Hukum Rider Menghantar Makanan Atau Minuman Tidak Halal


AssalamualaikumBismillah
Tidak dinafikan, penghantaran makanan secara atas talian hari ini amat popular kerana ia bukan saja dapat jimatkan masa bahkan memudahkan urusan

Penghantar makanan ini juga dijadikan kerjaya sepenuh masa atau sampingan bagi menambah pendapatan keluarga. Namun, timbul persoalan, bolehkah sekiranya seseorang itu menghantar makanan yang jelas tidak halal seperti arak dan babi?

Pengharaman ArakPengharaman arak merupakan perkara yang qat’ie (jelas) dan wajib diambil berat dalam kehidupan seharian. Ini kerana terdapat dalil pengharaman yang khusus seperti firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.” (Surah al-Maidah: 90)
Selain itu, pengharaman arak juga termasuklah golongan yang terlibat seperti orang yang membuat, menghantar dan menjual arak. Hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a., beliau berkata:

لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الخَمْرِ عَشَرَةً: عَاصِرَهَا، وَمُعْتَصِرَهَا، وَشَارِبَهَا، وَحَامِلَهَا، وَالمَحْمُولَةُ إِلَيْهِ، وَسَاقِيَهَا، وَبَائِعَهَا، وَآكِلَ ثَمَنِهَا، وَالمُشْتَرِي لَهَا، وَالمُشْتَرَاةُ لَهُ
Maksudnya: “Rasulullah SAW melaknat dalam isu arak ini 10 golongan: “Pemerah (anggur untuk arak), orang yang minta diperahkan, peminumnya, pembawanya, orang yang meminta bawa kepadanya, orang yang menuangkan arak, penjualnya, orang yang makan hasil jualannya, orang yang membelinya dan orang yang meminta dibelikan untuknya.” (HR Tirmizi, hadis hasan)
Seseorang yang bekerja sebagai penghantar barang dan sifat pekerjaannya itu adalah umum serta tidak bertujuan jahat, maka hasil pendapatan yang diperolehi itu adalah halal

Namun, jumhur ulama seperti Imam al-Khatib al-Syarbini mengatakan bahawa haram bagi jual beli yang membawa kepada maksiat dan kemungkaran sekiranya SEDAR/DIKETAHUI. Ia juga jatuh haram apabila terdapat sangkaan yang kuat akan tujuannya yang cenderung kepada perkara yang haram atau memang haram

Firman Allah SWT:
وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ
Maksudnya: “Janganlah kamu bertolongan dalam urusan dosa dan persengketaan.” (Surah al-Maidah: 2)
Syeikh Zainuddin al-Malibari menukilkan dalam karyanya kitab Fathu al-Mu’in bi Syarhi Qurrati al-‘Ain. Beliau menyampaikan seperti berikut: 
فَائِدَةٌ لَوْ أَخَذَ مِنْ غَيْرِهِ بِطَرِيقِ جَائِزٌ مَا ظَنَّ حَلُّهُ وَهُوَ حَرَامٌ بَاطِنًا فَإِنْ كَانَ ظَاهِرُ الْمَأْخُوْذُ مِنْهُ الْخَيْرِ لَمْ يُطَالِبُ فِي الْآخِرَةِ وَ إِلاَّ طُولَبَ قَالَهُ الْبَغَوِي
Maksudnya: "Sebuah faedah: Seandainya ada seseorang mengambil dari orang lain dengan cara yang baik, maka sesuatu yang disangkakan itu halal, walaupun ia adalah haram secara batin. Maka bila zahir barang tersebut adalah baik, maka ia tidak akan dituntut di akhirat. Namun, bila zahir barang tersebut tidak baik, maka sebagaimana pendapat al-Baghawi, maka ia kelak akan dituntut di akhirat."
Berdasarkan dalil-dalil di atas, sebarang jenis urusan jual beli yang melibatkan perkara yang diharamkan adalah haram kerana ia termasuk dalam larangan membantu perbuatan dosa dan persengketaan

Walau bagaimanapun, jika masih belum berpeluang untuk bekerja dalam bidang atau perkhidmatan yang diyakini halal SETELAH MELAKUKAN PELBAGAI IKHTIAR , maka boleh mengamalkan pendapat mazhab Hanafi

Mazhab tersebut menyatakan bahawa dibolehkan menghantar makanan yang tidak halal untuk mereka yang bukan Muslim dan petugas Muslim tersebut bukan secara langsung menghasilkan bahan-bahan tersebut, hanya sekadar menghantar sahaja

Seterusnya, jika terdapat barangan sampingan ikutan (tabi’) yang haram, dan ia bukan tugas hakiki, maka hal itu dimaafkan. Contohnya; dia membawa penumpang teksi bukan Muslim yang membawa arak bersamanya. Maka, hal ini dimaafkan kerana tugasan asalnya adalah membawa penumpang, bukan membawa arak. Arak tersebut hanyalah sampingan ikutan atas yang asal (penumpang) sahaja

Ini berdasarkan kaedah:
يُغْتَفَرُ فِي التَّوَابِعِ مَا لَا يُغْتَفَرُ فِي غَيْرِهَا
Maksudnya: “Dimaafkan pada perkara-perkara ikutan sampingan apa yang tidak maafkan pada selainnya.”
Ia sama seperti situasi bagi mereka yang menghantar makanan. Hukum asal bagi pekerjaan tersebut adalah harus. Akan tetapi, jika terdapat bahan atau kandungan sampingan yang haram, maka hukumnya adalah seperti hukum barangan sampingan ikutan (tabi’) tadi, ia dimaafkan

Namun ada 3 keadaan yang perlu diambil perhatian jika pesanannya bercampur antara yang halal dan haram:
1. Jika jelas diketahui makanan/minuman yang halal melebihi yang haram, menurut Mufti Wilayah Persekutuan menyatakan pendapatan itu halal kerana Nabi Muhammad SAW juga pernah berjual beli dengan orang musyrik dan ahli kitab dan harta mereka diketahui bercampur halal dan haram

2. Jika diketahui makanan/minuman yang haram melebihi yang halal, menurut Imam Ahmad lebih baik dielakkan pendapatan yang diperoleh itu kecuali jika ianya sedikit atau sukar untuk diketahui

3. Jika makanan/minuman yang halal dan haram tidak dapat dibezakan, pendapatannya tidak haram namun makruh mengambilnya. Imam Ibn Hajar al-Haithami menjelaskan bahawa Imam al-Nawawi dalam al-Majmu’ menukilkan daripada Syeikh Abi Hamid dan beliau mengesahkannya bahawa makruh mengambil daripada orang yang ditangannya ada harta halal dan harta haram seperti pemimpin yang zalim dan berbeza tingkatan makruh sebagaimana kadar syubhah yang banyak

Sebagai penutup, elakkan melakukan perkara syubhah dan berusaha untuk mencari pekerjaan yang diyakini halal, tidak bercampur perkara haram dan sebagainya. Rasulullah SAW bersabda:
فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ اسْتَبْرَأَ لِدِينِهِ، وَعِرْضِهِ
Maksudnya: “Barang siapa yang memelihara dirinya daripada sebarang syubhah maka sebenarnya dia telah menyelamatkan agama dan maruahnya.” (HR Bukhari dan Muslim, hadis sahih)
Rumusan:1. HARUS bekerja sebagai penghantar makanan (rider) sekiranya barang dan sifat pekerjaannya umum dan tidak bertujuan jahat

2. HARAM jika dia mengetahui bahawa pekerjaannya jelas membawa kepada maksiat dan kemungkaran seperti arak, khinzir dan sebagainya walaupun ditujukan kepada orang bukan Muslim

3. HARAM baginya untuk menghantar sesuatu pesanan sekiranya dia mendapat sangkaan yang kuat (yakin) akan tujuan penggunaan pesanan tersebut membawa kepada perkara haram

4. Dimaafkan jika terdapat barangan sampingan ikutan (tabi') yang haram sedangkan asal pekerjaannya adalah harus seperti menghantar pesanan makanan yang halal namun terdapat ramuan atau bahan haram yang digunakan dalam makanan tersebut

5. Jika pesanan bercampur halal dan haram, perlu melihat kepada 3 perkara iaitu:Jelas mengetahui makanan/minuman yang halal melebihi yang haram maka ia dianggap halal.

Jelas mengetahui makanan/minuman yang haram melebihi yang halal maka ia perlu dielakkan menurut Imam Ahmad.

Tidak dapat membezakan antara yang halal dan haram maka hukumnya adalah makruh menurut Imam al-Nawawi dalam al-Majmu’.
Rujukan:1. AL-KAFI #509: HUKUM BEKERJA DI KEDAI SERBANEKA YANG MENJUAL ARAK
2. AL-KAFI #1508: HUKUM BEKERJA DI SYARIKAT PENGEPOSAN YANG MELIBATKAN PENGHANTARAN ARAK
3. IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-170: PERSOALAN BERKENAAN UBER DAN UBEREATS

Sumber : Ustazah Asma’ binti Harun



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.siinurul.com/2022/07/hukum-rider-menghantar-makanan-atau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Hukum Penghantar Makanan Hantar Makan Minuman Haram Ini Jawapan Ustazah Asma Harun

Apa Hukum Penghantar Makanan Hantar Makan Minuman Haram Ini Jawapan Ustazah Asma Harun

papar berkaitan - pada 26/7/2022 - jumlah : 386 hits
Apa hukum penghantar makanan hantar makan minuman haram Ini jawapan Ustazah Asma HarunFoto Kosmo OnlineIsu penghantar makanan beragama Islam menghantar makanan atau minuman haram seperti babi dan alkohol seringkali dibincangkan di media sos...
Cara Berbual Atau Menghantar Mesej Rahsia Menggunakan Iphone

Cara Berbual Atau Menghantar Mesej Rahsia Menggunakan Iphone

papar berkaitan - pada 22/7/2022 - jumlah : 157 hits
Kepada anda yang risau sekiranya kandungan mesej atau perbualan yang sensitif dibaca oeh orang lain pada aplikasi seperti Whatsapp atau Telegram berikut kami kongsikan cara alternatif yang boleh dicuba untuk berbalas mesej atau berkongsi ma...
Betul Betul Tak Dengar Atau Buat Buat Tak Dengar

Betul Betul Tak Dengar Atau Buat Buat Tak Dengar

papar berkaitan - pada 20/7/2022 - jumlah : 197 hits
Sesiapa yang follow k fiezz di facebook mungkin ada perasan satu posting pasal k fiezz complaint staff kat satu mini Mart tak layan masa k fiezz ke situ Isnin yang lepas Kisahnya k fiezz singgah ke Mart dekat stesen LRT Muhibbah ni nak beli...
Unit Ini Telah Dimansuhkan Atau Belum

Unit Ini Telah Dimansuhkan Atau Belum

papar berkaitan - pada 20/7/2022 - jumlah : 233 hits
JAMZURI ARDANIApakah unit ini yang telah ditubuhkan semasa zaman kerajaan PH dulu telah dibubarkan oleh kerajaan pintu belakang nayu iseley
Apa Itu Google Profile Atau Google Business

Apa Itu Google Profile Atau Google Business

papar berkaitan - pada 22/7/2022 - jumlah : 295 hits
Apa Itu Google Profile atau Google Business Rupanya masih ramai kurang tahu mengenai kelebihan menggunakan Google Profile atau Google Business dalam melonjakkan sales produk kedai bisnes masing masing Bukan tidak tahu sebenarnya saya yakin ...
Kuasa Atau Kehendak Akta

Kuasa Atau Kehendak Akta

papar berkaitan - pada 23/7/2022 - jumlah : 147 hits
SHAMSUDIN NAWAWIJauh disudut hati saya hendak kata Ketua Pemuda Umno ini noob Amateurish tak ada skill langsung Dalam Akta Pertubuhan bukan soal kuasa PM lebih tinggi dari RoS Sama juga dalam akta2 lain Soalnya adakah yang diminta itu menep...
Awas Paru Paru Boleh Tinggal Segenggam Penumbuk Akibat Kuat Hisap Rokok Atau Vape Fikir Fikirkanlah

Awas Paru Paru Boleh Tinggal Segenggam Penumbuk Akibat Kuat Hisap Rokok Atau Vape Fikir Fikirkanlah

papar berkaitan - pada 20/7/2022 - jumlah : 299 hits
Paru paru rosak kesan tabiat menghisap rokok atau vape bukan perkara baru Sedia maklum tentang kesan negatif pada kesihatan diri sendiri namun tak semua perokok mengambil iktibar terhadap apa yang berlaku Bukan mudah bagi seorang perokok ya...
Jangan Hina Islam Atau Terima Padah Ppim Malakat Tribune 17 06 2022

Jangan Hina Islam Atau Terima Padah Ppim Malakat Tribune 17 06 2022

papar berkaitan - pada 20/7/2022 - jumlah : 267 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia menasihatkan rakyat Malaysia agar tidak membuat sebarang provokasi melibatkan agama bangsa dan negara Menurut Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan pihaknya kesal dengan kejadian menghina agama...
Trump S Victory Shows Power Of Greed And The Ultra Rich

What Grade Does Faisal Deserve For Abim S Role On Race Religion

Mahazalim Mahafiraun Mahakaya Why Didnt You Call Him Mahaliwat

3k 2025 Siap Sedia Sebelum Terlambat

Kontroversi Penganugerahan Pembekal 5g Kedua Kepada U Mobile Pilihan Akhir Tetap Di Tangan Pengguna

Memahami Hipertiroidisme Dan Thyrotoxicosis

Pas Should Nominate Abang Jo As Its Prime Minister Candidate

Mazda Cx 5 Suv Premium Dengan Fitur Modern Dan Performa Memukau


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Biskut Timbang Datang Lagi

Lirik Lagu Terima Kasih Masih Di Sini Glenn Samuel

Aku Awang Belanga

Melinda Cinta Satu Malam Chord

Thomas Arya Kecewa Yang Menyiksa

Fandi Ahmad Hampa Kesilapan Minit Akhir Punca Sri Pahang Fc Catat Seri 1 1 Dengan Selangor Fc