Betul Betul Tak Dengar Atau Buat Buat Tak Dengar


Sesiapa yang follow k.fiezz di facebook mungkin ada perasan satu posting pasal k.fiezz complaint staff kat satu mini Mart tak layan masa k.fiezz ke situ Isnin yang lepas. Kisahnya k.fiezz singgah ke Mart dekat stesen LRT Muhibbah ni nak beli roti. Sampai je kat situ, k.fiezz ambil roti yang diletak kat bahagian luar & untuk bayar kena masuk ke dalam. Masuk dalam mini mart tu ada seorang je staff tengah susun barang. K.fiezz saja customer yang ada masa tu. Ada lagi seorang customer kat luar tengah pilih roti lagi. Jadi k.fiezz & staff tu saja yang ada dalam Mart. Tak besar pun mini mart dia. Kecil je. Kenapa k.fiezz mention saiz kedai?Sabar jap...


BUAT-BUAT TAK DENGAR?Kat kaunter masa tu tak ada staff lain yang ada hat seorang tu tengah susun barang kat bahagian tengah kedai. K.fiezz pun mengadap ke arah tempat staff tu tengah susun barang & panggil dia 'adik..adik..adik..adik..adik', tak ada respons.  K.fiezz panggil sebab nak bayar roti. Sekali dia buat dekkk je ko. Tak tahu lah dia betul-betul tak dengar atau buat-buat tak dengar. Ehh..dah kenapa budak ni?tak suka pelanggan masuk ke situ ke..tak nak income masuk ke?Eh macam-macam tanda soal kat kepala ni sebabnya k.fiezz panggil dia boleh buat dunno je. Mungkin dia tak dengar kot suara k.fiezz perlahan sangat sebab pakai mask tapi mesti dia boleh nampak kat hujung mata, ada orang tengah berdiri satu barisan dengan tempat dia susun barang tu. Lagipun sambil dia susun barang tu, nampak macam dia menoleh sikit-sikit ke arah k.fiezz sebab nak letak barang-barang atas rak. 
Haih..geram pula k.fiezz sebab duk panggil dia, menyahut tak, menoleh pun tak.. Allah..sabar je lah sis..
Geram sangat, k.fiezz letak roti atas kaunter terus keluar dari situ. Sambil tu k.fiezz jerit 'ehhh..buat-buat pekak pulak'...Lepas k.fiezz dah menjerit macam tu, baru lah nampak dia pandang ke arah k.fiezz. Laaa dengar pun. Tadi aku panggil, buat dunno..Tapi malas lah k.fiezz nak masuk balik beli roti. Kuasa nak bagi duit bayar gaji diaorang kalau servis nak tak nak je layan pelanggan. 


Sumber Gambar : Mr Google

POSTING DI FACEBOOK DI TEGURLepas tu k.fiezz ada up pasal isu ni di facebook. Macam-macam reaksi k.fiezz dapat. Ada yang geram, marah sama dengan k.fiezz dan ada juga yang gelakkan k.fiezz. Sebab kata yang komen tu nak marah pun tak guna, tak luak pun duit pekerja yang tak layan k.fiezz tu. Eh betul lah. Tak kata pun gaji dia kena potong sebab tak layan pelanggan. Tapi jangan lupa 'what you give you get back".  K.fiezz doa dia  buat kat k.fiezz gitu, nanti orang buat kat dia pula.

Ada juga yang tegur k.fiezz, katanya husnuzon mungkin staff tu OKU pendengaran. K.fiezz buat kat orang, nanti kena balik kat  family k.fiezz sebab layan orang macamtu. Sejujurnya k.fiezz pun tak terfikir staff tu ada masalah pendengaran. Sebab lepas k.fiezz jerit tu, nampak elok staff tu menoleh kat k.fiezz. Jadi k.fiezz rasa staff tu tak ada masalah pendengaran. 
Tapi orang dah tegur macamtu, k.fiezz terima je. Tu lah dia luah perasaan kat facebook, kena hadap lah macam ni bila kita yang kena balik..Jadi K.fiezz cakap kat kawan fb ni kalau dia rasa tak boleh terima posting k.fiezz yang -ve tu, boleh lah block sis. Sis manusia biasa yang tak lari dari macam-macam perasaan bila berada dalam situasi tertentu. Macam kes atas ni, rasa marah sebab pekerja Mini Mart buat-buat tak dengar bila dipanggil. Kalau kata staff tu ada masalah pendengaran mesti dia boleh nampak dari sipi yang k.fiezz tengah berdiri mengadap dia tengah susun barang masa tu. Tapi jujurnya k.fiezz memang tak terfikir masa tu staff ni ada masalah pendengaran. K.fiezz memang fikir dia saja buat tak dengar sebab nak elak layan pelanggan. Kalau assumption k.fiezz ni tersalah, minta maaf sangat. Sesiapa pun berada dalam situasi k.fiezz macam ni mesti rasa marah sebab panggil staff tapi tak ada respons. Cuma tindakan kita mungkin berbeza, mungkin ada yang keluar & lepaskan kemarahan macam k.fiezz, mungkin ada yang terus pergi ke staff tu dan panggil depan-depan, mungkin ada yang campak roti ke arah dia?Tak pasti tindakan yang mana satu jadi pilihan kita sebab semua ada perangai masing-masing. 
Sis sendiri bukan manusia sempurna yang sentiasa nak husnuzon atau positif. Jadi tindakan pilihan sis keluar & jerit kat staff tu. Memang nampak kurang ajar tapi k.fiezz nak lepas juga kemarahan tu sebab geram panggil dia buat tak layan. 
Kita manusia biasa & tak sempurna. Bila berada dalam situasi tertentu, mesti kita akan bagi reaksi ikut kedaaan betul tak?Jadi sama lah macam sis. 
Kalau kata staff tu ada masalah pendengaran, memang salah k.fiezz. Terus meleting je. Tak apa nanti sis nak pi siasat juga betul ke tak staff tu ada masalah pendengaran. 
Kalau korang nak tanya staff tu pakai headphone atau bersumbat telinga dengan earbud, headphone memang tak ada tapi earbud tak pasti sebab staff tu bertudung. Tak nampak telinga dia tu ada sumbat dengan earbud ke idak..tapi kalau dia pakai earbud memang tak sesuai kot sebab dia kerja kedai yang orang keluar masuk nak beli barang

Tapi tak apa pengajaran juga untuk k.fiezz lebih husnuzon lain kali bila berdepan situasi yang macam ni atau dalam apa-apa situasi pun yang boleh jadikan k.fiezz cepat nak marah. Nak marah terus istighfar banyak-banyak.


ADA MASA RASA BOLEH HUSNUZON, ADA MASA TAK...

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.fiezasani.xyz/2022/07/blog-post.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Awas Paru Paru Boleh Tinggal Segenggam Penumbuk Akibat Kuat Hisap Rokok Atau Vape Fikir Fikirkanlah

Awas Paru Paru Boleh Tinggal Segenggam Penumbuk Akibat Kuat Hisap Rokok Atau Vape Fikir Fikirkanlah

papar berkaitan - pada 20/7/2022 - jumlah : 326 hits
Paru paru rosak kesan tabiat menghisap rokok atau vape bukan perkara baru Sedia maklum tentang kesan negatif pada kesihatan diri sendiri namun tak semua perokok mengambil iktibar terhadap apa yang berlaku Bukan mudah bagi seorang perokok ya...
Unit Ini Telah Dimansuhkan Atau Belum

Unit Ini Telah Dimansuhkan Atau Belum

papar berkaitan - pada 20/7/2022 - jumlah : 236 hits
JAMZURI ARDANIApakah unit ini yang telah ditubuhkan semasa zaman kerajaan PH dulu telah dibubarkan oleh kerajaan pintu belakang nayu iseley
Apa Itu Google Profile Atau Google Business

Apa Itu Google Profile Atau Google Business

papar berkaitan - pada 22/7/2022 - jumlah : 298 hits
Apa Itu Google Profile atau Google Business Rupanya masih ramai kurang tahu mengenai kelebihan menggunakan Google Profile atau Google Business dalam melonjakkan sales produk kedai bisnes masing masing Bukan tidak tahu sebenarnya saya yakin ...
Jangan Hina Islam Atau Terima Padah Ppim Malakat Tribune 17 06 2022

Jangan Hina Islam Atau Terima Padah Ppim Malakat Tribune 17 06 2022

papar berkaitan - pada 20/7/2022 - jumlah : 274 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia menasihatkan rakyat Malaysia agar tidak membuat sebarang provokasi melibatkan agama bangsa dan negara Menurut Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan pihaknya kesal dengan kejadian menghina agama...
Kekili Baitcasting Atau Spinning Untuk Kolam Air Masin

Kekili Baitcasting Atau Spinning Untuk Kolam Air Masin

papar berkaitan - pada 18/7/2022 - jumlah : 561 hits
Ini adalah artikel ke 889 dalam blog aku dan yang ke 14 streak tanpa henti tentang postingan memancing haha Nasib la korang Tulisan harini aku nak tulis pendek je kot berkenaan pendapat aku tentang perbezaan penggunaan reel baitcasting dan ...
Cara Berbual Atau Menghantar Mesej Rahsia Menggunakan Iphone

Cara Berbual Atau Menghantar Mesej Rahsia Menggunakan Iphone

papar berkaitan - pada 22/7/2022 - jumlah : 162 hits
Kepada anda yang risau sekiranya kandungan mesej atau perbualan yang sensitif dibaca oeh orang lain pada aplikasi seperti Whatsapp atau Telegram berikut kami kongsikan cara alternatif yang boleh dicuba untuk berbalas mesej atau berkongsi ma...
Kuasa Atau Kehendak Akta

Kuasa Atau Kehendak Akta

papar berkaitan - pada 23/7/2022 - jumlah : 149 hits
SHAMSUDIN NAWAWIJauh disudut hati saya hendak kata Ketua Pemuda Umno ini noob Amateurish tak ada skill langsung Dalam Akta Pertubuhan bukan soal kuasa PM lebih tinggi dari RoS Sama juga dalam akta2 lain Soalnya adakah yang diminta itu menep...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik