Hukum Hadir Ke Masjid Selepas Hisap Rokok Atau Makan Makanan Berbau



SOALAN:
Apa hukum seseorang yang baru lepas menghisap rokok atau memakan makanan yang berbau kurang enak untuk hadir solat berjemaah di masjid?

JAWAPAN:
Hadir ke masjid bagi menunaikan ibadah merupakan suatu ibadah yang amat dituntut di sisi syarak. Begitu banyak nas yang menunjukkan kepada anjuran tersebut. Antaranya adalah sebuah hadith yang diriwayatkan Abu Hurairah R.A beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ غَدَا إِلَى الْمَسْجِدِ أَوْ رَاحَ أَعَدَّ اللَّهُ لَهُ فِي الْجَنَّةِ نُزُلاً كُلَّمَا غَدَا أَوْ رَاحَ
“Sesiapa yang pergi ke masjid pada waktu pagi atau petang, Allah akan menghitungnya sebagai tetamu di syurga setiap kali dia pergi pada kedua waktu tersebut.” [Riwayat Muslim (669)]

Imam Ibn Battal dalam syarahan beliau ke atas hadith ini berkata: “Pada hadith ini terdapatnya anjuran untuk menghadiri solat secara berjemaah dan juga melazimi masjid-masjid bagi mendirikan solat.” [Rujuk: Syarah Al-Bukhari, Ibn Battal (2/285)]

Berbalik kepada persoalan yang dikemukakan, kami katakan bahawa memang terdapat larangan yang khusus kepada mereka yang memakan makanan yang berbau busuk supaya tidak mendekati atau dalam kata lain menghadiri masjid. Dalam keadaan tidak dibersihkan mulut terlebih dahulu dari bauan tersebut. Ini berdasarkan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Umar R.A beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ أَكَلَ مِنْ هَذِهِ الشَّجَرَةِ ـ يَعْنِي الثُّومَ ـ فَلاَ يَقْرَبَنَّ مَسْجِدَنَا
“Sesiapa yang makan dari pohon ini -iaitu bawang putih- maka janganlah dia mendekati masjid kami.” [Riwayat Al-Bukhari (853)]

Fiqh dan faedah yang boleh dikeluarkan dari hadith ini adalah, dilarang bagi seseorang yang memakan makanan yang berbau busuk untuk menghadirkan diri ke masjid bagi solat berjamaah. Ini kerana, solat berjemaah bukan semata melibatkan hubungan seseorang dengan Allah SWT, bahkan dalam masa yang sama ia melibatkan hubungan manusia dengan manusia-manusia yang lain. Islam merupakan agama yang meraikan perasaan dan keselesaan orang lain, justeru dilarang bagi mereka yang baru lepas memakan makanan yang berbau untuk hadir ke masjid dan juga tempat-tempat ibadah lain yang terdapat padanya orang ramai.

Imam Al-Nawawi dalam syarahan beliau ke atas hadith ini berkata: “Para ulama' mengqiaskan ke atas hadith ini juga terhadap tempat-tempat solat yang lain selain dari masjid seperti musolla hari raya, solat jenazah, dan seumpamanya daripada tempat-tempat orang ramai berkumpul bagi beribadah. Demikian juga tempat-tempat orang berkumpul untuk menuntut ilmu, majlis zikir, kenduri-kenduri kahwin dan sebagainya. Namun ia tidak terkait dengan pasar-pasar dan tempat seumpamanya.” [Rujuk: Al-Minhaj Syarah Sahih Muslim, Al-Nawawi (5/48)]

Kami juga menambah bahawa larangan di dalam hadith tersebut tidaklah merujuk kepada bawang putih atau bawang merah sahaja, bahkan turut meliputi segala makanan lain atau selain makanan seperti rokok yang menghasilkan bauan yang busuk yang boleh menyebabkan gangguan pada para jemaah yang lain. Ini kerana dalam riwayat yang lain Rasulullah SAW menyebut:

وَلاَ يُؤْذِيَنَّا بِرِيحِ الثُّومِ
“Janganlah dia menyakiti kami dengan bau bawang tersebut.” [Riwayat Muslim (562)]

Maka setiap bauan yang menyakiti para jemaah turut termasuk dalam larangan di dalam hadith ini. Manakala berkenaan dengan larangan di dalam hadith ini, adakah ia merujuk kepada hukum haram atau makruh, maka kami katakan bahawa para ulama' menghukumkan ia sebagai perbuatan yang makruh dan tidak sampai kepada hukum haram.

Penutup

Sebagai kesimpulan, setelah kami meneliti nas dan hujahan di atas kami menyatakan bahawa hadir ke masjid setelah menghisap rokok atau makanan yang berbau adalah dimakruhkan. Ini kerana, bauan yang terhasil darinya akan menyebabkan gangguan kepada para jemaah. Namun begitu, sekiranya seseorang itu telah membersihkan mulutnya dari bauan busuk tersebut maka tiada larangan kepadanya untuk pergi ke masjid kerana telah ternafi illah larangan. Ini berdasarkan kaedah feqah:

الحكم يدور مع علله وجودا وعدما
“Hukum itu berlegar bersama illahnya dari sudut wujud hukum atau tiada.”

Dalam makna yang lain, sekiranya ada illah maka adalah hukum dan sekiranya telah tiada illah maka tiadalah hukum.

Akhir kalam, kami berdoa kepada Allah SWT agar memberikan kefahaman yang tepat kepada kita semua dalam beragama. Ameen.

Oleh: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/03/hukum-hadir-ke-masjid-selepas-hisap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jais Arah Buka Kembali Masjid Yang Ditutup Sementara Oleh Pihak Masjid Selepas Ahli Jemaah Sah Terkena Covid 19

Jais Arah Buka Kembali Masjid Yang Ditutup Sementara Oleh Pihak Masjid Selepas Ahli Jemaah Sah Terkena Covid 19

papar berkaitan - pada 15/3/2020 - jumlah : 600 hits
Kes berkaitan isu wabak atau virus Covid 19 semakin melarat apabila yang terkini sebuah masjid Masjid Al Munawwarah di Seksyen 27 terpaksa ditutup untuk kerja kerja pembersihan dan sanitasi Ini menyebabkan aktiviti solat fardhu di masjid be...
Redmi Note 9 Akan Hadir Di Malaysia 23 Mac Ini Tetapi Ia Bukannya Model Pro Atau Pro Max

Redmi Note 9 Akan Hadir Di Malaysia 23 Mac Ini Tetapi Ia Bukannya Model Pro Atau Pro Max

papar berkaitan - pada 15/3/2020 - jumlah : 296 hits
Baru sahaja lagi siri Redmi Note 9 telah dilancarkan di India dengan model Note 9 Pro dan Pro Max Untuk pasaran Malaysia pihak Xiaomi dilihat tidak menunggu lama untuk membawakan siri terbaru ini Akan tetapi menurut imej poster yang dimuat ...
Tiada Lagi Pelancong Bagi Makan Rusa Lapar Serbu Masuk Bandar Demi Cari Makanan

Tiada Lagi Pelancong Bagi Makan Rusa Lapar Serbu Masuk Bandar Demi Cari Makanan

papar berkaitan - pada 15/3/2020 - jumlah : 324 hits
Industri pelancongan Jepun sememangnya mendapat tamparan hebat ekoran wabak virus Covid 19 yang sedang melanda dunia ketika ini Malahan orang ramai juga dilihat lebih memilih untuk berkurung di rumah kerana bimbang dijangkiti dengan virus m...
Kenapa Kucing Makan Atau Bunuh Anak

Kenapa Kucing Makan Atau Bunuh Anak

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 503 hits
Kenapa Kucing Makan Atau Bunuh Anak Lama juga tak menaip entri berkaitan dengan kucing So disebabkan kawan cik en tanya Kenapa Kucing Makan Atau Bunuh Anak dan dalam masa yang sama cik en tak pernah lagi buat entri Kenapa Kucing Makan Atau ...
Hukum Kentut Di Dalam Masjid

Hukum Kentut Di Dalam Masjid

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 250 hits
SOALAN Saya tertanya tanya apakah hukumnya seseorang itu kentut di dalam masjid Adakah ia dilarang atau dibolehkan JAWAPAN Masjid merupakan tempat perhimpunan bagi umat Islam Justeru sudah pasti ia turut melibatkan hak hak dan juga adab ada...
Hukum Sedekah Lebihan Makanan Kenduri Kepada Pusat Tahfiz

Hukum Sedekah Lebihan Makanan Kenduri Kepada Pusat Tahfiz

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 338 hits
SOALAN Sekarang ini menjadi budaya masyarakat kita memberi lebihan makanan kenduri kepada pusat pusat tahfiz Adakalanya makanan yang diberi telah basi dan busuk namun tidak mahu membuangnya dan menghantarnya kepada pusat tahfiz Persoalan sa...
Hukum Berniaga Di Tempat Larangan Atau Tanpa Permit

Hukum Berniaga Di Tempat Larangan Atau Tanpa Permit

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 233 hits
SOALAN Apa hukumnya jika saya membuka warung perniagaan di tempat yang tidak dibenarkan untuk berniaga oleh pihak berkuasa tempatan Atau jika saya berniaga di tempat yang sah tapi tidak memohon lesen Adakah pendapatan saya dikira halal atau...
Hukum Beri Minyak Wangi Kepada Jemaah Selepas Iqamah Dilaungkan

Hukum Beri Minyak Wangi Kepada Jemaah Selepas Iqamah Dilaungkan

papar berkaitan - pada 15/3/2020 - jumlah : 221 hits
SOALAN Di surau perumahan saya ada seorang yang suka untuk beri minyak wangi selepas iqamah dilaungkan Dia akan pergi ke setiap saf untuk beri minyak wangi Benda ni kadang kadang buat saya dan beberapa jemaah lain terganggu sebab masa itu k...
Hukum Bersumpah Dengan Nama Atau Sifat Allah Yang Diterjemah

Hukum Bersumpah Dengan Nama Atau Sifat Allah Yang Diterjemah

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 223 hits
SOALAN Apa hukum bersumpah dengan nama atau sifat Allah SWT yang telah diterjemah JAWAPAN Sumpah dalam bahasa Arab ialah al Aiman Ia merupakan jamak dari perkataan al Yamin Pada dasarnya ia bermaksud tangan kerana untuk bersumpah masyarakat...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Tawaran Pakej Haji Terbaik Dan Premium Dari Mkm

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye

Wanita Berhati Angkasa Buku Motivasi Untuk Wanita Dan Inspirasi Untuk Suri Rumah

Cara Cuci Kerang

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh

Kerajaan Pn Akan Undang Bencana

Pkr Datang Dari Jalanan Jangan Halang Rakyat Berhimpun Hassan Karim