Hukum Lelaki Memakai Inai Pada Jari



Soalan:Adakah harus pada syarak seperti yang banyak berlaku sekarang ini dimana ketika berkahwin pengantin lelaki turut memakai inai berwarna merah pada jarinya?
Jawapan:Memakai inai pada jari samada kaki atau tangan ialah perhiasan yang diharuskan bagi kaum wanita.
Manakala bagi kaum lelaki tiada harus yakni haram ia memakai inai pada jarinya samada pada kaki atau tangan dan kerana berkahwin atau tidak.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a:
أن النبي صلى الله عليه وسلم أتي بمخنث قد خضب يديه ورجليه بالحناء فقال النبي صلى الله عليه وسلم : ( ما بال هذا ؟ ) فقيل : " يا رسول الله يتشبه بالنساء " فأمر به فنفي إلى النقيع “Bahawasanya Nabi saw didatangkan dengan seorang pondan yang telah menginaikan jari tangan dan kakinya. Maka bersabda Nabi saw: “Apa hal dengan lelaki ini?” Dikatakan oleh seseorang: “Wahai Rasulullah! Lelaki ini ingin menyerupai wanita.” Lalu diperintahkan dibuang daerah ke tempat bernam Naqi’.” (Hadith Abu Daud)
Berkata Imam Nawawi:
 أن الشافعي - رضي الله تبارك وتعالى عنه - نص في مختصر المزني على تحريم الحناء للرجال وتابعه عليه أصحابه رحمهم الله تبارك وتعالى“Bahawasanya Imam Syafie r.a. telah menaskan pada kitab Muhktasar Muzani atas haram memakai inai bagi lelaki dan telah mengikutinya oleh ashabnya rahimahullah Taala.” (Al-Majmu’ Syarah Muhazzab)
Dan berkata Imam Nawawi lagi:
أما خضاب اليدين والرجلين بالحناء فمستحب للمتزوجة من النساء: للأحاديث المشهورة فيه وهو حرام على الرجال إلا لحاجة التداوي ونحوه: ومن الدلائل على تحريمه قوله صلى الله عليه وسلم، في الحديث الصحيح: "لعن الله المتشبهين بالنساء من الرجال“Adapun memakai inai pada dua tangan dan dua kaki maka elok bagi kaum wanita yang telah berkahwin kerana beberapa hadith yang telah masyhur padanya dan ia adalah haram atas kaum lelaki melainkan kerana tujuan berubat dan seumpamanya. Dan setengah dari dalil atas haramnya ialah sabda Nabi saw pada hadith sahih: “Allah telah melaknat lelaki yang menyerupai dengan wanita.” (Syarah Muhazzab)
Berkata Al-Hafiz Imam Ibnu Hajar:
وأما خضب اليدين والرجلين فلا يجوز للرجال إلا في التداوي“Dan adapun memakai inai pada tangan dan kaki maka tidak harus ia bagi kaum lelaki melainkan dalam perkara berubat.” (Kitab Fathul Baari)
Berkata Imam Suyuthi:
 وأما خضاب اليدين والرجلين بالحناء فمستحب للمرأة المتزوجة ، وحرام على الرجل اهـ “Dan adapun menginaikan dua tangan dan dua kaki maka disunatkan bagi kaum wanita yang sudah berkahwin dan haram atas kaum lelaki.” (Hasyiah Jamal ‘ala Minhaj)
Tersebut pada kitab I’anat At-Talibin:
 لأنه فيه تشبه بالنساء من الرجال وخضاب اليدين والرجلين بالحناء للرجل والخنثى حرام بلا عذر ... “Kerana sesungguhnya ia adalah lelaki yang menyerupai dengan wanita. Menginaikan jari tangan dan kaki bagi lelaki dan khunsa adalah haram tanpa uzur.”
Menyebut oleh Syeikh Abdul Muhsin:
وفي بعض البلدان يخضب الرجل رجليه ويديه بالحناء في العرس، وهذه عادة سيئة؛ لأن الخضاب للنساء وليس للرجال، والحناء يجوز الرجال إذا كان في علاج، فإذا كان يعالج بالحناء فلا بأس.“Dan berlaku pada setengah negeri dimana kaum lelaki menginaikan jari kaki dan tangannya pada hari perkahwinan. Ini adalah adat yang keji kerana berinai ialah untuk kaum wanita bukan untuk kaum lelaki. Lelaki hanya harus memakai inai ketika berubat maka berubat dengan inai itu tidak menjadi kesalahan.” (Syarah Sunan Abi Daud)
Berkata Syeikh Mubarakfuri:
 وأما خضب اليدين والرجلين فلا يجوز للرجال إلا في التداوي”Dan adapun memakai inai pada tangan dan kaki itu tidak harus bagi lelaki melainkan pada ketika berubat.” (Tuhfatul Ahwazi)
Dan tersebut pada kitab Al-mausu’atul Fiqhiyah:
وأما الرجل فلا يجوز له أن يخضب كفيه وقدميه لأن في اختضابه فيهما تشبهاً بالنساء والتشبه بالنساء ممنوع. “Dan adapun lelaki maka tidak harus baginya menginaikan dua tapak tangannya dan dua kakinya kerana bahwasanya menginaikan kedua anggota itu adalah menyerupai bagi kaum wanita. Dan lelaki menyerupai wanita itu adalah dilarang.” (juz 2 m.s. 281)
Dan menyebut oleh Syeikh Ibnu hajar Al-Haithami:
 اين حجر المكي الهيتمي خضب الرجل ليديه وقدميه من كبائر الذنوب“Memakai inai oleh lelaki pada dua tangan dan kakinya itu adalah termasuk dosa-dosa besar.” (Kitab Az-Zawajir 1/348)
Wallahua’lam.

+ Ustaz Azhar Idrus (Original)
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/04/hukum-lelaki-memakai-inai-pada-jari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Inai Merah Masih Di Jari Kurang Seminggu Bergelar Isteri Fasha Sandha Umum Berita Gembira

Inai Merah Masih Di Jari Kurang Seminggu Bergelar Isteri Fasha Sandha Umum Berita Gembira

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 826 hits
Inai Merah Masih Di Jari Kurang Seminggu Bergelar Isteri Fasha Sandha Umum Berita Gembira Kurang seminggu bergelar isteri kepada pelakon Aidil Aziz Fasha Sandha telah pun mengumumkan berita gembira apabila dia secara rasmi merupakan wajah w...
Hukum Suami Ambil Wang Isteri Tanpa Izin

Hukum Suami Ambil Wang Isteri Tanpa Izin

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 378 hits
Soalan Isteri saya bekerja dan mempunyai pendapatan tetap Apakah hukum sekiranya saya mengambil duit daripada isteri saya tanpa izin Jawapan Hakikat yang sebenar suami wajib menafkahkan kepada isteri sekalipun isteri tersebut seorang yang k...
Hukum Menghadiahkan Pahala Sedekah Untuk Orangtua Yang Masih Hidup

Hukum Menghadiahkan Pahala Sedekah Untuk Orangtua Yang Masih Hidup

papar berkaitan - pada 24/3/2019 - jumlah : 284 hits
Pada umumnya menghadiahkan pahala sedekah dilakukan terutama oleh masyarakat Indonesia untuk orang tua yang sudah wafat Begitu pula dengan menghadiahkan pahala bacaan al Fatihah surah Yasin Tahlil dan lainnya umumnya dilakukan untuk orang t...
Apakah Hukum Membeli Kereta Dengan Wang Haram

Apakah Hukum Membeli Kereta Dengan Wang Haram

papar berkaitan - pada 24/3/2019 - jumlah : 355 hits
Harta atau wang yang tidak patuh syariah merujuk kepada semua jenis harta yang diperolehi yang bertentangan dengan syariat Islam harta tersebut dikategorikan sebagai pemilikannya yang tidak diiktiraf oleh syarak Apakah Hukum Membeli Kereta ...
Kata Kuasa Hukum Soal Penahanan Joko Driyono

Kata Kuasa Hukum Soal Penahanan Joko Driyono

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 254 hits
Penahanan dilakukan selama 20 hari ke depan terhitung dari Senin tanggal 25 Maret hingga Sabtu 13 April mendatang
Hukum Tukar Ganti Harta Wakaf

Hukum Tukar Ganti Harta Wakaf

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 220 hits
Soalan Saya dan ramai kawan kawan telah berwakaf kepada pusat pendidikan Islam Dengan duit wakaf itu pihak berkenaan telah membina asrama untuk pelajar Apabila timbul masalah kewangan pusat tersebut telah menjual asrama itu dan dijadikan ke...
Mahfud Md Golput Melanggar Hukum Kalau Menghalang Halangi Orang Memilih

Mahfud Md Golput Melanggar Hukum Kalau Menghalang Halangi Orang Memilih

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 225 hits
Golput yang melanggar hukum itu misalnya menghalang halangi orang memilih atau mengintimidasi orang agar tidak memilih nah itu secara hukum kata Mahfud di Balai Kartini Jakarta Selatan Kamis
Fire Destroys House And Seven Vehicles In Hulu Besut

Vegan And Gluten Free Acv Gummies Without The Junk And With All The Benefits

Kenduri Kahwin Anak Saudara Di Teras Jernang Selangor

Day Trip Ke Pantai Teluk Cempedak Dan Menara 118 Kuantan Pahang

Mca Should Reflect On Where Its Two Seats Are Akmal Shoots Back

Chegubard Mohon Maaf Di Mahkamah Kerana Memfitnah Anak Syarikat Mbi

Pas Open To Reunion With Umno If Latter S Leadership Changes

Bufet Ramadan 2025 Citarasa Sedunia Di Ve Hotel Residence


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


66 Top 16 By Danial Puntaek66 Run 28 25

Tadabbur Surah Al Fatihah

Kelebihan Fb Page Untuk Bisnes

Kecemerlangan Anak Anak

Pas Youth Told To Stop Misleading Statements On Harith Iskander

Motorcyclist Dies After Crashing Into Pothole In Kota Kinabalu