Takut Tersalah Beli Saiz Pam Susu Konsultan Penyusuan Kongsi Cara Ukur Corong Pam Yang Betul
Tersalah beli pam susu membuatkan mama-mama tak dapat mengeluarkan susu dengan baik. Ramai yang mengalami masalah ini kerana menyangka semua jenis pam susu sesuai sedangkan ukuran corong pam dan juga payudara berbeza-beza.
Bagi mengelakkan mama tersalah pilih saiz corong pam susu, mama boleh rujuk perkongsian daripada Puan Nad, Kaunselor Penyusuan yang bertauliah ini.
Saya kongsikan pengalaman menyantuni ribuan ibu yang guna pam susu sejak tahun 2017 untuk memudahkan kefahaman ibu-ibu baru.
1. Jika ibu tidak berpeluang untuk consult berkenaan pam susu secara berdepan, sebaiknya tambahlah 4mm kepada ukuran asal puting (rujuk gambar di bawah).
➡️ Sebab puting ibu ni kadang-kadang boleh membesar. Kadang-kadang tak.
➡️ Ada sesetengah ibu ukuran puting 19mm, tapi boleh pakai saiz corong asal 24mm. Puting tak membesar, tapi tak melecet juga di kawasan areola atau puting.
➡️ Jadi, penggunaan INSERT TIDAK WAJIB untuk semua ibu. Asalkan ibu tahu tahap keselesaan sendiri.
✅ Biasanya kami akan nasihatkan ibu-ibu: “Puan boleh cuba dulu, kalau kurang selesa baru puan tambah insert.”
2. Kalau ibu berpeluang consult secara berdepan dan berpeluang untuk cuba dulu corong pam, ibu boleh:
i) cuba pakai corong pam tanpa insert
ii) cuba pakai corong pam dengan insert sekiranya saiz puting ibu lebih kecil dari saiz corong pam
➡️ Mana yang ibu lebih rasa selesa dan sesuai itulah yang ibu akan guna pakai. Sebab selesa ni ibu je boleh rasa bukan orang lain.
3. Jika ibu consult secara online/atau berdepan dan tak ada ukuran insert dengan hasil tambah 4mm, cadangan untuk ibu ialah cuba saiz insert 2-4mm.
Contoh: saiz puting ibu 19mm dan selepas tambah 4mm bersamaan dengan 23mm.
Antara cadangan kepada ibu:
✅ cuba dulu tanpa insert dan pakai saiz corong sedia ada (contoh corong 24mm)
✅ boleh guna insert 21-22mm
Penggunaan insert atau tidak berdasarkan keselesaan ini DAPAT MENGURANGKAN RISIKO PUTING MELECET.
4. Sekiranya ibu mempunyai puting jenis elastik, ibu DIGALAKKAN CUBA DULU CORONG PAM sebelum beli kerana:
➡️ Ada ibu yang perlukan insert untuk mengurangkan lebih banyak areola masuk ke dalam corong.
➡️ Ada ibu yang perlukan pelincir untuk mengurangkan geseran dengan dinding corong.
✅ Jadi buatlah pilihan terbaik dan dapatkan konsultasi dengan mereka yang arif dengan pam susu dan masalah penyusuan yang mungkin berlaku tanpa ilmu pemilihan pam yang betul.
Kredit: Nad Masrom
Kaunselor Laktasi aka founder pam susu jenama @numommalaysia
Pelajari ilmu penyusuan untuk menjayakan bf journey mama bersama pakar-pakar bertauliah di webinar Mama Nak Susukan Anak. Daftar sini : https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-nak-susukan-anak/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Takut Tersalah Beli Saiz Pam Susu? Konsultan Penyusuan Kongsi Cara Ukur Corong Pam Yang Betul appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/takut-tersalah-beli-saiz-pam-susu-konsultan-penyusuan-kongsi-cara-ukur-corong-pam-yang-betul/