Hukum Mufaraqah Dalam Solat Berjemaah



Apakah yang dimaksudkan dengan mufaraqah?
Panduan ini akan membincangkan perkara berkaitan mufaraqah dalam solat berjemaah.
Dalam artikel ini:
Ia juga menerangkan segala perkara yang harus dilakukan oleh makmum dalam solat.

Isi Kandungan: Maksud mufaraqah Imam terlupa dan tersilap dalam solat Hukum niat mufaraqah Kewajipan makmum dalam solat  
MAKSUD MUFARAQAH Pengertian mufaraqah dari segi bahasa ialah berpisah atau meninggalkan.
Manakala dari segi istilah pula, pengertian mufaraqah itu adalah serupa sepertimana pengertiannya dari segi bahasa.
Pengertian mufaraqah dalam ibadat sembahyang pula jika dikaitkan mengikut makna dari segi bahasa ialah makmum berpisah daripada mengikut imam dalam sembahyang berjemaah.
Apabila makmum berniat mufaraqah maka terputuslah hubungan sembahyang makmum dengan sembahyang imam, dan apa juga hukum yang berlaku ke atas imam tidak akan menjejaskan hukum sembahyang makmum seperti hukum mengikut imam atau hukum imam terlupa atau tersilap.
 
BAGAIMANA JIKA IMAM TERLUPA ATAU TERSILAP MELAKUKAN RUKUN SOLAT? Apabila imam tersilap atau terlupa melakukan rukun sembahyang, maka makmum sunat mengingati imam dengan cara ucapan tasbih (Subhanallah) bagi makmum lelaki dan dengan cara tashfiq bagi makmum khuntsa dan perempuan.
Jika imam menyedari akan kesilapannya lalu mengerjakan rukun yang tertinggal itu, maka wajib bagi makmum mengikut imam tersebut.
Akan tetapi jika imam tidak juga melakukan rukun yang tertinggal itu, makmum tidaklah boleh terus mengikut sembahyang imam tersebut malah haram hukumnya.
Oleh yang demikian makmum wajib berniat mufaraqah dan menyelesaikan sembahyangnya secara bersendirian.
 
HUKUM NIAT MUFARAQAH hukum mufaraqah boleh menjadi wajib, sunat, harus, makruh dan haram mengikut keadaan yang berlaku ke atas imam dan makmum.
1. Jika seseorang berniat mufaraqah (berpisah daripada imam) dan meneruskan solatnya secara bersendirian, hukumnya adalah harus jika ada keuzuran. Jika tanpa sebarang keuzuran, makruh hukumnya kerana dia mufaraqah daripada solat jemaah yang dituntut sama ada tuntutan secara wajib atau pun sunat muakkad (sangat digalakkan).
2. Keuzuran yang membolehkan makmum niat mufaraqah: Imam terlampau memanjangkan bacaannya. Imam sengaja meninggalkan sunat ab’adh seperti tasyahhud awal dan qunut, maka harus makmum mufaraqah dengan tujuan untuk melakukan sunat itu. Makmum mufaraqah kerana sakit yang dialaminya. Bimbang mengantuk menguasainya atau sesuatu yang merosakkan solatnya. Bimbang hilang atau binasa hartanya atau ketinggalan rombongannya. PERHATIAN Mufaraqah daripada imam disebabkan keuzuran tidak meluputkan fadilat berjemaah.
Bahkan kadangkala mufaraqah itu wajib, seperti berlaku sesuatu yang membatalkan solat imam.
Makmum tahu perkara itu, maka wajiblah dia berniat mufaraqah dengan segera.
Kalau tidak, batal solatnya walaupun dia tidak ikut perbuatan imam yang selanjutnya.
 
KEWAJIPAN MAKMUM DALAM MENGIKUT IMAM PADA SEMUA PERBUATAN SOLAT 1. Wajib bagi makmum mengikuti imam dalam segala gerak solat tanpa mendahuluinya dan tanpa melakukan gerak solat serentak dengan gerak solat imamnya. Kebiasaan para sahabat yang solat di belakang Rasulullah SAW tidak membongkokkan belakang untuk turun sujud sehingga mereka melihat Baginda telah pun sujud.
2. Jangan mendahului imam dengan dua rukun fi’li dan jangan ketinggalan daripada imam dengan dua rukun fi’li tanpa sebarang keuzuran. 3. Jangan menyalahi imam dalam perkara sunat yang dikira mencacatkan solat apabila menyalahinya. Perkara-perkara sunat tersebut ialah:
i. Sujud Tilawah:
Wajib mengikut imam (muwafaqah) mengerjakannya atau meninggalkannya. Menyalahi imam dalam melakukannya atau meninggalkannya membatalkan solat.
ii. Sujud Sahwi:
Wajib muwafaqah imam mengerjakannya tetapi tidak wajib pada meninggalkannya, ketika imam melakukannya, wajib makmum turut melakukannya.
Sebaliknya jika imam meninggalkannya, makmum boleh melakukannya setelah pasti imam bukan memberi salam kerana lupa meninggalkan sujud sahwi.
ii. Tasyahhud Awal:
Wajib muwafaqah imam pada meninggalkannya tetapi tidak pada mengerjakannya.
Jika imam meninggalkan tasyahhudawal, wajib makmum meninggalkan tasyahhud awal itu.
Jika dia melakukannya juga (pada ketika imam tidak melakukan itu) dianggap melakukan perbuatan tambahan yang tidak dilakukan oleh imam.
Namun begitu, jika imam melakukan tasyahhud awal, boleh makmum meninggalkan tasyahhud awal tersebut dan solatnya sah kerana dia hanya mendahului imamnya dengan satu rukun sahaja.
PERHATIAN Doa qunut, tidak wajib muwafaqah pada mengerjakannya dan meninggalkannya.
Sah solat makmum yang tidak membaca qunut walaupun dia mengikut imam yang membaca qunut, dan begitulah juga sebaliknya.
Jika imam meninggalkan qunut, makmum masih boleh melakukannya dengan beberapa pertimbangan berikut:
Sunat makmum mengerjakan qunut jika sempat dengan imam pada sujud yang pertama Harus baginya membaca qunut jika sempat dengan imam pada duduk di antara dua sujud. Tidak harus lagi melakukannya jika tidak sempat dengan imam kecuali dalam sujud yang kedua. Makmum yang melakukan qunut yang ditinggalkan oleh imam tidak dianggap melakukan perbuatan tambahan yang tidak dilakukan oleh imam, tetapi dianggap memanjangkan apa yang telah dilakukan oleh imamnya iaitu iktidal.
Perbuatan ini dipanggil “mutakhallif”.
Kesimpulan Hukum asal solat berjemaah adalah mesti mengikut pergerakan dan perbuatan Imam
Namun harus bagi makmum niat mufaraqah dengan imam dengan keuzuran dan menyempurnakan solat secara berseorangan jika berlaku perkara-perkara seperti yang dibincangkan di atas.
Semoga panduan ini memberi manfaat.
The post Hukum Mufaraqah (Berpisah Daripada Imam) Dalam Solat Berjemaah appeared first on AKU ISLAM.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://akuislam.com/blog/ibadah/mufaraqah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Mengerjakan Solat Istikharah Secara Berjemaah

Hukum Mengerjakan Solat Istikharah Secara Berjemaah

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 304 hits
SOALAN Bolehkah solat istikharah dilakukan secara berjamaah JAWAPAN Istikharah membawa maksud menuntut bantuan dalam melakukan pemilihan Dari sudut seseorang menuntut supaya diberikan kesungguhan ke arah sesuatu perkara yang terpilih di sis...
Mufti Wilayah Respon Isu Kanak Kanak Dihalau Ke Saf Belakang Ketika Solat Berjemaah

Mufti Wilayah Respon Isu Kanak Kanak Dihalau Ke Saf Belakang Ketika Solat Berjemaah

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 398 hits
Semalam tersebar satu surat layang yang ditulis oleh seorang kanak kanak apabila di berasa kecewa apabila dihalau ke saf belakang ketika ingin melakukan solat berjemaah dengan alasan mengatakan dia belum berkhatan Kanak kanak yang dikenali ...
Hukum Telan Sisa Makanan Di Celahan Gigi Ketika Solat

Hukum Telan Sisa Makanan Di Celahan Gigi Ketika Solat

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 422 hits
SOALAN Adakah membatalkan solat kita apabila kita menelan sisa makanan yang terdapat pada celah gigi ketika solat JAWAPAN Solat merupakan salah satu daripada rukun Islam dan merupakan rukun yang penting selepas mengucap dua kalimah shahadah...
Hukum Jenayah Tak Solat Jumaat Pedulikan Lfl

Hukum Jenayah Tak Solat Jumaat Pedulikan Lfl

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 369 hits
Sokong penguatkuasaan tegas tak solat JumaatBuat pertama kalinya di Malaysia Mahkamah Rendah Syariah Hulu Terengganu telah menjatuhkan hukuman denda RM2 500 dan sebulan penjara bagi seorang tertuduh yang merupakan ketua keluarga dan RM2 400...
Kematian Yang Dicemburui Jemaah Umrah Meninggal Selepas Tunai Solat Jumaat Dan Ziarah Makam Rasulullah

Kematian Yang Dicemburui Jemaah Umrah Meninggal Selepas Tunai Solat Jumaat Dan Ziarah Makam Rasulullah

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 459 hits
Sumber gambar dari Assfiyal AlbaniKita tidak pernah menjangka bagaimana pengakhiran hidup kita nanti sama ada berakhir dengan baik atau tidak Tapi jauh disudut hati kita kita mahukan biarlah ia berakhir dengan husnul khatimah Sama seperti c...
Sujud Ketika Solat Kelebihan Yang Kita Sendiri Tidak Sedar

Sujud Ketika Solat Kelebihan Yang Kita Sendiri Tidak Sedar

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 564 hits
Solat itu tiang agama jadi beri tahu pasangan masing masing agar sentiasa taat dan patuh perintahNYA Setiap gerakan di dalam solat itu ada sebabnya salah satunya ketika sujud punya 1001 kelebihan yang tersembunyi First awareness of the body...
Panduan Solat Bagi Orang Sakit Uzur Di Rumah Atau Hospital

Panduan Solat Bagi Orang Sakit Uzur Di Rumah Atau Hospital

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 1582 hits
Kenapa Anda Yang Harus Sakit Sakit merupakan suatu anugerah nikmat dan mungkin juga suatu ujian sebagai kifarah untuk menyucikan dosa dosa anda Oleh itu bersyukurlah kerana nyawa anda masih ada Anda masih dikasihi dan diberikan nikmat untuk...
Dua Gadis Dikecam Netizen Akibat Mempersendakan Solat

Dua Gadis Dikecam Netizen Akibat Mempersendakan Solat

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 416 hits
Ish geram betul bila sis tengok dua perempuan tu Rasa nak bagi penampar je Mana taknya kalau korang tengok video yang dimuatnaik oleh seorang pengguna issarieff di Twitter dua perempuan tu boleh mempersendakan solat agama Islam gais Assalam...
Bapa Maut Kemalangan Anak Lelaki Usia 14 Tahun Tenang Imamkan Solat Jenazah

Bapa Maut Kemalangan Anak Lelaki Usia 14 Tahun Tenang Imamkan Solat Jenazah

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 401 hits
Seorang pemandu lori ais Abdul Rani Abdullah maut selepas kenderaan yang dinaikinya melanggar tembok Tol Lunas Lebuhraya Butterworth Kulim dari Kubang Semang menghala ke Lunas Kulim Isnin lalu Mangsa yang mengalami kecederaan parah disahkan...
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation