Hukum Menyimpan Kuku Panjang


Hukuman Simpan Kuku Panjang  | Masa zaman sekolah dulu setiap hari perhimpunan adalah hari yang mencemaskan sebab cikgu akan lakukan pemeriksaan rambut untuk pelajar lelaki, tudung untuk pelajar perempuan, pemakaian kain dalam dan stoking serta pemeriksaan kuku. Masa tu berkuku panjang tu adalah satu trend. Kuku kena panjang, berkilat dan bersih. Semuanya akibat pengaruh televisyen. Tengok pelakon dan model semuanya berkuku cantik siap pakai quetic berwarna-warni. Tergoda ok. 
Semakin meningkat dewasa semakin faham kuku yang yang pendek melambangkan kebersihan. Geli geleman pula nak suap makanan ke mulut tapi kuku panjang dan bakteria yang melekat mana nak nampak kan? Tapi ada je kawan-kawan yang masih menyimpan kuku. Nak cantik. Sebenarnya boleh ke simpan kuku ni? 
Hukum Simpan Kuku Panjang
Diah terbaca satu perkongsian oleh Ustaz Farid Rashidi tentang hukum menyimpan kuku. Nama sebenar adalah ustaz ni ialah Mohd Farid Bin Hj. Md. Rashidi. Beliau aktif menulis di blog semenjak tahun 2007 sebagai cara menyampaikan mesej dakwah, ketuhanan dan secebis ilmu buat ummah. Beliau juga merupakan seorang penulis buku genre islamik, motivasi & cinta. Suka berkongsi cerita dan juga suka melukis. 
Ustaz aktif menulis di Facebook dan telah pun menghasilkan karya 3 buah buku semenjak 2011. Berikut adalah perkongsian ustaz tentang hukuman menyimpan kuku panjang. Selalu sangat terserempak dengan kaum hawa berkuku panjang. Sengaja disimpan panjang. Ada juga yang potong tepi tapi tengah-tengahnya dibiarkan tajam. Kononnya cantik bila runcing. Dia punya panjang, sampai terpaksa berusaha keras untuk tekan keyboard telefon bimbit. Salah tekan, terus typo. Nak tekan saya, jadi sayang. Jeng! 
Ada juga kaum lelaki yang simpan kuku panjang di sesetengah jari. Tak tahulah apa tujuannya. Yang saya tak dapat bayang macammanalah waktu nak beristinjak dalam keadaan kuku panjang. Habis calar balar. Boleh bayang tak? Dah, dah tak payah bayang lagi. 
Hukum Simpan Kuku
Kuku ini kalau disimpan panjang, lebih kurang sama rupanya macam haiwan karnivor (maging). Alah haiwan pemangsa yang makan daging macam singa, harimau. Kan kuku panjang. Baiklah, mari kita lihat hukumnya

Hukum Memotong Kuku
Fuqaha’ bersepakat mengatakan bahawa memotong kuku adalah sunnah daripada sunnah fitrah manusia. Disunatkan bagi setiap orang muslim menjaga kebersihannya dengan baik. Hukum ini sama sahaja, terpakai kepada lelaki mahupun wanita

Dalilnya:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ: "الْفِطْرَةُ خَمْسٌ أَوْ خَمْسٌ مِنَ الْفِطْرَةِ الْخِتَانُ، وَالاِسْتِحْدَادُ، وَتَقْلِيمُ الأَظْفَارِ، وَنَتْفُ الإِبِطِ، وَقَصُّ الشَّارِبِ"
Daripada Abi Hurairah r.a bahawa Nabi SAW bersabda: “Dari 5 sunnah fitrah ialah khitan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan memotong misai.”[Hadis Riwayat Ibn Majah, no.292]Juga hadis yang mengingatkan agar tidak membiarkan kuku panjang hingga lebih empat puluh hari

وعَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رضي الله عنه قَالَ: وُقِّتَ لَنَا فِي قَصِّ الشَّارِبِ، وَتَقْلِيمِ الأَظْفَارِ، وَنَتْفِ الإِبِطِ، وَحَلْقِ الْعَانَةِ، أَنْ لاَ نَتْرُكَ أَكْثَرَ مِنْ أَرْبَعِينَ يَوْماً. رواه مسلم
Daripada Anas Bin Malik r.a, Rasulullah SAW bersabda: “Telah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih dari empat puluh hari.”[Hadis Riwayat Bukhari, no.5889. Riwayat Muslim, no.257]Boleh tak mahu kerat kuku, dikecualikan hanya ketika berlakunya peperangan sahaja

Ini disebut pula dalam Kitab al-Fatawa al-Hindiyyah:
“Mengerat kuku adalah sunnah kecuali di masa peperangan, membiarkannya (ketika itu) adalah disunatkan.”
Beberapa hukum berkenaan kuku yang boleh kita ambil perhatian:
• Cara memotong kuku, sebaiknya dimulakan mengerat kuku tangan kanan terlebih dahulu barulah kiri. Begitu juga untuk kaki, hendaklah dimulakan dengan kaki kanan
Sebagaimana apa yang Rasulullah SAW selalu ajarkan agar mulakan sesuatu dari sebelah kanan:عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ: إِنْ كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لَيُحِبُّ التَّيَمُّنَ فِي طُهُورِهِ إِذَا تَطَهَّرَ، وَفِي تَرَجُّلِهِ، إِذَا تَرَجَّلَ، وَفِي انْتِعَالِهِ إِذَا انْتَعَلَDaripada Saidatina ‘Aisyah r.a: “Rasulullah SAW lebih suka menggunakan sebelah kanan dalam urusan-urusan beliau; dalam bersuci, menyikat dan memakai sandal.”[Hadis Riwayat Bukhari, no.231. Hadis Riwayat Muslim, no.268]
• Dilarang mengerat kuku bahagian tepi, dan meninggalkan bahagian tengah hingga kelihatan tajam dan meruncing kerana ia akan menyebabkan terkumpulnya kotoran
[Sabah al-Samarrai’ (Dr.), hlm.76. Al-Farghani, jil.3, hlm.411]
• Makruh mengerat kuku menggunakan gigi. Hendaklah menggunakan pengepit kuku. Al-Farghani menyebut bahawa mengerat kuku menggunakan gigi antara punca menyebabkan penyakit
[Nizamuddin, jil.5, hlm.358]Islam itu indahkan? Cantik sangat. Hinggakan bab potong kuku pun diajar Rasulullah SAW

Hikmahnya adalah:
1. Mengerat kuku adalah bersesuaian dengan fitrah manusia yang sempurna. Ia juga adalah sunnah Rasulullah SAW. Bila sunnah, sudah pasti akan ada pahala menanti
2. Bila dibiarkan panjang, maka akan terkumpullah segala sisa-sisa kekotoran biarpun dah bersihkannya. Kita mana nampak kumankan? Sudah tentu akan mendatangkan penyakit nanti. Bayangkan lagi, dengan kuku yang panjang itu diulinya tepung buat kuih dan roti canai. Padukan? Diramas-ramas pula santan pekat putih berubah jadi kelabu. Bayangkanlah kita makan makanan tu. 3. Bila kekotoran terkumpul, menghalang untuk kita bersuci sempurna (mandi hadas dan wudhuk) hingga sampai air ke lapisan kuku
4. Mengelakkan orang Islam sama semacam orang fasik dan kafir dan juga semacam binatang buas
Jadi apa kata korang lepas baca penerangan ustaz ni? masih berselera nak simpan kuku panjang? Ingat jangan biarkan kuku tidak dipotong melebihi 40 hari. Bukan kuku je tau yang perlu kita jaga dan potong. Bahagian lain pun kena ambil tahu. Jadi la Muslim yang sentiasa kemas dan mengutamakan kebersihan. Baru orang suka dan selesa dengan kita. Setakat ni dulu perkongsian. Wassalam. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rodiahamir.com/2019/01/hukum-menyimpan-kuku-panjang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Troll Haram Mufti Wp

Hukum Troll Haram Mufti Wp

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 472 hits
Hukum Troll Haram Mufti WP Hukum menyindir atau troll di media sosial yang menyalahi hukum syarak adalah haram dan berisiko mewujudkan permusuhan dan perbalahan sesama manusia Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakr...
Polisi Belum Penuhi Permintaan Ahmad Dhani Kasus Idiot Terancam Batal Demi Hukum

Polisi Belum Penuhi Permintaan Ahmad Dhani Kasus Idiot Terancam Batal Demi Hukum

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 243 hits
Kedua Ahmad Dhani diketahui meminta pada penyidik Kepolisian agar memeriksa keterangan saksi ahli yang diajukannya Namun hingga berkas dikirimkan kejaksaan penyidik Kepolisian rupanya tidak memenuhi permintaan Ahmad Dhani tersebut
Hukum Mencabut Uban Dalam Islam

Hukum Mencabut Uban Dalam Islam

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 351 hits
MELIHAT uban tumbuh di kepala pasti menimbulkan kegusaran kerana mengganggu penampilan Pasti ramai di antara anda yang suka mencabut uban apabila ia mula kelihatan Tetapi tahukah anda apa hukum mencabut uban dalam Islam Uban sinonim dengan ...
Hukum Suami Ajak Seks Semasa Sakit

Hukum Suami Ajak Seks Semasa Sakit

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 521 hits
Ada seorang wanita bertanyakan MANGGA tentang hubungan rumah tangganya Memandangkan MANGGA masih solo dan dara lebih baik soalan ini ditujukan kepada yang layak Soalannya Apakah hukumnya jika seorang suami mengajak isterinya bersetubuh seda...
9 Ide Kreatif Menyimpan Aksesori Gampang Dicari Pas Butuh Dan Nggak Ruwet Lagi

9 Ide Kreatif Menyimpan Aksesori Gampang Dicari Pas Butuh Dan Nggak Ruwet Lagi

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 211 hits
Kalau dicampur semua dalam satu wadah kadang ada yang sampai rusak atau hilang Apa nggak sayang
Hukum Troll Haram Baca Dulu Penjelasan Sebenar Mufti Wilayah Sebelum Marah Marah

Hukum Troll Haram Baca Dulu Penjelasan Sebenar Mufti Wilayah Sebelum Marah Marah

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 614 hits
Semalam Berita Harian melaporkan hukum troll haram dan membayangkan perkara itu diungkapkan oleh Mufti Wilayah Laporan itu membuatkan netizens mengecam Mufti Wilayah Ini kerana sesetengah dari mereka menyangka hukuman itu mungkin diperbinca...
Hukum Guru Mengajar Les Sampingan Bagi Siswa

Hukum Guru Mengajar Les Sampingan Bagi Siswa

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 204 hits
Guru Mengajar Les Sampingan Bagi Siswa Jika ada guru yang mengajar matematika lalu ada siswa yang meminta utk les d luar kelas dengan biaya tertentu apakah ini dibolehkan Jawab Bismillah was shalatu was salamu ala Rasulillah wa ba du Pertan...
Hukum D0sa Memelihara Kucing Yang Ramai Tidak Tahu Rileks Media

Hukum D0sa Memelihara Kucing Yang Ramai Tidak Tahu Rileks Media

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 387 hits
Kami percaya ramai diantara kita adalah pencinta kucing Namun sedarkah kita kadang kala kita telah berbuat dosa akibat membela kucing Dan dosa ini mendapat amaran daripada Rasulullah SAW Awas Inilah hukum akibat dosa membela kucing yang men...
Dituduh Lakukan Pelecehan Seksual Anggota Dewan Pengawas Bpjs Tk Ambil Langkah Hukum

Dituduh Lakukan Pelecehan Seksual Anggota Dewan Pengawas Bpjs Tk Ambil Langkah Hukum

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 218 hits
Syafri membantah tuduhan ini dan menyebut telah difitnah Kuasa hukum terduga pelaku Memed Adiwinata menyatakan akan segera melakukan upaya hukum terkait dengan pencemaran nama baik terhadap kliennya Syafri
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Lebih Dari Rindu Maulana Ardiansyah Ft Alyssa Dezek

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Drama Teratak Kasih Salina


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Pergaulan Antara Lelaki Dan Wanita Ajnabi Hanya Dibenarkan Pada Keadaan Keadaan Tertentu

Kelas Seliaan Negeri Penerangan Tarikh Semakan Permohonan

Puasa Syaaban 2025 Tarikh Hukum Niat Melakukan Puasa Syaaban

Sukses Kumpulkan Donasi Untuk Beli Ambulans Zaskia Adya Mecca Kini Targetkan Bangun Masjid Di Gaza

Makan Kenduri Kahwin Anak Bongsu Sis Lin

Japanese Cucumber Salad