbol-simbol agama seperti salib, memasang lampu, lilin, pokok krismas dan sebagainya; Menyanyikan lagu-lagu bercirikan agama; Meletakkan apa-apa tanda bercirikan agama pada dahi, atau tanda-tanda lain pada anggota tubuh; Memberikan ucapan atau isyarat yang berbentuk pujian kepada agama orang bukan Islam; Tunduk atau melakukan perbuatan seolah-olah menghormati upacara agama orang bukan Islam. Maksud “bertentangan dengan syarak” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan bertentangan dengan ajaran Islam yang diamalkan oleh masyarakat Islam. Contohnya:
Memakai pakaian berwarna merah seperti santa claus atau pakaian lain yang melambangkan agama; Menghidangkan minuman atau makanan yang memabukkan dan seumpamanya; Mengadakan bunyi-bunyian atau hiasan seperti loceng gereja, pokok krismas, kuil atau memecah kelapa; Mengadakan acara yang berunsur perjudian, penyembahan, pemujaan, khurafat dan sebagainya Kesimpulannya, pemakaian topi santa claus atau apa sahaja perhiasan dan pakaian yang berkaitan dengan Hari Krismas termasuk meletakkan pokok Krismas adalah tidak dibenarkan.Tidak ada keperluan untuk memakainya kerana pemakaian atau perhiasan tersebut seakan-akan menunjukkan pengiktirafan terhadap perayaan tersebut. Jika ada jemputan maka ianya terhad kepada kadar yang diperlukan seperti jamuan makan. Itu pun adalah sebagai tanda menjaga hubungan baik bukannya mengiktiraf kepercayaan dan perayaan mereka.
Bagi isu mengucapkan ucapan merry Christmas kami telah ulas dalam ruangan artikel Tahkik Al-Masail siri ke 7: HUKUM MENGUCAPKAN “MERRY CHRISTMAS” KEPADA MEREKA YANG BERAGAMA KRISTIAN.[17]
Semoga Allah memelihara kita semua. Wallahu’alam.
Sumber : Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan via siakapkeli.my 
The post Pakai Topi Santa Claus Dan Perhiasan Berkaitan Krismas, Mufti WP Perjelas Hukum Yang Mungkin Ramai Terlepas Pandang appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.islamituindah.my/pakai-topi-santa-claus-dan-perhiasan-berkaitan-krismas-mufti-wp-perjelas-hukum-yang-mungkin-ramai-terlepas-pandang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Seorang Muslim Memakai Atau Menggunakan Apa Sahaja Hiasan Berkaitan Hari Krismas

Hukum Seorang Muslim Memakai Atau Menggunakan Apa Sahaja Hiasan Berkaitan Hari Krismas

papar berkaitan - pada 25/12/2020 - jumlah : 557 hits
kredit https muftiwp gov my artikel al afkar 4639 al afkar 110 hukum seorang muslim memakai atau menggunakan apa sahaja hiasan berkaitan hari krismas Soalan Assalamualaikum ustaz Saya ada satu persoalan yang menjadi kemusykilan sehingga har...
Tragedi Krismas 18 Penghuni Pusat Jagaan Meninggal Dunia Dijangkiti Covid 19 Selepas Dikunjungi Santa Claus

Tragedi Krismas 18 Penghuni Pusat Jagaan Meninggal Dunia Dijangkiti Covid 19 Selepas Dikunjungi Santa Claus

papar berkaitan - pada 28/12/2020 - jumlah : 317 hits
Tragedi Krismas 18 penghuni pusat jagaan meninggal dunia dijangkiti Covid 19 selepas dikunjungi Santa Claus Isnin 28 Disember 2020 Seorang lelaki berpakaian Santa Claus mengunjungi sebuah pusat jagaan di Belgium sebelum disahkan positif Cov...
Menteri Agama Perjelas Hukum Ucapan Krismas Atas Kek

Menteri Agama Perjelas Hukum Ucapan Krismas Atas Kek

papar berkaitan - pada 26/12/2020 - jumlah : 376 hits
Menteri Agama Dr Zulkifli Mohamad menjelaskan apa yang disifatkannya salah faham yang timbul daripada isu ucapan Merry Christmas pada kek di sebuah premis seperti yang dilaporkan sebuah portal baru baru ini Jelasnya ucapan perayaan pada pro...
Hiburan Isu Sambut Hari Natal Pu Syed Gesa Awal Ashaari Dan Syed Saddiq Padam Gambar Pakai Topi Santa

Hiburan Isu Sambut Hari Natal Pu Syed Gesa Awal Ashaari Dan Syed Saddiq Padam Gambar Pakai Topi Santa

papar berkaitan - pada 28/12/2020 - jumlah : 603 hits
Terpalit dengan isu sambutan Hari Natal personaliti TV Awal Ashaari dilihat telah menerima pelbagai respon dan pendapat daripada kalangan netizen mengenai hukum menyambut perayaan tersebut Lebih kepada dikecam Awal telah tampil memberikan p...
Like A Kid Seeing Santa Claus A Frontliner Reflects On Getting Vaccinated

Like A Kid Seeing Santa Claus A Frontliner Reflects On Getting Vaccinated

papar berkaitan - pada 28/12/2020 - jumlah : 174 hits
I still remember the day I got the email that said Sankaran orientation in the Ricu tomorrow at 7am There we go I told my husband Covid 19 ICU orientation begins tomorrow Well he said We knew it was coming Be careful Protect yourself Never ...
Hiburan Saya Minta Maaf Cliff Umar Perjelas Isu Rimas Pakai Pelitup Muka Di Pentas Akhir Gv7

Hiburan Saya Minta Maaf Cliff Umar Perjelas Isu Rimas Pakai Pelitup Muka Di Pentas Akhir Gv7

papar berkaitan - pada 14/12/2020 - jumlah : 344 hits
Penyanyi Cliff Umar yang baru sahaja merangkul gelaran juara bagi program Gegar Vaganza musim ke 7 pada malam Ahad yang lalu Meskipun begitu terjadi pula perkara yang tidak menyenangkan apabila netizen menganggap kata kata Cliff ketika ucap...
Topi Krismas Bible Dan Rasulullah

Topi Krismas Bible Dan Rasulullah

papar berkaitan - pada 26/12/2020 - jumlah : 423 hits
ISLAM adalah agama yang berpegang kepada prinsip toleransi yang sangat tinggi Namun dalam perihal akidah Rasulullah dilihat sangat sensitif dalam beberapa perkara Ini bagi memastikan muslim mempunyai pendirian yang tegas dalam isu berhubung...
Rizieq Shihab Jadi Tersangka Kasus Kerumunan Politikus Pkb Hargai Hukum Jangan Buat Gaduh

Rizieq Shihab Jadi Tersangka Kasus Kerumunan Politikus Pkb Hargai Hukum Jangan Buat Gaduh

papar berkaitan - pada 12/12/2020 - jumlah : 252 hits
Rizieq Shihab Jadi Tersangka Kasus Kerumunan Politikus PKB Hargai Hukum Jangan Buat Gaduh Source https www tribunnews com nasional 2020 12 11 rizieq shihab jadi tersangka kasus kerumunan politikus pkb hargai hukum jangan buat gaduh RizieqSh...
Sultan Johor Seru Jangan Tergesa Gesa Hukum Wanita Kahwini Kapten Hoki India

Sultan Johor Seru Jangan Tergesa Gesa Hukum Wanita Kahwini Kapten Hoki India

papar berkaitan - pada 21/12/2020 - jumlah : 493 hits
Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar menyeru orang ramai jangan tergesa gesa menghukum wanita yang mengahwini kapten hoki India Menasihatkan semua pihak tidak membuat apa apa kesimpulan dan tindakan pra matang baginda juga men...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Cat888 1 2024

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun