Dakwah Berus Gigi Dan Bersiwak Ketika Berpuasa Makruh Atau Sebaliknya


 [Berus Gigi Dan Bersiwak Ketika Berpuasa: Makruh Atau Sebaliknya?]
1. Sebelum saya menjawab persoalan yang ditanyakan ini, saya ingin membahaskan terlebih dahulu pandangan fuqaha terdahulu berkaitan hukum bersiwak setelah zawal (setelah masuk waktu Zuhur) kerana perkara ini diperselisihi hukumnya dalam kalangan fuqaha terdahulu. Dalam Aujaz al-Masalik syarah kepada Muwatta' Imam Malik, dinukilkan ada sekitar 6 hingga 8 pandangan ahli ilmu berkaitan permasalahan ini. Ada yang mengharuskan bersiwak setelah waktu Zuhur dan juga ada yang memakruhkan perbuatan tersebut. Berikut sedikit huraian tentangnya: i Pandangan pertama: hukum bersiwak setelah masuk waktu Zuhur termasuk dalam perkara yang makruh. Pandangan ini disandarkan kepada mazhab Syafie. Berikut adalah teks daripada kitab-kitab ulamak Syafieyah. Ibn Qasim al-Ghazzi (918H) berkata dalam Fath al-Qarib: والسّواك مستحبّ في كلّ حال ولا يكره تنزيها إلّا بعد الزّوال للصّائم فرضا أو نفلا، وتزول الكراهة بغروب الشّمس، واختار النّوويّ: عدم الكراهة مطلقا "Bersiwak digalakkan pada setiap keadaan dan hukum bersiwak tidak makruh tanzih melainkan setelah zawal (setelah masuk waktu Zuhur) bagi orang yang berpuasa sama ada puasa wajib ataupun sunat. Hilang kemakruhan itu apabila telah terbenam matahari. al-Nawawi pula memilih pandangan tidak makruh bersiwak secara mutlak" [Ibn Qasim, Muhammad bin Qāsim bin Muhammad Al-Ghazzi (2019), Fath al-Qarib al-Mujib fi Syarh Alfaz al-Taqrib, Beirut: Dar al-Minhaj, hal 74] Ibn Naqib Al-Misri (769H) berkata dalam Umdah al-Salik: ويكره ذوق الطعام وعلك وسواك بعد الزّوال "Dan dimakruhkan mencicip (merasa) makanan, mengunyah makanan dan bersiwak setelah zawal (masuk waktu Zuhur)" [Syihabuddin Abu al-‘Abbas Ahmad bin al-Naqib al-Mishri (2015), Umdah al-Salik wa ‘Uddah al-Nasik, Beirut: Dar al-Minhaj, hal 203] Ulamak Syafieyah memakruhkan perbuatan bersiwak apabila telah masuk waktu zawal iaitu setelah masuknya waktu Zuhur. Apakah dalil yang digunakan oleh ulamak Syafieyah memakruhkan perkara ini? Dalam kitab Busyra al-Karim, disebutkan dalil mengapa dimakruhkan perkara ini. Mereka berdalilkan hadith: لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ تَعَالَى مِنْ رِيحِ المِسْكِ "Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum disisi Allah daripada bau haruman kasturi." [Riwayat Al-Bukhari, 1795] Terdapat juga nukilan secara ringkas ikhtilaf perbezaan pandangan antara al-Izz Abd al-Salam dan Ibn al-Solah berkaitan bau mulut yang disukai Allah itu dimaksudkan pada hari kiamat ataupun di dunia. ii. Pandangan kedua: tidak makruh untuk bersiwak setelah waktu Zuhur. Pandangan ini adalah pandangan mazhab Hanafi dan ikhtiarat (pandangan pilihan) Imam Nawawi yang merupakan salah seorang ulamak mazhab Syafie. Sekiranya kita melihat berkaitan al-Nawawi dalam permasalahan yang lain, terdapat beberapa masalah tertentu yang mana ikhtiarat (pandangan pilihan Imam Nawawi) yang tidak dinisbahkan kepada pandangan muktamad mazhab Syafie. Adakalanya Imam Nawawi memilih sesebuah pandangan itu kerana penghujahan dalil yang dilihat kuat dari sudut ijtihadnya sendiri. Hasyiah al-Bajuri ialah kitab yang dijadikan rujukan penting untuk ahli ilmu yang bermazhab Syafie. Ketika Syaikh al-Bajuri memberi komentar terhadap ikhtiarat pandangan pilihan Imam Nawawi yang mengatakan tidak makruh secara mutlak, al-Bajuri berkata Hasyiahnya: أي من جهة الدليل "Imam Nawawi memilih pandangan tidak makruh kerana menilai dari sudut dalil" [Ibrahim al-Bajuri, Burhanuddin Abu Ishaq Ibrohim bin Muhammad bin Ahmad Al-Bajuri Al-Manufi Al-Mishri (2015), Hasyiah al-Bajuri, Lubnan: Dar nur al-Sobah, jil 1, hal 136] Ada nukilan yang disandarkan kepada Imam Syafie yang secara mafhumnya beliau berpandangan tidak makruh bersiwak walaupun pada waktu petang. Imam Nawawi mengkritik penyandaran ini kepada Imam Syafie. Imam Nawawi (676H) berkata: وهذا النقل غريب وإن كان قويا من حيث الدليل "Nukilan (perkataan yang disandarkan kepada Imam Syafie) ini adalah gharib, walaupun pandangan ini kuat dari sudut dalil" [Al-Nawawi, Abu Zakariyya Yahya bin Syaraf al-Nawawi (2005), Al-Majmu' Syarh Al-Muhazzab, Beirut: Dar al-Fikri, jil 2, hal 341] Dapat kita ketahui, menurut Imam Nawawi pandangan tidak makruh untuk bersiwak setelah masuk waktu Zuhur ini lebih kuat dari sudut dalil. 2. Apakah hujah yang digunakan oleh ulamak yang tidak memakruhkan bersiwak setelah waktu Zuhur? Antara dalil yang digunakan untuk mengharuskan bersiwak setelah waktu zohor adalah: Daripada Abdullah bin Amir bin Rabiah daripada ayahnya, dia berkata bahawa: عن عبد الله بن عامر بن ربيعة عن أبيه قال رأيت النبي صلى الله عليه وسلم ما لا أحصي يتسوك وهو صائم "Aku pernah melihat Rasulullah bersiwak sedangkan baginda dalam keadaan puasa hingga aku tidak dapat menghitung jumlahnya" [Hadith Riwayat Tirmizi, 725] Hadith ini dinilai sebagai Hasan oleh al-Tirmizi. Walau bagaimanapun terdapat kritikan pada sanad hadith ini kerana terdapat perawi yang bernama 'Asim bin 'Ubaidullah yang dikriitk oleh ulamak hadith berkaitan hafalannya. Terdapat dalil lain yang sahih dalam bab ini menerangkan tentang kelebihan bersiwak. Rasulullah bersabda: لَوْلَا أنْ أشُقَّ علَى أُمَّتي أوْ علَى النَّاسِ لَأَمَرْتُهُمْ بالسِّوَاكِ مع كُلِّ صَلَاةٍ "Sekiranya tidak memberatkan umatku, nescaya aku akan memerintahkan mereka untuk bersiwak sewaktu setiap kali ingin menunaikan solat" [Riwayat Bukhari 887] Berdasarkan dalil ini sebahagian fuqaha membenarkan bersiwak setelah zawal (setelah masuk waktu Zuhur) kerana hadis ini bersifat mutlak. Tidak ada hadith yang soreh berstatus sahih melarang secara mutlak untuk bersiwak setelah masuknya waktu Zuhur. 3. Imam Ibn Roslan menyebutkan dalam Matan al- Zubad yang merupakan salah satu matan dalam mazhab Syafie: أمّا استيك صائم بعد الزّوال فاختير لم يكره ويحرم الوصال "Adapun bersiwak bagi orang yang berpuasa setelah zawal (setelah masuk waktu Zuhur), Maka terdapat orang yang memilih pandangan yang tidak makruh. Adapun puasa wisol hukumnya adalah haram" Dalam matan di atas disebutkan terdapat pandangan yang tidak memakruhkan bersiwak setelah waktu Zuhur. Untuk mengetahui maksud teks di atas, kita perlu meneliti syarahnya. Salah satu syarah kepada Matan al-Zubad adalah Fath al-Rahman. Syarih (iaitu pensyarah kepada Matan al-Zubad) menyenaraikan antara ulamak mazhab Syafie yang memilih pandangan menyatakan tidak makruh. Antaranya adalah: - Al-Nawawi- Ibn Abd al-Salam - Abu Syamah [Syihabuddin Abu al-‘Abbas Ahmad bin Ahmad bin Hamzah al-Ramli (2009), Fath al-Rahman bi Syarh Zubad Ibn Roslan, Beirut: Dar al-Minhaj, hal 480] Kesimpulan: - Menurut pandangan mazhab Syafie, makruh bersiwak setelah zawal (apabila masuk waktu Zuhur) - Mazhab Hanafi dan Ikhtiarat (pandangan pilihan) ulamak mazhab Syafie seperti Imam Nawawi, tidak makruh bersiwak walaupun setelah waktu Zuhur. - Saya cenderung kepada mazhab Hanafi kerana bau mulut orang berpuasa datangnya dari perut bukannya mulut. Ia kekal ada walau setelah bersugi. Moga bermanfaat. Dr Rozaimi Ramle


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/04/dakwah-berus-gigi-dan-bersiwak-ketika.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Termakan Atau Minum Ketika Berpuasa Kerana Lupa

Termakan Atau Minum Ketika Berpuasa Kerana Lupa

papar berkaitan - pada 3/4/2022 - jumlah : 207 hits
TERMAKAN ATAU MINUM KETIKA BERPUASA KERANA LUPA Termakan atau minum ketika berpuasa kerana lupa Daripada Nabi SAW bersabda Jika seseorang lupa lalu dia makan dan minum maka hendaklah dia meneruskan puasanya kerana hal itu bererti Allah tela...
Boleh Ke Buat Swab Test Ketika Sedang Berpuasa

Boleh Ke Buat Swab Test Ketika Sedang Berpuasa

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 198 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Apabila tiba bulan Ramadan antara persoalan sering bermain di fikiran ialah mengenai ujian swab Ramai dalam kalangan kita masih tertanya tanya dan tidak tahu jawapan sebenar mengenai hukum melakukan ujian...
Hukum Menelan Air Liur Ketika Berpuasa

Hukum Menelan Air Liur Ketika Berpuasa

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 233 hits
AssalamualaikumBismillah Air liur adalah air yang berada di dalam mulut selama mana ia berada di dalamnya Adapun sekiranya ia dikeluarkan daripada mulut maka ia disebut sebagai Para fuqaha tidak terlalu membahaskan isu ini dengan begitu men...
Cuba Jangan Jilat Guna Pelembap Untuk Elakkan Bibir Kering Ketika Berpuasa

Cuba Jangan Jilat Guna Pelembap Untuk Elakkan Bibir Kering Ketika Berpuasa

papar berkaitan - pada 7/4/2022 - jumlah : 266 hits
Cuba Jangan Jilat Guna Pelembap Untuk Elakkan Bibir Kering Ketika Berpuasa SEWAKTU menjalani ibadah puasa tubuh badan kita akan berasa kering oleh kerana kekurangan air Kesannya akan mempengaruhi pada penampilan bibir yang kering dan pecah ...
Selamat Berpuasa Dibulan Ramadan 3 4 22

Selamat Berpuasa Dibulan Ramadan 3 4 22

papar berkaitan - pada 4/4/2022 - jumlah : 259 hits
Assalammualaikum setelah sekian lama saya tak menulis tiba2 rasa hendak menulis juga biar pun sudah agak lama kerana ada kerja lain yang hendak saya aturkan Dan menyiapkannya Topik hari ini ingin saya berkongsikan ilmu pengetahuan saya sedi...
Ketua Dpr Tidak Ada Alasan Pengusaha Tunda Atau Potong Thr Pekerja

Ketua Dpr Tidak Ada Alasan Pengusaha Tunda Atau Potong Thr Pekerja

papar berkaitan - pada 9/4/2022 - jumlah : 153 hits
Puan mengingatkan ada aturan sanksi bagi pengusaha yang tidak memberikan hak THR pekerjanya
Cara Hilangkan Kesan Parut Keloid Atau Parut Timbul

Cara Hilangkan Kesan Parut Keloid Atau Parut Timbul

papar berkaitan - pada 9/4/2022 - jumlah : 342 hits
AssalamulaikumBismillahApakah Itu Keloid Keloid adalah parut yang lebih besar dan lebih luas daripada kecederaan asal Apabila kulit tercedera tisu fibrous atau tisu parut terbentuk di atas luka untuk membaiki dan melindungi kawasan yang men...
1 Ramadan 1443 H Tahun Kedua Berpuasa Di Negeri Kedua Terkecil Di Malaysia

1 Ramadan 1443 H Tahun Kedua Berpuasa Di Negeri Kedua Terkecil Di Malaysia

papar berkaitan - pada 3/4/2022 - jumlah : 287 hits
Simpan gambar 1 Ramadan 1443 H untuk kenangan akan datang Sayang sekali kedudukan bulan tak kelihatan dari balkoni rumah saya pagi tadi Alhamdulillah saya dan kita semua diberi peluang oleh Allah untuk bertemu dengan Ramadan pada tahun ini ...
Diabetes Atau Kencing Manis Faktor Simpton Dan Rawatan Yang Perlu Anda Tahu

Diabetes Atau Kencing Manis Faktor Simpton Dan Rawatan Yang Perlu Anda Tahu

papar berkaitan - pada 8/4/2022 - jumlah : 206 hits
Diabetes atau kencing manis adalah penyakit kronik atau jangka panjang Penyakit ini dicirikan oleh peningkatan paras gula dalam darah sehingga melebihi nilai normal Kencing manis berlaku apabila badan penghidapnya tidak lagi mampu untuk men...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Morning View Kundasang

Jamrud Telat 3 Bulan Chord

Cara Masak Mee Calong Terengganu Sedap Dimakan Panas Panas

Langkawi Cruise Pilihan Pakej Cara Tempah

The Bamboo Flute En Ber Ttelse Om K Rlek F Rlust Och Musikens Makt Fr N 8 E Rhundradets Iran

Panas Express Di Lalaport