Hukum Ucapan Hari Natal Ikut Parti Politik



Dr. Abu Hafiz Salleh Hudin
Hukum menyambut, membuat ritual atau mengadakan apa-apa lambang perhiasan yang difahami sebagai menyambut Krismas yang merupakan satu sambutan keagamaan oleh penganut agama Kristian atas kelahiran Jesus yang dianggap mempunyai unsur ketuhanan adalah dilarang dan haram bagi mana-mana Muslim melakukannya. Ia perkara yang dipersetujui oleh sekiranya tidak keseluruhan, boleh jadi hampir keseluruhan ulama’ Islam sepanjang zaman.Namun para sarjana Muslim klasik dan kontemporari berbeza pandangan tentang mengucapkan ‘Merry Christmast’ atau Selamat Hari Natal kepada penganut agama Kristian atau sahabat-sahabat dan teman-teman kita yang beragama Kristian. Ada sebahagian ulama’ yang melarang dan mengharamkannya sekali; manakala ada yang membenarkan dan mengharuskannya. Saya sendiri, melalui kefahaman ilmu Islam dan pengalaman belajar di barat yang merupakan negara majoriti penganut Kristian, cenderung untuk memilih pandangan harus mengucapkan ucapan selamat kepada penganut agama Kristian bersempena tarikh 25 Disember setiap tahun selama mana tiada unsur mengiktiraf apa-apa nilai yang dianggap kufur dalam ucapan tersebut.Maka, semenjak dahulu, saya konsisten memilih untuk membenarkan dan mengharuskan ucapan tersebut dengan syarat seperti diatas. Hal yang sama disimpulkan dalam ‘Tahqiq al-Masail: Hukum Mengucapkan “Merry Christmast” Kepada Mereka Yang Beragama Kristian’, terbitan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang bertarikh 24 Disember 2018. Pandangan yang mengharuskan bagi mengucapkan uacapan tersebut adalah seperti Syeikh Dr. Mustafa al-Zarqa, Syeikh Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buthi, Syeikh Abdullah bin Bayyah, Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Syeikh Dr. Syarif Hatim ‘Arif al-‘Auni, Syeikh Abdul Sattar Fathullah Said dan Syeikh Dr. Musthafa Abu Sulaiman al-Nadwi.Ini adalah konsistensi perbincangan hukum hakam fiqh dikalangan sarjana. Namun, apa yang menarik tahun ini, Parti Islam se-Malaysia (PAS) yang dengan tegas dan istiqamah menolak dan mengharamkan ucapan ‘Merry Christmast’ atau Selamat Hari Natal, telah seakan-akan taraju’ (menyemak kembali) fatwa dan hukum lama mereka terhadap ucapan ini. Saya sangat alu-alukan sekiranya Dewan Ulama’ PAS Pusat atau Dewan Pemuda PAS Pusat mahupun Jawatankuasa PAS Pusat boleh mengeluarkan kenyataan rasmi penarikan fatwa dan hukum yang dibuat sebahagian pimpinan mereka bahawa adalah HARAM mengucapkan Selamat Hari Natal atau Merry Christmast.Kenapa saya menulis hal ini dan mempertanyakannya kerana hukuman HARAM dahulu telah bertukar harus dan halal setelah pimpinan PAS menjadi Menteri Persekutuan dan mungkin ‘terpaksa’ membuat ucapan tersebut. Tokoh dakwah yang mereka ‘bela’ selama ini yang didakwa dizalimi di Malaysia iaitu Dr. Zakir Naik, seyakin saya, masih berpegang bahawa mengucapkan Merry Christmast adalah haram dan boleh membawa kepada syirik. Adakah PAS sudah menolak fatwa itu atau Dr. Zakir Naik bakal secara terbuka menegur ucapan pimpinan PAS tersebut?Mengikut rekod (dikepilkan bersam gambar poster), sekurang-kurangnya dua Menteri Persekutuan dari PAS iaitu Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man (Menteri Alam Sekitar & Air, Timbalan Presiden PAS dan Ahli Majlis Syura Ulamak PAS Pusat) dan Dato’ Dr. Mohd Khairuddin al-Takiri (Menteri Perusahaan Perladangan & Komoditi, Ahli Majlis Syura Ulamak PAS Pusat, Bendahari Dewan Ulamak PAS Pusat dan AJK PAS Pusat) telah membuat ucapan rasmi sambutan Hari Krismas atau Hari Natal tahun 2020.Ironinya, pada 24 Disember 2013 jam 9.41 pagi, FB rasmi Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat memaparkan status dialog antara seorang penganut agama Islam dan Kristian tentang mengapa mengucapkan Selamat Hari Natal/Krismas itu adalah haram dan dilarang dalam Islam. Begitu juga pada 24 Disember 2018, seperti yang dilaporkan oleh The Malaysian Insight, bekas Ketua Pemuda PAS yang juga ADUN Batu Buruk, Muhammad Khalil bin Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menegaskan sekali lagi hukum pengharaman mengucapkan Selamat hari Natal/Krismas.Persoalannya; berdasarkan poster ucapan Selamat Hari Krismas/Natal oleh Timbalan Presiden PAS dan AJK PAS Pusat yang mana keduanya adalah ahli Majlis Syura Ulamak PAS Pusat: “Adakah PAS akan mengumumkan penarikan balik atau pembatalan hukum haram mengucapkan Selamat Hari Krismas/Natal kepada sahabat beragama Kristian? Atau; pengharaman ucapan Selamat Hari Krismas/Natal digantung dan bertukar harus selama mana PAS bersama memerintah dalam kerajaan PN dan menjadi sebahagian Menteri Kabinet Persekutuan? Atau; PAS bakal mengharamkan semula ucapan Selamat Hari Krismas/Natal setelah/sekiranya PAS kembali menjadi pembangkang?”Saya yakin, jawapan kepada persoalan diatas ada pada pimpinan PAS dan penyokong mereka yang sewajibnya ada dalih dan dalil untuk menjustifikasikan setiap ucapan/tindakan yang memanipulasi agama.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/31059

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kartel Daging Tubuh Suruhanjaya Siasatan Bukan Alih Isu Ucapan Hari Natal

Kartel Daging Tubuh Suruhanjaya Siasatan Bukan Alih Isu Ucapan Hari Natal

papar berkaitan - pada 28/12/2020 - jumlah : 194 hits
Isu daging import tidak halal yang dibungkus semula dan dilabel halal akibat korupsi selama puluhan tahun tidak diutamakan oleh Kerajaan Perikatan Nasional Sebaliknya pimpinan dan penyokong sesetengah ahli politik PN lebih senang membersar ...
Hukum Mengucapkan Selamat Hari Natal Merry Christmas

Hukum Mengucapkan Selamat Hari Natal Merry Christmas

papar berkaitan - pada 25/12/2020 - jumlah : 538 hits
Hari Natal tahun ni jatuh pada hari jumaat Maka ramailah ambil cuti hari jumaat Boleh cuti long weekend terus sampai ahad Semalam lagi dah ramai cuti awal dan balik kampung sementara masih boleh merentas negeri Ikut SOP tak tu Tahun ni semu...
Gambar Menteri Timbalan Dalam Poster Ucapan Hari Natal Dipertikai Netizen

Gambar Menteri Timbalan Dalam Poster Ucapan Hari Natal Dipertikai Netizen

papar berkaitan - pada 25/12/2020 - jumlah : 763 hits
Orang ramai menyindir gambar Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dan dua timbalannya dalam poster ucapan Hari Natal oleh Kementerian Kesihatan Rata rata netizen mempersoal kedudukan gambar mereka bertiga di tengah tengah poster yang ...
Dikala Penduduk Kampung Tak Tahan Bau Busuk Najis Khinzir Parti Politik Mana Yang Turun Padang

Dikala Penduduk Kampung Tak Tahan Bau Busuk Najis Khinzir Parti Politik Mana Yang Turun Padang

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 380 hits
Berjanji untuk membela rakyat memang mudah sebab hanya perlu guna modal air liur tapi hakikatnya setelah kuasa diberi orang yang berjanji hilang daripada pandangan rakyat hilang tanpa jejak Rakyat perlu bijak memilih pemimpin jangan tertipu...
Natalius Beri Pesan Ini Ke Yaqut Saya Tidak Butuh Ucapan Natal Jalankan Saja Agamamu Dengan Benar

Natalius Beri Pesan Ini Ke Yaqut Saya Tidak Butuh Ucapan Natal Jalankan Saja Agamamu Dengan Benar

papar berkaitan - pada 28/12/2020 - jumlah : 203 hits
Mantan anggota Komisi Nasional Hak Asasi Manusia Natalius Pigai menanggapi ucapan selamat Natal dari Menteri Agama Yaqut Cholil Qoumas atau Gus Yaqut Natalius Pigai membagikan tangkapan layar berita berita berjudul Menag Selamat Natal 2020 ...
Quraish Shihab Di Al Quran Ada Ucapan Selamat Natal

Quraish Shihab Di Al Quran Ada Ucapan Selamat Natal

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 220 hits
Cendikiawan Islam Quraish Shihab mengungkap dalam Al Quran terdapat ucapan selamat Natal Bahkan ada Nabi dalam Islam yang menjadi nabi pertama mengucapkan selamat Natal Quraish Shihab mengatakan umat Muslim boleh memberi ucapan selamat Nata...
Video Rangkul Anugerah Ame2020 Pada Hari Lahir Ucapan Ebit Lew Dipuji

Video Rangkul Anugerah Ame2020 Pada Hari Lahir Ucapan Ebit Lew Dipuji

papar berkaitan - pada 22/12/2020 - jumlah : 310 hits
loading Sebut sahaja nama Ustaz Ebit Lew pasti ramai mengenali figura ini yang sering menjadi inspirasi masyarakat Walaupun pernah berputus asa dek kerana kecaman segelintir individu namun ia tidak mematahkan semangat pendakwah tersebut unt...
Berhenti Support Pemimpin Dan Parti Politik

Berhenti Support Pemimpin Dan Parti Politik

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 246 hits
Kurang berfaedah Kurang berbaloi Masa jadi kurang Contoh kau sokong penyamun apa dapat Kau sokong Tun apa dapat Memang tak akan dapat apa itu dah tahu sejak azali
Sayang Ibu Selamanya Anak Hadiahkan Bunga Citra Lestari Kad Ucapan Sempena Hari Ibu Sweetnya Noah

Sayang Ibu Selamanya Anak Hadiahkan Bunga Citra Lestari Kad Ucapan Sempena Hari Ibu Sweetnya Noah

papar berkaitan - pada 27/12/2020 - jumlah : 476 hits
Jika bulan Mei menjadi bulan bagi menghargai semua ibu ibu di negara kita Indonesia pula memilih tanggal 22 Disember untuk meraikan golongan wanita yang bergelar ibu Penyanyi dan pelakon popular Indonesia Bunga Citra Lestari tidak terkecual...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba