Hukum Menggunakan Sabun Mandi Yang Wangi Semasa Ihram



SOALAN:
Apakah hukum menggunakan sabun yang wangi semasa ihram?

JAWAPAN:
Antara perkara yang diharamkan ke atas orang yang berihram untuk dilakukan semasa ihram ialah tatoyyub (berwangi-wangian). Memakai wangi-wangian boleh berlaku dalam empat senario:

Tabakhkhur (perasapan); seperti berwangi menggunakan kayu Oud yang dibakar.Istihlak (peleburan); seperti memakai air mawar dan kolon.Mencium baunya; seperti bunga mawar dan bau-bauan.Membawanya; seperti kasturi dan seumpamanya.
Larangan ini berasal daripada hadith riwayat Abdullah bin Umar R.Anhuma bahawa Rasulullah SAW bersabda tentang larangan sewaktu ihram, antaranya:

وَلَا تَلْبَسُوا شَيْئًا مَسَّهُ زَعْفَرَانٌ وَلَا الْوَرْسُ
“Dan janganlah kalian memakai pakaian yang disentuh za`faran dan al-wars (herba yang biasa dijadikan wangian).” [Riwayat al-Bukhari (1838) dan Muslim (1177)]

Pelanggaran larangan ini mewajibkan ke atas orang yang berihram itu untuk membayar dam al-Takhyir wa al-Taqdir (dam), selain daripada perlu menyempurnakan haji atau umrahnya, bertaubat, menghilangkan bau-bauan itu dengan segera dan boleh dikenakan ta`zir. Pelaksanaan dam itu punya boleh dipilih daripada tiga yang berikut:

Menyembelih seekor shah (kambing biri-biri).Puasa tiga hari.Bersedekah kepada enam orang miskin dengan setiap seorang mendapat separuh sa` (gantang).
[Rujuk: al-Taqrirat al-Sadidah Qism Ibadat (hlm. 504 & 518)]

Para ulama' khilaf pada hukum penggunaan sabun wangi semasa ihram. Berkata Syeikh Wahbah al-Zuhaili:

وَيَجُوزُ الاغْتِسَالُ وَلَوْ بالصَّابُونِ عِنْدَ الشَّافِعيةِ وَالْحَنَابَلَة، وَلاَ يجوزُ بالصابون ونحوِهِ عنْدَ الْحَنَفِية، ويَغْتَسِلُ عنْدَ الْمَالِكِية لِلتَّبَرُّدِ لاَ لِلتَّنْظِيفِ
“Dan diharuskan untuk mandi, walaupun dengan menggunakan sabun di sisi Syafieyyah dan Hanabilah, dan tidak diharuskan dengan sabun, dan seumpamanya, di sisi Hanafiyyah. Di sisi Malikiyyah orang yang berihram itu hanya mandi untuk tujuan menyejukkan badan dan bukan untuk membersihkan diri.” [Rujuk: al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh (3/2300)]

Berkata Syeikh Abdurrahman al-Jaziri: “Diharuskan bagi orang yang berihram untuk membasuh kepala dan badannya dengan air untuk menghilangkan kekotoran dengan syarat tidak mandi menggunakan bahan yang boleh membunuh parasit badan. Justeru, dibenarkan untuk mandi menggunakan sabun, dan seumpamanya, daripada jenis bahan pencuci yang tidak membunuh parasit, sekalipun ia memiliki bau yang wangi, di sisi Syafieyyah dan Hanabilah.” [Rujuk: al-Fiqh `Ala al-Madzahib al-Arba`ah (1/588)]

Disebut dalam kitab al-Mausu`ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah (26/303): “Para ulama' Hanafiyyah mengatakan dengan jelas bahawa tidak mengapa kepada orang yang berihram untuk menggunakan sabun. Ibn Abidin yang menukilkan perkataan dalam kitab al-Fath: Jika seseorang itu mandi menggunakan sabun dan hurdh (pokok seumpama asynan, yang digunakan untuk membersihkan badan) maka tidak ada riwayat tentangnya. Mereka berkata: Tiada apa-apa padanya, kerana ia bukannya pewangi dan tidak membunuh parasit (yang boleh dikenakan fidyah) kemudian dia (Ibn Abidin) berkata: Keputusan daripada penta`lilan itu ialah tidak diwajibkan dam atau sedekah secara sepakat. Berkata pengarah al-Zahiiriyyah: Para ulama' berijma' bahawa tidak ada apa-apa menggunakannya. Inilah keputusan yang dalam difahami daripada perkataan sekalian ulama' tentang sabun kebiasaan yang dipakai, bahawa ia tidak dianggap sebagai pewangi, kerana orang yang berihram hanya dilarang menggunakan pewangi. Tentang isu ini tidak ada nas mengenainya.”

Syeikh Muhammad al-Zuhaili dalam al-Mu`tamad fi al-Fiqh al-Syafie (2/322) jelas menyatakan bahawa penggunaan sabun wangi adalah dilarang semasa ihram. Namun begitu, jika wangian itu melalui proses istihlak (menghilang) dalam bahan yang ia bercampur dengannya, sehingga tidak kekal bagi bahan itu bau, rasa dan warna, seperti yang kebiasaan terdapat pada ubat-ubatan, maka diharuskan penggunaannya dan memakannya, serta tidak dikenakan fidyah. Tetapi jika bau wangi itu berkekalan pada bahan yang menghilang, secara zahir atau tersembunyi, tetapi bau itu datang kembali apabila direnjis air ke atasnya, maka itu dikenakan fidyah, kerana tujuan utama larangan ini bau wangi, begitu juga jika kekal rasanya kerana itu menunjukkan bau wangi itu kekal. [Rujuk: al-Mu`tamad (2/323)]

Imam al-Nawawi menyebut dalam kitab al-Idhah fi Manasik al-Hajj wa al-Umrah (ms. 158): “Dan diharamkan penggunaan celak yang berbau wangi, ubat urat yang berbau wangi, dan haram memakan makanan yang berbau wangi, wanginya kuat pada rasa dan baunya. Namun jika bau itu menghilang maka tidak mengapa.”

Sebahagian ulama' mengambil langkah berhati-hati agar meninggalkan terus penggunaan sabun wangi. Berkata Syeikh al-Habib Muhammad bin Umar al-Syatiri dalam Syarah Yaqut al-Nafis (hlm. 342): “Dan tidak dibenarkan mandi selepas ihram dengan sabun yang memiliki bau wangi, kerana bau tersebut sengaja diletakkan di dalamnya dengan tujuan berwangian, atau dengan tujuan melunturkan kotoran dan mewangikan, maka lebih utama ke atas orang yang berihram untuk berhati-hati dan menggunakan sabun yang tidak ada bau wangi.”

Manakala menurut Dar al-Ifta Jordan dalam fatwa no. (3522) berkenaan soalan memakai sabun berbau harum semasa ihram, antaranya dijawab: “Dan wujudnya bau-bauan yang wangi dalam sabun dan seumpamanya adalah tidak memudaratkan (yakni ihram); kerana wangian itu bukan tujuan sabun. Sebaliknya ia hanya bau-bauan wangi yang wujud secara mengikut. Bau wangi ini tidak dilarang di sisi fuqaha'.”

Bekas Mufti Mesir, Syeikh Atiyyah al-Saqar pernah ditanya berkenaan isu kebersihan sewaktu ihram dan beliau menjawab: “Dan para fuqaha’ membenarkan penggunaan sabun dan selainnya daripada jenis bahan-bahan yang boleh menghilangkan kekotoran semasa ihram. Di sisi Syafieyyah dan Hanabilah dibenarkan untuk mandi dengan sabun yang memiliki bau yang wangi kerana tujuan sabun ialah kebersihan dan bukan berwangian. Tentang isu ini, ramai daripada kalangan manusia yang memahami nas-nas secara salah sehingga mereka menegah daripada mandi dan menukar baju serta mengajak untuk kekal dalam pakaian yang sedia ada sehingga selepas tamatnya amalan-amalan haji dan menunggu balik ke negara masing-masing. Mereka menyangka perbuatan ini adalah sebahagian daripada agama, sedangkan kadang-kadang keluar bauan yang busuk daripada mereka, khususnya pada hari-hari al-Hurr. Sebenarnya dengan berkelakuan sedemikian mereka mencipta peluang untuk wujudnya pelbagai penyakit, dan menyakiti orang lain dengan bau-bauan yang tidak menyenangkan.” [Rujuk: Fatawa Dar al-Ifta’ al-Misriyyah (9/318)]

Dalam buku Soal Jawab Ibadat haji, Umrah dan Ziarah yang dikeluarkan oleh Ahli-Ahli Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji (YH-JAKIM) pada tahun 2017 dalam muka surat 69 menyebut: “Memakai ubat gigi, minyak-minyak ubat dan sabun mandi hukumnya adalah harus walaupun jika ada berbau wangi kerana penggunaannya bukan kerana berwangi-wangi (تطيب) begitu juga sabun mandi jika digunakan semata-mata dengan maksud membersih (تنظيف) adalah harus.”

Berdasarkan fakta dan keterangan di atas, kami cenderung kepada pendapat bahawa penggunaan sabun wangi semasa ihram adalah diharuskan dengan alasan dan syarat berikut:

1. Wangian yang ada di dalam sabun itu bukanlah tujuan penggunaan sabun, sebaliknya hanyalah pengikut sahaja. Kaedah fiqh menyebut:

يُغْتَفَرُ فِي التَّوَابِعِ مَا لَا يُغْتَفَرُ فِي غَيْرِهَ
“Dimaafkan pada perkara-perkara yang mengikut apa yang tidak dimaafkan pada selainnya.”

Kaedah lain menyebut:

يُغْتَفَرُ فِي الشَّيْءِ ضِمْنًا مَا لَا يُغْتَفَرُ فِيهِ قَصْدًا
“Dimaafkan pada perkara yang terkandung, apa yang tidak dimaafkan pada perkara yang sama jika menjadi tujuan.”

[Rujuk: al-Asybah wa al-Nazhair oleh Imam al-Suyuti (ms. 120)]

2. Keharusan penggunaannya diqiyas memakan makanan yang berbau sedap seperti epal dan cengkih.

3. Penggunaan sabun itu mestilah dengan niat membersihkan diri dan bukannya untuk berwangi-wangian.

4. Hendaklah bau wangi di dalam sabun itu tidak begitu kuat dan boleh istihlak (menghilang) dan tidak kekal seperti bahan pewangi yang diharamkan.

5. Sebaiknya ditinggalkan penggunaan sabun wangi semasa ihram untuk meraikan khilaf dan gunakanlah alat pembersih yang tidak berbau wangi yang ada di pasaran melainkan jika tidak ada pilihan atau keadaan memerlukan.

Wallahua’lam.

Semoga Allah SWT menerima amalan-amalan ibadat kita. Amin.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/02/hukum-menggunakan-sabun-mandi-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sabun Akef Harum Wangi Pilihan Keluarga

Sabun Akef Harum Wangi Pilihan Keluarga

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 319 hits
Sabun Akef Harum Wangi Pilihan Keluarga Assalamualaikum dan salam sayang Baru baru ni ciktom ternampak satu produk sabun pencuci
Bertukar Tragedi Remaja Lemas Semasa Mandi Manda Di Lata Kolam Air Deru Ecopark Hulu Besut

Bertukar Tragedi Remaja Lemas Semasa Mandi Manda Di Lata Kolam Air Deru Ecopark Hulu Besut

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 944 hits
JERTIH 18 Feb Kegembiraan sekumpulan 29 remaja bercuti di Lata Kolam Air Deru Ecopark Hulu Besut berakhir dengan tragedi apabila salah seorang daripada mereka lemas ketika bermandi manda Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jertih Muhammad Tarm...
Hukum Menggosok Anggota Badan Ketika Berwudhu Dan Mandi Junub

Hukum Menggosok Anggota Badan Ketika Berwudhu Dan Mandi Junub

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 265 hits
SOALAN Sahkah wudhu sekiranya seseorang itu hanya melalukan sahaja air ke bahagian tangan dan kaki tanpa menggosok anggota wudhu tersebut Bagaimanakah pula dengan mandi wajib JAWAPAN Berwudhu merupakan salah satu dari syarat sah solat dan h...
Mandi Jam 5 Pagi Jika Mahu Kulit Cantik Kajian

Mandi Jam 5 Pagi Jika Mahu Kulit Cantik Kajian

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 491 hits
Selain faktor pemakanan banyak faktor yang boleh membantu mencantikkan kulit anda Selain perlu menjaga pemakanan mandi seawal pukul 5 pagi turut membantu dalam mencantikkan kulit anda Menurut kajian kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih ...
Kisah Wni Di Singapura Saat Corona Pulang Bepergian Langsung Mandi Dan Cuci Baju

Kisah Wni Di Singapura Saat Corona Pulang Bepergian Langsung Mandi Dan Cuci Baju

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 578 hits
Sejumlah warga Singapura mengaku mereka sempat was was dan takut walaupun pemerintah telah menangani kasus ini dengan tanggap Maka dari itu mereka berupaya untuk meningkatkan kesadaran akan kebersihan
Mandi Dan Makan Ternyata Bisa Bantu Hilangkan Efek Radiasi Radioaktif

Mandi Dan Makan Ternyata Bisa Bantu Hilangkan Efek Radiasi Radioaktif

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 244 hits
Begitu terkontaminasi langsung mandi Langsung membersihkan badan seluruh tubuh dengan air mengalir pakai sabun yang bersih sampai radiasinya turun kata Ryan
Intip Kamar Mandi Impian Prilly Latuconsina Mewah Dan Indah Banget

Intip Kamar Mandi Impian Prilly Latuconsina Mewah Dan Indah Banget

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 279 hits
Salah satu bagian rumahnya yang paling menarik dan membuat banyak orang kagum adalah kamar mandinya Penasaran kan bagaimana penampakan kamar mandi di rumah baru Prilly
Potret Sandra Dewi Baru Beres Mandi Cantiknya Natural

Potret Sandra Dewi Baru Beres Mandi Cantiknya Natural

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 198 hits
Artis Sandra Dewi dikenal memiliki paras yang cantik Kecantikannya selalu berhasil menuai banyak pujian dari warganet
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game

Penganjur Tarian Wanita Mencolok Mata Boleh Berdepan Tindakan

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Malaysia Kongsi Kepakaran Nuklear Sempena Kepengerusian Asean 2025