Hukum Pegawai Kerajaan Beragama Islam Menyelia Urusan Berkaitan Arak



Soalan:
Apakah hukum jika saya terlibat dalam meluluskan lesen premis menjual minuman keras? Saya bekerja di Jabatan Kesihatan yang melakukan pemeriksaan premis bagi memastikan arak yang dijual mematuhi peraturan-peraturan makanan. Proses ini melibatkan pemeriksaan label pada botol arak, tanda larangan menjual arak kepada orang berumur bawah 21 tahun, tanda amaran meminum arak membahayakan kesihatan perlu ditampal di premis yang terlibat. Bagaimana pula dengan seorang pegawai Kastam yang mengurusan keluar masuk minuman beralkohol? Adakah kedua-dua pekerjaan ini termasuk dalam 10 golongan yang dilaknat oleh Allah SWT seperti yang disebut dalam hadith Nabi SAW?

Jawapan:
Arak merupakan satu perkara yang diharamkan secara jelas dalam al-Quran dan al-Sunnah. Betapa besarnya mudarat arak sehingga Islam mengharamkan kita daripada melibatkan diri dengan sebarang urusan yang melibatkan arak.

Diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA:

لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الخَمْرِ عَشَرَةً: عَاصِرَهَا، وَمُعْتَصِرَهَا، وَشَارِبَهَا، وَحَامِلَهَا، وَالمَحْمُولَةُ إِلَيْهِ، وَسَاقِيَهَا، وَبَائِعَهَا، وَآكِلَ ثَمَنِهَا، وَالمُشْتَرِي لَهَا، وَالمُشْتَرَاةُ لَهُ
“Rasulullah SAW melaknat dalam isu arak ini 10 golongan; pemerah (anggur untuk arak), orang yang minta diperahkan, peminumnya, pembawanya, orang yang meminta bawa kepadanya, orang yang menuangkan arak, penjualnya, orang yang makan hasil jualannya, orang yang membelinya dan orang yang meminta dibelikan untuknya.” [Riwayat Imam al-Tirmidzi (1295) dalam Sunan]

Pengurusan Perkara Berkaitan Arak, Adakah Kesemuanya Haram?

Berdasarkan hadith di atas, adakah boleh untuk diqiyaskan sepuluh golongan yang tersebut dengan kesemua aktiviti menguruskan arak, seperti pegawai kastam yang menguruskan keluar masuk minuman beralkohol, atau pegawai kesihatan yang menyelia premis-premis yang menjualnya?

Menurut pandangan kami, kedua-dua pekerjaan yang disebut oleh penanya di atas tidak termasuk di dalam kalangan yang dilaknat Allah SWT. Berikut kami kemukakan kaedah-kaedah fiqhiyyah yang kami jadikan sandaran:

الأمور بمقاصدها
“Setiap perkara dan perbuatan itu dinilai berdasarkan niat.”

Pegawai kastam yang menyelia kemasukan arak bukanlah berniat untuk bersubahat dalam aktiviti meminum arak, tapi hanya melakukan tugasan yang telah dipertanggungjawabkan ke atasnya, iaitu untuk meneliti dan memeriksa segala keluar masuk barangan ke dalam atau ke luar negara. Begitu juga pegawai jabatan kesihatan bertanggungjawab menyelia premis yang menjual arak bagi memastikan arak tidak dijual kepada individu di bawah umur 21 tahun, dan arak tersebut tidak mempunyai kandungan yang dilarang. Kaedah lain menyebut:

ما لا يدرك كله لا يترك جله
“Apa-apa perintah syara’ yang tidak boleh dilakukan kesemuanya, maka janganlah pula ia ditinggalkan semuanya.”

Larangan menjual arak kepada individu di bawah umur 21 tahun merupakan salah satu cabang menghindari bahaya arak, meskipun ia tidak sepenuhnya menepati kehendak syaria’ah iaitu pengharaman arak secara total.




Begitu juga dengan kaedah yang berbunyi:

إذا ضاق الأمر اتسع
“Suatu perkara itu apabila ia menjadi sempit, maka ia diperluaskan.”

Jika staf-staf dan pegawai Muslim diharamkan daripada terlibat dalam urusan seperti ini, maka berkemungkinan ia akan mengganggu kelancaran proses pengurusan kerajaan dan membawa kepada mudarat yang lain, seperti penjualan arak kepada individu bawah umur dan kemasukan arak yang tidak dicukai. Maka dalam hal ini, salah satu prinsip syariah iaitu raf’ul haraj (mengelakkan kesukaran) perlu diambil kira.

Kesimpulan

Tuntasnya, kami berpandangan bahawa pegawai kastam yang menguruskan keluar masuk minuman beralkohol dan pegawai kesihatan yang menyelia premis-premis yang menjualnya adalah tidak berdosa dan tidak dianggap sebagai bersubahat dalam aktiviti meminum arak. Begitu juga dengan pekerjaan-pekerjaan lain yang mempunyai persamaan dengan pekerjaan yang kami bahaskan ini.

Allah SWT juga berfirman:

فَاتَّقُوا اللَّهَ مَا اسْتَطَعْتُمْ
“Bertaqwalah kamu kepada Allah SWT (dengan melaksanakan segala arahan-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya) semampu yang boleh.” [Surah al-Taghabun (16)]

Namun demikian, adalah diharapkan bahawa pihak kerajaan dan pihak berkuasa akan mengambil tindakan segera bagi merangka polisi khas dalam urusan-urusan yang melibatkan arak, bagi memastikan hanya pekerja non-Muslim sahaja yang menguruskan segala perkara teknikal berkaitan arak.

Sementara polisi yang demikian masih belum dirangka, adalah dinasihatkan agar pegawai yang terlibat mengadakan perbincangan dengan rakan sekerjanya dan pegawai-pegawai atasan untuk memilih pekerja-pekerja non-Muslim bagi menguruskan segala perkara teknikal berkaitan arak. Kami percaya ruang untuk fleksibiliti hasil perbincangan secara harmoni merupakan jalan yang terbaik.

Wallahua’lam.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/04/hukum-pegawai-kerajaan-beragama-islam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sambungan Rompakan Maut Kedai Emas Hukum Mencuri Dalam Islam

Sambungan Rompakan Maut Kedai Emas Hukum Mencuri Dalam Islam

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 1715 hits
Sambungn Rompakan Kedai Emas Hukum Mencuri Dalam Islam Dan Dalilnya Mencuri berarti mengambil sesuatu yang bukan haknya secara sembunyi sembunyi tanpa sepengetahuan pemiliknya Secara hukum mencuri adalah perbuatan yang dilarang oleh negara ...
Kalau Mereka Orang Islam Ia Tindakan Mempersendakan Hukum Agama Mufti Kecoh 3 Gadis Berhijab Tapi Bawah Terdedah

Kalau Mereka Orang Islam Ia Tindakan Mempersendakan Hukum Agama Mufti Kecoh 3 Gadis Berhijab Tapi Bawah Terdedah

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 585 hits
Kalau Mereka Orang Islam Ia Tindakan Mempersendakan Hukum Agama Mufti Kecoh 3 gadis berhijab tapi Bawah Terdedah Kebiasaanya kisah wanita berhijab khususnya artis dan selebriti yang mengambil keputusan untuk membuka tudung akan kecoh tetapi...
4898 Elok Ada Buku Panduan Atau Sop Berkaitan Aset Kerajaan Malaysia Gazette 19 4 19

4898 Elok Ada Buku Panduan Atau Sop Berkaitan Aset Kerajaan Malaysia Gazette 19 4 19

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 411 hits
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia PPIM Datuk Nadzim Johan bercakap kepada media mengenai Kontraktor Mangsa Penyelewengan pada sidang media di Ibu Pejabat PPIM Kondominium Villa Puteri Kuala Lumpur Artikel oleh Malaysia Gazette...
Bekas Pegawai Spad Dakwa Dianiaya Oleh Kerajaan Ph Sebelum Pru Dahulu Dia Antara Penyumbang Kemenangan Ph Viralhancing

Bekas Pegawai Spad Dakwa Dianiaya Oleh Kerajaan Ph Sebelum Pru Dahulu Dia Antara Penyumbang Kemenangan Ph Viralhancing

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 542 hits
Bekas pegawai Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat mendakwa jadi mangsa penganiayaan kerajaan Pakatan Harapan Melalui sosial medianya Egard Mohd Aizat mendakwa semasa bekerja dengan SPAD beliau menjadi pegawai tetapi kini hanya ditawarkan ja...
Koleksi Hukum Dan Fatwa Berkaitan Ramadhan

Koleksi Hukum Dan Fatwa Berkaitan Ramadhan

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 715 hits
Koleksi Hukum dan fatwa berkaitan Ramadhan daripada Mufti Wilayah Persekutuan Merokok membatalkan Puasa 2 Hukum memakai Lipstick di bulan puasa 3 Hukum mengambil ubat ketika berpuasa 4 Perkara perkara membatalkan puasa 5 Hukum berbuka puasa...
Apa Saja Yang Berkaitan Melayu Dan Islam Mesti Nak Di Jahanamkan

Apa Saja Yang Berkaitan Melayu Dan Islam Mesti Nak Di Jahanamkan

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 362 hits
Mat Sabu Nak Naikan Gaji Tentera Untuk Orang Cina dan India Maka berkatalah Menteri Pertahanan yang bijaksana itu Mungkin masalah tangga gaji kecil menyebabkan mereka kurang minat menyertai tentera Oleh itu kerajaan perlu fikir tangga gaji ...
Kerja Di Spad Jadi Pegawai Selepas Bubar Ditawar Gred 19 Campak Ke Sarawak Bekas Staff Spad Dakwa Dianiaya Kerajaan

Kerja Di Spad Jadi Pegawai Selepas Bubar Ditawar Gred 19 Campak Ke Sarawak Bekas Staff Spad Dakwa Dianiaya Kerajaan

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 385 hits
Seorang bekas pegawai Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat mendakwa telah dianiaya oleh kerajaan yang telah memberhentikannya sehingga hilang punca pendapatan Egard Mohd Aizat melalui Facebook berkata semasa berkhidmat di SPAD beliau memegan...
Muhyiddin Sultan Johor Boleh Campur Urusan Kerajaan Negeri Tapi

Muhyiddin Sultan Johor Boleh Campur Urusan Kerajaan Negeri Tapi

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 304 hits
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin berpendapat bahawa Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar masih boleh mencampuri soal urusan di negeri itu tetapi bukan sehingga mengganggu proses pentadbiran kerajaan negeri Campur tangan dala...
Sultan Brunei Laksana Hukum Hudud Diserang Banyak Pihak Tiada Negara Islam Yang Pertahankan

Sultan Brunei Laksana Hukum Hudud Diserang Banyak Pihak Tiada Negara Islam Yang Pertahankan

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 470 hits
The ReporterSetelah beberapa tahun ditangguhkan negara Brunei akhirnya melaksanakan hukum hudud termasuk hukuman rejam terhadap penzina dan pelaku hubungan seks gay Hukum hudud yang dilaksanakan itu menjadikan Brunei negara Asia Tenggara pe...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Dah Sampai Pulau Phuket