Hukum Menumpangkan Wanita Ajnabiyyah Tua Menaiki Motosikal



SOALAN:
Apakah hukum memberi tumpang naik motor kepada seorang makcik yang berumur 60 tahun dan telah putus haid? Adakah dikira berdosa sekiranya ia telah berlaku?

JAWAPAN:
Perbuatan menumpang di belakang seseorang dengan menaiki kenderaan sama ada haiwan tunggangan seperti unta, kuda, keldai, dan selainnya, atau dengan menggunakan kenderaan moden seperti motosikal, disebut sebagai الإرداف di dalam bahasa Arab.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas R.A beliau berkata:

أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم أَرْدَفَ الْفَضْلَ
“Sesungguhnya Nabi SAW menjadikan Al-Fadhl (bin Al Abbas) menumpang di belakang baginda (di atas haiwan tunggangan).” [Riwayat Al-Bukhari (1685)]

Maka jelas dari riwayat di atas ini akan keharusan untuk orang lelaki menjadi penumpang kepada pemandu atau pembonceng lelaki. Demikian juga dibolehkan bagi seorang perempuan menjadi penumpang kepada suaminya, begitulah juga boleh bagi seorang suami menjadi penumpang kepada isterinya. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik R.A beliau berkata:

أَقْبَلْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم مِنْ خَيْبَرَ، وَإِنِّي لَرَدِيفُ أَبِي طَلْحَةَ وَهْوَ يَسِيرُ وَبَعْضُ نِسَاءِ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم رَدِيفُ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم
“Kami datang daripada Khaibar bersama dengan Rasulullah SAW dan aku menjadi penumpang kepada Abu Talhah dan beliau memandu. Dan sebahagian isteri Rasulullah SAW menjadi penumpang kepada baginda SAW.” [Riwayat Al-Bukhari (5968)]

Manakala dalam isu pembonceng dan penumpang yang berlainan jantina dalam erti kata bukan mahram atau bukan suami isteri, maka disebutkan dalam Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah:

وَأَمَّا إِرْدَافُ الْمَرْأَةِ لِلرَّجُل الأْجْنَبِيِّ، وَالرَّجُل لِلْمَرْأَةِ الأْجْنَبِيَّةِ فَهُوَ مَمْنُوعٌ، سَدًّا لِلذَّرَائِعِ، وَاتِّقَاءً لِلشَّهْوَةِ الْمُحَرَّمَةِ
“Adapun seorang perempuan menumpang (di belakang) seorang lelaki yang ajnabi, dan seorang lelaki menumpang di belakang seorang perempuan yang ajnabiyyah, maka ia adalah dilarang (mengikut konsep) sad al-zarai’ (iaitu menutup jalan yang boleh membawa kepada keharaman). Serta suatu langkah berjaga-jaga dari syahwat yang diharamkan.” [Rujuk Al-Mausu’ah al-Kuwaitiyyah (3/91)]

Meskipun begitu, tidak dinafikan bahawa ada juga pendapat yang menyebutkan bahawa boleh bagi seorang perempuan menjadi penumpang di belakang pembonceng motosikal yang bukan mahram sekiranya lelaki tersebut merupakan seorang yang terpercaya peribadinya. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Asma’ bint Abu Bakr R.Anha beliau menceritakan kepada Al-Zubair dalam sebuah riwayat:

وَكُنْتُ أَنْقُلُ النَّوَى مِنْ أَرْضِ الزُّبَيْرِ الَّتِي أَقْطَعَهُ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم عَلَى رَأْسِي وَهْىَ عَلَى ثُلُثَىْ فَرْسَخٍ - قَالَتْ - فَجِئْتُ يَوْمًا وَالنَّوَى عَلَى رَأْسِي فَلَقِيتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم وَمَعَهُ نَفَرٌ مِنْ أَصْحَابِهِ فَدَعَانِي ثُمَّ قَالَ ‏ "‏ إِخْ إِخْ ‏"‏ لِيَحْمِلَنِي خَلْفَهُ - قَالَتْ - فَاسْتَحْيَيْتُ وَعَرَفْتُ غَيْرَتَكَ فَقَالَ وَاللَّهِ لَحَمْلُكِ النَّوَى عَلَى رَأْسِكِ أَشَدُّ مِنْ رُكُوبِكِ مَعَهُ
“Aku pada suatu hari memindahkan biji-biji kurma (dengan meletakkannya di atas kepalaku) daripada tanah yang telah diberikan oleh Rasulullah SAW kepada Al-Zubair dan tanah tersebut seluas dua pertiga farsakh.” Maka beliau (Asma’) berkata: “Maka aku pun datang pada satu hari dalam keadaan biji-biji kurma berada di atas kepalaku kemudian aku pun bertemu dengan Rasulullah SAW dan bersama dengan baginda beberapa orang dari kalangan sahabat. Lalu baginda memanggil aku dan berkata ‘ikh’ ‘ikh’ untuk membawa aku di belakang baginda. Maka aku pun berasa malu dan aku tahu akan kecemburuanmu (Al-Zubair).” Maka Al-Zubair pun berkata: “Demi Allah, kamu memikul bijian kurma di atas kepalamu itu lebih berat berbanding kamu menaiki kenderaan bersama baginda.” [Riwayat Muslim (2182)]

Berdasarkan hadis di atas, Imam Al-Nawawi dalam syarahan beliau ke atas hadis ini meletakkannya di bawah tajuk berikut:

باب جَوَازِ إِرْدَافِ الْمَرْأَةِ الأَجْنَبِيَّةِ إِذَا أَعْيَتْ فِي الطَّرِيقِ
“Bab keharusan membawa seorang perempuan ajnabiyyah untuk menumpang di belakang apabila dia keletihan di jalanan.”

Justeru, dapat difahami bahawa secara fekahnya Imam Al-Nawawi berpandangan bahawa harus hukumnya untuk menumpangkan seorang perempuan ajnabiyyah di belakang kenderaan sekiranya kita menemukannya dalam keadaan yang letih (dalam kes ini Asma’ mengangkat bijian kurma di atas kepala).

Penutup

Sebagai kesimpulan, kami menyatakan bahawa berdasarkan beberapa nas dan hujahan yang kami kemukakan di atas, secara asasnya hukum berduaan di atas motosikal bersama individu yang bukan mahram adalah dilarang. Meskipun begitu, sekiranya seseorang lelaki yang terpercaya dari sudut agama dan keperibadiannya, ingin menumpangkan seorang wanita tua atas dasar belas ehsan dan ingin membantu, kami berpendapat bahawa hal ini diharuskan. Ini ditambah lagi apabila ternafinya syahwat dan terhindarnya fitnah yang mengharamkan dari perbuatan tersebut.

Akhir kalam, semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang tepat kepada kita semua dalam beragama. Ameen.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca Di Facebook Oh! Media

Oh! Youtube
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/11/hukum-menumpangkan-wanita-ajnabiyyah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Wanita Pergi Melancong Tanpa Mahram

Hukum Wanita Pergi Melancong Tanpa Mahram

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 569 hits
Hukum Wanita Pergi Melancong Tanpa Mahram Bermusafir dan berhijrah sesuatu yang digalakkan dalam Islam Kerana banyak kebaikannya antaranya dapat mendekatkan diri kita kepada Allah melalui pengalaman dan merasai kebesaran Allah melalui penci...
Hukum Lelaki Menyerupai Wanita Dalam Islam

Hukum Lelaki Menyerupai Wanita Dalam Islam

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 1508 hits
Dalam dunia ini macam macam ada di dalamnya dan manusia adalah penghuninya Selalunya kita tidak pernah puas dengan apa yang kita ada malahan ada yang lelaki nak jadi perempuan dan sebaliknya hingga sanggup menyerupai jantina yang mereka ing...
Jururawat Dakwa Kena Ganggu Lepas Kerat Tali Azimat Di Pinggang Mayat Wanita Tua

Jururawat Dakwa Kena Ganggu Lepas Kerat Tali Azimat Di Pinggang Mayat Wanita Tua

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 407 hits
Umum mengetahui bahawa dunia ini bukan sahaja dihuni manusia namun juga makhluk lain sama ada boleh dilihat dengan mata kasar ataupun tidak Biarpun kita difahamkan mereka berada di mana mana tetapi sesetengah lokasi lebih kerap dikaitkan de...
Wanita Tua Ini Kelihatan Remaja

Wanita Tua Ini Kelihatan Remaja

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 427 hits
Para wanita Asia memang terkenal dengan kecantikannya Tetapi tahukah anda ada beberapa wanita Asia yang bahkan tetap kelihatan seperti remaja walaupun secara usia telah tergolong tua kerana sudah 60 tahun Di antara wanita yang tetap berwaja...
Cerita Sk Wanita Korban Rayuan Maut Oknum Polisi Sempat Ngamar 3 Kali Diminta Ceraikan Suami

Cerita Sk Wanita Korban Rayuan Maut Oknum Polisi Sempat Ngamar 3 Kali Diminta Ceraikan Suami

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 316 hits
Seorang oknum perwira polisi berpangkat Ipda diduga memacari dua orang wanita bersuami Perwira polisi tersebut dikabarkan berdinas di Polrestabes Surabaya Dua orang wanita bersuami yakni berinisial SH dan SK diduga menjadi korban rayuan mau...
Kaki Pekerja Pembersihan Terpaksa Dipotong Dilanggar Pemandu Wanita Warga Asing

Kaki Pekerja Pembersihan Terpaksa Dipotong Dilanggar Pemandu Wanita Warga Asing

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 546 hits
Menurut petikan akhbar tempatan kaki pemandu lori sampah sebuah syarikat pembersihan yang parah terpaksa dipotong selepas terlibat dalam kejadian dipercayai dirempuh oleh pemandu wanita di Jalan Anson Geogtown pada Jumaat lalu Menurut Polis...
Menurut Kajian Wanita Lebih Suka Lelaki Wangi Berbanding Lelaki Kacak

Menurut Kajian Wanita Lebih Suka Lelaki Wangi Berbanding Lelaki Kacak

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 727 hits
Pernah tak anda terjumpa dengan orang yang mempunyai rupa paras yang tampan atau jelita tapi bila dekat badan berbau busuk pula Memang betul jika ramai yang mengatakan mereka lebih tertarik kepada seseorang yang berbau wangi lebih dari rupa...
Karena Istiqomah Membaca Sholawat Wanita Ini Terbebas Dari Siksa Kubur

Karena Istiqomah Membaca Sholawat Wanita Ini Terbebas Dari Siksa Kubur

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 232 hits
Selain akan mendapatkan pahala dari Allah membaca shalawat kepada Nabi Saw juga memiliki banyak keistimewaan Di antaranya bisa menghilangkan kesusahan kegundahan kesulitan dan lain sebagainya Bahkan di antara keistimewaan shalawat kepada Na...
Graduan Wanita Cipta Kejayaan Titah Sultanah Nur Zahirah

Graduan Wanita Cipta Kejayaan Titah Sultanah Nur Zahirah

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 597 hits
Sultanah Nur Zahirah mencemar duli menyempurnakan Istiadat Pembukaan Majlis Konvokesyen UMT Ke 17 di Dewan Sultan Mizan di sini hari ini KUALA NERUS 16 September Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah bertitah supaya graduan wanita berusa...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord