Hukum Tukar Ganti Harta Wakaf



Soalan:
Saya dan ramai kawan-kawan telah berwakaf kepada pusat pendidikan Islam. Dengan duit wakaf itu pihak berkenaan telah membina asrama untuk pelajar. Apabila timbul masalah kewangan pusat tersebut telah menjual asrama itu dan dijadikan kedai dan duit berkenaan digunakan untuk pengurusan. Bolehkah harta wakaf dijual begitu dan bagaimana status wakaf kami itu?

Jawapan:

Pengenalan

Makna Wakaf (الوقف) dari segi bahasa ialah “الحبس” iaitu menahan. Dari segi istilah, ulama berbeza pendapat tentangnya. Pengertian dari segi ulama Syafieyah:

حَبْسُ مَالٍ يُمْكِنُ الاِنْتِفَاعُ بِهِ مَعَ بَقَاءِ عَيْنِهِ بِقَطْعِ التَّصَرُّفِ فِي رَقَبَتِهِ عَلَى مَصْرِفٍ مُبَاحٍ مَوْجُودٍ
“Penahanan harta yang boleh diambil manfaatnya dan berkekalan ‘ain harta itu. Dengan gugurnya hak milik pewakaf ke atas permannfaatan perkara-perkara yang mubah (tidak haram).” (Lihat al-Mausua’h al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 44/108)

Pensyariatan Waqaf

Jumhur ulama menyatakan wakaf merupakan perkara yang disunatkan. Ini seperti hadis daripada Ibnu Umar R.Anhuma. Sesungguhnya Umar RA pernah memiliki sebidang tanah Khaibar. Lalu beliau menemui Nabi SAW dan bertanya: “Wahai Rasulullah, aku telah menerima sebidang tanah di Khaibar, dan aku tidak pernah menerima harta yang lebih berharga daripada itu. Apakah yang perlu aku lakukan dengannya?” Baginda SAW bersabda:

إِنْ شِئْتَ حَبَّسْتَ أَصْلَهَا، وَتَصَدَّقْتَ بِهَا ‏‏.‏ فَتَصَدَّقَ عُمَرُ أَنَّهُ لاَ يُبَاعُ أَصْلُهَا وَلاَ يُوهَبُ وَلاَ يُورَثُ
“Sekiranya engkau mahu, kamu wakaflah ia dan sedekahkan hasilnya.” Kemudian Umar menyedekahkannya, tidak dijual pohonnya dan hasilnya, tidak diwariskan dan tidak dihibahkan. [Riwayat al-Bukhari (2772)]

Istibdal (Tukar Ganti) Waqaf

Pada asalnya hukum Istibdal ini tidak diharuskan seperti umum dalil yang didatangkan oleh Ibnu Umar. Melainkan sebahagian pendapat yang membenarkan Istibdal atas tujuan memberi manfaat kepada harta wakaf dan juga di bawah kawal selia pihak qadi dan pihak yang berautoriti.

Dr. Wahbah al-Zuhaili mentakrifkan Istibdal adalah “Jual beli atau tukar ganti harta wakaf dengan harta yang lain atau dengan nilai mata wang. Serta penukaran ain harta wakaf dengan ain harta yang lain. Dalam perjalanan masa kini terdapat Istibdal dengan menjual beli harta wakaf menggunakan mata wang.” (Lihat al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, 10/7624)

Pendapat Berkenaan Istibdal

Menurut pandangan Mazhab Syafie tidak harus Istibdal masjid yang rosak ke tempat yang lain. Dan harta wakaf ini merupakan hak milik Allah SWT tidak boleh ditukar ganti, ini merupakan pendapat yang asoh dalam mazhab ini. Adapun pendapat berlawanan dengan asoh mengharuskan jual beli sekiranya harta itu tidak dapat memberi manfaat dan menjualnya merupakan perkara yang lebih utama. Dan jual beli itu mestilah dengan bertujuan untuk membangunkannya. (Lihat al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, 44/200-201)

Mengikut pandangan mazhab Hanafi dibolehkan istibdal sekiranya harta wakaf itu tidak memberi manfaat dan ditukar dengan barang yang lain. Qadi Abi Yusuf menyatakan “Sekiranya ia berpotensi mendatangkan manfaat yang lebih dibolehkan untuk istibdal dan tidak diharuskan sekiranya tidak mendatangkan keuntungan. Selain itu al-Turtusi menyatakan “Sekiranya terdapat syarat oleh pewakaf untuk tidak menukarkannya maka qadi atau pihak yang berautoriti berhak untuk menentukannya. Ini kerana mereka dapat melihat maslahat umum yang lebih jelas. (Lihat al-Bahr al-Raiq Syarh Kanz al-Daqa’iq, 5/241)

Imam al-Mardawi berkata di dalam kitabnya, sekiranya barang wakaf itu tidak dapat memberi manfaat maka diharuskan untuk istibdal dengan barang yang sama nilai. Begitu juga dengan masjid, diharuskan untuk menukar ganti dengan tujuan pembinaannya semula dan maslahah umum (Lihat al-Insaf fi Makrifah al-Rajih min al-Khilaf, 7/101)

Dr. Syauqi Allam pernah mengeluarkan fatwa bahawa dibolehkan istibdal harta wakaf sekiranya memberi manfaat yang lebih bertujuan maslahat umum. Pihak yang berhak untuk memutuskannya adalah qadi dan pihak yang berautoriti. (Lihat Dar al-Ifta’ al-Misriyyah, Fatwa no. 4354)

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah memutuskan: “Wakaf Gantian (wakaf ibdal) ialah bermaksud menukar harta wakaf dengan harta yang lain melalui jualan atau belian atau sebagainya dengan tujuan mengekalkan harta wakaf adalah diharuskan mengikut taqlid pendapat Imam Abu Hanifah”. (Lihat Kompilasi Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan MKI 2016, hlm. 55)

Begitu juga Fatwa Wilayah Persekutuan memutuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali ke-35: “Berdasarkan kepada maslahah ‘ammah dan keadaan yang sangat memerlukan (berhajat/darurat) bagi mengekalkan dan memanfaatkan harta wakaf umat Islam, maka Mesyuarat mengharuskan wakaf istibdal.”

Kesimpulan

Berkenaan dengan persoalan di atas pada asalnya harta wakaf tidak boleh ditukar ganti namun dibenarkan sekiranya bertujuan untuk mengekalkannya dan memberi manfaat kepada kepentingan umum. Perkara ini seharusnya dirujuk kepada pihak yang berautoriti dalam pengurusan harta wakaf.

Kami lebih cenderung dalam isu seperti di atas supaya harta wakaf dipertahankan tetapi untuk menyelesaikan masalah dengan mencari alternatif yang lain tanpa dijual harta wakaf tersebut.

Berkenaan kelebihan orang yang memberi wakaf hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, sabda Nabi SAW:

إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ وَعِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ وَوَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
“Apabila matinya seseorang itu, maka terputuslah amalannya melainkan tiga perkara, iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkannya dan anak soleh yang sentiasa mendoakan kedua ibubapanya.” [Riwayat al-Nasa’ie (3651)]

Semoga dengan penjelasan ini memberi kita kefahaman dalam memahami agama Islam dengan lebih baik. Amin. Wallahualam.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/03/hukum-tukar-ganti-harta-wakaf.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Ibu Bapa Menggunakan Harta Anak Anak

Hukum Ibu Bapa Menggunakan Harta Anak Anak

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 453 hits
Soalan Apakah hukum ibu bapa yang menggunakan duit simpanan anak anak tetapi menggantikan semula duit tersebut Boleh terangkan sedikit mengenai perkara ini Terima kasih Jawapan Dalam kehidupan harian yang kian mencabar sering kali terjadi p...
Guan Eng Nafi Khabar Angin Wang Kertas Rm60 Ganti Rm50

Guan Eng Nafi Khabar Angin Wang Kertas Rm60 Ganti Rm50

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 314 hits
KUALA LUMPUR Menteri Kewangan Lim Guan Eng menafikan khabar angin yang tular di media sosial bahawa wang kertas RM50 sedia ada akan digantikan dengan wang kertas peringatan RM60 Wang kertas RM60 dikeluarkan pada 2017 oleh Bank Negara Malays...
Ganti Pose 2 Jari Ahmad Dhani Salam Kepal Tangan Jelang Sidang Idiot

Ganti Pose 2 Jari Ahmad Dhani Salam Kepal Tangan Jelang Sidang Idiot

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 256 hits
Ahmad Dhani kembali menjalani persidangan kasus ujaran idiot di Pengadilan Negeri Surabaya Turun dari mobil tahanan Kejaksaan Dhani memberi salam dengan mengepalkan tangan sebagai pengganti salam dua jari
Setuju Usul Garuda Indonesia Boeing Buka Peluang Ganti Pesawat 49 Pesawat Max 8

Setuju Usul Garuda Indonesia Boeing Buka Peluang Ganti Pesawat 49 Pesawat Max 8

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 277 hits
Garuda Indonesia meminta pembatalan dan penggantian pembelian 49 unit pesawat Boeing 737 Max 8 Perusahaan manufaktur pesawat asal Amerika Serikat itu belum menyetujui usulan penukaran 49 unit pesawat Boeing 737 Max 8 yang dipesan oleh Garud...
Semua 111 Sekolah Yang Diberi Cuti Tidak Perlu Sekolah Ganti

Semua 111 Sekolah Yang Diberi Cuti Tidak Perlu Sekolah Ganti

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 244 hits
Susulan dengan pemberian cuti sekolah di 111 sekolah di sekitara kawasan Pasir Gudang Johor akibat pencemaran udara pembuangan sisa toksik tempoh hari kini dimaklumkan semua sekolah yang terlibat tidak perlu mengganti cuti berkenaan Ia tida...
Kemenag Ganti Terjemahan Surah Al Kafirun Jadi Non Muslim Cek Fataknya Disini

Kemenag Ganti Terjemahan Surah Al Kafirun Jadi Non Muslim Cek Fataknya Disini

papar berkaitan - pada 23/3/2019 - jumlah : 295 hits
Publik digegerkan oleh artikel laman daring yang menyebut Kementerian Agama RI sudah mencetak terjemahan Alquran yang memuat kata Nonmuslim sebagai ganti kafir pada surah Al Kafirun Klaim yang diperiksa Akun Facebook bernama Qowiyah Althafu...
Pajero Tni Di Kampanye Prabowo Milik Purnawirawan Rat Ganti Pelat Agar Bebas Macet

Pajero Tni Di Kampanye Prabowo Milik Purnawirawan Rat Ganti Pelat Agar Bebas Macet

papar berkaitan - pada 23/3/2019 - jumlah : 192 hits
Mobil itu ternyata dikemudikan sopir berinisial L yang diperintahkan RAT untuk membeli nasi bungkus dan mengirimkannya ke Gedung Pajajaran Bogor Jawa Barat pada Kamis kemarin Semula mobil memakai pelat sipil
Dah Ganti Puasa Kalau Tak Nanti Kena Bayar Fidyah Apa Itu Fidyah Bagaimana Kiraannya

Dah Ganti Puasa Kalau Tak Nanti Kena Bayar Fidyah Apa Itu Fidyah Bagaimana Kiraannya

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 481 hits
Ramadan bagi tahun ini kian menjelmaTinggal kurang dari dua bulan sahaja sebelum bulan puasa kembali lagi Syukur kehadrat Ilahi sekiranya kita dipilih lagi sebagai tetamunya untuk bertembung dengan yang bulan yang mulia bulan Ramadan Salah ...
Dana Bos Rp 111 Juta Dicuri Kepsek Sdn Di Bekasi Wajib Ganti Rugi

Dana Bos Rp 111 Juta Dicuri Kepsek Sdn Di Bekasi Wajib Ganti Rugi

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 398 hits
Peristiwa pencurian itu terjadi di Jalan Muhtar Tabrani Bekasi Utara pada Senin pukul 11 00 WIB Korban RY bersama dengan E yang baru mengambil uang tunai diberi tahu orang tak dikenal kalau mobilnya kempes
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Menyusuri Pesona Water Front Kuching Tempat Wisata Yang Wajib Dikunjungi

Pendapatan Kas Negara Tanpa Pajak Dalam Sistem Ekonomi Islam Kaffah

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara

Tangan Dan Kaki Kebas

Patong Bay Residence Phuket