Hukum Berniaga Di Tempat Larangan Atau Tanpa Permit



SOALAN:
Apa hukumnya jika saya membuka warung perniagaan di tempat yang tidak dibenarkan untuk berniaga oleh pihak berkuasa tempatan? Atau jika saya berniaga di tempat yang sah, tapi tidak memohon lesen? Adakah pendapatan saya dikira halal, atau haram?

JAWAPAN:
Hukum asal perniagaan kembali kepada hukum asal dalam muamalat iaitu perhubungan sesama manusia, iaitu harus sehingga adanya dalil yang melarang.

Firman Allah SWT:

هُوَ الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الأَرْضَ ذَلُولا فَامْشُوا فِي مَنَاكِبِهَا وَكُلُوا مِنْ رِزْقِهِ وَإِلَيْهِ النُّشُورُ
“Dialah yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezeki-Nya. Dan hanya kepada-Nyalah kamu (kembali setelah) dibangkitkan.” [Surah Al-Mulk (15)]

Kaedah fiqh menyebut:

الأصل في المعاملات الإباحة حتى يرد الدليل على خلافه
“Asal segala sesuatu dalam bidang muamalat ialah harus, sehingga adanya dalil yang menyanggahi dan mengharamkannya.”

Adapun hadith Sa’id bin Zaid R.A yang meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ أَحْيَا أَرْضًا مَيْتَةً فَهِيَ لَهُ
“Sesiapa yang menghidupkan tanah yang mati, maka dia berhak ke atas tanah tersebut.” [Sunan Abi Dawud (3073) dan Muwatto (1430)]

Hadith ini tidak bermaksud seseorang itu bebas untuk menjalankan perniagaan di mana-mana lokasi yang difikirkan sesuai.

Syeikh Khalil al-Saharanfuri sewaktu menjelaskan hadith ini menyatakan bahawa ‘tanah yang mati’ dalam hadith di atas difahami oleh para fuqaha’ sebagai tanah yang tidak bertuan yang berada di luar kawasan suatu negeri, atau tanah yang tidak mempunyai sebarang maslahah untuk negeri atau kampung tersebut. Tanah yang diusahakan itu juga mestilah mendapat keizinan pemerintah terlebih dahulu, dan inilah pandangan yang dipegang oleh Imam Abu Hanifah, Qadhi Abu Yusuf, Imam Malik sebagaiman dinukilkan oleh Imam al-Syaukani dan Imam Mulla Ali al-Qari. (Rujuk: Bazl al-Majhud fi Halli Alfaz Abi Dawud 10/318, Nail al-Autor 6/45 dan Mirqat al-Mafatih Syarh Misykat al-Masobih 6/133)

Konteks kenegaraan zaman moden

Dalam konteks kenegaraan pada zaman sekarang, terdapat syarat-syarat tertentu yang dikenakan oleh pihak berkuasa tempatan terhadap peniaga dan penjaja, antaranya ialah:

• Tidak dibenarkan penjaja menjalankan perniagaan dalam lingkungan jarak tertentu dari simpang jalan.
• Larangan menjalankan perniagaan di atas tangga kaki lima atau siar kaki awam.
• Tidak dibenarkan menjalankan perniagaan di mana-mana kawasan yang difikir boleh menimbulkan masalah gangguan kepada lalu lintas dan pejalan kaki.

Larangan-larangan ini sebenarnya telahpun termasuk di bawah hadith Rasulullah SAW yang melarang secara umum segala jenis bentuk kerosakan dan mudarat:

لاَ ضَرَرَ وَلاَ ضِرَارَ
“Tidak boleh berbuat kerosakan dan membalas kerosakan orang lain.” [Sunan Ibn Majah (2341) dan Al-Muwatto’ (1435)]

Satu kaedah fiqh juga menyebut:

الضرر يزال بقدر الإمكان
“Suatu kesusahan atau kemudaratan itu hendaklah di hilangkan semampu yang mungkin.”

Selain itu, konsep taqyid al-mubah juga digunapakai, di mana pemerintah berhak mengehadkan perkara-perkara yang pada asalnya adalah harus, namun ia dilarang atas dasar maslahah. Kaedah fiqh menetapkan:

تصرف الإمام على الرعية منوط بالمصلحة
“Polisi dan tindakan pemerintah terhadap rakyat itu hendaklah berdasarkan kepada pertimbangan maslahah (dan mafsadah).”

Kata Imam Ibn Hajar al-Haitami al-Syafi’e: “Adalah tidak wajib untuk menuruti arahan pemimpin (al-hakim) yang tidak membawa kepada maslahah ‘ammah. Maka difahami scara mafhum mukhalafah, menurut arahan pemimpin yang mempunyai maslahah ‘ammah ialah wajib.” (Rujuk: Tuhfah al-Muhtaj 3/71)

Maka kami tegaskan, hasil pendapatan daripada perniagaan tanpa lesen, atau yang dijalankan di lokasi yang dilarang oleh pihak berkuasa adalah tetap halal selagi barangan yang dijual adalah halal, akad yang sahih dan tidak melibatkan penipuan atau kezaliman ke atas pembeli.

Namun mentaati arahan pemerintah adalah wajib jika arahan tersebut mempunyai maslahah, dimana larangan berniaga mungkin atas faktor keselamatan, begitu juga peraturan duniawi yang lain.

Kesimpulan

Tuntasnya, kami nyatakan bahawa tidak mentaati arahan kerajaan dari sudut permohonan lesen atau berniaga di lokasi terlarang tidak menjejaskan status halal pendapatan, tapi ia boleh membawa kepada dosa dari sudut yang lain, seperti ancaman keselamatan, ketidakadilan kepada peniaga lain yang memohon lesan dan sebagainya.

Wallahua’lam.

Oleh: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca Di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/03/hukum-berniaga-di-tempat-larangan-atau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Bersumpah Dengan Nama Atau Sifat Allah Yang Diterjemah

Hukum Bersumpah Dengan Nama Atau Sifat Allah Yang Diterjemah

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 238 hits
SOALAN Apa hukum bersumpah dengan nama atau sifat Allah SWT yang telah diterjemah JAWAPAN Sumpah dalam bahasa Arab ialah al Aiman Ia merupakan jamak dari perkataan al Yamin Pada dasarnya ia bermaksud tangan kerana untuk bersumpah masyarakat...
Bulughul Maram Shalat Tempat Yang Dilarang Shalat Hukum Shalat Menghadap Kubur

Bulughul Maram Shalat Tempat Yang Dilarang Shalat Hukum Shalat Menghadap Kubur

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 310 hits
Mana sajakah tempat yang dilarang shalat dan bagaimana hukum shalat menghadap kubur shalat di dalam toilet shalat di tengah jalan shalat di tempat pemandian sampai shalat lebih tinggi dari Kabah Yuk pelajari dari bahasan Bulughul Maram kali...
Hukum Hadir Ke Masjid Selepas Hisap Rokok Atau Makan Makanan Berbau

Hukum Hadir Ke Masjid Selepas Hisap Rokok Atau Makan Makanan Berbau

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 360 hits
SOALAN Apa hukum seseorang yang baru lepas menghisap rokok atau memakan makanan yang berbau kurang enak untuk hadir solat berjemaah di masjid JAWAPAN Hadir ke masjid bagi menunaikan ibadah merupakan suatu ibadah yang amat dituntut di sisi s...
Donald Trump Suspek Covid19 Tunggu Result Samada Positif Atau Tidak

Donald Trump Suspek Covid19 Tunggu Result Samada Positif Atau Tidak

papar berkaitan - pada 15/3/2020 - jumlah : 256 hits
Kalaulah keputusan positif yang pastinya semua kabinet US mungkin terlibat Yang contact dengan trump juga akam dikuarantin Semua sedia tahu kesan covid19 bukannya instantly Ia ibarat bom jangka yang boleh meledak didalam tubuh jika sistem i...
Demokrat Pilih Ketum Malam Ini Ibas Atau Ahy Paling Layak

Demokrat Pilih Ketum Malam Ini Ibas Atau Ahy Paling Layak

papar berkaitan - pada 15/3/2020 - jumlah : 241 hits
Sedianya Kongres Demokrat akan digelar tiga hari yakni mulai tanggal 14 hingga 16 Maret 2020 Namun karena alasan wabah corona yang mulai merebak di Indonesia Kongres dipersingkat menjadi satu hari Malam ini Demokrat sudah punya ketua umum b...
Apakah Idrus Harun Akan Mengambil Tindakan Ke Atas Adik Beliau Azhar Harun Atau Akan Jadi Tommy Tomato 2 0

Apakah Idrus Harun Akan Mengambil Tindakan Ke Atas Adik Beliau Azhar Harun Atau Akan Jadi Tommy Tomato 2 0

papar berkaitan - pada 15/3/2020 - jumlah : 664 hits
Ujian Pertama AG Sediakah Dakwa Azhar Harun Yang Merupakan Adik Beliau Yang orang ramai nampak cuma tindakan Suruhanjaya Pilihanraya tutup sebelah mata kepada kesalahan kesalahan Pakatan Harapan yang dilakukan terang terang ketika PPRK Kima...
Antara Marah Atau Kecewa

Antara Marah Atau Kecewa

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 279 hits
Assalammualaikum wbtANTARA MARAH ATAU KECEWA Bergelut dengan bermacam urusan setiap hari bukan satu keanehan ianya menjadi rutin Sama setiap hari berkurang atau bertambah bergantung pada keperluan Berselang seli dengan segenap urusan sudah ...
Redmi Note 9 Akan Hadir Di Malaysia 23 Mac Ini Tetapi Ia Bukannya Model Pro Atau Pro Max

Redmi Note 9 Akan Hadir Di Malaysia 23 Mac Ini Tetapi Ia Bukannya Model Pro Atau Pro Max

papar berkaitan - pada 15/3/2020 - jumlah : 322 hits
Baru sahaja lagi siri Redmi Note 9 telah dilancarkan di India dengan model Note 9 Pro dan Pro Max Untuk pasaran Malaysia pihak Xiaomi dilihat tidak menunggu lama untuk membawakan siri terbaru ini Akan tetapi menurut imej poster yang dimuat ...
Start Your Property Journey Here Malaysia S Real Estate Trends And Opportunities

We Re In Business As Usual Says Sapura Energy

Tiada Sebab Klinik Swasta Farmasi Dapat Keistimewaan Sinar Harian 08 05 2025

Anwar Abang Jo To Finalise Key Principles For Petronas Petros Talks

Aktivis Saran Bekukan Aset Penceroboh Haram Musang King Raub Kembalikan Hasil Kepada Kerajaan Pahang

Makan Santai Siakap Penyet Dan Mee Jawa Secukup Rasa

Casa En La Laguna By A4estudio A Sculptural Retreat Overlooking Laguna Blanca

Tak Perlu Tunggu Anniversary 10 Hadiah Yang Buat Suami Rasa Dihargai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mee Telur Goreng Yang Sangat Sedap

Tpfx Pontianak Selenggarakan Table Talks Kedua Di Kota Singkawang

Pelajar Parah Didakwa Dibelasah Beramai Ramai

Kes Faisal Halim Bukan Perkara Kecil Menteri Kbs Harap Siasatan Diteruskan

Beli Game Ps5 Lebih Mudah Dengan Apple Pay Kini Tersedia Di Malaysia

Senarai Syarikat Menawarkan Latihan Industri Panduan Untuk Pelajar Malaysia