Hukum Memakaikan Loceng Pada Haiwan Ternakan



SOALAN:
Saya seorang penternak lembu, untuk mengelakkan daripada lembu itu hilang saya letakkan pada lehernya loceng. Ada orang kata tak boleh pakaikan loceng pada haiwan. Benarkah? Minta tolong jelaskan.

JAWAPAN:
Berdasarkan persoalan yang diajukan, kami datangkan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Bashir al-Ansari berkata:

كانَ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فِي بَعْضِ أَسْفَارِهِ ـ قَالَ عَبْدُ اللَّهِ حَسِبْتُ أَنَّهُ قَالَ ـ وَالنَّاسُ فِي مَبِيتِهِمْ، فَأَرْسَلَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم رَسُولاً أَنْ لاَ يَبْقَيَنَّ فِي رَقَبَةِ بَعِيرٍ قِلاَدَةٌ مِنْ وَتَرٍ أَوْ قِلاَدَةٌ إِلاَّ قُطِعَتْ‏.
“Ketika bersama Rasulullah SAW pada sebahagian permusafirannya, Abdullah berkata: Aku merasakan Abu Bashir pernah menyebut: Ketika orang ramai berada di dalam tempat tidur mereka, lalu Rasulullah SAW mengahantar seseorang wakil untuk memastikan tidak ada sesuatu rantai daripada tali atau sesuatu yang dikalung pada tengkuk unta melainkan ianya dipotong.” [Riwayat al-Bukhari (3005)]

Imam Bukhari meletakkan hadith ini di bawah tajuk “Bab yang menceritakan perihal loceng dan selainnya di tengkuk unta”. Imam Ibnu Hajar menyebut di dalam syarahnya bahawa makruh meletakkan rantai pada unta kerana terdapat pengkhususan dalil padanya. Selain itu, Imam Ibnu Hajar menukilkan pandangan Abi Ubaidah bahawa secara tepatnya larangan itu kerana boleh menyebabkan binatang itu sakit dan boleh menyebabkan ianya tercekik. Begitu juga al-Khattabi menyatakan mereka meletakkan pada leher binatang itu loceng dan disebabkan itu Imam Bukhari meletakkan hadith ini dibawah tajuk berkenaan dengan loceng. (Lihat: Fathu al-Bari li Ibnu Hajar, 6/142)

Imam Badruddin al-A’ini di dalam syarahnya menyatakan menurut Imam Bukhari loceng kebiasaannya diikat dengan rantai, maka apabila dilarang memakaikan rantai pada leher unta maka ia termasuk larangan dalam pemakaian loceng pada binatang. (Lihat: Umdah al-Qari Syarh Sahih al-Bukhari, 14/252)

Dalam hadith yang lain berkenaan dengan larangan memakaikan loceng kerana Malaikat tidak bersama dengannya, ini seperti yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A sabda Nabi SAW:

لاَ تَصْحَبُ الْمَلاَئِكَةُ رُفْقَةً فِيهَا كَلْبٌ وَلاَ جَرَسٌ
“Malaikat tidak bersama sesuatu kumpulan yang terdapat di dalamnya anjing dan loceng.” [Riwayat Muslim (2113)]

Imam Badruddin al-A’ini menukilkan pandangan Imam Nawawi dan selainnya menyatakan bahawa jumhur ulama' berpendapat makruh tanzih, sebahagian yang lain menyebut makruh tahrim. Selain itu, menurut sebahagian pendapat, dilarang memakaikan loceng pada haiwan sekiranya tidak ada keperluan dan hajat, dan diharuskannya sekiranya ada keperluan dan hajat. (Lihat: Umdah al-Qari syarh Sohih al-Bukhari, 14/253; Syarh al-Nawawi ala Muslim, 14/95)

Selain itu, Imam Muslim menukil pandangan Abu Ubaidah di dalam syarahnya menyebut mereka memakaikan rantai pada unta supaya terlindung daripada penyakit al-Ain dan disebabkan itu Nabi SAW memerintahkan supaya dipotong rantai itu. (Lihat: Syarah al-Nawawi ala Muslim, 14/96)

Kesimpulan

Berdasarkan kepada persoalan dan dalil yang diberikan, dapat kami simpulkan bahawa makruh memakaikan loceng pada haiwan ternakan sekiranya tidak ada keperluan dan diharuskan sekiranya ada keperluan seperti takut dicuri atau sebagainya.

Namun, haram memakaikan loceng pada haiwan sekiranya beranggapan dengan itu tidak terjadi sesuatu yang buruk atau sebagai pelindung daripada penyakit atau bala kepada haiwan tersebut. Ini kerana perbuatan itu adalah bercanggah dengan akidah yang diajar oleh Baginda Nabi SAW.

Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang sahih terhadap agama-Nya serta taufiq dan hidayah untuk mengamalkan syariat-Nya dengan sebaiknya.

Oleh: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/03/hukum-memakaikan-loceng-pada-haiwan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Jatuhkan Kerajaan Yang Sah

Hukum Jatuhkan Kerajaan Yang Sah

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 395 hits
Hari ini kalau tanya lebai apa hukumnya menjatuhkan kerajaan yg sah dipilih oleh rakyat selagi kerajaan itu tidak menentang syiar Islam Lebai akan jawab halal ke haram Lebai kata bukan mereka yg jatuhkan kerajaan tetapi pihak lain Lebai cum...
Hukum Tutup Pintu Tandas Menurut Islam

Hukum Tutup Pintu Tandas Menurut Islam

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 927 hits
Zaman sekarang kebanyakkan rumah mempunyai tandas di dalam rumah Jadi kita perlu ketahui apakah hukum tutup pintu tandas menurut Islam dimana tandas adalah tempat yang sinonim dengan kotor dan dihuni oleh syaitan dan jin
Hukum Meminjam Wang Simpanan Tabung Haji Anak Untuk Dilaburkan Di Asb

Hukum Meminjam Wang Simpanan Tabung Haji Anak Untuk Dilaburkan Di Asb

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 271 hits
SOALAN Saya ingin bertanya hukum ibu meminjam wang simpanan Tabung Haji anak untuk disimpan di Amanah Saham Setelah mendapat dividen ibu mengeluarkan semula nilai sama yang dipinjam daripada anak dan menggunakan nilai dividen yang diperoleh...
Hukum Khatib Memegang Tongkat Ketika Khutbah

Hukum Khatib Memegang Tongkat Ketika Khutbah

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 638 hits
SOALAN Saya ingin bertanya apakah hukum seorang khatib itu memegang tongkat semasa khutbah Jumaat Ini kerana di sebahagian tempat saya tengok ada khatib yang tidak memegang tongkat Mohon pencerahan JAWAPAN Khatib dari sudut bahasa membawa m...
Hukum Meminta Semula Hadiah Yang Diberikan

Hukum Meminta Semula Hadiah Yang Diberikan

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 231 hits
SOALAN Individu A memberikan hadiah kepada individu B Kemudian setelah 2 bulan individu A meminta semula hadiah yang diberikannya kepada individu B Adakah boleh perbuatan itu Apakah hukumnya Mohon pencerahan JAWAPAN Kami mulakan kalam ini d...
Pks Pertanyakan Jokowi Dasar Hukum Badan Otorita Ibu Kota Baru

Pks Pertanyakan Jokowi Dasar Hukum Badan Otorita Ibu Kota Baru

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 209 hits
Anggota Komisi II DPR RI Mardani Ali Sera mengkritik pembentukan Badan Otoritas Ibu Kota Negara oleh Presiden Jokowi ketika yang disampaikan pada Senin di Kompleks Istana Negara lalu
Hukum Orang Berjunub Tidur Sebelum Mandi Wajib

Hukum Orang Berjunub Tidur Sebelum Mandi Wajib

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 258 hits
SOALAN Jika seseorang lelaki berada dalam keadaan berjunub adakah boleh untuk dia tidur dalam keadaan tersebut Atau dia perlu untuk mandi wajib terlebih dahulu JAWAPAN Menjawab berkenaan dengan isu ini seseorang itu dianggap berjunub apabil...
Bila Hati Dipalu Khianat Cara Tidak Menghalalkan Hukum 9852

Bila Hati Dipalu Khianat Cara Tidak Menghalalkan Hukum 9852

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 341 hits
Fail lama SPRM halang bekas BN sokong Anwar Oleh Media March 05 2020Banyak pertanyaan berlegar legar dalam fikiran rakyat mengapakah Presiden PKR Anwar Ibrahim tidak berjaya mencari rakan kongsi politik pada Rabu 26 Februari lalu selepas Pa...
Interest Wells Fargo Savings

Wanita Bersalin Dekat Kaunter Tiket Lapangan Terbang

Full Aircond Ruang Tamu Dan Bilik

Pantyhose Secret Wars Part One

Maksud B60 Dan Perbezaannya Dengan B40

50 Unique Tattoo Name Ideas To Honor Loved Ones

Showcase Misha Omar

Pac To Hold Inquiry Into Bayan Baru Sewage Treatment Plant Delay


echo '';
Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama

Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad


Makanan Sehat Penurun Gula Darah Untuk Diabetes

Ini Halatuju Baru Trump Niat Jahat Busuk Ganas Terbongkar

Aishah Disebut Jangan Dikenang Jangan Chord

Rahsia Hidup Bahagia Syukur Sabar Dan Ikhlas

Siapa Yang Tiada Pasif Income Dikira Jauh Ketinggalan

Beri Ipcc Lebih Kuasa Tangani Kes Komersial Babit Polis Kata Ngo