Kena Naik 7 Pagi Turun 7 Malam Rupanya Ini 20 Perkara Mengenai Jalur Gemilang Orang Malaysia Tak Pernah Dengar


Baru-baru ini, isu memasang bendera terbalik dilihat banyak tular di media sosial. Bendera adalah suatu lambang maruah bagi sesebuah negara itu. Sebagai seorang rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan cinta akan negara, kita seharusnya menjaga serta menghormati akan bendera negara kita ini.
Malahan, semasa kedatangan British pada zaman dahulu pun, perkara pertama yang dibuat oleh pihak Bristish adalah dengan memasang bendera “Union Jack”. Ianya dipasang sebagai tanda penghormatan yang menyatakan bahawa jatuhnya Tanah Melayu pada ketika itu ke tangan mereka.
Perbuatan memasang bendera Jalur Gemilang secara terbalik ini tidak seharusnya terjadi kerana ianya boleh mencetuskan sifat penghinaan ke atas pejuang-pejuang negara yang telah menggadaikan nyawa mereka sewaktu berjuang untuk membebaskan Tanah Melayu daripada belenggu penjajah.
Jadi, sempena hari Malaysia serta untuk menyemarakkan sifat patriotisme dalam diri lagi. Berikut merupakan perkara yang perlu anda tahu tentang apa yang perlu dilakukan sewaktu mengendalikan bendera serta rahsia bendera seperti yang telah dikongsikan oleh Halim Mohd Ali ini:
20 perkara yang perlu kita tahu mengenai rahsia bendera dan adab-adab sewaktu mengendalikannya: 1. Jika bendera hendak dipasang pada tiang besar seperti pada bangunan pejabat atau sekolah, ia hendaklah dinaikkan menggunakan tali pada pagi hari dan diturunkan pada petang hari. Lazimnya di Malaysia bendera dinaikkan pada jam 7 pagi dan diturunkan sebelum jam 7 malam.
2. Sewaktu dinaik dan diturunkan, bendera tidak boleh dibiarkan meleret ke tanah. Sama ada ia ditatang atau diselipangkan di bahu.
3. Orang yang menaik dan menurunkan bendera hendaklah berpakaian kemas. Tidak boleh pakai pakaian yang menjolok mata, atau pakai kain sarung yang disenteng ke paras lutut, tidak berbaju, tidak berkasut dsbnya. Jangan hisap rokok atau vape semasa menaikkan bendera.
4. Bendera hendaklah dinaikkan perlahan-lahan. Diturunkan pun perlahan-lahan. Jangan tergesa-gesa.
5. Orang yang berada di sekitar tiang tersebut hendaklah berdiri sewaktu bendera dinaikkan.
6. Jika ada kematian pembesar dan bendera hendak dikibarkan separuh tiang, maka ia hendaklah dinaikkan hingga ke puncak dulu, kemudian diturunkan perlahan-lahan ke separuh tiang, tanda berkabung.
7. Bendera tidak boleh dikibarkan dalam gelap. Jika mahu dikibarkan pada malam hari, maka bendera perlu disuluh dengan ‘spot light’.
8. Bendera tidak sesekali boleh dibiarkan mencecah tanah. Ini tanda tidak hormat kepada negara.
9. Bendera tidak boleh dibuat kain kelubung untuk menutup kepala pada hari panas.
10. Bendera tidak sama sekali boleh dibuat lapik duduk. Oleh itu paling tidak sesuai jika bendera dijadikan seluar.
11. Bolehkah bendera dibuat baju? Boleh dengan syarat memotong kain lain yang mempunyai warna bendera. Tidak sepatutnya bendera dipotong untuk dibuat baju. Memotong bendera bererti tidak menghormati negara.
12. Bendera tidak sama sekali boleh dibuat stokin atau kasut / selipar. Kita lihat banyak juga selipar yang dicetak bendera Union Jack. Itu adalah perbuatan tidak hormat pada bendera. Jangan ikut Mat Saleh bodoh.
13. Jika bendera hendak dipasang pada kereta, pastikan ia dipasang teguh. Banyak yang tercabut dan jatuh ke jalan sehingga dilenyek kenderaan lain. Ini tidak menghormati bendera. Jika dipasang pada kereta pastikan ia diikat atau dilekatkan dengan kuat.
14. Jika hendak dipasang pada lori atau bas, pastikan tidak terlalu besar hingga mengganggu pengguna jalanraya lain. Kita suka pasang yang besar-besar. Apabila lori berhenti di lampu merah, benderanya menutup muka penunggang motorsikal. Ini sungguh tidak bertimbang rasa.
15. Bendera boleh digunakan untuk selimut pemenang sukan tanda kejayaan negara, tapi awas… jangan sampai meleret ke tanah.
16. Bendera boleh digunakan untuk menutup keranda perajurit, tetapi jangan bawa masuk ke dalam liang kubur.
17. Jangan pijak bendera negara sendiri atau bendera negara orang lain. Jika ada rakyat negara jiran yang pijak bendera kita, jangan ikut. Mereka memang tolol. Kita cerdik. Jika kita ikut mereka, kita juga akan dilihat tidak cerdik.
18. Bendera yang telah lusuh warnanya, atau telah koyak akibat dikibarkan terlalu lama hendaklah dimusnahkan. Cara musnahkan bendera ialah dengan dibakar. Jangan buang bendera lama di tong sampah atau tong kitar semula. Jangan kibarkan bendera yang lusuh atau yang sudah koyak atau tinggal separuh. Nampak sangat sengkek dan lekehnya kita.
19. Bendera yang masih cantik dan sempurna jangan dibakar. Meskipun bendera itu kita beli dangan wang kita sendiri. Membakar bendera adalah tanda tidak hormat kepada negara. Ingat yang kita beli hanya kain, yang kita bakar adalah simbol maruah negara.
20. Bolehkah bendera digantung terbalik? Boleh. Itu tandanya negara berada dalam keadaan bahaya (distress). Jadi jika negara tidak dalam keadaan bahaya, jangan diterbalikkan bendera.
******
Dalam perang, bendera juga dipanggil panji. Jika tangan kanan yang memegang putus dipenggal, wajib disambut dengan tangan kiri. Jika kedua-dua tangan turut dipenggal, wajib digigit dengan gigi.
Sumber: Halim Mohd Ali


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/09/16/kena-naik-7-pagi-turun-7-malam-rupanya-ini-20-perkara-mengenai-jalur-gemilang-yang-malaysian-tak-pernah-dengar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bolasepak Hentikan Spekulasi Perkara Buruk Di Gelora Bung Karno Malam Esok

Bolasepak Hentikan Spekulasi Perkara Buruk Di Gelora Bung Karno Malam Esok

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 373 hits
PUTRAJAYA Timbalan Menteri Belia dan Sukan Steven Sim Chee Keong meminta rakyat Malaysia khususnya peminat bola sepak negara menghentikan spekulasi mengenai perkara buruk yang mungkin berlaku di Stadium Utama Gelora Bung Karno membabitkan p...
Pm Pernah Isytihar Darurat Ini 3 Sejarah Kejadian Jerebu Terburuk Pernah Melanda Malaysia

Pm Pernah Isytihar Darurat Ini 3 Sejarah Kejadian Jerebu Terburuk Pernah Melanda Malaysia

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 376 hits
Fenomena jerebu yang melanda negara Malaysia merupakan yang terburuk dalam sejarah sehingga menyebabkan ratusan sekolah terpaksa ditutup serta penerbangan terpaksa dibatalkan Ya jerebu merupakan satu keadaan di mana jarak penglihatan terbat...
Penjualan Emas Merosot Karena Harga Naik Turun Tajam

Penjualan Emas Merosot Karena Harga Naik Turun Tajam

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 188 hits
Asisten supervisor salah satu toko emas di Jalan Blauran Bachtiar mengatakan saat ini harga emas kadar 70 persen mencapai Rp 555 000 per gram atau naik dibanding sebelumnya yang berada di sekitar Rp 450 000 per gram
Tinjau Tinjau Saudi 15 Perkara Mengenai Wanitanya

Tinjau Tinjau Saudi 15 Perkara Mengenai Wanitanya

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 230 hits
MASIH belum ramai yang tahu mengenai kehidupan wanita wanita di negara Saudi Jom kita intai intai sikit Ringkasnya 1 Memakai AbayaJika anda kebetulan berpapasan atau melihat wanita Arab pasti mereka mengenakan abaya berwarna hitam Abaya ada...
Piala Malaysia 2019 Aidil Sharin Turun Manjung Intai Aksi Pknp Fc Dan Pj City

Piala Malaysia 2019 Aidil Sharin Turun Manjung Intai Aksi Pknp Fc Dan Pj City

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 271 hits
Biarpun belum mengetahui siapa lawan mereka di peringkat suku akhir samaada PJ City FC ataupun PKNP FC pengendali Kedah Aidil Sharin Sahak terlebih dahulu mahu memperbaiki kelemahan ketara yang menghantui skuad Kedah ketika ini bolos terban...
Jalan Jalan Naik Bukit Turun Bukit Di Royal Floria Putrajaya Cantik

Jalan Jalan Naik Bukit Turun Bukit Di Royal Floria Putrajaya Cantik

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 363 hits
Minggu lepas aku sebuah tempat iaitu Taman Botani Putrajaya Ada pameran bunga namanya Royal Floria Putrajaya Aku ke sini buat julung kalinya Walau sudah banyak tahun pameran sebegini di anjurkan inilah pertama kali aku tengok pameran ini Ca...
Dengar Sendiri Penjelasan Daripada Tuan Zaki Coo Ecostar Mengenai Jimat Minyak Ecostar

Dengar Sendiri Penjelasan Daripada Tuan Zaki Coo Ecostar Mengenai Jimat Minyak Ecostar

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 329 hits
Dengar sendiri penjelasan daripada Tuan Zaki COO Ecostar mengenai Jimat Minyak Ecostar Penerangan lanjut pasal produk testimoni dan peluang bisnes sila lihat di website ini Klik Terbaik Minyak jimat Enjin lancar Duit masyuk lebat ecostar jm...
Dakwa Cuba Cetus Provokasi Penyokong Indonesia Curi Jalur Gemilang

Dakwa Cuba Cetus Provokasi Penyokong Indonesia Curi Jalur Gemilang

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 349 hits
Ekoran kejadian rusuhan yang didakwa terjadi di Stadium Gelora Bung Karno setelah tamat perlawanan ramai individu yang tampil berkongsi pelbagai video menceritakan situasi di sana Insiden tegang ini dipercayai sudah mula dinyalakan apinya s...
Harga Minyak Naik Atau Turun Untuk Minggu Ini

Harga Minyak Naik Atau Turun Untuk Minggu Ini

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 284 hits
Lama juga rasanya Ohmedia tak update pasal harga minyak ni dan bila terasa nak update ehh naik pulak dia Berdasarkan kemaskini terbaru harga runcit petrol untuk 12 tengah malam ni RON97 telah mengahadapi kenaikan sebanyak 3 sen iaitu daripa...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa