Hukum Membuat Binaan Dan Menulis Nama Pada Pu Sara Ceramah Ustaz Azhar Idrus Rileks Media
Sering kita lihat kubvr yang dihias cantik sehinggakan kita sendiri terpesona dengan ukiran dan hiasan yang terdapat pada kubvr tersebut. Namun, tahukah kita bahawa perkara tersebut dilarang sama sekali di dalam Islam sehinggakan ulama menghukumnya sebagai haram dan ada yang menghukumnya sebagai makruh mengikut keadaan-keadaan tertentu.
Apakah hukum membuat pagar pada kvbur?
Buat pagar kvbur adalah menjadi satu bida’ah. Hukum nya jatuh kepada haram jika membuat pagar pada tanah kubvr yang telah diwakafkan melainkan tanah kvbur tersebut ialah tanah milik sim4ti ataupun keluarganya.
Kebanyakan tanah kubvr ialah tanah wakaf. Maka apabila kita memagari kvbur maka ia dipanggil memagar tanah wakaf. Kerana ia akan mengambil ruang lebih. Sebagai contoh, penggali kubvr perlu menggali kvbur sebelah lebih jauh dari sepatutnya kerana bimbang pagar kubvr tersebut akan retak.
Berkata Al-Allama Imam Al-Baghawi rahimahullah: Dilarang (diharamkan) dari meletak payung di atas kvbur, kerana Umar r.a setelah melihat payung di atas kvbur maka beliau menyuruh agar dibuang payung tersebut dan berkata : “Biarkanlah amalnya yang memayungkannya.”
Al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah (beliau salah seorang dari kalangan ulama besarn as-Syafieyah) menjelaskan dalam kitabnya (المنهاج) bahawa Imam As-Syafie telah berfatwa : Dibenci mengapur, membaca dan menulis tulisan di atas kvbur, samada menulis namanya di atas batu di sebelah kepalanya atau di tempat-tempat yang lainnya. Larangan dari Rasulullah SAW : Dari Jabir r.a, dia berkata: “Rasulullah SAW telah melarang kvburan dikapur (disimen), dijadikan tempat duduk, dan juga didirikan bangunan diatasnya.” (Hadith Riwayat Imam Muslim).
Sesetengah ulama seperti Imam Asy-Syaukani membenarkan menulis tulisan pada nisan tetapi sekadar untuk mengenal identiti kvbur sahaja seperti nama dan bukannya ayat-ayat Al-Quran seperti yang ada pada batu nisan sekarang kerana ia termasuk larangan dalam hadith di atas.
Manakala hukum membina kvbur dengan menggunakan marmar dan seumpamanya adalah haram dan amat bercanggah dengan ajaran Rasulullah SAW, kerana di situ berlaku pembaziran harta apatah lagi harta anak-anak yatim yang ditinggalkan oleh si m4ti. Selain itu, wujud sikap bongkak dan riak dengan harta kekayaan yang ada dan perbuatan tersebut amat dimurkai oleh Allah. Firman Allah : “Janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu), sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang bermegah-megah. (seperti lagakmu itu). (Surah Al-Qasas :76).
Caption U-Tube
Ust Azhar Idrus- Kubvr : Pagar / Binaan / Cat / Belindang / Tulis Nama
VIDEO;
Komen netizen:
Terbaik. Semoga rahmat Allah tercurah kepada Ustaz Azhar Idrus
Sumber: u-tube Ustaz Azhar
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : islamikinfo
Source link
The post Hukum Membuat Binaan Dan Menulis Nama Pada Pu sara- Ceramah Ustaz Azhar Idrus – Rileks Media appeared first on Rilekslah.my.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.rilekslah.my/hukum-membuat-binaan-dan-menulis-nama-pada-pu-sara-ceramah-ustaz-azhar-idrus-rileks-media/