Hukum Beri Minyak Wangi Kepada Jemaah Selepas Iqamah Dilaungkan



SOALAN:
Di surau perumahan saya, ada seorang yang suka untuk beri minyak wangi selepas iqamah dilaungkan. Dia akan pergi ke setiap saf untuk beri minyak wangi. Benda ni kadang-kadang buat saya dan beberapa jemaah lain terganggu sebab masa itu kami nak fokus untuk solat. Boleh ke buat sesuatu selain solat selepas iqamah dilaungkan? Kadang-kadang nak jaga hati dia saya terima sahaja minyak wangi dia. Cuma nak nasihat tu saya lemah sedikit. Mohon pencerahan. Terima kasih.

JAWAPAN:
Sudah menjadi seorang Muslim untuk bersegera melakukan dan melaksanakan perintah Allah. Firman Allah SWT:

وَسَارِعُوٓا۟ إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا ٱلسَّمَـٰوَٰتُ وَٱلْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ
“Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.” (Surah Ali Imran: 133)

Al-Hafiz Ibnu Kathir menyebut ayat ini menjadi galakan agar segera melaksanakan perintah dan suruhan Allah yang mana tujuannya adalah untuk mendekatkan diri kepada-Nya. (Rujuk: Al-Tafsir Al-‘Azim, 1/496)

Oleh kerana itu, segala perintah Allah SWT khususnya perkara-perkara berkenaan ibadah seperti solat tidak boleh dilengah-lengahkan dan dilewatkan apatah lagi dicuaikan.

Di antara sunnah yang tidak boleh ditinggalkan sebelum menunaikan solat ialah iqamah. Iqamah merupakan lafaz dan zikir yang khusus yang diucapkan dan dilaungkan sebagai satu makluman bahawa solat akan didirikan. Ia merupakan fardu kifayah yang tidak boleh dicuaikan. Al-Khatib Al-Syarbini menyebut bahawa iqamah adalah syiar yang tidak boleh ditinggalkan. Meninggalkan laungan iqamah adalah satu perbuatan yang dianggap sebagai cuai dan memandang remeh syiar islam. (Rujuk: Mughni Al-Muhtaj Ila Ma’rifah Ma’ani Alfaz Al-Minhaj, 1/134)

Hukumnya adalah sunat seperti mana azan. Ia mempunyai syarat dan sunat-sunat sama seperti azan. Akan tetapi iqamah berbeza dari azan dalam beberapa perkara.

• Lafaz iqamah adalah lafaz tunggal.
• Menyebut lafaz iqamah dengan cepat. Ini kerana iqamah adalah untuk mereka yang sudah berada di masjid atau surau menunggu solat didirikan.
• Bagi mereka yang ingin menggantikan solat (قضاء) cukup untuk azan sekali dan sunat untuk melaungkan iqamah bagi setiap solat yang ingin digantikan.
• Iqamah dilaungkan selepas dipastikan masuknya waktu solat. Jika ianya dilaungkan sebelum masuk waktu solat maka terbatal lah iqamah tersebut.

Imam Al-Nawawi menyebut bahawa hikmah daripada laungan azan dan iqamah adalah untuk meninggikan dan mengagungkan nama Allah, nama Rasul-Nya dan mengakui adanya kejayaan dan kejayaan setiap kali menunaikan solat. Ia juga bertujuan supaya perkara-perkara tertanam di dalam diri setiap muslim dan menzahirkan syiar-syiar islam. (Rujuk: Al-Majmu’ Syarh Al-Muhazzab, 3/81)

Kembali kepada persoalan yang dikemukakan, makruh hukumnya melakukan apa sahaja perbuatan termasuklah memberi minyak wangi dan sebagainya selepas iqamah dilaungkan. Perkara ini berdasarkan sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah. Beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا أُقِيمَتِ الصَّلاَةُ فَلاَ صَلاَةَ إِلاَّ الْمَكْتُوبَةُ
“Jika solat telah diiqamahkan (dilaungkan iqamah) maka tiada solat (yang boleh dilakukan) melainkan solat fardu.” [Riwayat Muslim (1678)]

Hadith ini menjelaskan bahawa jika iqamah sudah dilaungkan, maka tidak boleh untuk melakukan apa sahaja solat melainkan solat fardu bagi waktu tersebut. Imam Al-Nawawi menjelaskan hikmah di sebalik larangan ini. Beliau berkata bahawa larangan ini disebutkan adalah supaya seseorang itu dapat fokus dan menumpukan perhatian kepada solat fardu yang akan dilakukan. Maka sejurus selepas imam mengangkat takbir maka dia turut bersama-sama mengangkat takbir. Jika dia sibuk solat sunat sedangkan iqamah sudah dilaungkan ditakuti dia akan tertinggal sebahagian kesempurnaan yang sepatutnya dihadirkan ketika solat fardu. (Rujuk: Al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, 5/221)

Secara mafhumnya berdasarkan hadith tersebut, jika solat sunat pun tidak boleh dilakukan ketika iqamah dilaungkan, apatah lagi perbuatan-perbuatan yang lain seperti bercakap tanpa hajat, bermain handphone, dan lain-lain termasuklah mengedar minyak wangi. Ini kerana perbuatan tersebut boleh menganggu fokus ketika hendak menunaikan. Bahkan lebih daripada itu ianya boleh menganggu fokus jemaah.

Kesimpulannya, perbuatan memberi minyak wangi kepada jemaah selepas iqamah dilaungkan adalah perbuatan yang makruh. Seharusnya apabila selesai iqamah dilaungkan kita perlu menghadirkan hati supaya khusyuk menunaikan solat. Jika boleh, berilah minyak wangi tersebut sebelum daripada iqamah dilaungkan agar tidak menganggu orang lain.

Oleh: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca Di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/03/hukum-beri-minyak-wangi-kepada-jemaah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jais Arah Buka Kembali Masjid Yang Ditutup Sementara Oleh Pihak Masjid Selepas Ahli Jemaah Sah Terkena Covid 19

Jais Arah Buka Kembali Masjid Yang Ditutup Sementara Oleh Pihak Masjid Selepas Ahli Jemaah Sah Terkena Covid 19

papar berkaitan - pada 15/3/2020 - jumlah : 597 hits
Kes berkaitan isu wabak atau virus Covid 19 semakin melarat apabila yang terkini sebuah masjid Masjid Al Munawwarah di Seksyen 27 terpaksa ditutup untuk kerja kerja pembersihan dan sanitasi Ini menyebabkan aktiviti solat fardhu di masjid be...
Hukum Hadir Ke Masjid Selepas Hisap Rokok Atau Makan Makanan Berbau

Hukum Hadir Ke Masjid Selepas Hisap Rokok Atau Makan Makanan Berbau

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 289 hits
SOALAN Apa hukum seseorang yang baru lepas menghisap rokok atau memakan makanan yang berbau kurang enak untuk hadir solat berjemaah di masjid JAWAPAN Hadir ke masjid bagi menunaikan ibadah merupakan suatu ibadah yang amat dituntut di sisi s...
Serlahkan Personaliti Anda Dengan Mage Minyak Wangi Padu Dari Hazama

Serlahkan Personaliti Anda Dengan Mage Minyak Wangi Padu Dari Hazama

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 331 hits
Korang pernah dengar tak lagu nie Bangun pagi cuci muka gosok gigi pakai baju Makan roti minum susu pergi kerja senang hati var currentUrlTwo window location hostname window location pathname console log
Selepas Bergambar Dengan Mp Kuching Dr Mahathir Jalani Kuarantin

Selepas Bergambar Dengan Mp Kuching Dr Mahathir Jalani Kuarantin

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 147 hits
ARIF ATAN Gara gara pernah bergambar dengan Ahli Parlimen Kuching dari DAP Dr Kelvin Yii yang disahkan positif koronavirus baharu Tun Dr Mahathir bertindak menjalani kuarantin secara sukarela Dalam satu klip video yang dikongsi eksklusif be...
Selepas Post Gambar Bulan Madu Emma Post Gambar Solat Pulak Siap Peerli Netizen

Selepas Post Gambar Bulan Madu Emma Post Gambar Solat Pulak Siap Peerli Netizen

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 282 hits
Pelakon popular Emma Maembong meluahkan rasa hairan dengan sikap segelintir netizen yang suka mempertik4ikan tindakan sesetengah pihak yang berkongsi hal mengenai amalan kebajikan dan keagamaan di media sosial Selepas post gambar bulan madu...
Selepas Dikritik Bilik Berita Jabatan Penerangan Dibuka Kembali

Selepas Dikritik Bilik Berita Jabatan Penerangan Dibuka Kembali

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 220 hits
Selepas di kritik kerana menutup Bilik Beritanya Jabatan Penerangan Malaysia hari ini mengumumkan Bilik Beritanya dibuka kembali Dalam satu kenyataan medianya hari ini Jabatan Penerangan memaklumkan pembukaan semual itu melalui NOTIS PEMAKL...
Positif Covid 19 Selepas Curang Pada Isteri

Positif Covid 19 Selepas Curang Pada Isteri

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 281 hits
Kisah seorang lelaki X yang disahkan positif Covid 19 selepas bertemu dengan kekasih gelapnya di Itali Lelaki x kini sedang menjalani pengasingan selepas pulang ke negara tersebut Bagaimanapun lelaki x ini masih dalam keadaan bingung untuk ...
Selepas P Pinang N Sembilan Lancar Pelan Bantuan Rayat Terjejas Covid 19

Selepas P Pinang N Sembilan Lancar Pelan Bantuan Rayat Terjejas Covid 19

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 312 hits
SELEPAS P PNANG N Sembilan lancar pelan bantuan rayat terjejas Covid 19Oleh March 18 2020Kerajaan Negeri Sembilan merupakan yang pertama mengumumkan inisiatif mengurangkan beban rakyat dalam menghadapi sekatan pergerakan berikutan penularan...
Apa Jadi Selepas Sebulan Wuhan Lockdown

Apa Jadi Selepas Sebulan Wuhan Lockdown

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 335 hits
Wuhan Lockdown Sejak 23 Januari lalu kota Wuhan telah dikunci lockdown Tindakan itu terpaksa diambil oleh pemerintah China kerana penularan koronavirus di kawasan tersebut
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025