Hukum Menggosok Anggota Badan Ketika Berwudhu Dan Mandi Junub



SOALAN:
Sahkah wudhu’ sekiranya seseorang itu hanya melalukan sahaja air ke bahagian tangan dan kaki tanpa menggosok anggota wudhu’ tersebut? Bagaimanakah pula dengan mandi wajib?

JAWAPAN:
Berwudhu’ merupakan salah satu dari syarat sah solat dan hukumnya adalah wajib. Ini seperti yang disebutkan menerusi firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلَاةِ فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُوا بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَيْنِ
“Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mendirikan solat maka basuhlah muka-muka kamu serta tangan-tangan kamu sehingga ke bahagian siku. Dan sapulah kepala kamu serta (basuhlah) kaki-kaki kamu sehingga ke bahagian buku lali.” [Surah Al-Ma’idah (6)]

Ayat di atas ini menjelaskan beberapa anggota yang wajib dibasuh dan disapu dalam wudhu’. Iaitu muka, kedua tangan sehingga ke siku, kepala, serta kaki sehingga ke buku lali. Dua lagi perkara fardhu dalam wudhu’ adalah niat dan juga tertib.

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, isu ini sebenarnya melibatkan perbahasan para ulama' fekah berkenaan hukum menggosok anggota wudhu’ setelah dikenakan air padanya. Dalam bahasa arab perbuatan ini disebut sebagai الدلك. Dari sudut bahasa, ia membawa maksud: Melalukan tangan kepada anggota. [Rujuk: Mu’jam Maqayis al-Lughah, Ibn Faris (2/297)]

Dalam mazhab Imam al-Syafi’e, perbuatan menggosok anggota wudhu’ untuk meratakan air adalah termasuk dalam kategori perkara-perkara sunat ketika berwudhu’. Imam Al-Nawawi ketika menghuraikan beberapa perkara sunat dan mustahab di dalam berwudhu’ beliau berkata:

وَأَنْ يُدَلِّكَ الْأَعْضَاءَ
“Dan seseorang itu menggosok anggota wudhu’.” [Rujuk: Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab, Al-Nawawi (1/465)]

Begitu juga dalam kitab Al-Fiqh al-Manhaji (1/59) menyebutkan bahawa antara perkara sunat dalam wudhu’ adalah الدلك ini. Iaitu melalukan tangan ke atas anggota ketika membasuhnya. Para penulis kitab berhujah menggunakan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Zaid R.A beliau berkata:

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَوَضَّأَ فَجَعَلَ يَقُولُ هَكَذَا يَدْلُكُ
“Sesungguhnya Nabi SAW berwudhu’ kemudian baginda melakukan begini, iaitu baginda menggosok (anggota wudhu’).” [Riwayat Ahmad (16441)]

Keadaan ini juga sama dalam isu mandi junub. Ini kerana, Imam Al-Syafi’e dalam isu perkara-perkara sunat ke atas mereka yang mandi wajib berkata:

وَأُحِبُّ لَهُ أَنْ يُدَلِّكَ مَا يَقْدِرُ عَلَيْهِ مِنْ جَسَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَفْعَلْ وَأَتَى الْمَاءُ عَلَى جَسَدِهِ أَجْزَأَهُ
“Dan aku suka sekiranya dia menggosok kadar yang dia mampu dari bahagian badannya. Namun sekiranya dia tidak melakukannya dan mengenakan air kepada anggota tubuhnya maka itu telah mencukupi.” [Rujuk: Al-Umm, Al-Syafi’e (1/57)]

Seperti yang kita ketahui, wudhu’ dan juga mandi wajib keduanya adalah sama dari sudut keduanya mengangkat hadas. Wudhu’ mengangkat hadas kecil dan mandi wajib mengangkat hadas besar. Justeru, keadaannya adalah sama dari sudut selama mana seseorang itu mengenakan air sahaja kepada anggota badan dan tidak menggosoknya, maka yang demikian itu telah memadai dan mencukupi.

Penutup

Sebagai kesimpulan kami menyatakan bahawa hukum menggosok anggota wudhu’ setelah mengenakan air ke anggota wudhu’ adalah sunat. Justeru, sekiranya seseorang yang berwudhu’ sekadar mengenakan air kepada anggota wudhu’nya seperti meletakkan tangan atau kaki di bawah air paip, maka wudhu’nya adalah sah. Demikian juga sama hukumnya ketika mandi wajib.

Meskipun begitu, sekiranya tanpa menggosok anggota badan semasa wudhu’ atau mandi wajib akan menyebabkan air tidak kena kepada anggota tersebut, maka dalam keadaan ini hukum menggosok anggota wudhu’ atau badan tersebut adalah wajib.

Akhir kalam, kami berdoa kepada Allah SWT agar memberikan kefahaman yang tepat kepada kita semua dalam beragama. Ameen.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/02/hukum-menggosok-anggota-badan-ketika.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Menggunakan Sabun Mandi Yang Wangi Semasa Ihram

Hukum Menggunakan Sabun Mandi Yang Wangi Semasa Ihram

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 374 hits
SOALAN Apakah hukum menggunakan sabun yang wangi semasa ihram JAWAPAN Antara perkara yang diharamkan ke atas orang yang berihram untuk dilakukan semasa ihram ialah tatoyyub Memakai wangi wangian boleh berlaku dalam empat senario Tabakhkhur ...
Anggota Polis Cedera Ditumbuk Ketika Bertugas

Anggota Polis Cedera Ditumbuk Ketika Bertugas

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 329 hits
BUTTERWORTH 17 Feb Seorang anggota polis mengalami keretakan tulang hidung selepas ditumbuk seorang lelaki yang cuba melarikan diri daripada ditahan dalam kejadian di Jalan Raja Uda di sini dua hari lepas Ketua Polis Daerah Seberang Perai U...
Anggota Pga Hilang Ketika Selamatkan Mangsa Bot Karam

Anggota Pga Hilang Ketika Selamatkan Mangsa Bot Karam

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 395 hits
Sandakan Seorang anggota Pasukan Gerakan Am hilang dalam kejadian bot penumpang karam di perairan dekat Pasar Umum Sandakan di sini pagi ini Jurucakap Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Zon Sandakan Leftenan Komander Mohd Hafidz Mohd Ta...
Terkini Terlajak Ketika Mendarat Badan Pesawat Penumpang Turki Pecah Tiga Terbakar

Terkini Terlajak Ketika Mendarat Badan Pesawat Penumpang Turki Pecah Tiga Terbakar

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 301 hits
Sebuah pesawat penumpang dilaporkan terlajak di landasan ketika mendarat dan melanggar tembok jalan menyebabkan badan pesawat pecah kepada tiga bahagian serta terbakar dalam kejadian yang berlaku di Turki Pesawat untuk penerbangan domestik ...
Mendikbud Jamin Tak Akan Potong Subsidi Ptn Beralih Ke Badan Hukum

Mendikbud Jamin Tak Akan Potong Subsidi Ptn Beralih Ke Badan Hukum

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 224 hits
Peralihan ke PTN BH menimbulkan konsekuensi keindependenan suatu PTN Di mana mereka bebas mengatur keuangan dan menjalani kerjasama dengan pihak luar
Hukum Makmum Berwudhu Mengikut Imam Bertayammum

Hukum Makmum Berwudhu Mengikut Imam Bertayammum

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 383 hits
SOALAN Apakah hukum saya mengikut imam yang bertayammum sekiranya saya mengetahui hal tersebut Adakah solat saya sah atau saya perlu mengulanginya semula JAWAPAN Sabda Rasulullah SAW Sesungguhnya adanya imam adalah untuk diikuti maka jangan...
Tiga Kanak Kanak Lemas Ketika Mandi Di Sebuah Kolam

Tiga Kanak Kanak Lemas Ketika Mandi Di Sebuah Kolam

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 429 hits
JOHOR BAHRU 13 Feb Tiga kanak kanak lelaki meninggal dunia akibat lemas semasa bermandi manda di sebuah kolam berhampiran pencawang Tenaga Nasional Berhad di Taman Sri Amar Majidee di sini malam ini Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan AC...
Anjuran Membasahkan Badan Ketika Hujan Turun

Anjuran Membasahkan Badan Ketika Hujan Turun

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 290 hits
SOALAN Betulkah kita dianjurkan untuk membasahkan badan dengan air hujan sebaik sahaja hujan turun Adakah terdapat dalil dalam isu ini dan apakah sebabnya JAWAPAN Antara sunnah yang jarang dilakukan dalam pengamalan masyarakat pada hari ini...
Rakaman Anggota Polis Di China Bawa Senjata Api Ketika Rondaan Undang Kebimbangan Netizen

Rakaman Anggota Polis Di China Bawa Senjata Api Ketika Rondaan Undang Kebimbangan Netizen

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 297 hits
Kita sememangnya sudah mengetahui bahawa negara China adalah negara yang mencatatkan kematian paling banyak akibat daripada virus Covid 19 Perkara tersebut secara tidak langsung telah mencetuskan rasa panik dan cemas orang awam yang takut a...
Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean

Protect What You Love Why Luxury Bag Insurance Matters With Aeg

5 Ways To Grow Your Truck Repair Business Online

Paya Indah Discovery Wetlands Tarikan Utama Tiket Masuk

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide

Jantung Berdebar Debar Dan Bengkak

Nahas Bas Penuntut Upsi Pelajar Dakwa Rayu Pemandu Perlahankan Kenderaan Tapi Tak Dipeduli


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mbi Debacle Why Did It Take So Long

Hukum Mengunduh Dan Mengambil Manfaat Dari Buku Elektronik Padahal Tertulis Hak Cipta Dilindungi

Petua Untuk Menghilangkan Kesan Karat Pada Pakaian

Nasi Tomato Ayam Masak Merah Ketupat Rendang

Tips Dapur Buat Pesakit Sle

Dunia Masih Perlukan Hadi Awang Bukan Pas Sahaja Sanusi Nafi Dakwaan Presiden Pas Bakal Berundur