Hukum Membaca Basmalah Ketika Melakukan Perkara Yang Makruh



SOALAN:
Sahabat saya selalu baca “Bismillah” apabila melakukan sesuatu termasuk ketika buat perkara yang tidak mendatangkan faedah. Jadi soalan saya, apakah hukum membaca “Bismillah” ketika melakukan perkara yang sia-sia seperti bermain alat muzik, game dan lain-lain. Terima kasih.

JAWAPAN:

Takrif Basmalah

Basmalah dari sudut Bahasa dan istilah adalah kalimah (بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ) ia juga disebut sebagai “basmal” atau “basmalah”. (Lihat: al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 8/83)

Imam al-Qurtubi di dalam tafsirnya menyebut, sesetengah daripada ulama' menyatakan sesungguhnya kalimah basmalah dimasukkan bagi setiap perbuatan yang disyariatkan... Dari segi makna kalimah basmalah di mulakan untuk mengharap taufiq dan keberkatan daripada Allah SWT. Allah SWT mengajar hamba-Nya untuk beribadah kepada-Nya dengan menyebut nama Allah SWT ketika hendak melakukan bacaan al-Quran dan selainnya. (Lihat: Tafsir al-Qurtubi, 1/ 91-98)

Selain itu, Baginda Nabi SAW memerintahkan umatnya supaya dalam melakukan setiap perkara hendaklah dimulai dengan membaca Basmalah. Ini seperti Sabda Nabi SAW:

كلُّ أمرٍ ذي بالٍ لا يُبدَأُ فيهِ ببسمِ اللهِ الرحمنِ الرحيم فهو أقْطَعُ
“Setiap perkara yang tidak dimulai dengan memuji Allah, maka amalan tersebut akan terputus.” [Riwayat Ibnu Majah (1894)]

Imam Nawawi menyebut di dalam kitabnya, perkara yang penting di dalam hadith di atas maksud terputus di dalam hadith di atas adalah kurangnya keberkatan dalam melakukan sesuatu perbuatan. Para ulama' menyatakan disunatkan memulakan setiap penulisan, pembelajaran, pengajaran, khutbah, percakapan dan perkara-perkara yang lain yang dilihat penting dengan memuji Allah SWT. (Lihat: al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 1/73)

Hukum Membaca Basmalah

Berbalik kepada persoalan yang diajukan, maka kami datangkan pendapat para fuqaha' berkenaan dengan hukum membaca basmalah di dalam setiap amalan termasuk dalam melakukan perkara yang diharuskan dan dimakruhkan atau perkara yang tidak disyariatkan.

Dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah menyatakan para fuqaha’ bersepakat bahawa disyariatkan menyebut lafaz basmalah bagi setiap amalan yang dilakukannya walaupun dengan menutup pintu rumah. (Lihat: al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 8/92).

Ini seperti hadith yang diriwayatkan oleh Jabir RA. Sabda Nabi SAW:

وَأَغْلِقْ بَابَكَ، وَاذْكُرِ اسْمَ اللَّه
“Tutuplah pintu rumah kamu (pada waktu malam) dan sebutlah nama Allah.” [Riwayat al-Bukhari (3280)]

Syeikh Abu Bakar al-Dimyati menyebut di dalam kitabnya, bahawa lafaz basmalah dituntut untuk membacanya pada setiap perkara yang berlandaskan syariat, ini termasuk dilarang melakukannya dalam perkara yang diharamkan, dimakruhkan atau perkara remeh-temeh (tiada nilai di sisi syarak). (Lihat: I’anah al-Tolibin, 1/9)

Begitu juga yang dijelaskan oleh Imam al-Suyuti di dalam hasyiahnya, dinukilkan pandangan Izz al-Din ibnu abd al-Salam menyatakan, amal perpuatan seseorang hamba itu terbahagi kepada tiga iaitu, apa yang disunatkan, tidak disunatkan dan dimakruhkan menyebut basmalah. Imam Suyuti menyatakan lagi, dalam perkara yang diharamkan, maka haram memulakan dengan lafaz basmalah, kerana tujuan membaca basmalah adalah kerana mengambil keberkatan dalam melakukan sesuatu perkara. Dan perkara yang haram merupakan perkara yang tiada keberkatan daripadanya. Begitu juga dengan perkara yang dimakruhkan, maka makruh membaca basmalah ketika melakukannya. (Lihat: Hasyiah al-Suyuti ala Sunan al-Nasai, 1/61)

Kesimpulan

Berdasarkan kepada persoalan dan nas ulama' yang diberikan, dapat kami simpulkan bahawa makruh hukum menyebut nama Allah SWT atau lafaz basmalah ketika melakukan sesuatu perkara yang lagha atau perkara yang sia-sia seperti bermain alat muzik dan lain-lain.

Ini kerana lafaz basmalah itu sendiri merupakan lafaz yang memberi keberkatan dalam melakukan sesuatu perkara yang disyariatkan. Justeru, kami berpendapat meninggalkannya adalah lebih baik.

Semoga Allah SWT memberikan kita kefahaman yang sahih dalam memahami syariat-Nya serta taufiq dan hidayah untuk melaksanakan ibadah ikhlas semata-mata kerana-Nya. Amin.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/03/hukum-membaca-basmalah-ketika-melakukan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Laksana Solat Sunat Di Tanah Haram Ketika Waktu Diharamkan Solat

Hukum Laksana Solat Sunat Di Tanah Haram Ketika Waktu Diharamkan Solat

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 431 hits
SOALAN Seperti yang saya ketahui sebelum ini apabila seseorang membuat umrah di Makkah dibolehkan untuk dia melakukan solat sunat pada bila bila masa termasuk ketika waktu yang diharamkan solat Adakah benar perkara ini Kalau benar adakah so...
Hukum Berjabat Tangan Ketika Masuk Ke Majelis

Hukum Berjabat Tangan Ketika Masuk Ke Majelis

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 291 hits
Pertanyaan Apakah berjabat tangan ketika masuk kepada orang orang yang duduk di majelis ada dalilnya dari Kitabullah dan Sunnah atau fi il perbuatan Rasulullah shalallahu alaihi wasallam semoga Allah membalas Anda dengan kebaikan Jawaban ol...
Dpr Nilai Penegakan Hukum Terkendala Jika Polsek Tak Lagi Melakukan Penyelidikan

Dpr Nilai Penegakan Hukum Terkendala Jika Polsek Tak Lagi Melakukan Penyelidikan

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 205 hits
Sahroni tak sepakat dengan usulan Mahfud MD tersebut Sebab menurut dia Polsek tidak hanya menangani kasus kecil melainkan semua perkara
Hukum Khatib Memegang Tongkat Ketika Khutbah

Hukum Khatib Memegang Tongkat Ketika Khutbah

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 641 hits
SOALAN Saya ingin bertanya apakah hukum seorang khatib itu memegang tongkat semasa khutbah Jumaat Ini kerana di sebahagian tempat saya tengok ada khatib yang tidak memegang tongkat Mohon pencerahan JAWAPAN Khatib dari sudut bahasa membawa m...
Gunung Jerai Akan Keluar Api Sekiranya Manusia Melakukan Perkara Yang Di Larang Oleh Allah Swt

Gunung Jerai Akan Keluar Api Sekiranya Manusia Melakukan Perkara Yang Di Larang Oleh Allah Swt

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 307 hits
Tragedi letusan Gunung berapi mengingatkan kepada kita semua tentang bala kemusnahan yang telah di berikan kepada manusia yang tidak sedarkan diri dan ditimpakan ke atas kaum kaum yang melampaui batas Saksikan video dokumentari kemusnahan K...
Mengangkat Takbir Ketika Rukuk Dan I Tidal Adakah Diwajibkan

Mengangkat Takbir Ketika Rukuk Dan I Tidal Adakah Diwajibkan

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 370 hits
SOALAN Saya melihat pelbagai cara masyarakat kita mendirikan solat Contohnya ketika hendak rukuk ada yang mengangkat untuk takbir dan ada yang tidak melakukannya Begitu juga ketika i tidal Kadang kadang ada yang mengangkat tangan pada satu ...
Bilal Cedera Ditikam Ketika Solat Dalam Masjid Di London

Bilal Cedera Ditikam Ketika Solat Dalam Masjid Di London

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 323 hits
Sumber gambar dari Mirror UKSelepas peristiwa serangan berdarah ketika solat Jumaat di dua buah masjid di Christchurch yang mengorbankan 49 nyawa kini kita dikejutkan dengan serangan seorang individu keatas seorang bilal ketika sedang berse...
Graduan Ini Jelaskan Bagaimana Kerja Part Time Ketika Belajar Boleh Membantu Mahasiswa

Graduan Ini Jelaskan Bagaimana Kerja Part Time Ketika Belajar Boleh Membantu Mahasiswa

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 320 hits
Mencari kerja sambilan atau part time selepas menamatkan persekolahan adalah perkara yang sangat popular dalam kalangan remaja di negara kita Boleh dikatakan hampir setiap orang akan teruja untuk mencari kerja kerja part time ini di kedai k...
Konsumsi Buah Buahan Bisa Menurunkan Risiko Masalah Yang Muncul Ketika Menopause

Konsumsi Buah Buahan Bisa Menurunkan Risiko Masalah Yang Muncul Ketika Menopause

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 282 hits
Sebuah penelitian mengungkap bahwa konsumsi makanan sehat terutama buah bisa menurunkan sejumlah gejala menopause Dilansir dari Medical Xpress hasil temuan ini telah dipublikasikan pada jurnal Menopause milik The North American Menopause So...
Saka Bapak Kau

Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Natural Gas Fuel Not A Hazard

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Takwim Persekolahan Sesi 2025 2026

Buat Sendiri Roti Arab Lembut Gebu Sekali Hadap Boleh Habis 3 Keping

Sihir Ep1

Biodata Hael Husaini 2 Kali Juara Ajl Dan Perjalanan Dalam Industri Seni

Senarai Alat Muzik Tradisional Di Malaysia

Kuntilanak En F Rbannad Kvinnas Sj Ls V Ndning I Det M Rka Skogens Djup