Apa Itu Google Profile Atau Google Business


 Apa Itu Google Profile atau Google Business? Rupanya masih ramai kurang tahu mengenai kelebihan menggunakan Google Profile atau Google Business dalam melonjakkan sales produk / kedai / bisnes masing-masing. Bukan tidak tahu, sebenarnya saya yakin ramai tahu, cuma term yang saya gunakan ini tidak begitu familiar oleh rakan-rakan kan? Bagaimana kalau saya sebut, Google Map? 


Semua orang tahu tentang Google Maps, malah kita gunakan sistem ni setiap kali kita nak tahu direction ke sesebuah tempat/lokasi. Pasti ada perasan, setiap bangunan, kedai akan muncul di sekitar lokasi. Jika tiada, bagaimana nak search lokasi sesebuah bangunan?


Apa yang anda perasan selain bangunan? Ya, ada kedai yang mendaftarkan tapaknya di Google Maps. Inilah namanya Google Profile/Google Bisnes


Kali ini, bukan rumah atau ofis sahaja. Sesiapa yang menjalankan perniagaan boleh gunakan kelebihan ini untuk mempromosikan produk / bisnes anda secara percuma! Anda boleh dapatkan pelanggan lokal di sekitar kediaman anda, taman anda, daerah, zon malah seluruh negeri yang anda diami atau seluruh Malaysia pun boleh jadi pelanggan anda! Best ke tidak?


Kini, bila seseorang mencari carian di google, bukan sahaja akan muncul di sebuah website, facebook page tetapi mereka yang daftar di Google Profile akan muncul dalam carian google iaitu melalui Google Maps! baiklah saya berikan satu contoh mudah. 


Anak saya dah berusia 12 tahun sekarang, so saya nak cari pusat tuisyen berhampiran rumah. Apa saya nak buat? Of koz, selain duk skrol kat fb lebih baik saya search sahaja manalah tahu pusat tuisyen ini menggunakan kata kunci "pusat tuisyen kuantan" atau mereka dah daftar di Google Profile. Cara carian di google memudahkan saya melihat jarak dari rumah saya ke pusat tuisyen. Kedua, memudahkan saya untuk terus contact admin atau pemilik pusat tuisyen tersebut. Call ke whatsapp ke. Terpulang. Pentingnya ada nombor yang saya boleh capai dan hubungi. 


So jom saya tunjukkan cara search dibuat satu per satu. 

Macam biasa kita ke google.comSearch "pusat tuisyen" atau "pusat tuisyen kuantan"Lihat apa yang muncul, semestinya majoriti akan lihat page pertama sahaja, maksima yang serius akan search ke page ketiga-kelima (jarang)
Mula-mula saya search sahaja "pusat tuisyen", paparan yang anda lihat ini ialah cadangan google mengenai top search orang di google mengenai kata kunci "pusat tuisyen", anda boleh lihat majoriti pencari pusat tuisyen adalah di Selangor. Dan lihat semula, google mencadangkan carian "pusat tuisyen near me". Betulkan? takkan orang kuantan nak pergi ke tuisyen jauh ke selangor pula?

Ini adalah page pertama google ya. Apa yang muncul adalah Google Maps terlebih dahulu kemudian barulah website atau facebook page. Bergantung kepada carian kata kunci, tak semua keyword akan memaparkan Google maps sebenarnya. Nanti saya tunjukkan


Masih lagi page pertama, di bawah Google Maps di atas tadi. Facebook page dengan kata kunci "pusat tuisyen" dan lokasi "kuantan" menjadi pilihan carian google kerana google dah save lokasi saya. Jadi sudah tentu jika saya search akan muncul dahulu lokasi area kediaman saya barulah lain-lain tempat yang menggunakan keyword "pusat tuisyen"
Ini pula ialah carian "pusat tuisyen kuantan", terus direct lokasi kediaman. mudah untuk saya lihat di mana pusat tuisyen tersebut dan jarak untuk saya hantar anak saya nanti.



Baiklah. Untuk carian "pusat tuisyen kuantan" jika anda lihat, selepas maps barulah muncul website dan facebook page tuisyen-tuisyen yang lain menggunakan keyword "pusat tuisyen kuantan"



Anda boleh lihat bertaburan pin-pin pusat tuisyen di kuantan. ha pilih dan nilaikan sendiri mengikut kehendak anda. Pemilik Google Business atau Google Profile yang bagus akan melengkapkan segala butiran mereka dan sentiasa up to date perkembangan bisnes mereka. Jangan buat sahaja tapi sepi. Memang larila pelanggan kan?

Alhamdulillah. Jelas tak bagaimana mendaftarkan bisnes anda di Google Profile ni banyak kelebihannya? 

Kelebihan utama daftar Google Profle atau Google Business :- ini adalah marketing percuma. Anda daftar secara percuma, dan munculkan diri anda di carian maps dan google search berdasarkan kata kunci dan lokasi anda secara percuma juga. 


Soalan: Boleh tak saya iklankan bisnes saya setelah daftar di Google Profile?Jawapan: BOLEH!. Sign up for Google Ads dan anda boleh iklankan bisnes anda. Oh ya, ini adalah iklan berbayar. 

Contoh? Ada. tengok gambar di bawah

Nampak tak kotak putih dalam maps ni? Ini bermaksud pemilik Google Profile tersebut menggunakan Google Ads untuk mempromosikan bisnes mereka

Anda lihat atas sekali, pada carian "sewa kereta shah alam" ada 2 syarikat yang menggunakan iklan berbayar google. Lihat ada icon Ad menunjukkan bukti pengiklanan mereka! anda pun boleh buat perkara yang sama


Jadi bagaimana?
Nak buat atau tidak Google Profile ni untuk kedai / bisnes anda?
Nak tak dapatkan marketing percuma ini dan tarik pelanggan berdekatan kediaman anda atau ofis anda?
Nak tak muncul di carian google bila customer cari kata kunci yang mereka perlukan? 


Sudah tentulah NAK! Maka jangan berlengah lagi, terus lah daftarkan kedai / bisnes anda di Google Business hari ini. 


Bagaimana cara nak daftar Google Profile/ Google Business?1. Wajib ada email google (gmail.com)
2. Klik sini https://www.google.com/business
3. Sign in atau manage now
4. Daftarkan kedai anda, dan follow sahaja step by step yang google tunjukkan
5. Verify
6. Setelah google verify bisnes anda barulah kedai anda akan muncul pada tapak google maps! alhamdulilah selesai =)


Sign in atau manage google business profile anda


Bagi yang baru nak daftar pilih Add your business to Google





Semoga entri ini membantu anda semua memaksimakan sebanyak mungkin marketing percuma secara online. Gunakan semua medium yang anda insya Allah dan penting rajin update tentang bisnes anda supaya pelanggan tahu anda masih aktif =)


Tak tahu dan risau nak buat sendiri? Boleh je contact saya untuk saya setupkan Google Business Profile anda. Whatsapp saya, Puan Emme di talian 018-9100 852. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.emmemarina.com/2022/07/apa-itu-google-business-profile-dan-kelebihan-marketing-pada-peniaga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Hina Islam Atau Terima Padah Ppim Malakat Tribune 17 06 2022

Jangan Hina Islam Atau Terima Padah Ppim Malakat Tribune 17 06 2022

papar berkaitan - pada 20/7/2022 - jumlah : 267 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia menasihatkan rakyat Malaysia agar tidak membuat sebarang provokasi melibatkan agama bangsa dan negara Menurut Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan pihaknya kesal dengan kejadian menghina agama...
Awas Paru Paru Boleh Tinggal Segenggam Penumbuk Akibat Kuat Hisap Rokok Atau Vape Fikir Fikirkanlah

Awas Paru Paru Boleh Tinggal Segenggam Penumbuk Akibat Kuat Hisap Rokok Atau Vape Fikir Fikirkanlah

papar berkaitan - pada 20/7/2022 - jumlah : 298 hits
Paru paru rosak kesan tabiat menghisap rokok atau vape bukan perkara baru Sedia maklum tentang kesan negatif pada kesihatan diri sendiri namun tak semua perokok mengambil iktibar terhadap apa yang berlaku Bukan mudah bagi seorang perokok ya...
Betul Betul Tak Dengar Atau Buat Buat Tak Dengar

Betul Betul Tak Dengar Atau Buat Buat Tak Dengar

papar berkaitan - pada 20/7/2022 - jumlah : 196 hits
Sesiapa yang follow k fiezz di facebook mungkin ada perasan satu posting pasal k fiezz complaint staff kat satu mini Mart tak layan masa k fiezz ke situ Isnin yang lepas Kisahnya k fiezz singgah ke Mart dekat stesen LRT Muhibbah ni nak beli...
Unit Ini Telah Dimansuhkan Atau Belum

Unit Ini Telah Dimansuhkan Atau Belum

papar berkaitan - pada 20/7/2022 - jumlah : 232 hits
JAMZURI ARDANIApakah unit ini yang telah ditubuhkan semasa zaman kerajaan PH dulu telah dibubarkan oleh kerajaan pintu belakang nayu iseley
Kekili Baitcasting Atau Spinning Untuk Kolam Air Masin

Kekili Baitcasting Atau Spinning Untuk Kolam Air Masin

papar berkaitan - pada 18/7/2022 - jumlah : 551 hits
Ini adalah artikel ke 889 dalam blog aku dan yang ke 14 streak tanpa henti tentang postingan memancing haha Nasib la korang Tulisan harini aku nak tulis pendek je kot berkenaan pendapat aku tentang perbezaan penggunaan reel baitcasting dan ...
Kad Tng Mykad Hilang Atau Amp 039 Expired Amp 039 Ini Cara Mohon Amp 039 Refund Amp 039 Daripada Touch Amp 039 N Go

Kad Tng Mykad Hilang Atau Amp 039 Expired Amp 039 Ini Cara Mohon Amp 039 Refund Amp 039 Daripada Touch Amp 039 N Go

papar berkaitan - pada 18/7/2022 - jumlah : 191 hits
Ada beberapa situasi yang menbuatkan anda mahu menuntut semula wang dalam kad TNG Selain dicaj berlebihan di plaza tol lazimnya refund dimohon apabila kad TNG MyKad sudah luput atau hilang Baca di SINI untuk ketahui cara semak baki kredit k...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Natural Gas Fuel Not A Hazard

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Tattoos Raised And Itchy


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Flexibility In Business Operations

Semua Ni Sebab Chagee

Takwim Persekolahan Sesi 2025 2026

Buat Sendiri Roti Arab Lembut Gebu Sekali Hadap Boleh Habis 3 Keping

Sihir Ep1

Biodata Hael Husaini 2 Kali Juara Ajl Dan Perjalanan Dalam Industri Seni