Solat Dengan Memakai Kasut Panduan Lengkap



Bagaimanakah cara solat dengan memakai kasut?
Solat dengan memakai kasut adalah salah satu rukhsah (kemudahan) yang dalam Islam.
Oleh itu, artikel ini akan memberikan panduan berkaitan syarat-syarat solat dengan memakai kasut (khuf)
Tanpa buang masa, mari kita mulakan..

Isi Kandungan: Siapakah yang dibolehkan solat dengan kasut? Kaedah berwuduk dengan kasut? Syarat-syarat Waktu yang dibenarkan berwuduk dengan kasut. Pengenalan Siapakah yang dibolehkan melakukan solat dengan kasut?
Pasukan keselamatan terutamanya tentera, serta para anggota sukarelawan yang terlibat dengan misi kemanusiaan di medan bencana selama berhari-hari lamanya juga tidak terlepas daripada tanggungjawab mengerjakan solat fardu.
Pun begitu, Islam memberi rukhsah terutama ketika mengambil wuduk dan pakaian solat.
Antaranya, mereka dibenarkan mengambil wuduk tanpa menanggalkan kasut (khuf) dan memakai pakaian yang sama selama berhari-hari asalkan pakaian tersebut tidak terkena najis ‘aini (zahir).
Setakat kotor, berbau, terpalit selut atau lumpur, ia dimaafkan syarak kerana kotoran itu bukanlah najis.
Malah, solat juga boleh dilaksanakan di mana-mana sahaja kerana semua bumi Allah ini adalah tempat solat, sama ada di atas tanah atau di udara (solat dalam kapal terbang), dengan syarat tempat tersebut tidak terdapat najis.
Kaedah Berwuduk Dengan Memakai Kasut (Khuf)
Fardu wuduk dalam keadaan biasa ada enam perkara yang perlu dipatuhi iaitu niat mengambil wuduk dalam hati, membasuh muka, membasuh kedua-dua tangan hingga ke siku, menyapu sebahagian kepala, membasuh kedua-dua kaki hingga ke buku lali dan tertib.
Namun, dalam situasi darurat atau dalam keadaan bertugas di hutan, seperti tentera yang memakai kasut yang mempunyai banyak ikatan, mungkin sukar untuk menggalkannya dalam masa bertugas, lebih-lebih lagi jika berada di dalam kawasan musuh atau berbahaya.
Maka di sini, Islam mengharuskan menyapu kasut sebagai ganti membasuh kedua-dua kakinya.
Khuf dari segi bahasa bererti perbuatan melalukan tangan di atas sesuatu (al-mass).
Manakala dari sudut istilah pula bererti meletakkan tangan yang dibasahi air di atas khuf tertentu, pada tempat tertentu dan pada jangka masa tertentu seperti dalam situasi musafir selama 3 hari 3 malam atau bermukim selama 1 hari 1 malam.
Syarat Berwuduk Dengan Memakai Kasut (Khuf) Memakai kedua-dua kasut itu setelah bersuci dengan sempurna. Keadaan kedua-dua kasut itu pula mesti suci dan bersih. Kedua-dua kasut itu sifatnya kuat dan boleh digunakan untuk bergerak secara berterusan. Kedua-dua kasut itu mestilah tertutup rapat dan kemas pada kedua-dua kaki yang wajib dibasuh ketika berwuduk (tidak ada lubang) Kedua-dua kasut itu dapat mencegah air memasuki kasut hingga terkena pada bahagian kulit kaki yang mesti dibasuh. Waktu Yang Dibenarkan Berwuduk Dengan Memakai Kasut Orang yang bermukim iaitu orang yang tidak bermusafir dan menetap di tempatnya diharuskan menyapu kedua-dua kasutnya selama sehari semalam manakala orang yang bermusafir adalah selama 3 hari 3 malam.
Situasi ini akan menjadi batal sekiranya berlaku keadaan-keadaan berikut:
Menanggalkan kasut Habis waktu sehari semalam bagi yang bermukim atau 3 hari 3 malam bagi yang bermusafir. Berjunub atau berhadas yang mewajibkan mandi wajib. Setelah sempurna wuduk, maka solat boleh dilaksanakan seperti biasa.
Bezanya ialah kasut (khuf) masih dipakai ketika solat.
Rujukan & Penutup Khuf ini biasanya berlaku dalam solat peperangan (khauf).
Solat Khauf adalah solat yang dilakukan dalam keadaan berperang dengan musuh atau dalam keadaan ketakutan akibat peperangan atau bencana alam dan malapetaka.
Ia berbeza dengan solat-solat yang lain kerana mempunyai beberapa rukhsah.
Sumber rujukan saya untuk panduan ini adalah buku praktik solat waktu kritikal, yang ditulis Dr. Haji Ahmad Nasir Mohd Yusoff.
Semoga artikel ini memberi manfaat
The post Solat Dengan Memakai Kasut (Khuf) – Panduan Lengkap appeared first on AKU ISLAM.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://akuislam.com/blog/ibadah/solat-dengan-memakai-kasut-khuf/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Solat Sunat Senarai Panduan Lengkap Solat Solat Sunat

Solat Sunat Senarai Panduan Lengkap Solat Solat Sunat

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 395 hits
Apakah maksud solat sunat Solat sunat disebut juga solat Nawafil atau Tatawwu iaitu solat yang dilakukan secara sukarela Ia dilakukan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dan meraih kasih sayangNya Orang yang mengerjakannya dengan ikhlas...
Panduan Lengkap Memulakan Penternakan Kambing

Panduan Lengkap Memulakan Penternakan Kambing

papar berkaitan - pada 5/10/2019 - jumlah : 307 hits
1 Kenapa Kambing Pada bab permulaan ini saya kongsikan serba sedikit info berkaitan sejarah kambing serta apakah 7 kelebihan penternakan kambing berbanding ternak ternakan lain 2 Modal Sumber KewanganTerdapat 4 cara yang boleh anda gunakan ...
Panduan Cara Solat Sambil Dukung Bayi Yang Betul

Panduan Cara Solat Sambil Dukung Bayi Yang Betul

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 431 hits
Panduan Cara Solat Sambil Dukung Bayi Yang Betul Bagi mereka yang mempunyai anak kecil ingin menunaikan solat tetapi sering terbantut apabila bayi mereka itu meragam dan perlu menunggu si anak tidur dulu kerana bimbang jika dibiarkan dia ak...
Imam Solat Tidak Memakai Penutup Kepala

Imam Solat Tidak Memakai Penutup Kepala

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 1881 hits
SOALAN Apakah hukumnya seorang imam yang solat bersama para jemaah tanpa memakai kopiah JAWAPAN Memakai penutup kepala bagi lelaki di dalam solat tidak wajib samada dia imam atau makmum atau yang solat seorang diri Hukum memakai penutup kep...
Panduan Bersihkan Najis Anak Berguna Untuk Ada Anak Kecil Tak Ragu Solat Pun Sah

Panduan Bersihkan Najis Anak Berguna Untuk Ada Anak Kecil Tak Ragu Solat Pun Sah

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 432 hits
Bila ada anak kecil rata rata ibu bapa akan alami perkara sama iaitu anak kencing atas tilam semasa tidur atau pun yang sedang dalam proses potty training mesti sekali sekala akan ada situasi tak sempat ke tandas Dalam hal ini ibu bapa waji...
Panduan Penyimpanan Dan Penyisihan Ubat Ubatan Di Rumah

Panduan Penyimpanan Dan Penyisihan Ubat Ubatan Di Rumah

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 918 hits
Assalamualaikum Sepatutnya proses menyisihkan barangan dalam rumah perlu dilakukan sentiasa Barulah senang mengemas dan maintain tak banyak barang Tetapi Kaklong tak selalu buat my bad Jadinya disebabkan Kaklong baru siap renovate bahagian ...
Panduan Penting Untuk Bikin Reseller Jualan Semakin Jago

Panduan Penting Untuk Bikin Reseller Jualan Semakin Jago

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 343 hits
Pada kesempatan ini kami akan ulas perihal Reseller yakni pihak yang membeli produk dari produsen suplier dan menjual kembali produk tersebut Apabila Anda ingin berbisnis tanpa modal besar tanpa pusing mikir produk dan ingin memiliki pendap...
Panduan Permohonan Online Maktab Tentera Diraja 2017 Mtd

Panduan Permohonan Online Maktab Tentera Diraja 2017 Mtd

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 502 hits
Panduan permohonan online Maktab Tentera DiRaja 2017 MTD Permohonan Kemasukan ke Maktab Tentera DiRaja Tingkatan 4 Sesi 2017 kini telah di buka untuk pelajar PT3 tahun 2016 Permohonan Kemasukan Putera 2017 secara Online ini akan dibuka berm...
Berikut Ini Panduan Jago Jualan Untuk Reseller

Berikut Ini Panduan Jago Jualan Untuk Reseller

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 356 hits
Di artikel ini kami akan bahas seputar Reseller adalah pihak yang membeli produk dari produsen suplier dan menjual kembali produk tersebut Jika Anda mau berbisnis tanpa modal besar tanpa pusing mikir produk dan ingin mempunyai penghasilan t...
Umno Agm Pushed To November In View Of Sabah Polls

Adakah Harga Minyak Gencatan Senjata Akan Menyebabkan Usd Jpy Tertekan Selasa 01 Julai 2025

Rafizi Bakar Balik Jangan Jadi Tua Yang Sibuk Jaga Politik Orang

Lumpuh Lepas Bersalin Suami Tinggal Isteri Derita Atas Katil

Sambal Sotong Kurita Dan Gelagat Orang British

Hishammuddin S Suspension Not Discussed At Supreme Council Meeting Says Zahid

Money Macam Manusia Usahawan Tudung Hadiahkan Kucing Bmw I7 Amp Rantai Emas Layan Macam Anak Sendiri

Pihak Polis Ecrl Tubuhkan Jawatankuasa Khas Bendung Kes Curi Kabel Sepanjang Laluan Di Pahang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Denai Alam Pond A

Elmina East Lake Park

Elmina Urban Park

Bagaimana Kita Boleh Menyokong Pemuliharaan Gajah Di Malaysia

Pensyarah Rugi Hampir Rm300 000 Terpedaya Suspek Menyamar Pegawai Polis

Senarai Ringkas Barang Yang Dikenakan Dan Dikecualikan Daripada Cukai Jualan Dan Perkhidmatan Di Malaysia