Tak Nak Lupa 30 Juzuk Al Quran Pelajar Perubatan Jadi Imam Solat Terawih
Tak nak lupa 30 juzuk al-Quran, pelajar perubatan jadi Imam solat Terawih. Solat sunat Terawih merupakan amalan yang sering ditunggu untuk dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan. Kebiasaannya, solat Terawih dilaksanakan secara bersama di masjid bagi memperoleh keberkatan solat berjemaah.
Menjadi kelaziman di beberapa buah masjid yang memanggil imam-imam yang terdiri daripada pelajar tahfiz untuk mengimamkan solat tersebut.
Malam imam siang pelajar
Bagi Masjid Raja Haji Fi Sabilillah Cyberjaya dan beberapa majid di sekitar Lembah Klang, pihak pengurusan telah memanggil Muhammad Syazwan bin Mohd. Basil, 25, sebagai imam solat Terawih di masjid itu.
Bakal bergelar doktor
Merupakan seorang pelajar Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS) dan sedang menjalani praktikal di Hospital Putrajaya, Syazwan yang berasal dari Pulau Pinang tidak berasa terbeban dengan tugas murninya itu.
Sudah jadi Imam Rawatib sejak 2015
Bakal bergelar doktor tidak lama lagi, Syazwan mengakui tugas tersebut mencabar memandangkan dia masih bergelar pelajar.
Walau bagaimanapun, menerusi Harian Metro, dia menjelaskan bahawa perkara itu dapat ditangani kerana sudah menjadi imam Rawatib sejak tahun 2015 lagi.
“Sebenarnya saya akui mencabar apabila bergelar penuntut dan dalam masa sama, perlu mengimbangkan tugasan sambilan sebagai Imam Rawatib sejak 2015 di masjid itu.” Katanya.
Dapat sentiasa ingat ayat al-Quran
Syazwan yang juga bekas pelajar Darul Quran ini turut berkata, tugasan sambilan sebagai Imam Rawatib juga membantunya memastikan 30 juzuk al-Quran yang dihafaznya sentiasa diingati dan diamalkan.
“Bagi saya, al-Quran ini adalah amalan kita setiap hari untuk bekalan akhirat dan kerjaya doktor di dunia ini diseimbangkan.” – ujarnya.
Jadi inspirasi kepada anak muda
Menerusi akaun Facebook sumber, rata-rata warganet berasa kagum dengan cara Syazwan ini membahagikan tugas harian dengan tanggungjawabnya pada sebelah malam. Mereka turut terkesan dan berasa terinspirasi dengan bakal doktor ini.
Sejuk perut ibu mengandung
Sumber: Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Harian Metro, Syazwan Basil
The post Tak nak lupa 30 juzuk al-Quran, pelajar perubatan jadi Imam solat Terawih appeared first on .
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.apakes.com/tak-nak-lupa-30-juzuk-al-quran-pelajar-perubatan-jadi-imam-solat-terawih/