Hukum Wanita Pergi Melancong Tanpa Mahram


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم  (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Hukum Wanita Pergi Melancong Tanpa Mahram | Bermusafir dan berhijrah sesuatu yang digalakkan dalam Islam. Kerana banyak kebaikannya antaranya dapat mendekatkan diri kita kepada Allah melalui pengalaman dan merasai kebesaran Allah melalui penciptaan alam semesta.

Bermusafir atau melancong hukumnya harus. Tapi dengan zaman moden sekarang apa lelaki buat, wanita nak buat sama. Jadi, ramai wanita juga suka melancong zaman sekarang.

Bagi lelaki tiada masalah untuk melancong kerana lelaki ni secara fizikalnya kuat dan dari sudut lain sukar menjadi fitnah. Tetapi wanita ni lain. Allah jadikan wanita ni lembut, sopan dan auratnya pun banyak sebab wanita ni cantic dan mudah jadi fitnah.

Jadi, apa hukum wanita bermusafir atau melancong? Tambah-tambah melancong tanpa mahram atau tanpa teman pula.


Hukum Wanita Musafir Tanpa Mahram Haram
Hadith sahih telah melarangnya, seperti yang disabda oleh Nabi Muhammad SAW, Maksudnya:

"Jangan seorang wanita bermusafir melainkan bersama dengan mahram. Dan jangan bersendirian seorang lelaki dengan seorang wanita melainkan bersama wanita itu mahramnya.” Tiba-tiba seorang lelaki bertanya: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku akan keluar untuk berperang, dan isteri-ku pula hendak pergi menunaikan haji.” Lalu Rasulullah S.A.W. menjawab: “Pergilah kamu bersama isteri-mu (menunaikan haji).” (Muttafaqun alaihi).

Dalam sepotong hadith riwayat Bukhari dan Muslim yang lain, nabi Muhammad SAW dilaporkan bersabda, maksudnya:

Tidak halal bagi perempuan yang beriman dengan Allah dan hari akhirat untuk keluar tiga hari ke atas melainkan bersama-samanya bapanya atau saudara kandung lelakinya atau suaminya atau anak lelakinya atau mana-mana mahramnya. (di dalam riwayat lain, ada dinyatakan satu hari satu malam, dan dua hari dua malam)

Kedua-dua hadith di atas ialah sebahagian daripada beberapa hadith yang melarang wanita daripada keluar berjalan tanpa mahram.

Ulamak menyatakan pengharaman itu adalah mutlaq tanpa penentuan berjalan jauh atau pendek, sekejap atau panjang, berseorangan atau secara berkumpulan dengan wanita tanpa mahram yang lain. Dalam kebanyakan kitab-kitab fiqh muktabar lama, jumhur ulamak menyatakan hukum HARAM.

Huh! Macam ketat sangat kan dalil ni. Dan ini jadi dilemma orang perempuan sebab kadang wanita ni travel dengan sebab belajar jauh dan seumpamanya.

Tapi, jangan kalut rebut… ada lagi penjelasan lain.

Harus
Ada juga pandangan yang menyatakan sekiranya terjamin keselamatan dan fitnah kepada si perempuan sepanjang perjalanannya, maka ianya dibenarkan. Itupun sekiranya perjalanan itu merupakan perjalanan yang perlu sahaja, bukan perjalanan tanpa tujuan.

Majlis Fatwa Al-Azhar Mesir berpegang kepada pendapat ini. Menurut mereka, sebahagian ulamak mazhab Maliki dan yang Shafi’e membolehkan perempuan untuk bermusafir tanpa mahram sekiranya ada keperluan dan jalan yang akan ditempuhinya serta tempat yang akan didatanginya terjamin keselamatannya.

Ini berdasarkan kepada sepotong hadith sahih Bukhari yang diriwayatkan oleh ‘Adiy bin Hatim:

Jika kamu panjang umur, nescaya kamu akan melihat wanita berjalan beresndirian dari Hirah (sebuah kawasan di Iraq) hingga melakukan tawaf di Ka’bah (Makkah). Dia tidak takut sesuatu pun melainkan Allah (dalam perjalanan itu)
Walaupun hadith ini lebih merujuk kepada hadith ramalan akhir zaman, akan tetapi sebahagian ulamak mengeluarkan hukum yang menyatakan kebenaran kepada wanita untuk bermusafir tanpa mahram.

Syarat musafir tanpa mahram
Syaratnya ialah, ada keperluan yang hampir sama hukumnya seperti haji, atau sekurang-kurangnya keperluan mendesak untuk berjalan tanpa mahram, dan terjamin keselamatan semasa di dalam perjalanan dan di destinasi permusafirannya.

Contohnya musafir kerana belajar. Biasanya institut pengajian tinggi sama ada di peringkat sekolah atau universiti letaknya jauh dari rumah. Kadang-kadang memerlukan pelajar wanita keluar bermusafir tanpa mahram untuk pergi ke kelas, tempat pengajian, kursus-kursus dan seumpamanya. 
Sekiranya pelajar wanita itu menaiki pengangkutan awam, maka ianya dibenarkan sebab kita tau syarikat pengangkutan awam tu mempunyai jaminan keselamatan kepada penumpangnya.

Kalau perlu menaiki kenderaan atau berjalan kaki, dibenarkan juga dengan syarat memang diketahui umum bahawa perjalanan ke destinasinya itu adalah selamat daripada kekacauan dan fitnah, dan pelajar wanita itu juga bersungguh-sungguh mematuhi undang-undang keselamatan ketika dalam perjalanan, dan memaklumkan perjalanan mereka kepada mahram mereka.

Perkara ni samalah Fatwa Negeri Johor.

Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor bertarikh 11 Jun 2001 memutuskan keharusan seorang wanita berziarah tanpa ditemani mahram.

Keputusan jawatankuasa itu menggariskan keharusan wanita bermusafir untuk berziarah selepas dipastikan terjamin keselamatannya, sudah mendapat keizinan suami atau mahram (jika ada), bersama dalam keadaan menghimpunkan ramai penumpang seperti kapal terbang, kereta api atau bas.
Perjalanan wanita itu juga hendaklah tidak menimbulkan fitnah, keraguan serta lain-lain syarat lagi.

Oleh itu, fatwa yang dikeluarkan Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor itu adalah contoh hukum bagi wanita bermusafir tanpa mahram diharuskan selari dengan kehendak dan keperluan serta pemakaian adat umat Islam pada masa kini.

Ok, jelas hukum diatas. Tapi persoalannya, jika melancong atau travel sahaja tanpa keperluan mendesak, boleh ke pergi sendiri? Saja-saja melancong je… Boleh ke pergi tanpa teman.

OK, ini jawapannya:


Hukum Wanita Pergi  Melancong Tanpa Mahram Sekiranya tiada keperluan, maka wanita perlu mengelakkan diri daripada berjalan tanpa mahram supaya tidak terjebak dengan larangan di atas


Pandangan Majlis Fatwa al-Azhar ini turut disokong oleh Dr Yusuf al-Qaradawi dan ditulis di dalam Ensiklopedia Feqh Islam.

Syarat wanita yang ingin keluar melancong
Sebahagian mereka meletakkan syarat, iaitu perlu wanita tadi bergerak keluar bersama-sama dengan kumpulan wanita yang lain yang mana secara adatnya akan terjamin daripada kekacauan dan fitnah.


Kesimpulan
Jelas dengan hukum di atas. Hukumnya harus wanita bermusafir dengan tujuan tertentu dengan syarat terjamin keselamatan dan jauh dari fitnah.

Namun, untuk melancong, Wajib ada teman dan mesti bergerak dengan kaum wanita lain. Maknanya tak boleh lah pergi sorang-sorang tanpa teman. Mesti berteman.

Hukum ni jelas dalam Islam. Bukan apa, kadang wanita sekarang terlalu berani sampai kan segalanya nak buat sendiri. Takut juga pengaruh drama.. Bergaduh dengan laki, bawa diri seorang diri ke luar negara. Mana tahu kan…

Sedangkan hidup kita ni penuh hukum yang perlu kita patuhi sebagai seorang hamba…

Hukum ini adalah sebagai memberikan perlindungan dan penghormatan kepada wanita, dan bukannya satu diskriminasi gender atau meletakkan wanita di taraf yang rendah. 
Kesan fitnah ke atas wanita adalah berbeza dengan kesan fitnah ke atas lelaki, justeru banyak undang-undang perlindungan dikenakan ke atas wanita berbanding lelaki.



Apa pun pesan MF kepada wanita yang suka travel, jaga adab, akhlak dan paling utama jaga AURAT kerana itu antara point utama untuk jadikan travel kita dikira ibadah oleh Allah... 

Sekian, semoga bermanfaat.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mariafirdz.com/2019/11/hukum-wanita-pergi-melancong-tanpa-mahram.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Menumpangkan Wanita Ajnabiyyah Tua Menaiki Motosikal

Hukum Menumpangkan Wanita Ajnabiyyah Tua Menaiki Motosikal

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 258 hits
SOALAN Apakah hukum memberi tumpang naik motor kepada seorang makcik yang berumur 60 tahun dan telah putus haid Adakah dikira berdosa sekiranya ia telah berlaku JAWAPAN Perbuatan menumpang di belakang seseorang dengan menaiki kenderaan sama...
Hukum Lelaki Menyerupai Wanita Dalam Islam

Hukum Lelaki Menyerupai Wanita Dalam Islam

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 1508 hits
Dalam dunia ini macam macam ada di dalamnya dan manusia adalah penghuninya Selalunya kita tidak pernah puas dengan apa yang kita ada malahan ada yang lelaki nak jadi perempuan dan sebaliknya hingga sanggup menyerupai jantina yang mereka ing...
Tulang Rusuk Bergegar Netizen Terpegun Kecantikan Polis Wanita Yang Gagah Pikul Senjata Berat

Tulang Rusuk Bergegar Netizen Terpegun Kecantikan Polis Wanita Yang Gagah Pikul Senjata Berat

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 1187 hits
Kalau sebut pekerjaan polis mesti terbayang tugas tersebut itu didominasi oleh kaum lelaki Kalau ada perempuan pun pasti berwajah kasar dan ganas Lain pula dengan seorang wanita dari Indonesia ini yang dikenali sebagai Hikma Nursya yang mer...
Gusti Wanita Pertama Kali Di Saudi Patuh Syariah Kah

Gusti Wanita Pertama Kali Di Saudi Patuh Syariah Kah

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 562 hits
Ahli Gusti wanita Lacey Evans akan bertanding melawan Natalya di Riyadh pada Khamis malam 31 Oktober 2019 merupakan pertunjukan gusti wanita pertama di Arab Saudi SUKANARAB Saudi buat kali pertama menjadi tuan rumah pertunjukan gusti wanita...
Sijil Mati Surat Nikah Je Tak Cukup Nak Keluar Duit Arwah Wanita Kongsi Kepentingan Ada Penama Kwsp

Sijil Mati Surat Nikah Je Tak Cukup Nak Keluar Duit Arwah Wanita Kongsi Kepentingan Ada Penama Kwsp

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 524 hits
Pasti ramai yang tidak mengetahui bahawa meletakkan penama dalam akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja adalah suatu benda yang penting Ini kerana secara lazimnya ramai yang beranggapan bahawa duit di dalam akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerj...
Menurut Kajian Wanita Memandu Jauh Lebih Baik Dari Lelaki

Menurut Kajian Wanita Memandu Jauh Lebih Baik Dari Lelaki

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 374 hits
Confused com telah menjalankan satu kajian yang bertajuk The Gender Gap in 100 Drivers telah membuktikan bahawa kaum wanita memandu jauh lebih baik dari lelaki Kajian itu telah dijalankan keatas 100 orang Britain dengan menggunakan ujian be...
Wanita Bila Kena Reject Dengan Lelaki Nak Buat Apa

Wanita Bila Kena Reject Dengan Lelaki Nak Buat Apa

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 467 hits
Siapa yang tidak mahu merasai bahagia bukan Pastinya perasaan cinta yang terbuku ingin diluahkan kepada si pujangga hati dan berharap perasaan tersebut berbalas Ya itulah impian para wanita berharap perasaan yang diluahkan berbalas dan menc...
Menurut Kajian Wanita Berpinggul Besar Mendapat Anak Yang Lebih Bijak

Menurut Kajian Wanita Berpinggul Besar Mendapat Anak Yang Lebih Bijak

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 488 hits
Setiap wanita hamil inginkan yang terbaik buat anak mereka Sebab itu apabila saya terbaca kajian tentang bukti wanita punggung besar lahirkan anak bijak ini saya teruja nak kongsikan ia dengan anda Anda memiliki punggung besar selepas bersa...
Wanita Ini Kongsi Info Penting Ibu Bapa Wajib Tahu Tentang Carseat Setelah Hadir Taklimat Jpj

Wanita Ini Kongsi Info Penting Ibu Bapa Wajib Tahu Tentang Carseat Setelah Hadir Taklimat Jpj

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 364 hits
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook telah mengumumkan bahawa kerajaan akan mewajibkan pemasangan kerusi keselamatan bayi dalam setiap kereta persendirian bermula Januari 2020 Menerusi Facebook Wana Abas wanita ini berkongsi
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Joker123th 100

Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias