Hukum Troll Haram Mufti Wp


Hukum ‘Troll’ Haram- Mufti WP. Hukum menyindir atau ‘troll’ di media sosial yang menyalahi hukum syarak adalah haram dan berisiko mewujudkan permusuhan dan perbalahan sesama manusia.
Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata perbuatan troll kini dilihat sebagai situasi membimbangkan kerana ia disebarkan dalam pelbagai konteks termasuk mesej bertulis, klip video pendek dan gambar yang diubahsuai dengan dialog yang dicipta sendiri.
“Kebanyakan troll yang disebarkan mengandungi unsur menghina, memperlekeh, menyindir, mengejek nama, tubuh badan dan perilaku.
“Kegiatan itu juga berisiko menghasut, menyebarkan pendustaan, membangkitkan permusuhan, menyemai kebencian dan menjatuhkan maruah individu yang menjadi mangsa troll.
“Justeru, hukum perbuatan troll adalah haram jika ia digunakan sebagai alat menyebarkan pendustaan, permusuhan dan perbalahan antara manusia apatah lagi sesama Muslim. Ia berasaskan kaedah, ‘Jalan-jalan baginya hukum sebagaimana tujuan’,” katanya menerusi kenyataan dikeluarkan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hari ini.
Berdasarkan ciri-ciri troll yang menyalahi hukum syarak, jelas ia bertentangan dengan pelbagai nas syarak.
Antaranya ialah larangan mengejek atau menggelar dengan gelaran yang tidak baik; larangan menghina, merendah-rendahkan, mencaci dan melaknat sesama sendiri; larangan khianat dan berbohong serta larangan menyebar fitnah dan mengadu domba
Katanya, jika troll yang dilakukan hanya sekadar sindiran dengan bahasa kiasan tanpa menjatuhkan maruah peribadi seseorang, tetapi lebih kepada teguran atau nasihat secara berhikmah, maka ia tidak mengapa.
“Media sosial adalah alat komunikasi bagi memudahkan perhubungan sesama manusia. Hukum asal menggunakannya adalah harus jika tujuan dan kaedah penggunaannya tidak melanggar mana-mana hukum syarak. Ini berdasarkan kaedah fiqh, ‘Asal pada segala sesuatu itu harus’.
“Seseorang itu tidak sepatutnya melontarkan apa sahaja yang mahu dikatakan atau dikongsikan tanpa berhati-hati. Mungkin mereka menyangkakan itu remeh tetapi di sisi Allah SWT ia amat berat,” katanya.
Beliau berkata netizen perlulah berakhlak mulia biarpun di alam maya dan jangan dilupa bahawa setiap gerak geri ada saksi yang sedang memerhatikan.
“Biarpun ia bukan percakapan lidah, tapi tangan yang menulis, berkongsi dan menyebarkan, namun yakinlah bahawa ia sendiri kelak akan menjadi saksi atas apa yang diperbuat.
“Ini digambarkan Allah SWT di dalam al-Quran ketika manusia terpinga-pinga kehairanan, mengapa kulit tubuhnya yang suatu ketika dahulu merupakan sekutunya, kelak ia sendiri yang akan menjadi saksi atas perlakuan maksiatnya,” katanya.
Sumber: Berita Harian
The post Hukum ‘Troll’ Haram – Mufti WP appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/hukum-troll-haram-mufti-wp/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Troll Haram Baca Dulu Penjelasan Sebenar Mufti Wilayah Sebelum Marah Marah

Hukum Troll Haram Baca Dulu Penjelasan Sebenar Mufti Wilayah Sebelum Marah Marah

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 641 hits
Semalam Berita Harian melaporkan hukum troll haram dan membayangkan perkara itu diungkapkan oleh Mufti Wilayah Laporan itu membuatkan netizens mengecam Mufti Wilayah Ini kerana sesetengah dari mereka menyangka hukuman itu mungkin diperbinca...
Troll Di Media Sosial Adalah Haram Jika Ia Mewujudkan Permusuhan Dan Perbalahan Mufti Wp

Troll Di Media Sosial Adalah Haram Jika Ia Mewujudkan Permusuhan Dan Perbalahan Mufti Wp

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 751 hits
Troll di media sosial adalah haram jika ia mewujudkan permusuhan dan perbalahan Mufti WPHukum menyindir atau troll di media sosial yang menyalahi hukum syarak adalah haram dan berisiko mewujudkan permusuhan dan perbalahan sesama manusia Ken...
Perbuatan Troll Dilarang Dalam Islam Mufti Wilayah

Perbuatan Troll Dilarang Dalam Islam Mufti Wilayah

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 371 hits
BANGI 20 Rabiulakhir 1440H Jumaat Perbuatan troll atau sindiran yang membawa ciri ciri menyalahi hukum syarak adalah dilarang dan boleh membawa kepada dosa Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata internet t...
Perbuatan 039 Troll 039 Haram

Perbuatan 039 Troll 039 Haram

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 413 hits
KUALA LUMPUR Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan hari ini mengharamkan perbuatan troll atau menghasut dan menyindir di media sosial kerana dikhuatiri boleh mencetuskan perbalahan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al
Ulasan Surat Terbuka Mufti Perlis Kepada Perdana Menteri

Ulasan Surat Terbuka Mufti Perlis Kepada Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 376 hits
BERITA MALAYSIAMufti Perlis tulis surat terbuka kepada PM Menteri PendidikanRaja Hisyam Raja Zaid Astro Awani Disember 22 2018 23 28 MYTDr Maza semakin lantang mengkritik selepas kes babitkan Muhammad Adib Mohd KassimKUALA LUMPUR Selepas me...
Elakkan Salah Tempat Dalam Berbahasa Mufti Perlis

Elakkan Salah Tempat Dalam Berbahasa Mufti Perlis

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 618 hits
Hari ini entah mengapa dunia media sosial asyik memperkatakan tentang warkah dan surat Pedulikan apa yang menjadi viral itu Saya ingin mengambil ruang membicarakan tentang warkah paling ringkas yang pernah ditulis Sebenarnya saya juga beber...
Surat Terbuka Mufti Perlis Kpd Pm Bukan Bagus Sangat Apologetic Merugikan Islam

Surat Terbuka Mufti Perlis Kpd Pm Bukan Bagus Sangat Apologetic Merugikan Islam

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 364 hits
http bit ly 2EMGMtYJenis apologethic jugak surat ni salahkan ciri2 Islamic buat orang bukan Islam takut nak masuk SK Apa yg dia merepek ni Apa yg Islamic sgt kat SK Pelajar wanita pakai tudung dan baju kurung Baca doa waktu perhimpunan Pela...
Selagi Tak Mandikan Tak Boleh Pakai Mufti Bidas Amalan Guna Air Solat Hajat Untuk Tolak B4la Rileks Media

Selagi Tak Mandikan Tak Boleh Pakai Mufti Bidas Amalan Guna Air Solat Hajat Untuk Tolak B4la Rileks Media

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 539 hits
Amalan bacaan Yasin dan solat hajat bagi melancarkan sesuatu majlis atau memohon diberikan kemudahan dalam menjalankan sesuatu perkara sudah menjadi kebiasaan bagi masyarakat beragama Islam Namun ada juga yang terlalu bergantung kepada amal...
Time For A Christmas Fatwa Says Penang Mufti

Time For A Christmas Fatwa Says Penang Mufti

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 391 hits
A Muslim girl takes a selfie against a backdrop of Christmas decorations in Jakarta Indonesia GEORGE TOWN After a PAS leader cautioned Muslims against making the Christmas greetings except to their Christian neighbours a mufti said there wa...
Antara Aktiviti Mingguan Kebun Bandar

Cara Dapatkan Bank Statement Cimb Bank Melalui Cimbclicks

Najib Razak Pemerkasaan Industri Rel

Vin Populi Next Door Rezen Studio S Intimate Italian Inspired Wine Bar In Fremantle

Akmal Slams Anwar On Obsession With Najib Netizens Clap Back On Rule Of Law

P2vvip P2vvips Com 9 2024 P2vvip 1 P2vvip Top 73 By Jermaine

Ufp 2 Fun 28 2024 5 Top 88 By Morgan

Y Gen Dining By Architects Eat A Multi Sensory Culinary Sanctuary In Melbourne


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rafizi Ramli Protes Pemilihan Pkr Ini Yang Berlaku Sebenarnya

Sepak Takraw Piala Asia Penantian 34 Tahun Regu Berpasukan Berlarutan Thailand Tewaskan Malaysia 2 0

Hidung Mancung Jenis Hidung Cara Mancungkan Hidung

5 Tips Mengatur Keuangan Pribadi Agar Bisa Investasi Sejak Dini

Makan Malam Di Rodakafe Kulai

Gempar Shamsul Iskandar Dedah Kenapa Pmx Mahu Singkirkan Rafizi Ma