Terlupa Berwudhu Ketika Menunaikan Solat



Soalan:
Saya pernah melakukan solat, tetapi saya terlupa untuk mengambil wudhu’. Saya menyedari bahawa saya tidak berwudhu’ selepas melakukan solat. Adakah solat saya sah atau tidak? Jika saya menyedari ketika sedang mendirikan solat, adakah saya perlu memberhentikan solat?

Jawapan:
Syarat sah seseorang dalam melakukan solat adalah perlu bersuci dan bersih anggota badannya daripada hadas besar dan kecil. Bersuci atau berwudhu’ untuk melakukan solat merupakan perintah dari Allah SWT sebagaimana firman-Nya:

يَا اَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا اِذَا قُمْتُمْ اِلَى الصَّلاَةِ فَاغْسِلُوْا وُجُوْهَكمْ وَاَيْدِيَكُمْ اِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُوْا بِرُؤُوْسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ اِلَى الْكَعْبَيْنِ
“Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu akan mendirikan solat maka basuhlah muka kamu dan tangan-tangan kamu hingga siku-siku kamu dan sapulah kepala kamu serta (basuhlah) kaki-kaki kamu sehingga ke kedua mata kaki.” (Surah Al-Maidah, 6)

Begitu juga hadith, Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا قُمْتَ إِلَى الصَّلاَةِ فَأَسْبِغِ الْوُضُوءَ
“Apabila engkau hendak bersolat berwudhu’lah dengan sempurna.” [Riwayat al-Bukhari (5897) dan Muslim (397)]

Maka jelas jika dilihat melalui hadis tersebut, seseorang yang ingin menunaikan solat adalah wajib untuk bersuci dari segala hadas.

Manjawab kepada soalan yang diajukan, perbincangan berkenaan isu ini telah banyak dibahaskan oleh para ulama’ terdahulu bahkan ia telah bersepakat mengharamkan mereka yang berhadas menunaikan solat.

أَجْمَعَ الْمُسْلِمُونَ عَلَى تَحْرِيمِ الصَّلَاةِ عَلَى الْمُحْدِثِ وَأَجْمَعُوا عَلَى أَنَّهَا لَا تَصِحُّ مِنْهُ
“Kaum muslimin bersepakat bahawa haramnya solat bagi orang yang berhadas.” (Majmu’ Syarah Muhazzab, m/s 79)


Mengikut amalan dan pandangan disisi mazhab Syafie dan Hanafi, mereka menyatakan bahawa kedudukan seseorang yang solat tanpa berwudhu’ terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu tidak sengaja (terlupa) atau sengaja.

إنْ كَانَ عَالِمًا بِحَدَثِهِ أَوْ جَاهِلًا أَوْ نَاسِيًا لَكِنَّهُ إنْ صَلَّى جَاهِلًا أَوْ نَاسِيًا فَلَا إثْمَ عَلَيْهِ وَإِنْ كَانَ عَالِمًا بِالْحَدَثِ وَتَحْرِيمِ الصَّلَاةِ مَعَ الْحَدَثِ فَقَدْ ارْتَكَبَ مَعْصِيَةً عَظِيمَةً وَلَا يَكْفُرُ عِنْدَنَا بِذَلِكَ إلَّا أَنْ يَسْتَحِلَّهُ ، وَقَالَ أَبُو حَنِيفَةَ : يَكْفُرُ لِاسْتِهْزَائِهِ
“Sama ada dia mengetahui hadasnya atau jahil (tidak tahu) atau terlupa tetapi jika dia menunaikan solat kerana dia tidak tahu dia berada di dalam keadaan berhadas, maka tidak ada dosa baginya. Sebaliknya, jika dia mengetahui bahawa dia berada di dalam keadaan hadas dan mengetahui larangan solat dalam keadaan berhadas, maka dia telah melakukan dosa besar tetapi tidak sampai tahap orang yang kafir menurut pandangan kami (mazhab syafie), kecuali jika dia menyatakan bahawa hal itu diperbolehkan. Abu Hanifah menyatakan bahawa dia telah kufur kerana mempermainkan agama.” (Majmu’ Syarah Muhazzab, m/s 79)

Kesimpulannya, kami bersepakat dan bersependapat bahawa jika seseorang itu terlupa berwudhu’ lalu melakukan solat, status solatnya tidak sah dan perlu diulang semula. Sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA:

لاَ يَقْبَلُ اللَّهُ صَلاَةَ أَحَدِكُمْ إِذَا أَحْدَثَ حَتَّى يَتَوَضَّأَ
“Allah SWT tidak menerima solat mereka yang berhadas sehingga dia berwudhu’.” (Riwayat al-Bukhari, No. 6954)

Begitu juga hadis Nabi SAW menyatakan:

لاَ صَلاَةَ لِمَنْ لاَ وُضُوْءَ لَهُ
“Tidak ada solat bagi mereka yang tidak berwudhu’.” (Riwayat Abi Daud, No.101)

Adapun, seseorang yang mengetahui bahawa dirinya dalam keadaan hadas dan mengetahui bahawa larangan untuk menunaikan solat dalam keadaan berhadas tetapi tetap melaksanakan solat, maka dia telah melakukan dosa besar tetapi tidak sampai tahap seperti dosa orang yang murtad. Maka ini adalah pandangan muktamad ulama’ Syafie. Jika disedari bahawa ketika menunaikan solat, diri berada di dalam keadaan berhadas atau terlupa untuk berwudhu’, maka perlu diberhentikan solat tersebut dengan serta-merta.

Wallahua’lam.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/05/terlupa-berwudhu-ketika-menunaikan-solat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Israel Menyekat Penduduk Islam Palestin Menunaikan Solat Terawih

Polis Israel Menyekat Penduduk Islam Palestin Menunaikan Solat Terawih

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 347 hits
Rejim Zionis meneruskan penindasan mereka ke atas rakyat Palestin terutama di bulan Ramadan apabila mereka kini melarang penduduk Islam Palesti menunaikan solat terawih Halangan ini dilakukan apabila polis Israel bertindak menutup laluan ut...
Meninggal Dunia Ketika Solat Tarawih

Meninggal Dunia Ketika Solat Tarawih

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 372 hits
KUALA NERUS Seorang kakitangan Majlis Sukan Negeri Terengganu meninggal dunia ketika menunaikan solat sunat tarawih di surau berhampiran Kem Seri Pantai Seberang Takir di sini malam tadi Dalam kejadian kira kira jam 9 30 malam itu Abdul Gha...
Hukum Melihat Mushaf Al Quran Ketika Solat

Hukum Melihat Mushaf Al Quran Ketika Solat

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 304 hits
Soalan Apakah hukum melihat mushaf al Quran ketika solat fardhu dan solat sunat Jika dibolehkan adakah dibolehkan untuk kedua dua imam dan makmum Jawapan Solat merupakan merupakan salah satu daripada amal ibadat yang paling utama dalam kehi...
Rebah Ketika Mahu Solat Subuh Abu Hassan Din Meninggal Dunia

Rebah Ketika Mahu Solat Subuh Abu Hassan Din Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 1048 hits
Pendakwah terkenal Datuk Seri Abu Hasan Din Al Hafiz meninggal dunia selepas dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur pagi ini Perkara ini disahkan pendakwah ustaz Nabil Ahmad menerusi akaun rasmi Facebook miliknya sebentar tadi Dato
Berdiri Sebelah Imam Ketika Solat Berjemaah Kerana Surau Sempit

Berdiri Sebelah Imam Ketika Solat Berjemaah Kerana Surau Sempit

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 543 hits
Soalan Sering kali ketika berhenti di surau stesen minyak untuk menunaikan solat seperti Subuh atau Maghrib yang singkat waktunya surau sangat padat Keadaan ini menyebabkan ramai yang terpaksa beratur di luar namun pernah sekali saya meliha...
Rebah Di Rakaat Kedua Warga Emas Dijemput Ilahi Ketika Solat Isyak

Rebah Di Rakaat Kedua Warga Emas Dijemput Ilahi Ketika Solat Isyak

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 380 hits
SEORANG jemaah yang juga tukang masak Masjid Nurul Hidayah Sungai Bemban Trong Taiping meninggal dunia pada rakaat kedua solat Isyak di masjid berkenaan malam tadi Dalam kejadian jam 8 45 malam itu Shaharudin Nordin 65 meninggal dunia akiba...
Berpuasa Tetapi Tidak Menunaikan Solat

Berpuasa Tetapi Tidak Menunaikan Solat

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 435 hits
Soalan Apakah hukum orang yang berpuasa tetapi tidak sembahyang Jawapan Untuk menjawab soalan ini sebagai muqaddimah saya nukilkan pendapat Syeikh Dr Yusuf al Qaradhawi melalui kitabnya Fatawa Muasirah Orang Islam dituntut melakukan semua i...
Cara Solat Witir Rumi Jawi Selepas Terawih

Cara Solat Witir Rumi Jawi Selepas Terawih

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 3022 hits
Ini merupakan cara dan bagaimana mengerjakan solat sunat witir Cara Solat Witir Tarawih Kebiasaan umum umat islam di bulan Ramadhan akan melakukan solat sunat witir apabila selesai mengerjakan solat Untuk mengerjakan solat witir ada dua car...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023