Hukum Wudhu Dan Solat Bagi Pesakit Buasir



SOALAN:
Saya mempunyai masalah buasir. Saya telah mandi dan mencuci habis kawasan dubur saya kemudian saya berwudhu’ untuk mendirikan solat. Masalah saya ialah ketika solat saya terasa ada cecair keluar dari punggung saya. Apa yang perlu saya lakukan?

JAWAPAN:
Seseorang yang hendak mendirikan solat hendaklah terlebih dahulu memastikan dirinya, pakaiannya serta tempat solatnya suci daripada najis kerana ia merupakan salah satu daripada syarat sah solat. Sabda Nabi SAW:

اِذَا اَقْبَلَتِ الْحَيْضَةُ فَدَعِيَ الصَّلاَةَ، وَإِذَا أَدْبَرَتْ فَاغْسِلِي عَنْكِ الدَّمَ وَصَلِّي
“Jika datang darah haid maka tinggalkanlah sembahyang, dan jika telah berlalu haid itu maka bersihkanlah (darah) dari dirimu dan kerjakanlah sembahyang.” [Riwayat al-Bukhari (306) dan Muslim (333)]

Persoalan di atas merujuk kepada masalah buasir.

Buasir atau hemoroid ialah pembengkakan atau keradangan pada bahagian pembuluh darah dan tisu di sekeliling dubur dan hujung usus besar. Penekanan yang berterusan terhadap pembuluh darah pada bahagian dubur atau rektum ini menyebabkan pendarahan berlaku ketika membuang air besar. Buasir terbahagi kepada dua jenis iaitu buasir dalaman dan buasir luaran. (Rujuk: Dewan Kosmik, hlm 32)

Buasir Dalaman

Keadaan Pertama: Pendarahan belaku terputus-putus (tidak berterusan).

Darah buasir jika keluar dari bahagian dalam dubur maka dia membatalkan wudhu’. Hal ini kerana antara perkara yang membatalkan wudhu’ ialah keluar sesuatu daripada dubur walaupun yang keluar itu adalah darah.

Berkata Imam al-Nawawi Rahimahullah: “Maka perkara yang keluar daripada kemaluan hadapan lelaki atau perempuan atau dari dubur keduanya itu membatalkan wudhu’. Samada yang keluar itu berupa tahi atau air kencing atau angin atau ulat atau nanah atau darah atau batu kecil atau lainnya. Tiada perbezaan dalam hal ini di antara perkara yang jarang-jarang berlaku atau yang biasa berlaku.” (Rujuk: Al-Majmu' Syarh al-Muhadzzab, 2/541)

Terdapat di dalam Fatwa Syabakah Islamiah menyebutkan: “Adapun buasir yang keluarnya darah dari bahagian dalam dubur maka ia boleh membatalkan wudhu’. Maka wajib ke atasnya (pesakit) membersihkannya dan berwudhu’ kembali.” (Rujuk: Fatawa Syabakah Islamiyah, 11/4038)

Keadaan Kedua: Pendarahan belaku secara berterusan

Jika darah buasir ini sentiasa keluar (secara berterusan) maka hukumnya adalah seperti hukum daimul hadas (orang yang sentiasa berhadas).

Berkata Imam al-Nawawi Rahimahullah: “Adapun orang yang terkena buasir dan orang yang lukanya sentiasa mengalir, maka hukumnya seperti hukum perempuan yang keluar darah istihadhah pada sudut wajib basuh darah untuk setiap solat fardhu dan mengikat tempat keluar hadas itu.” (Rujuk: Al-Majmu' Syarh al-Muhazzab, 2/541)

Berkata Imam Al-Hajjawi: “Dan mengambil hukum istihadhah bagi orang yang mengalami kencing tidak lawas atau angin yang sentiasa keluar atau luka yang sentiasa mengalir tetapi dia harus mengikat tempat keluar hadas itu.” (Rujuk: Al-Iqna' fi Fiqh al-Imam Ahmad Ibn Hanbal, hlm 254-255)

Justeru, adab-adab yang perlu dilakukan bagi pesakit buasir dalam keadaan ini sebelum menunaikan solat adalah seperti berikut:

1. Menunggu masuk waktu solat.

2. Membersih atau membalut tempat keluar darah sekadar termampu.

3. Menyumbat atau membalut tempat keluar najis.

4. Berwudhu’ dan diniatkan seperti berikut:

نويت الوضوء لاستباحة الصلاة لله تعالى
“Sahaja aku mengambil wudhu’ untuk mengharuskan solat kerana Allah Taala.”

5. Segera menunaikan selepas berwudhu’ (solatnya sah dan tidak perlu diulang).

6. Wudhu’ ini hanya boleh digunakan untuk satu solat fardhu sahaja dan semua solat-solat sunat yang lain.

Demikianlah adab-adab yang perlu dijaga oleh pesakit buasir bagi memastikan solatnya sah dan tidak perlu diulangi. (Rujuk: Al-Majmu' Syarh al-Muhadzzab, hlm 533-542)

Buasir Luaran

Sekiranya darah buasir keluar dari bahagian luar dubur maka ia tidak membatalkan wudhu’. Hukumnya seperti hukum luka biasa, tidak sama hukumnya dengan hukum daimul hadas. Tetapi diwajibkan membasuh darah tersebut setiap kali ingin menunaikan solat fardhu dan meletakkan sesuatu pada tempat keluar darah agar ia tidak merebak ke tempat yang lain.

Berkata Imam Al-nawawi Rahimahullah: “Dan tidak wajib berwudhu’ pada permasalahan luka dan buasir itu melainkan sekiranya ia berada pada bahagian dalam punggung (iaitu darah yang keluar dari bahagian dalam dubur) dan hal demikian yang membatalkan wudhu’.” (Rujuk: Al-Majmu' Syarh al-Muhadzzab, 2/541)

Disebut dalam Fatawa Syabakah Islamiyah: “Adapun sekiranya darah buasir keluar dari bahagian luar dubur maka hal tersebut tidak membatalkan wudhu’, tetapi hendaklah dia membasuh tempat keluar darah, kerana darah ialah najis, dan kemudiannya dia boleh mengerjakan solat.” (Rujuk: Fatawa Syabakah Islamiyah, 11/4038)

Kesimpulan

Setelah meneliti perbahasan di atas, kami menyimpulkan isu ini kepada beberapa perkara:

• Sekiranya darah buasir keluar dari bahagian dalam dubur dan bukan secara berterusan, maka hal tersebut boleh membatalkan wudhu’ dan menyebabkan solatnya terbatal. Adapun sekiranya darah buasir keluar secara berterusan, maka ia mengambil hukum orang yang sentiasa berhadas. Justeru dia perlu mengambil wudhu’ setiap kali hendak mengerjakan solat dan membalut tempat keluar darah. Hukum solatnya sah dan tidak perlu mengulanginya sekalipun darah masih keluar semasa mengerjakan solat.

• Manakala jika darah buasir keluar dari luar dubur, hukumnya adalah seperti hukum luka yang mengalir. Hal tersebut tidak membatalkan wudhu’ namun hendaklah dibalut tempat keluar darah supaya tidak merebak ke tempat lain.

Kami juga menasihatkan pesakit buasir untuk merujuk pakar perubatan bagi mengenalpasti keadaan yang dialami olehnya, justeru membawa kepada kefahaman yang benar dalam memahami hukum fekah yang berkaitan penyakit buasir. Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca Di Facebook Oh! Media

Oh! Youtube
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/12/hukum-wudhu-dan-solat-bagi-pesakit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Mengerjakan Solat Istikharah Secara Berjemaah

Hukum Mengerjakan Solat Istikharah Secara Berjemaah

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 298 hits
SOALAN Bolehkah solat istikharah dilakukan secara berjamaah JAWAPAN Istikharah membawa maksud menuntut bantuan dalam melakukan pemilihan Dari sudut seseorang menuntut supaya diberikan kesungguhan ke arah sesuatu perkara yang terpilih di sis...
Hukum Mufaraqah Dalam Solat Berjemaah

Hukum Mufaraqah Dalam Solat Berjemaah

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 454 hits
Apakah yang dimaksudkan dengan mufaraqah Panduan ini akan membincangkan perkara berkaitan mufaraqah dalam solat berjemaah Dalam artikel ini Ia juga menerangkan segala perkara yang harus dilakukan oleh makmum dalam solat Isi Kandungan MAKSUD...
Hukum Jenayah Tak Solat Jumaat Pedulikan Lfl

Hukum Jenayah Tak Solat Jumaat Pedulikan Lfl

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 361 hits
Sokong penguatkuasaan tegas tak solat JumaatBuat pertama kalinya di Malaysia Mahkamah Rendah Syariah Hulu Terengganu telah menjatuhkan hukuman denda RM2 500 dan sebulan penjara bagi seorang tertuduh yang merupakan ketua keluarga dan RM2 400...
Hukum Imam Membaca Al Fatihah Secara Senyap Ketika Solat Jahriyyah

Hukum Imam Membaca Al Fatihah Secara Senyap Ketika Solat Jahriyyah

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 361 hits
SOALAN Apakah hukum bagi imam yang terlupa untuk membaca al Fatihah secara jahar pada solat Isyak dengan membacanya secara sirr Adakah imam perlu untuk mengulangnya semula atau menyambung sahaja surah al Fatihah tersebut JAWAPAN Membaca sur...
50 Tahun Solat Subuh Dengan Wudhu Solat Isyak

50 Tahun Solat Subuh Dengan Wudhu Solat Isyak

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 293 hits
MEMANG dia tidak begitu terkenal di kalangan khalayak umum akan tetapi kerana kepakaran ilmunya dia terkenal di kalangan intelektual dan para cendekia Nama LengkapnyaNama beliau adalah Said bin Al Musayyib bin Hazn bin Abi Wahab bin Amru bi...
Najib Difitnah Kenapa Pas Tak Solat Hajat

Najib Difitnah Kenapa Pas Tak Solat Hajat

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 295 hits
Via WhatsApp Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Pahang Mokhtar Senik wajar mengetuai solat hajat perdana untuk mempertahankan Najib daripada fitnah terbaharu mendakwa bekas PM itu mengarahkan pembunuhan Altantuya Shariibuu ADUN Tanjung Lumpur Ro...
Ini Lelaki Sedang Mencuri Beg Jamaah Semasa Sujud Solat Maghrib

Ini Lelaki Sedang Mencuri Beg Jamaah Semasa Sujud Solat Maghrib

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 567 hits
Polis mendapati jenayah itu dilakukan seorang lelaki yang telah mencuri beg tersebut ketika mangsa dan jemaah yang lain sedang sujud Foto Facebook ThisIsAmpangKUALA LUMPUR Polis sedang memburu seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes ...
Peminat Exo Dirakam Solat Sebelum Masuk Konsert

Peminat Exo Dirakam Solat Sebelum Masuk Konsert

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 298 hits
Umum mengetahui baru baru ini kumpulan K pop terkenal EXO mengadakan konsert di Axiata Arena Bukit Jalil Kalau dah nama artis K Pop datang Malaysia memang ramai yang akan membanjiri konsert tersebut Dengar cerita hampir 10 000 peminat mengh...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Worldcoin Dan Ai

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Morning View Kundasang

Jamrud Telat 3 Bulan Chord

Cara Masak Mee Calong Terengganu Sedap Dimakan Panas Panas

Langkawi Cruise Pilihan Pakej Cara Tempah

The Bamboo Flute En Ber Ttelse Om K Rlek F Rlust Och Musikens Makt Fr N 8 E Rhundradets Iran

Panas Express Di Lalaport