Hukum Menggunakan Laman Cari Jodoh Dan Muat Naik Gambar Di Dalamnya



SOALAN:
Nak tanya berkenaan dengan hukum page mencari jodoh serta gambar yang diupload biasanya tabarruj yang boleh menimbulkan fitnah. Apa hukum menggunakan page yang seperti ini ya?

JAWAPAN:

Jodoh dan Perkahwinan

Allah SWT menciptakan manusia berpasang-pasangan, bertujuan saling berkenalan antara satu sama lain. Firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالًا كَثِيرًا وَنِسَاءً وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالْأَرْحَامَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا
“Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya -Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya -zuriat keturunan- lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut nama-Nya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.”

Dr. Wahbah Zuhaili di dalam tafsirnya menyatakan tujuan penciptaan manusia berpasang-pasangan sehingga melahirkan zuriat dan membentuk keluarga. Oleh kerana itu dapat mendirikan hubungan kasih sayang serta menjalinkan kerjasama dan silaturrahim dan ini merupakan dalil di atas kekuasaan Ilahi. (Lihat: al-Tafsir al-Munir li al-Zuhaili 4/223)

Nabi SAW menasihatkan supaya sekiranya datang seseorang yang baik akhlak dan agamanya maka kahwinilah dia. Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA sabda Nabi SAW:

إِذَا أَتَاكُمْ مَنْ تَرْضَوْنَ خُلُقَهُ وَدِينَهُ فَزَوِّجُوهُ إِلاَّ تَفْعَلُوا تَكُنْ فِتْنَةٌ فِي الأَرْضِ وَفَسَادٌ عَرِيضٌ
“Jika datang kepada kalian sesiapa yang kalian redha akan agama dan akhlaknya maka kahwinkanlah dia. Jika kalian tidak melakukannya maka ia akan menjadi fitnah di bumi dan juga akan berlaku keburukan.” [Riwayat al-Tabarani (280) di dalam Al-Mu’jam Al-Kabir]

Syeikh A’tiyah Salim menyatakan bahawa rumah tangga yang ingin dibina mestilah berasaskan ketaqwaan dan agama. (Lihat: Syarah Bulugh al-Maram, 2/357)

Hukum Melihat Ajnabi

Pada asalnya hukum seseorang itu melihat perempuan atau lelaki yang ajnabi (bukan mahram) adalah diharamkan tanpa tujuan dan keperluan. Ini seperti mana firman Allah SWT:

قُل لِّلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ۚ ذَٰلِكَ أَزْكَىٰ لَهُمْ ۗ إِنَّ اللَّـهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا
“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya.” (Surah al-Nur: 30-31)

Dr. Wahbah Zuhaili dalam tafsirnya menyatakan bahawa menjaga pandangan dan kemaluan merupakan satu kehormatan dan kemuliaan. Firman Allah SWT menjelaskan hukum melihat dan menutup aurat. Ianya bertujuan untuk menutup pintu kerosakan dan mencegah daripada terjadinya sesuatu perkara yang haram. (Lihat: al-Tafsir al-Wasit li al-Zuhaili: 2/1746)

Namun di dalam hal yang lain, dibenarkan untuk melihat kepada ajnabi sekiranya bertujuan untuk meminanginya. Ini seperti mana yang diceritakan daripada Abu Humayd al-Sa’idi RA, Sabda Nabi SAW:

إِذَا خَطَبَ أَحَدُكُمُ امْرَأَةً فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْهِ أَنْ يَنْظُرَ مِنْهَا، إِذَا كَانَ إِنَّمَا يَنْظُرُ إِلَيْهَا لِخِطْبَتِهِ، وَإِنْ كَانَتْ لاَ تَعْلَمُ
“Apabila seseorang daripada kamu ingin meminang seorang perempuan, tidaklah salah melihatnya dahulu, jika tujuan melihat itu untuk meminang walaupun tidak diketahui oleh perempuan.” [Riwayat Ahmad (5/424)]

Dan perkara ini digalakkan di dalam Islam namun terdapat batasan dan had pandangan yang ditetapkan syarak. Di dalam al-Fiqh al-Manhaji menyatakan bahawa tidak diharuskan seseorang yang ingin bertunang melihat pasangannya melainkan pada muka dan kedua tapak tangannya. Ini kerana kedua-dunya itu adalah perhiasan wanita yang dibolehkan syarak untuk melihatnya. (Lihat: al-Fiqh al-Manhaji: 4/47)

Firman Allah SWT:

وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا
“Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya.” (Surah al-Nur: 31)

Bahkan dibolehkan berulang kali melihat pasangan yang hendak ditunanginya sekiranya untuk memastikan keadaan dan situasinya agar tidak menyesal selepas menikahinya. (Lihat:al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah: 22/17)

Tabarruj (berlebihan dalam berhias)

Berlebihan dalam berhias bagi seseorang perempuan adalah diharuskan hanya kepada suaminya sahaja. Dalam membincangkan masalah ini, berpandukan pandangan para fuqaha’ dalam pembahagian hukum berkenaan tabarruj apa yang digariskan di dalam al-Mausu’ah al-Kuwaitiyyah menyatakan: “Mempamerkan perhiasan dan kecantikan kepada sesiapa yang tidak sepatutnya dilihat seperti memakai pakaian yang ketat untuk mempamerkan bentuk badan atau selainnya. Dan disebabkan itu dapat menaikkan syahwat dan nafsu orang yang memandangnya, maka ijma’ (sepakat) para ulama’ adalah haram melainkan kepada suaminya sahaja.” (Lihat: al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah: 10/62)

Firman Allah SWT:

وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَ
“Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyyah zaman dahulu.” (Surah al-Ahzab: 33)

Syeikh al-Maraghi menyatakan di dalam kitabnya bahawa larangan untuk mempamerkan perhiasan diri dan kecantikan wanita kepada kaum lelaki seperti yang dilakukan oleh kaum perempuan pada zaman Jahiliyyah sebelum kedatangan Islam. (Lihat: Tafsir al-Maraghi: 22/6)

Kesimpulan

Berdasarkan kepada persoalan yang diberikan, dapat disimpulkan bahawa penggunaan laman sesawang mencari jodoh pada asalnya adalah diharuskan. Ini berdasarkan kaedah feqah:

الأصل في الأشياء الإباحة حتى يدل الدليل على التحريم
“Pada asal sesuatu hukum itu adalah diharuskan, sehingga terdapat dalil ke atas pengharamannya.”

Oleh itu, tujuan pembinaan laman sesawang itu diharuskan sekiranya matlamatnya adalah untuk kebaikan dan haram hukumnya sekiranya bertujuan untuk kemaksiatan.

Begitu juga tujuan dan tatacara penggunaannya. Terdapat kaedah feqah yang menyebut:

الوسائل لها أحكام المقاصد
“Kesemua wasilah (cara) baginya adalah berdasarkan hukum yang hendak dicapai.”

Ini bermaksud setiap perkara yang membawa kepada hukum haram maka matlamat yang hendak dicapai itu juga haram hukumnya. Sebagai contoh, menjual anggur adalah harus pada asalnya. Tetapi jika diketahui bahawa pembeli mahu membeli bagi memproses menjadikannya arak, maka menjual kepadanya adalah diharamkan.

Maka hal berkenaan laman sesawang mencari jodoh, hukum asalnya adalah diharuskan, namun sekiranya penggunaannya atau pembinaannya bertujuan untuk kemaksiatan dan melakukan perkara yang diharamkan, maka hukumnnya adalah diharamkan.

Begitu juga haram hukumnya, sekiranya memuat naik gambar tabarruj dan menonjolkan perhiasan yang berlebihan sehingga menimbulkan syahwat dan fitnah kepada yang melihatnya.

Sebaiknya pihak admin laman sesawang menetapkan garis panduan yang sepatutnya seperti gambar yang menutup aurat, menjaga privasi pengguna, menjaga batas syariat pergaulan di antara berlainan jantina dan sebagainya.

Semoga dengan pencerahan dan penjelasan ini memberikan kita ilmu dan kefahaman yang jelas tentang agama dan permasalahannya.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Makan
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/09/hukum-menggunakan-laman-cari-jodoh-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengalaman Menggunakan Portal Cari Jodoh Online Atau Online Dating Website

Pengalaman Menggunakan Portal Cari Jodoh Online Atau Online Dating Website

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 806 hits
Salam guys Punca aku terjebak dengan pencarian jodoh menggunakan portal online ni adalah disebabkan housemate aku lah Dia dengan tiba tiba je tanya aku pernah join tak portal ni Lepas tu dia tunjuk lah macam mana portal tu berfungsi Lepas t...
Kecik2 Dah Cantik Muat Naik Foto Zaman Kanak2 Ramai Terpana Dengan Kejelitaan Anzalna

Kecik2 Dah Cantik Muat Naik Foto Zaman Kanak2 Ramai Terpana Dengan Kejelitaan Anzalna

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 905 hits
Dikenali dengan wajah yang jelita dan menawan siapa yang tidak kenal dengan pelakon Anzalna Nasir dimana rupa parasnya sentiasa menjadi idaman ramai Terbaru bekas peserta Dewi Remaja telah memuat naik foto throwback nbsp dirinya ketika di z...
Icjr Dan Elsam Minta Aparat Penegak Hukum Hati Hati Menggunakan Ketentuan Makar Untuk Aktivis Papua

Icjr Dan Elsam Minta Aparat Penegak Hukum Hati Hati Menggunakan Ketentuan Makar Untuk Aktivis Papua

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 190 hits
Apabila benar pasal Makar digunakan untuk memberangus diskusi ekspresi dan pendapat politik hal ini juga bertentangan dengan UUD 1945 yang menjamin hak atas berekspresi dan berpendapat termasuk ekspresi dan pendapat politik Dalam beberapa h...
Hukum Shalat Menggunakan Masker

Hukum Shalat Menggunakan Masker

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 309 hits
Hukum Shalat Memakai Masker Bolehkah shalat dengan memakai masker Mengingat sekarang lagi musim debu dan asap Mohon penjelasannya Jawab Bismillah was shalatu was salamu ala rasulillah amma ba du Para ulama sepakat bahwa menutup mulut dalam ...
Hukum Transaksi Menggunakan Go Pay Dan Ovo Benarkah Mengandung Riba

Hukum Transaksi Menggunakan Go Pay Dan Ovo Benarkah Mengandung Riba

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 188 hits
Perkembangan metode pembayaran saat ini semakin berkembang Penggunaan mobile paymentsat ini banyak digunakan seperti Go Pay ovo dan lain lain Metode pembayaran ini mulai berkembang sejak 2018 Bagi sebagian masyarakat muslim penggunaan aplik...
Aktivis Mengaku Tak Salah Muat Naik Video Jelik

Aktivis Mengaku Tak Salah Muat Naik Video Jelik

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 287 hits
Seorang aktivis dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini atas dua pertuduhan memuat naik video kenyataan bersifat jelik menerusi laman sosial Facebook pada Februari lepas T Arunakirinathan 35 yang memakai kemeja ungu dan berseluar jeans ...
Senarai Laman Web Cari Kerja Jawatan Kosong Di Malaysia

Senarai Laman Web Cari Kerja Jawatan Kosong Di Malaysia

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 485 hits
Apabila seseorang telah mencapai peringkat umur 22 25 baru tamat pengajian di institut pengajian tinggi maka bergegaslah mereka mencari pekerjaan tetap Berbekalkan sijil atau ijazah yang diterima setelah bertahun tahun bertungkus lumus meni...
Isu Zakir Naik Diperbesarkan Kes Jual Mykad Diam Seribu Bahasa

Isu Zakir Naik Diperbesarkan Kes Jual Mykad Diam Seribu Bahasa

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 415 hits
Jangan bilis saja kena tindakan jerung yang menjadi dalang terselamatBANGI Pendakwah bebas Firdaus Wong Wai Hung hairan apabila pemimpin kerajaan Pakatan Harapan masih membisu dan diam seribu bahasa dalam isu sindiket penjualan kad pengenal...
Kena Naik 7 Pagi Turun 7 Malam Rupanya Ini 20 Perkara Mengenai Jalur Gemilang Orang Malaysia Tak Pernah Dengar

Kena Naik 7 Pagi Turun 7 Malam Rupanya Ini 20 Perkara Mengenai Jalur Gemilang Orang Malaysia Tak Pernah Dengar

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 463 hits
Baru baru ini isu memasang bendera terbalik dilihat banyak tular di media sosial Bendera adalah suatu lambang maruah bagi sesebuah negara itu Sebagai seorang rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan cinta akan negara kita seharusnya menjag...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Worldcoin Dan Ai

Sampul Duit Raya Menghargai Tradisi Dan Budaya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Ikut Sop Tampal Lubang Jalan Dalam Tempoh 24 Jam Kkr Seru Syarikat Konsesi

Goatbet678

Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2