Hukum Melakukan Sujud Syukur Dalam Solat



SOALAN:
Adakah dibolehkan bagi seseorang itu untuk melakukan sujud syukur di dalam solat atau perlukah ia dilakukan di luar solat?

JAWAPAN:
Sujud syukur merupakan salah satu ibadah yang dilakukan dalam proses menzahirkan kesyukuran kepada Allah SWT. Ia dilaksanakan kerana beberapa faktor seperti memperoleh nikmat atau terselamat dari bahaya dan malapetaka. Perbuatan sujud syukur ini disyariatkan berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Bakrah R.A beliau berkata:

أَنَّهُ كَانَ إِذَا جَاءَهُ أَمْرُ سُرُورٍ أَوْ بُشِّرَ بِهِ خَرَّ سَاجِدًا شَاكِرًا لِلَّهِ
“Sesungguhnya Nabi SAW ketika telah datang sesuatu perkara yang menggembirakan ataupun diceritakan sesuatu yang gembira dengannya, baginda akan turun sujud, bersyukur kepada Allah SWT.” [Riwayat Abu Daud (2774)]

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, kami kongsikan kenyataan dari para fuqaha bahawa tidak boleh untuk seseorang itu melakukan sujud syukur di dalam solat. Bahkan perbuatan tersebut membatalkan solat kecuali bagi seseorang yang jahil ataupun terlupa. Ia dianggap membatalkan solat kerana berlakunya penambahan dalam solat dengan perbuatan yang bukan sebahagian daripada solat.

Kata Imam Al-Nawawi Rahimahullah:

اتَّفَقَ أَصْحَابُنَا عَلَى تَحْرِيمِ سُجُودِ الشُّكْرِ فِي الصَّلَاةِ فَإِنْ سَجَدَهَا فِيهَا بَطَلَتْ صَلَاتُهُ بِلَا خِلَافٍ
“Para ashab kami (al-Syafi’eyyah) telah bersepakat akan keharaman melakukan sujud syukur di dalam solat. Maka sekiranya seseorang melakukan sujud syukur di dalam solat, terbatallah solatnya tanpa sebarang khilaf (perbezaan pendapat akan hal tersebut).” [Rujuk Al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab, Al-Nawawi (4/68)]


Hal ini kerana, sebab yang menjadikan seseorang itu melakukan sujud syukur seperti mendapat nikmat atau terlepas dari musibah itu bukanlah merupakan sebahagian dari perbuatan solat bahkan tidak berkaitan dengan ibadah solat itu sendiri. Ini seperti mana yang dinyatakan oleh Imam Ibn Qudamah Rahimahullah:

وَلَا يَسْجُدُ لِلشُّكْرِ وَهُوَ فِي الصَّلَاةِ. لِأَنَّ سَبَبَ السَّجْدَةِ لَيْسَ مِنْهَا. فَإِنْ فَعَلَ بَطَلَتْ صَلَاتُهُ، إلَّا أَنْ يَكُونَ نَاسِيًا أَوْ جَاهِلًا بِتَحْرِيمِ ذَلِكَ
“Dan seseorang itu tidak boleh melakukan sujud syukur dalam keadaan dia sedang solat. Ini kerana sebab sujud tersebut dilakukan bukan sebahagian daripadanya (perbuatan solat). Maka sekiranya seseorang itu melakukannya maka batallah solatnya. Melainkan dia melakukannya dalam keadaan terlupa atau tidak tahu akan pengharamannya.” [Rujuk Al-Mughni, Ibn Qudamah (1/449)]

Penutup

Sebagai kesimpulan, kami menyatakan bahawa tidak boleh untuk seseorang itu melakukan sujud syukur di dalam solat. Sebaliknya, ia dilakukan di luar solat dengan kaifiat dan tatacara yang tersendiri. Meskipun begitu, seseorang perlu jelas bahawa perbuatan solat itu sendiri hakikatnya merupakan suatu manifestasi kesyukuran seorang hamba kepada Tuhannya atas segala nikmat yang diperoleh. Ini dapat difahami berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Mughirah:

قَامَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم حَتَّى تَوَرَّمَتْ قَدَمَاهُ فَقِيلَ لَهُ غَفَرَ اللَّهُ لَكَ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ قَالَ ‏أَفَلاَ أَكُونُ عَبْدًا شَكُورًا
“Nabi SAW mengerjakan qiyamullail sehingga bengkak kedua tapak kaki baginda. Lalu ditanyakan kepada baginda: “Allah telah mengampunkan dosa-dosamu yang terdahulu dan yang akan datang.” Maka baginda SAW menjawab: “Apakah tidak patut aku ini menjadi seorang hamba yang bersyukur?.” [Riwayat Al-Bukhari (360)]

Maka hadis ini jelas dalam menunjukkan bahawa cara Rasulullah SAW menzahirkan syukur atas nikmat terampunnya dosa-dosa adalah dengan melaksanakan solat malam itu sendiri.

Akhir kalam semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang tepat kepada kita semua dalam beragama. Ameen.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Youtube
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/10/hukum-melakukan-sujud-syukur-dalam-solat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Solat Sambil Menahan Kentut

Hukum Solat Sambil Menahan Kentut

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 364 hits
Apakah hukum solat sambil menahan kentut Adakah harus solat lebih dari satu solat fardhu dengan wuduk yang satu serta menahan kentut dan berak JAWAPAN Hukum solat sambil menahan kentut adalah sah kerana semua solat dengan wuduk yang satu ak...
Hukum Menguap Bersin Banyak Kali Ketika Solat Yang Ramai Yang Tak Tahu

Hukum Menguap Bersin Banyak Kali Ketika Solat Yang Ramai Yang Tak Tahu

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 460 hits
Hukum Menguap Bersin Banyak Kali Ketika Solat Yang Ramai Yang Tak Tahu Bersin adalah proses untuk membersihkan rongga terutama saluran pernafasan Ia dapat menghalang debu habuk dan benda asing serta beberapa penyakit Menguap pula terjadi ke...
Video Solat Jemaah Walau Berkaki Palsu Lelaki Sujud Atas Sejadah Buat Netizen Sebak

Video Solat Jemaah Walau Berkaki Palsu Lelaki Sujud Atas Sejadah Buat Netizen Sebak

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 435 hits
Bagi orang Muslim solat adalah tiang agama Setiap muslim wajib mengerjakan solat 5 waktu yang merupakan satu ibadah yang dituntut dalam Islam Ibadah 5 waktu perlu ditunaikan termasuklah golongan yang cacat anggota ataupun lebih sopan dipang...
Solat Dengan Memakai Kasut Panduan Lengkap

Solat Dengan Memakai Kasut Panduan Lengkap

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 473 hits
Bagaimanakah cara solat dengan memakai kasut Solat dengan memakai kasut adalah salah satu rukhsah yang dalam Islam Oleh itu artikel ini akan memberikan panduan berkaitan syarat syarat solat dengan memakai kasut Tanpa buang masa mari kita mu...
Solat Sunat Tahajjud

Solat Sunat Tahajjud

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 723 hits
Solat Sunat TahajjudBangunlah melakukan solat malam iaitu solat sunat Tahajjud Tujuan solat Tahajjud adalah untuk menguatkan jiwa dan mendapatkan ketenangan dalam menghadapi dugaan hidup Amalan ini adalah antara amalan yang tidak pernah dit...
Selepas Solat Hajad Akhirnya Dia Terbuka Untuk Bershahadah

Selepas Solat Hajad Akhirnya Dia Terbuka Untuk Bershahadah

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 512 hits
I want to know about Islam What should I read Do you have class Aku masih lagi ingat tatkala dia datang ke booth kami dan melihat apa buku buku dan sumber yang kami ada tentang Islam Pada masa itu saya datang terus menyapa dia dan menerangk...
Panduan Bersihkan Najis Anak Berguna Untuk Ada Anak Kecil Tak Ragu Solat Pun Sah

Panduan Bersihkan Najis Anak Berguna Untuk Ada Anak Kecil Tak Ragu Solat Pun Sah

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 387 hits
Bila ada anak kecil rata rata ibu bapa akan alami perkara sama iaitu anak kencing atas tilam semasa tidur atau pun yang sedang dalam proses potty training mesti sekali sekala akan ada situasi tak sempat ke tandas Dalam hal ini ibu bapa waji...
Didik Solat Jumaat Melalui Nasihat Perundangan Al Hamdulillah

Didik Solat Jumaat Melalui Nasihat Perundangan Al Hamdulillah

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 262 hits
Leka Tangkap Ketam Sanggup Tinggal Solat JumaatMARANG 7 Oktober Alasan baju kotor kerana menangkap ketam di muara Sungai Pulau Kekabu antara alasan seorang lelaki berusia 36 tahun sanggup meninggalkan Solat Jumaat Dia ditahan oleh sepasukan...
Panduan Cara Solat Sambil Dukung Bayi Yang Betul

Panduan Cara Solat Sambil Dukung Bayi Yang Betul

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 393 hits
Panduan Cara Solat Sambil Dukung Bayi Yang Betul Bagi mereka yang mempunyai anak kecil ingin menunaikan solat tetapi sering terbantut apabila bayi mereka itu meragam dan perlu menunggu si anak tidur dulu kerana bimbang jika dibiarkan dia ak...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids