Hukum Melihat Mushaf Al Quran Ketika Solat



Soalan:
Apakah hukum melihat mushaf al-Quran ketika solat fardhu dan solat sunat? Jika dibolehkan, adakah dibolehkan untuk kedua-dua imam dan makmum?

Jawapan:
Solat merupakan merupakan salah satu daripada amal ibadat yang paling utama dalam kehidupan seharian umat Islam. Kita disyariatkan untuk membaca ayat-ayat al-Quran di dalamnya. Ini adalah sebagaimana firman Allah SWT:

فَاقْرَءُوا مَا تَيَسَّرَ مِنْهُ وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ
“Maka bacalah apa-apa yang kamu mampu untuk membacanya (daripada al-Quran) dan laksanakanlah solat.” [Surah al-Muzammil: 20]

Hukum Imam Melihat Mushaf al-Quran di Dalam Solat

Ulama’ berbeza pandangan mengenai hukum seorang imam melihat mushaf al-Quran di dalam solat kepada beberapa pendapat, antaranya:

Pendapat pertama: Seorang imam yang melihat mushaf al-Quran di dalam solat, maka batal solatnya, sama ada dalam solat fardhu mahupun solat sunat. Ini adalah pendapat dalam mazhab Imam Abu Hanifah Rahimahullah. [Rujuk al-Mabsut (1/201-202), Bada’i al-Sana’i fi Tartib al-Syara’i (1/236)]

Hujah bagi pendapat pertama:

1. Memegang al-Quran, membelek helaian mushaf, melihat kepadanya dan memikirkannya untuk memahami isi kandungannya merupakan perbuatan yang banyak dan ini boleh merosakkan solat.

2. Kerana satu ibadah (melihat mushaf) disandarkn kepada ibadah lain (solat).
Qias orang yang melihat mushaf al-Qur’an ke atas orang yang mempelajarinya daripada mushaf.
3. Keadaan ini adalah seperti mempelajarinya daripada seorang guru di dalam solat. Perbuatan ini membatalkan solat.

Pendapat kedua: Hukumnya adalah harus melihat dan membaca al-Qur’an daripada mushaf dalam solat fardhu mahupun solat sunat, bahkan diwajibkan untuk melihat mushaf jika tidak menghafaz surah al-Fatihah. Ini adalah pendapat dalam mazhab Imam asy-Syafi’e dan Imam Ahmad Rahimahallah. [Rujuk al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab (4/95), Raudhah at-Tolibin wa ‘Umdat al-Muftin (1/294), al-Mughni (1/411), Hasyiyah ar-Raudh al-Murbi’ (2/110)]

Dalil bagi pendapat kedua:

1. Aisyah RA pernah menjadi makmum kepada hambanya yang telah dimerdekakan, Zakwan dalam keadaan dia membaca al-Quran di dalam solat dengan melihat mushaf.

Imam al-Bukhari meriwayatkannya secara mu’allaq di awal bab (إمامة العبد والمولى) dalam sahih al-Bukhari (1/140). Imam an-Nawawi menilai sanadnya adalah sahih. [Rujuk al-Khulasoh (1/500), Ibn Abi Syaibah dan al-Baihaqi juga meriwayatkan perkara seumpama ini dalam Musannaf ibn Abi Syaibah (2/123) dan Sunan al-Kubra (2/253)]

Al-Hafiz ibn Hajar Rahimahullah telah berkata: “Hadith ini menjadi dalil bahawa harus bagi orang yang sedang mengerjakan solat untuk membaca al-Quran dengan melihat kepada mushaf.” [Rujuk Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari (2/185)]

Peristiwa ini menjadi dalil yang jelas bahawa Zakwan solat dengan melihat mushaf dan Aisyah RA tidak mengingkari perkara tersebut. Jika perkara tersebut tidak diharuskan, nescaya Aisyah RA akan melarangnya berbuat demikian.

2. Imam az-Zuhri Rahimahullah pernah ditanya mengenai lelaki yang membaca al-Quran dengan melihat mushaf di dalam solat, lalu beliau menjawab: “Mereka yang terpilih dan terbaik dari kalangan kami membaca al-Quran dengan melihat mushaf ketika dalam solat di bulan Ramadhan.” [Rujuk Mathalib Uli an-Nuha Syarh Ghayat al-Muntaha (1/484)]

3. Nabi SAW telah memegang cucu Baginda, Umamah RA ketika Baginda sedang solat sepertimana yang diriwayatkan dalam Sahih al-Bukhari (516) dan Sahih Muslim (543). Jika tiada halangan untuk Rasulullah SAW memegang Umamah RA ketika solat, begitu juga halnya tiada halangan untuk seseorang itu memegang mushaf dan membacanya ketika solat. Ia juga mampu membantu untuk memanjangkan lagi tempoh berdiri dalam solat dan menambah kekhusyukan sepertimana firman Allah: {قُومُواْ لِلّهِ قَانِتِينَ}

Pendapat Ketiga: Hukumnya adalah makruh jika melihat mushaf al-Quran dalam solat fardhu, adapun melihatnya dalam solat sunat, maka hukumnya adalah harus. Ini adalah pendapat dalam mazhab Imam Malik Rahimahullah. [Rujuk al-Dzakhirah (2/408), al-Jami li Masail al-Mudawwanah (3/1190)]


Dalil bagi pendapat yang ketiga:

1. Hadith Aisyah RA yang menjadi makmum kepada Zakwan seperti mana dalil pertama dalam pendapat yang kedua.

Hadith ini menunjukkan bahawa Zakwan menjadi imam dan membaca al-Quran dengan melihat mushaf. Aisyah RA mengikutinya sebagai makmum dan tidak mengingkarinya. Walaubagaimanapun, hukumnya menjadi makruh untuk berbuat demikian kerana dibimbangi orang ramai akan meninggalkan usaha untuk menghafaz al-Quran, dan mereka semua hanya cenderung untuk membaca al-Quran daripada mushaf, bukan menghafaznya.

2. Melihat kepada mushaf merupakan satu ibadah, membaca al-Quran juga merupakan satu ibadah, menggabungkan satu ibadah kepada ibadah yang lain tidak sampai menjadikan ibadah tersebut rosak, tetapi menjadikan hukumnya makruh.

3. Menyerupai ahli kitab yang membaca teks kitab mereka ketika beribadah.

Hukum Makmum Melihat Mushaf al-Quran di Dalam Solat

Berkenaan dengan keadaan makmum, marilah kita melihat tafsiran ulama’ berkenaan firman Allah SWT:

وَإِذَا قُرِئَ الْقُرْآنُ فَاسْتَمِعُوا لَهُ وَأَنْصِتُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
“Dan apabila al-Quran dibacakan, maka dengarlah bacaan al-Quran tersebut serta diamlah supaya kamu memperolehi rahmat.” [Surah al-A’raaf: 204]

Imam ibn Kathir Rahimahullah menafsirkan ayat ini dengan berkata: “Allah SWT telah memerintahkan untuk diam ketika ayat al-Quran dibaca sebagai satu penghormatan kepada al-Quran, tidak seperti apa yang dilakukan oleh Musyrikin Quraisy sepertimana dalam firman-Nya dalam surah al-Fussilat ayat ke-26. Perkara ini lebih ditekankan jika imam membacanya dalam solat fardhu sepertimana hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitab sahihnya:

إِنَّمَا جُعِلَ الْإِمَامُ لِيُؤْتَمَّ بِهِ، فَإِذَا كَبَّرَ فَكَبِّرُوا، وَإِذَا قَرَأَ فَأَنْصِتُوا
“Sesungguhnya imam dijadikan untuk diikuti, apabila imam mengangkat takbir, maka hendaklah makmum mengikutnya mengangkat takbir, dan jika imam membaca ayat al-Quran, maka hendaklah makmum diam.” [Riwayat Muslim (404)]

[Lihat Tafsir al-Qur’an al-‘Azim (3/536)]

Imam ibn Jarir at-Tobari Rahimahullah telah berkata: “Ahli tafsir berbeza pandangan mengenai keadaan yang diperintahkan oleh Allah untuk diam dan mendengar bacaan al-Quran yang dibaca; sebahagian mereka berpendapat perintah tersebut adalah ketika makmum mendengar bacaan imam di dalam solat dan ayat tersebut diturunkan kerana itu.” [Rujuk Jami’ al-Bayan fi Ta’wil al-Quran (13/345)]

Para Sahabat pernah menunaikan solat Subuh di belakang Rasulullah SAW yang mana Rasulullah SAW membaca ayat al-Quran di dalam solat tersebut dengan bacaan yang panjang dan para Sahabat mengikut bacaan Baginda, lalu Nabi SAW bersabda:

لا تَفعَلوا إلَّا بفاتحةِ الكتابِ؛ فإنَّه لا صلاةَ لمَن لم يَقرَأْ بها
“Janganlah kamu berbuat demikian kecuali membaca surah al-Fatihah. Sesungguhnya tiada solat bagi sesiapa yang tidak membaca (surah al-Fatihah) di dalamnya (solat).” [Riwayat Abu Daud (823)]

Sheikh Syu’aib ar-Arnouth Rahimahullah menilai hadith ini sebagai sahih lighairihi. Hadith ini mempunyai syahid daripada hadith yang diriwiyatkan oleh seorang Sahabat yang tidak dinamakan dan telah dikeluarkan oleh Imam Ahmad (18070), sanad hadith ini adalah sahih. [Rujuk Takhrij Sunan Abi Daud (2/116)]

Sheikh Abdul Karim al-Khudair Hafizahullah telah berkata: “Adapun sesiapa yang memegang al-Quran di dalam solat Terawih bagi mengikuti bacaan imam, ia bertentangan dengan kewajipan makmum untuk diam dan mendengar dengan tekun bacaan imam serta tidak disibukkan dengan perkara lain, maka perkara ini tidak sepatutnya dilakukan oleh makmum. Adapun imam yang tidak menghafaz al-Quran dan melihat mushaf, maka dibolehkan kepadanya, insyaAllah.” [Rujuk Fatawa Nur ‘ala ad-Darb (halaqah yang kelima, no. fatwa: 3712)]

Kesimpulan

Kami berpandangan harus untuk membaca al-Quran dengan melihat mushaf bagi imam dan mereka yang solat bersendirian, sama ada dalam solat fardhu mahupun solat sunat jika dengan melihat mushaf tersebut mampu untuk memanjangkan tempoh berdiri di dalam solat dan membantu menambahkan kekusyukan di dalam solat. Namun begitu, kami berpendapat bahawa yang terbaik adalah membaca ayat-ayat al-Quran tanpa melihat mushaf di dalam solat jika tiada keperluan yang mendesak untuk berbuat demikian.

Kami ingin menukilkan apa yang telah dinyatakan oleh Imam al-Khatib al-Syarbini Rahimahullah: “Namun begitu, membaca ayat al-Quran dengan melihat mushaf dan juga membelek kertas mushaf ketika sedang menunaikan solat adalah harus dengan syarat ia dilakukan dengan tidak berturut-turut sebanyak tiga kali dan ianya dilakukan kerana mempunyai keperluan. Jika ia dilakukan dengan sengaja tanpa ada keperluan, maka hukumnya adalah makruh.” [Rujuk Mughni al-Muhtaj Ila Ma’rifah Ma’ani Alfaz al-Minhaj (1/419)]

Kami juga berpandangan bahawa adalah lebih baik bagi makmum untuk tidak melihat mushaf ketika mengikuti imam. Ini kerana perbuatan memegang mushaf atau yang seumpama dengannya seperti melihat telefon bimbit dan selainnya akan menyebabkan makmum tersebut terlepas untuk melakukan beberapa perkara sunat dalam solat yang lebih utama untuk dibuat ketika itu seperti menumpukan pandangan ke tempat sujud, mendekap tangan ketika berdiri, dan boleh menyebabkan pergerakan yang banyak dalam solat tanpa keperluan yang mendesak.

Semoga sedikit penjelasan ini dapat membantu dan menjawab persoalan yang sering berlegar di kalangan masyarakat terutamanya di bulan Ramadhan. Semoga Allah SWT memberikan kita kebaikan dan kefahaman yang sahih dalam memahami syariat-Nya seterusnya memberikan kekuatan kepada kita untuk mengamalkannya. Amiin.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/05/hukum-melihat-mushaf-al-quran-ketika.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rebah Di Rakaat Kedua Warga Emas Dijemput Ilahi Ketika Solat Isyak

Rebah Di Rakaat Kedua Warga Emas Dijemput Ilahi Ketika Solat Isyak

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 380 hits
SEORANG jemaah yang juga tukang masak Masjid Nurul Hidayah Sungai Bemban Trong Taiping meninggal dunia pada rakaat kedua solat Isyak di masjid berkenaan malam tadi Dalam kejadian jam 8 45 malam itu Shaharudin Nordin 65 meninggal dunia akiba...
Video Sejuk Perut Ibu Mengandung Bacaan Al Quran Sempurna Remaja 13 Tahun Dah Jadi Imam Solat Terawih Di Masjid

Video Sejuk Perut Ibu Mengandung Bacaan Al Quran Sempurna Remaja 13 Tahun Dah Jadi Imam Solat Terawih Di Masjid

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 595 hits
VIDEO Sejuk Perut Ibu Mengandung Bacaan al Quran sempurna remaja 13 tahun dah jadi imam solat Terawih di masjid Sudah masuk 4 Ramadan umat Islam berpuasa dan pastinya solat sunat Terawih menjadi amalan selama sebulan ini Kebiasaannya umat I...
Hukum Suntik Insulin Bagi Pesakit Diabetes Kronik Ketika Berpuasa

Hukum Suntik Insulin Bagi Pesakit Diabetes Kronik Ketika Berpuasa

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 317 hits
Hukum Suntik Insulin Bagi Pesakit Diabetes Kronik Ketika Berpuasa Assalamualaikum ustaz Apakah hukum suntik insulin bagi pesakit diabetes kronik pada siang hari di bulan Ramadhan Jawapan Alhamdulillah pujian dan syukur kepada Ilahi dengan p...
Hukum Baca Al Quran Tanpa Wuduk

Hukum Baca Al Quran Tanpa Wuduk

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 815 hits
Hukum Baca al Quran Tanpa Wuduk Bulan Ramadhan ni orang nak berebut buat pahala Antar amalan yang mendatangkan banyak pahala di bulan Ramadan ialah baca al Quran Tapi seperti yang kita tau al Quran sekarang dah seiring dengan kecanggihan te...
Ragu Tentang Hukum Hakam Ketika Berpuasa Meh Baca Perkongsian Ni

Ragu Tentang Hukum Hakam Ketika Berpuasa Meh Baca Perkongsian Ni

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 711 hits
Insyaallah sekiranya diberi berkesempatan bertemu Ramadhan berpuasalah kita ya Puasa isyaallah semua tahu selepas niat tahanlah diri kita dari perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar sehingga terbenam matahari Dengan berpuasa Allah...
Rebah Ketika Mahu Solat Subuh Abu Hassan Din Meninggal Dunia

Rebah Ketika Mahu Solat Subuh Abu Hassan Din Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 1047 hits
Pendakwah terkenal Datuk Seri Abu Hasan Din Al Hafiz meninggal dunia selepas dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur pagi ini Perkara ini disahkan pendakwah ustaz Nabil Ahmad menerusi akaun rasmi Facebook miliknya sebentar tadi Dato
Video Apa Hukum Bacaan Selawat Masa Solat Terawih Selalu Sangat Orang Tanya Soalan Ni

Video Apa Hukum Bacaan Selawat Masa Solat Terawih Selalu Sangat Orang Tanya Soalan Ni

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 679 hits
Apa hukum bacaan selawat dalam solat sunat terawih lebih lebih jika dilakukan secara berjemaah Rasulullah pernah buat ke kadang kadang bacaan selawat yang panjang ada yang main tolak tolak nak jadi bilal nak jadi imam lagi la takut sebab ke...
Terlupa Berwudhu Ketika Menunaikan Solat

Terlupa Berwudhu Ketika Menunaikan Solat

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 258 hits
Soalan Saya pernah melakukan solat tetapi saya terlupa untuk mengambil wudhu Saya menyedari bahawa saya tidak berwudhu selepas melakukan solat Adakah solat saya sah atau tidak Jika saya menyedari ketika sedang mendirikan solat adakah saya p...
Tak Nak Lupa 30 Juzuk Al Quran Pelajar Perubatan Jadi Imam Solat Terawih

Tak Nak Lupa 30 Juzuk Al Quran Pelajar Perubatan Jadi Imam Solat Terawih

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 786 hits
Tak nak lupa 30 juzuk al Quran pelajar perubatan jadi Imam solat Terawih Solat sunat Terawih merupakan amalan yang sering ditunggu untuk dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan Kebiasaannya solat Terawih dilaksanakan secara bersama di masjid b...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023