Cara Memeriksa Habis Haid Dan Jangan Lewatkan Mandi Wajib


CARA MEMERIKSA HABIS HAID DAN JANGAN LEWATKAN MANDI WAJIB | Ramai wanita tidak tahu terutama yang baru baligh, ini cara nak semak periksa haid sudah habis atau belum dan disini ada jawapan jangan lewatkan mandi wajib. Sila baca dan faham. 


CARA MEMERIKSA HABIS HAIDSoalan; ustaz, setelah diyakini haid sudah berhenti..sy trs mandi wajib..tetapi slps mandi...hari keesokannya haid msh keluar lagi...bagaimana status ibadah sy waktu itu? dan bagaimana menentukan waktu terbaik untuk mandi wajib..sebelum ini, sy memastikan selepas 2 waktu sembahyang haid tidak keluar..sy akan mandi wajib selepas itu..bantulah saya..

Jawapan;

Ibadah yang dilakukan ketika masih ada haid itu tidak sah. Walau bagaimanapun puan/saudari tidak lah berdosa kerana melakukan ibadah ketika haid kerana hal tersebut bukan disengajakan, tetapi kerana sangkaan bahawa haid telah habis. Jika puan/saudari berpuasa semasa masih ada darah haid itu, puasa puan/saudari terbatal dengan sendirinya sebaik menyedari darah haid masih ada.

Adapun bagaimana caranya untuk memastikan darah haid benar-benar habis; apabila puan/saudari merasakan darah haid puan/saudari habis; lakukan pemeriksaan terhadap faraj terlebih dahulu sebelum mandi, iaitu dengan memasukkan cebisan kain, kapas atau sebagainya ke dalam faraj dan melihat sama ada masih terdapat kesan darah haid atau tidak. Jika tidak ada kesan darah haid sama ada tidak nampak sebarang warna pada kain/kapas tersebut atau nampak warna putih seperti kapur, maka ketika itu barulah puan/saudari mandi. Jika masih ada sebarang kesan warna darah atau warna kuning atau keruh, janganlah puan mandi lagi kerana darah haid belum habis. Kaedah ini diambil daripada amalan wanita-wanita sahabat sebagaimana yang diceritakan oleh Saidatina ‘Aisyah r.a.; “Wanita-wanita sahabat menghantar kepadanya satu bekas kecil berisi kapas yang terdapat padanya kesan kuning dan keruh dari haid. (*Tujuan mereka ialah meminta penjelasan darinya apakah mereka telah suci dari haid atau belum apabila yang masih tinggal pada faraj mereka hanyalah kesan kuning dan keruh). Lalu ‘Aisyah menjawab; “Janganlah kamu kamu tergesa-gesa (mandi wajib) sehinggalah kamu melihat seperti kapur putih” (HR Imam al-Bukhari dan Imam Malik).

Wallahu a’lam.

CONTOHSoalan:Apakah hukum sekiranya seseorang wanita melambatkan mandi wajib dengan niat ingin menunggu lagi jika ada darah haid yang masih tertinggal seperti darah di hujung yang warnanya coklat, kerana kadang-kadang darah berhenti sekejap selama satu atau dua hari dan akan bersambung pada hari berikutnya.
Jawapan:Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi SAW, para sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.Dalam kes ini, wanita tersebut perlu memeriksa keadaan dirinya. Sekiranya darah tidak keluar tetapi apabila dia memasukkan kapas atau seumpamanya ke dalam batin alat sulitnya (bahagian faraj yang tidak wajib dicuci ketika istinja’ dan hanya kelihatan ketika mencangkung) lalu didapati pada kapas tersebut ada kesan darah termasuklah warna coklat, maka dia masih berada dalam keadaan fatrah haid, yakni tempoh haid. Ini berdalilkan riwayat Aisyah R.Anha dalam Sahih al-Bukhari dan al-Muwatta’:كَانَتْ النِّسَاءُ يَبْعَثْنَ إلَى عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا بِالدُّرْجَةِ فِيهَا الْكُرْسُفُ فِيهِ الصُّفْرَةُ مِنْ دَمِ الْحَيْضِ فَتَقُولُ لَا تَعْجَلْنَ حَتَّى تَرَيْنَ الْقَصَّةَ الْبَيْضَاءَ تُرِيدُ بِذَلِكَ الطُّهْرَ مِنْ الْحَيْضَةِMaksudnya: Dahulu, para wanita datang menemui Aisyah R.Anha dengan menunjukkan kain yang berisi kapas (yakni yang dimasukkan ke dalam faraj) yang padanya ada kesan kekuningan (kesan darah haid) lalu Aisyah berkata kepada mereka, “Janganlah kamu tergesa-gesa (untuk mandi dan bersolat) sehinggalah kamu melihat warna cecair putih pada kapas yang menunjukkan suci daripada darah haid.” Rujuk al-Majmu’ (2/389) oleh Imam al-NawawiNamun sekiranya dia tidak mendapati warna darah, termasuklah warna kekeruhan dan kekuningan, maka dia sebenarnya berada dalam keadaan naqo’. Daripada sudut bahasa naqo’ bererti bersih daripada sesuatu. Adapun daripada sudut hukum, keadaan naqo’  bererti bersih daripada darah haid. Keadaan naqo’ boleh jadi keadaan haid ataupun suci.Pada asalnya, apabila berlaku naqo’ maka dia secara zahirnya sudah dianggap berhenti darah haid dan diwajibkan mandi dengan segera dan hendaklah dia melaksanakan kewajipan apabila sudah suci seperti solat dan berpuasa.Namun, sekiranya seseorang wanita itu memiliki adat muwa`adah al-dam (yakni darah haidnya keluar kemudian berhenti kemudian datang kembali tetapi cukup sehari semalam). Maka di sisi mazhab ada dua pendapat ulama.Pertama. Wanita itu mengambil hukum suci. Justeru dia wajib mandi dan melakukan kewajipan ketika bersuci seperti solat dan puasa. Ini merupakan pendapat Imam al-Nawawi dalam al-Majmu’.Kedua. Wanita itu mengambil hukum haid kerana secara zahirnya masih berhaid kerana mengikut adatnya, justeru tidak perlu mandi lagi sewaktu berlakunya intiqita’ (putus) atau naqo’ itu. Ini menurut pendapat yang disahihkan oleh Imam al-Rafie, Imam al-Nawawi dalam Raudhah al-Talibin, dan dianggap tepat oleh Imam Ibn Hajar al-Haitami.(Rujuk Tuhfah al-Muhtaj (1/400); Asna’ al-Matalib (1/112)Contoh bagi pendapat kedua ialah Nurul mempunyai adat berhaid 7 hari dalam keadaan pada hari keempat akan berlaku naqo’ selama sehari dan sambung keluar darah kembali sehingga hari ketujuh. Justeru, apabila berlaku naqo` pada hari keempat, Nurul tidak perlu mandi wajib kerana dia masih dianggap haid. Inilah yang difahami daripada fakta soalan penanya di atas.Namun begitu, sekiranya Nurul menunggu daripada hari keempat sehingga hari ketujuh tetapi tidak kembali keluar darah, maka Nurul diwajibkan untuk mandi dan mengqadha’kan solat-solat yang ditinggalkan pada hari keempat sehingga hari ketujuh kerana berkemungkinan adatnya sudah berubah.Jawapan di atas tidak merujuk kepada kes wanita mustahadah, mubtada’ah (yang baru mengalami haid bulan pertama), kes haid yang mutaqatti` (terputus-putus) kerana beranggapan bahawa penanya ialah wanita yang beradat dan keluar darah seperti kebiasaan.Wallahua`lam.
sumber

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://blogsemak.blogspot.com/2019/08/cara-memeriksa-habis-haid-dan-jangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ini Tata Cara Mandi Wajib Bagi Pria Sebelum Menunaikan Salat Jumat

Ini Tata Cara Mandi Wajib Bagi Pria Sebelum Menunaikan Salat Jumat

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 319 hits
Terdapat langkah langkah dalam melakukan mandi wajib sebelum Salat Jumat berikut merdeka com merangkum tata cara dalam mandi wajib sesuai sunah Rasul
Terbeban Nak Beli Baby Car Seat Jangan Risau Ini Cara Untuk Dapatkan Secara Percuma

Terbeban Nak Beli Baby Car Seat Jangan Risau Ini Cara Untuk Dapatkan Secara Percuma

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 477 hits
Boleh dikatakan masih ramai ibu bapa yang belum memiliki car seat baby terbaik untuk anak anak mereka kerana harganya yang terlalu mahal dan tidak tahu saiz yang bersesuaian dengan anak Sampaikan ada ibu bapa yang rasa terbeban dengan keada...
Jangan Bandingkan Hidup Dengan Orang Lain Bahagialah Dengan Cara Kita

Jangan Bandingkan Hidup Dengan Orang Lain Bahagialah Dengan Cara Kita

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 514 hits
Cinta Luar Biasa topik yang diketengahkan dalam Mingguan Wanita Talkshow tengah hari tadi Cinta yang cukup luar biasa sanggup menerima pasangan walaupun keadaan fizikal yang tidak mengizinkan atau tidak seperti orang lain Tetamu jemputan ya...
Adakah Perlu Menanggalkan Kanta Lekap Ketika Mandi Wajib

Adakah Perlu Menanggalkan Kanta Lekap Ketika Mandi Wajib

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 341 hits
Penggunaan kanta lekap sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat hari ini sama ada untuk tujuan berhias atau menggantikan pemakaian kaca mata Kadang kala saat mengambil wuduk atau mandi wajib sekalipun si pemakai mungkin tidak menanggalkan k...
5 Cara Mengecilkan Perut Buncit Dengan Bahan Alami Pria Wajib Coba

5 Cara Mengecilkan Perut Buncit Dengan Bahan Alami Pria Wajib Coba

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 393 hits
Biasanya para pria mengeluh mengapa pada bagian tubuh ini seringkali lebih maju daripada bagian anggota tubuh lainnya atau yang biasa disebut dengan perut buncit untuk mencegah hal tersebut simak tips 5 cara mengecilkan perut buncit dengan ...
Awas Wanita Ini 10 Petanda Rahim Tidak Sihat Dan 9 Cara Mengatasinya Jangan Ambil Mudah Sakit Pinggang Dan Sakit Tumit

Awas Wanita Ini 10 Petanda Rahim Tidak Sihat Dan 9 Cara Mengatasinya Jangan Ambil Mudah Sakit Pinggang Dan Sakit Tumit

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 532 hits
10 Petanda Rahim Tidak Sihat Dan 9 Cara Mengatasinya Bila tubuh terasa sangat berat dan susah untuk bergerak wanita harus tahu ia bukanlah masalah kegemukan Wanita walaupun di tempat kerja mereka bertungkus lumus memerah idea dan menyiapkan...
Wajib Cuba 5 Cara Mudah Bersihkan Peralatan Mekap Yang Kotor

Wajib Cuba 5 Cara Mudah Bersihkan Peralatan Mekap Yang Kotor

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 759 hits
Korang rajin tak nak bersihkan peralatan mekap selepas menggunakannya Hahahaha jangan tipu ok Kadang kadang rasa malas kan walaupun ia wajib dilakukan bagi memastikan kebersihannya Bila dah terlalu kerap digunakan sudah pastilah segala sisa...
7 Fakta Hand Sanitizer Yang Wajib Diketahui Jangan Asal Pakai

7 Fakta Hand Sanitizer Yang Wajib Diketahui Jangan Asal Pakai

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 255 hits
Kerap dianggap praktis untuk membersihkan tangan hand sanitizer menjadi populer di kalangan masyarakat terutama masyarakat yang tinggal di perkotaan Selain dianggap praktis hand sanitizer juga dianggap ampuh membasmi kuman di tangan
10 Cara Memerahkan Bibir Dengan Alami Dan Cepat Wajib Dicoba

10 Cara Memerahkan Bibir Dengan Alami Dan Cepat Wajib Dicoba

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 281 hits
Bibir menjadi salah satu bagian tubuh yang menjadi perhatian bagi wanita Banyak wanita yang menginginkan memiliki bibir yang merah merona Ternyata bibir merah merona bisa didapatkan dengan cara yang alami dan cepat
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut