Hukum Mengaudit Kedai Yang Menjalankan Transaksi Arak Dan Rokok



SOALAN:
Saya bekerja di syarikat perakaunan dan audit kedai runcit dan perniagaan kecil-kecilan. Apakah hukum saya bekerja sebagai juruaudit bagi kedai yang bukan Muslim dan kedai itu melakukan transaksi untuk arak atau rokok? Adakah saya termasuk di dalam golongan yang bersubahat melakukan aktiviti tersebut? Mohon penjelasan.

JAWAPAN:
Kami mulakan dengan firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.” (Surah al-Maidah: 90)

Berkenaan hukum rokok, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah memutuskan bahawa merokok adalah haram. Ini juga adalah pandangan majoriti ulama’ dan Dr. Yusof al-Qaradhawi. (Rujuk: Min Hady al-Islam Fatawa Mu’asirah, 1/693-710)

Justeru bagi seorang Mukmin hendaklah dia bertaqwa kepada Allah dengan menghindarkan diri daripada melakukan apa-apa pekerjaan yang melibatkan arak mahupun rokok kerana pekerjaan itu menunjukkan keredhaan dan persetujuan kita dengan syarikat yang mengamalkan transaksi haram, oleh itu redha kepada perbuatan yang haram adalah termasuk daripada dosa (Rujuk: Fatawa Islamiah, 2/401)

Hal ini kerana pekerjaan tersebut termasuk dalam perbuatan tolong-menolong atas dasar maksiat dan kekufuran, dan hal ini dilarang di dalam Islam sebagaimana firman Allah:

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلا تَعَاوَنُوا عَلَى الأِثْمِ وَالْعُدْوَان
“Dan hendaklah kamu tolong-menolong dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan kemungkaran.” (Surah al-Maidah: 2)

Berbalik kepada persoalan di atas, pekerjaannya adalah melakukan audit ke atas kedai runcit yang melakukan sejumlah transaksi yang halal namun antaranya melibatkan transaksi yang haram seperti arak dan rokok. Imam al-Suyuti ketika membincangkan kaedah umum fiqh:

اليَقِيْنُ لَا يُزَالُ بِالشَّكِّ
“Keyakinan tidak dapat dihilangkan dengan keraguan.”

Beliau memasukkan sebagai faedah, huraian Syeikh Abu Hamid al-Isfirayni tentang kategori perkara syak yang tidak diketahui atau ditentukan sumber asalnya: “Seperti melakukan transaksi dengan orang yang majoriti hartanya bersumber perkara yang haram dan tidak dapat dipastikan harta yang diperolehi itu dari harta orang tersebut sumber haram, maka hukum transaksi jual beli itu tidak haram kerana ada kemungkinan halal dan sumber haram itu juga tidak dapat dipastikan, tetapi makruh mengambilnya kerana ditakuti terjatuh dalam perkara yang haram.” (Rujuk al-Asybah wa al-Nazair, 1/74-75).

Justeru, jika pendapatan seseorang itu bercampur antara yang halal dan haram maka menerima hasil daripada pekerjaan tersebut adalah makruh kerana tidak yakin pemberian itu datang daripada sumber yang haram.

Selain itu, berkenaan pekerjaan sebagai juruaudit, adakah ia termasuk di dalam golongan yang terlibat secara langsung dalam membantu pekerjaan yang haram? Mufti Taqi Uthmani ketika menjelaskan berkenaan isu pekerjaan sebagai juruaudit dalam transaksi riba mengatakan: “Pekerjaan meneliti, mengaudit dan merekodkan hasil laporan dari transaksi riba (yang sedia ada) telah terkeluar daripada golongan (yang dilaknat) ini.” (Rujuk: Seekers Guidance, http://bit.ly/2QS6AZI)

Justeru, pada pengamatan kami, kami cenderung mengatakan pekerjaan sebagai juruaudit tidak termasuk di dalam pekerjaan yang berinteraksi secara langsung dalam mengendalikan perkara-perkara yang haram seperti arak dan rokok. Hal ini kerana pekerjaan tersebut hanyalah berkaitan dengan tugas-tugas mengaudit maklumat dan data (auditing) serta membuat laporan (reporting) sebagaimana yang telah ditetapkan pihak pengurusan.

Kesimpulan

Justeru kami berpandangan dalam isu bekerja mengaudit transaksi di kedai runcit atau pasar raya yang melibatkan transaksi yang haram seperti arak, rokok dan seumpamanya:

Jika pekerjaannya melibatkan transaksi yang bercampur antara halal dan haram, maka mengambil pendapatan daripada hasil pekerjaan tersebut adalah makruh.Jika pekerja itu terlibat langsung dengan perkara yang haram seperti membuat kontrak berkenaan pembelian dan penjualan arak, atau menjadi perantara untuk melakukannya seperti berunding dengan pelanggan atau mendorong kontrak untuk ditandatangani atau menandatangani bagi pihak syarikat arak maka hukumnya adalah haram.Sebaiknya berusaha dengan sedaya mungkin untuk bekerja di bahagian atau premis yang tidak melaksanakan transaksi yang melibatkan perkara yang diharamkan.
Kami juga mencadangkan atau mencari pekerjaan yang tiada sebarang syubhah kerana ia bersifat lebih aman dan tenang jiwa. Benarlah sabda Nabi SAW:

فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ فَقَد اسْتَبْرَأَ لِدِينِهِ، وَعِرْضِهِ
“Barangsiapa yang memelihara dirinya daripada sebarang syubah maka sebenarnya dia telah menyelamatkan agama dan maruahnya.” [Riwayat Bukhari (52) dan Muslim (20)]

Justeru, dengan mencari-cari sumber yang halal dan menjarakkan diri daripada sebarang keraguan, maka sudah tentukan ia menatijahkan lagi kebaikan dan keberkatan dalam hidup. Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Youtube
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/01/hukum-mengaudit-kedai-yang-menjalankan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Bekerja Di Syarikat Pos Yang Melibatkan Penghantaran Arak

Hukum Bekerja Di Syarikat Pos Yang Melibatkan Penghantaran Arak

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 175 hits
SOALAN Saya sedang melanjutkan pelajaran di luar negara dan bekerja part time di syarikat pengeposan barang Di tempat saya agak susah untuk mencari part time lebih lebih lagi kerana saya memakai tudung di negara mejoritinya bukan orang Isla...
Budak 10 Tahun Pergi Ke Mall Setiap Hari Untuk Pinjam Display Tablet Di Kedai Elektronik Untuk Siapkan Homework

Budak 10 Tahun Pergi Ke Mall Setiap Hari Untuk Pinjam Display Tablet Di Kedai Elektronik Untuk Siapkan Homework

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 505 hits
Budak 10 Tahun Pergi Ke Mall Setiap Hari Untuk Pinjam Display Tablet Di Kedai Elektronik Untuk Siapkan Homework Guilherme Santiago pelajar berusia 10 tahun yang tinggal di Recife Brazil tidak memiliki komputer di rumahnya kerana keluarganya...
Isteri Mengidam Honda Jazz Suami Tak Cakap Banyak Terus Pergi Curi Kereta Ketika Sedang Makan Di Kedai

Isteri Mengidam Honda Jazz Suami Tak Cakap Banyak Terus Pergi Curi Kereta Ketika Sedang Makan Di Kedai

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 547 hits
Sering kali kita mendengar kisah seorang suami yang sanggup berkorban dan melakukan apa saja demi memenuhi hasrat isteri asalkan ianya tidak keterlaluan dan menyalahi undang undang Namun lain pula kisahnya yang berlaku ini apabila seorang s...
Larangan Merokok Tak Jejas Perniagaan Kata Pengusaha Kedai Makan

Larangan Merokok Tak Jejas Perniagaan Kata Pengusaha Kedai Makan

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 291 hits
KPKT akan menyediakan kawasan khas merokok untuk kedai makan di 155 PBT di seluruh negara PETALING JAYA Beberapa pengusaha kedai makan berpendapat peraturan larangan merokok yang dilaksanakan kerajaan tidak menjejaskan perniagaan mereka Pen...
Kedai Makan Ada Tikus

Kedai Makan Ada Tikus

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 570 hits
Dah masuk 2020 pun masih ada kedai makan yang kotor Bukan sahaja kotor dengan sampah sarap namun najis dan air kencing tikus pun dapat dikesan di kedai makan Bukan sahaja keselesaan pelanggan menjadi persoalan namun tahap kebersihan kedai m...
Tikus Nikmati Lauk Kari Di Kedai Mamak Bandar Tun Razak

Tikus Nikmati Lauk Kari Di Kedai Mamak Bandar Tun Razak

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 590 hits
Makin lama makin banyak kedai mamak terpaksa tutup disebabkan kebersihan tak dijaga Baru baru ini ada sebuah kedai mamak di kawasan Bandar Tun Razak Kuala Lumpur terpaksa ditutup selama 14 hari Nak tahu sebab apa Korang boleh tengok video d...
Kedai Kopi Di Yogyakarta Ini Terapkan Sistem Bayar Se Ikhlasnya

Kedai Kopi Di Yogyakarta Ini Terapkan Sistem Bayar Se Ikhlasnya

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 238 hits
Tak seperti kedai kopi pada umumnya di Yogyakarta ada sebuah warung kopi bernama Mari Ngopi yang menerapkan sistem bayar se ikhlasnya pada setiap cangkir kopi single origin yang dijualnya
Rompakan Kedai Emas Kanak Kanak 2 Tahun Maut Ditembak Di Kepala

Rompakan Kedai Emas Kanak Kanak 2 Tahun Maut Ditembak Di Kepala

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 628 hits
Satu rompakan yang berlaku di sebuah kedai emas di Lopburi Thailand semalam menyaksikan seorang kanak kanak lelaki berusia dua tahun antara yang ditembak mati Perompak yang bertindak ganas itu juga menembak seorang pengawal keselamatan dan ...
Penguatkuasa Kesihatan Serbu Perokok Di Kedai Makan Jadi Perbalahan Netizen

Penguatkuasa Kesihatan Serbu Perokok Di Kedai Makan Jadi Perbalahan Netizen

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 208 hits
Walaupun sudah masuk tahun baru namun satu persatu isu dan permasalahan yang telah ditimbul dalam kalangan rakyat Malaysia Namun masih diharapkan agar permasalah yang timbul bakal diselesaikan dengan cepat oleh pihak yang terlibat Baru baru...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Bitcoin Menghampiri Us 100 000 Mdapa Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage