Anjuran Membasahkan Badan Ketika Hujan Turun



SOALAN:
Betulkah kita dianjurkan untuk membasahkan badan dengan air hujan sebaik sahaja hujan turun. Adakah terdapat dalil dalam isu ini dan apakah sebabnya?

JAWAPAN:
Antara sunnah yang jarang dilakukan dalam pengamalan masyarakat pada hari ini adalah membasahkan sedikit dari bahagian badan dengan air hujan yang turun daripada langit. Perbuatan ini tsabit daripada Nabi SAW berdasarkan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik R.A beliau berkata:

“Hujan turun dan kami pada ketika itu bersama dengan Rasulullah SAW. Lalu baginda SAW menyelak baju baginda sehinggalah hujan menimpa badan baginda.” Kemudian kami bertanya: “Wahai Rasulullah, mengapakah anda melakukan ini?” Maka jawab baginda SAW:

لِأَنَّهُ حَدِيثُ عَهْدٍ بِرَبِّهِ تَعَالَى
“Kerana ia baru sahaja datang (turun) dari Tuhannya yang Maha Tinggi.” [Riwayat Muslim (898)]

Imam Al-Nawawi dalam syarahan beliau ke atas hadis ini berkata: “Sesungguhnya hujan ini adalah rahmat, dan ia baru sahaja tempoh penciptaannya oleh Allah Taala lalu dilakukan tabarruk (mengambil berkat) dengannya.” [Rujuk: Syarah Al-Nawawi ‘ala Muslim (6/195)]

Syeikh Zakariya bin Muhammad Al-Ansari berhujah menggunakan hadith ini dengan kata beliau: “Dan disunatkan untuk seseorang itu keluar ke arah hujan yang turun dan menyelak pakaiannya (selain auratnya) supaya hujan menimpa badannya.” [Rujuk Asna Al-Mathalib (1/293)]

Kemudian dalam menjelaskan sebab dilakukan perbuatan tersebut, Syeikh Zakariya menukilkan sebuah riwayat daripada Ibn Abbas R.Anhuma bahawa beliau ditanyakan akan sebab perbuatan tersebut, maka jawab Ibn Abbas: Apakah kamu tidak membaca firman Allah SWT:

وَنَزَّلْنَا مِنَ السَّمَاءِ مَاءً مُبَارَكًا
“Dan Kami telah menurunkan daripada langit air yang berkat.” [Surah Qaf (9)]

Lalu kata Ibn Abbas: “Maka aku suka untuk memperoleh sedikit dari keberkatannya.” [Rujuk: Asna Al-Mathalib (1/293)]

Imam Al-Baghawi dalam tafsiran beliau terhadap ayat di atas berkata: “Iaitu (air yang berkat) dari sudut padanya kebaikan yang begitu banyak serta padanya juga kehidupan setiap sesuatu, dan ia adalah air hujan.” [Rujuk: Ma’alim al-Tanzil, Al-Baghawi (4/271)]

Sebahagian ulama' menyatakan bahawa bahagian yang dikenakan padanya air hujan adalah kepala. Inilah pendapat yang dipegang oleh Syeikh Mulla ‘Ali al-Qari. Manakala Al-Thibi menyatakan bahawa ia merujuk kepada badan.

Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Al-Hakim pula, menyebutkan bahawa Rasulullah SAW membuka baju dari bahagian belakang badan baginda. [Rujuk: Mirqat al-Mafatiih, Mulla ‘Ali Al-Qari (3/1108)]

Penutup

Sebagai kesimpulan kami menyatakan bahawa hukum membasahkan bahagian badan yang bukan dalam kategori aurat dengan air hujan adalah disunatkan. Zahir nas tidak menunjukkan bahagian hujan yang mana sama ada pada awal turunnya, di pertengahan, atau di penghujung. Meskipun begitu, ia lebih dituntut pada awal-awal turunnya hujan memandangkan hikmahnya kerana ia disifatkan sebagai nikmat yang baru turun, serta disifatkan sebagai air yang berkat diturunkan oleh Allah SWT.

Akhir kalam semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang tepat kepada kita semua dalam beragama. Ameen.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/02/anjuran-membasahkan-badan-ketika-hujan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Menggosok Anggota Badan Ketika Berwudhu Dan Mandi Junub

Hukum Menggosok Anggota Badan Ketika Berwudhu Dan Mandi Junub

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 296 hits
SOALAN Sahkah wudhu sekiranya seseorang itu hanya melalukan sahaja air ke bahagian tangan dan kaki tanpa menggosok anggota wudhu tersebut Bagaimanakah pula dengan mandi wajib JAWAPAN Berwudhu merupakan salah satu dari syarat sah solat dan h...
Terkini Terlajak Ketika Mendarat Badan Pesawat Penumpang Turki Pecah Tiga Terbakar

Terkini Terlajak Ketika Mendarat Badan Pesawat Penumpang Turki Pecah Tiga Terbakar

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 292 hits
Sebuah pesawat penumpang dilaporkan terlajak di landasan ketika mendarat dan melanggar tembok jalan menyebabkan badan pesawat pecah kepada tiga bahagian serta terbakar dalam kejadian yang berlaku di Turki Pesawat untuk penerbangan domestik ...
Badan Kerap Berpeluh Yang Banyak Ketika Mengandung Adakah Ia Selamat

Badan Kerap Berpeluh Yang Banyak Ketika Mengandung Adakah Ia Selamat

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 323 hits
Kebiasaannya ibu mengandung akan mengalami masalah peluh berlebihan yang disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon dalam badan Mungkin berpeluh lebih banyak daripada biasa semasa hamil kerana berlakunya turun naik dalam tahap hormon Walaupun...
Tiga Sekawan Dicekup Ketika Membahagikan Hasil Samun

Tiga Sekawan Dicekup Ketika Membahagikan Hasil Samun

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 292 hits
Kluang Tiga rakan diberkas polis ketika sedang leka membahagikan hasil samun beberapa jam selepas mereka menyamun beberapa buah kedai serbaneka 24 jam di sini Ketua Polis Daerah Kluang ACP Mohd Abduh Ismail berkata tangkapan berkenaan dilak...
Rakyat Malaysia Di Jepun Kongsi Detik Cemas Dikejut Gempa Bumi Ketika Tidur

Rakyat Malaysia Di Jepun Kongsi Detik Cemas Dikejut Gempa Bumi Ketika Tidur

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 453 hits
Pada jam 1 07 pagi satu gempa bumi sekuat 5 3 magnitude telah menggegarkan sehingga 2km daripada bandar Tsukubamirai Ibaraki Jepun Kejadian tersebut berlaku berdekatan dengan ibu negara Jepun iaitu Tokyo Dalam sebuah group Road To Japan rak...
Ketika Senja Pergi

Ketika Senja Pergi

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 415 hits
KETIKA SENJA PERGIDi sebuah rumah sederhana yang asri tinggal sepasang suami isteri yang sudah memasuki usia senja Pasangan ini dikurniakan dua orang anak yang telah dewasa dan memiliki kehidupan sendiri yang mapan Sang suami merupakan seor...
Uri Di Bawah Ketika Kandungan 16 Minggu Jangan Khuatir Berpotensi Naik Semula

Uri Di Bawah Ketika Kandungan 16 Minggu Jangan Khuatir Berpotensi Naik Semula

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 616 hits
Kes kedudukan uri pada bahagian bawah adalah sesuatu yang sering berlaku di kalangan ibu mengandung Uri atau tembuni adalah tisu atau organ yang terbentuk bersama janin bagi membolehkan bayi mendapat oksigen tenaga dan nutrisi daripada ibu ...
7 Kesan Minum Air Putih Ketika Perut Kosong Yang Ramai Tidak Tahu

7 Kesan Minum Air Putih Ketika Perut Kosong Yang Ramai Tidak Tahu

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 255 hits
Umum sedia maklum tentang kebaikan meminum air putih kepada tubuh badan Namun ramai yang tak tahu kesannya apabila minum air putih ketika perut kosong Berikut merupakan 7 kesan minum air putih ketika perut kosong 1 Buang racun dalam badanKe...
Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban

Sarapan Pengantin Rumah Terbuka Aidilfitri Mengopi Di Hari Sabtu

Jdt Dinobatkan Juara Unifi Piala Malaysia Selepas Sewaskan Sri Pahang Fc 2 1 Di Stadium Nasional Bukit Jalil

Pakej Percutian Turki

Lelaki China Melompat Dari Tingkap Hotel Dan Melarikan Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasihnya

100 Jenis Style Gambar Lukisan Kartun Yang Boleh Dihasilkan Menerusi Chatgpt

Boleh Tak Jangan Bagi Banyak Tanda Soal

Penang Water Supply 83pc Restored Amid Scheduled Outage


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mengandungi Dna Babi 9 Produk Halal Indonesia Ditarik Balik

Hidupringkas Com Akan Ditutup Pada Bulan June 2025 Yang Akan Datang

Sabtu Cerdas Finansial Literasi Keuangan Jadi Kunci Hadapi Tantangan Ekonomi 2025

Bitcoin Overtakes Google Apa Artinya Untuk Dunia Digital

Chamber Hyperbarik Terobosan Pengobatan Modern Kini Hadir Di Rsud Dr Soedarso

Kaya Sebab Duit Banyak