Hukum Bersumpah Dengan Nama Atau Sifat Allah Yang Diterjemah



SOALAN:
Apa hukum bersumpah dengan nama atau sifat Allah SWT yang telah diterjemah?

JAWAPAN:
Sumpah dalam bahasa Arab ialah al-Aiman (الأيمان). Ia merupakan jamak dari perkataan al-Yamin (اليمين). Pada dasarnya, ia bermaksud tangan kerana untuk bersumpah, masyarakat Arab biasanya mengangkat tangan kanan mereka. (Lihat: Taudhih al-Ahkam, 7/105)

Manakala pada istilah, ia bermaksud menguatkan perkara yang disumpah dengan mengemukakan sesuatu yang agung secara khusus. Hal ini dilakukan dengan dengan menggunakan salah satu di antara huruf sumpah ba’, waw, atau ta’ (dalam bahasa Arab). Iaitu dengan menyebut billahi, wallahi atau tallahi yang membawa maksud ‘demi Allah’. (Lihat: al-Qaul al-Mufid, 2/213 dan Taudhih al-Ahkam, 7/105)

Sumpah hendaklah hanya dilakukan dengan menggunakan nama Allah SWT atau salah satu sifat-Nya. Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar R.Anhuma, Nabi SAW bersabda:

مَنْ كَانَ حَالِفًا فَلْيَحْلِفْ باللَّهِ، أَوْ لِيَصْمُتْ
“Sesiapa yang ingin bersumpah, maka hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah, atau lebih baik diam.” [Riwayat al-Bukhari (3836) dan Muslim (1646)]

Dalam menjawab persoalan di atas, sumpah yang dilakukan menggunakan nama dan sifat Allah SWT meskipun dengan selain bahasa Arab, maka sumpahnya tetap berlaku dan dia wajib membayar kaffarah jika dia melanggarnya.

Kami kemukakan di sini pendapat Ibn Hazm yang antara lain menyebut: “Sumpah tidak berlaku kecuali dengan nama Allah SWT, sama ada dengan menggunakan salah satu nama-Nya atau dengan salah satu sifat yang Dia telah khabarkan kepada kita, dan yang dimaksudkan adalah Allah SWT dan bukan selain-Nya. Hal ini seperti: ‘مقلب القلوب’ (yang membolak-balikkan hati), ‘وارث الأرض وما عليها’ (pewaris bumi dan seisinya), ‘الذي نفسي بيده’ (yang jiwaku ada di tangan-Nya), ‘رب العالمين’ (Tuhan semesta alam) dan yang seumpama dengannya.

Sumpah seperti itu berlaku untuk semua bahasa. Begitu juga seseorang yang bersumpah dengan ilmu Allah, kekuasaan-Nya, kekuatan-Nya atau keagungan-Nya dan semua ungkapan seperti itu. Jika seseorang bersumpah dengan kata-kata ini, maka dia dianggap telah bersumpah. Sekiranya dia melanggarnya, maka dia wajib membayar kaffarah.” (Lihat: al-Muhalla, 8/30)

Ibn al-Humam al-Hanafi pula menjelaskan, seandainya seseorang berkata dalam bahasa Parsi ‘سوكندمي خورم بخداي’, maka ucapan itu dianggap sumpah kerana maknanya adalah ‘Aku bersumpah kepada Allah sekarang.’ (Lihat: Fath al-Qadir, 5/76)

Al-Hattab dari mazhab Maliki turut menegaskan bahawa sesiapa yang bersumpah dengan Allah menggunakan apa-apa bahasa, dan kemudian melanggar sumpah tersebut, maka wajib atasnya kaffarah. (Lihat: Mawahib al-Jalil, 4/399)

Justeru, sumpah yang dilafazkan walaupun menggunakan bahasa selain Bahasa Arab, maka sumpah tersebut tetap berlaku.

Kesimpulan

Berdasarkan nas dan kenyataan di atas, mengucapkan kalimat-kalimat yang mengandungi lafaz sumpah meskipun dengan selain bahasa Arab, maka sumpahnya tetap berlaku dan dia wajib membayar kaffarah jika melanggar sumpah tersebut. Namun yang lebih aulanya adalah dengan melafazkan sumpah dalam bahasa Arab.

Semoga Allah SWT mengurniakan ilmu dan kefahaman yang tepat kepada kita dalam mengamalkan titah perintah-Nya. Amin.

Oleh: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/03/hukum-bersumpah-dengan-nama-atau-sifat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Hadir Ke Masjid Selepas Hisap Rokok Atau Makan Makanan Berbau

Hukum Hadir Ke Masjid Selepas Hisap Rokok Atau Makan Makanan Berbau

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 289 hits
SOALAN Apa hukum seseorang yang baru lepas menghisap rokok atau memakan makanan yang berbau kurang enak untuk hadir solat berjemaah di masjid JAWAPAN Hadir ke masjid bagi menunaikan ibadah merupakan suatu ibadah yang amat dituntut di sisi s...
Menamakan Allah Dengan Nama Yang Tidak Terdapat Dalam Al Quran Dan Hadith

Menamakan Allah Dengan Nama Yang Tidak Terdapat Dalam Al Quran Dan Hadith

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 343 hits
SOALAN Bolehkah memberikan nama kepada Allah SWT yang tidak terdapat dalam al Quran dan al hadith jika dirasakan sesuai dengan sifat keagungan Nya JAWAPAN Menjawab persoalan di atas kami mulakan dengan firman Allah SWT Dan Allah mempunyai n...
Hukum Berniaga Di Tempat Larangan Atau Tanpa Permit

Hukum Berniaga Di Tempat Larangan Atau Tanpa Permit

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 229 hits
SOALAN Apa hukumnya jika saya membuka warung perniagaan di tempat yang tidak dibenarkan untuk berniaga oleh pihak berkuasa tempatan Atau jika saya berniaga di tempat yang sah tapi tidak memohon lesen Adakah pendapatan saya dikira halal atau...
Geng Ph Sanggup Sumpah Dengan Nama Allah Wallahi Wabillahi Watallahi Untuk Fitnah Najib

Geng Ph Sanggup Sumpah Dengan Nama Allah Wallahi Wabillahi Watallahi Untuk Fitnah Najib

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 262 hits
Wallahi Wabillahi Watallahi kata Rafidah melafazkan sumpah dalam mesejnya Saya bersaksi dengan Allah 40 000 hektar tanah telah diswastakan kepada syarikat milik 3 individu dan mereka kini memiliki setiap inci tanah Kementerian Pertahanan su...
Pemandu Bas Ini Jadi Mulia Kerana Ikut Hukum Allah

Pemandu Bas Ini Jadi Mulia Kerana Ikut Hukum Allah

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 234 hits
Saya ikhlas kerana Allah NIAT saya ikhlas kerana Allah langsung tidak terlintas untuk dipuji kata pemandu bas Mohamad Rafidi Mansor 34 yang gambarnya sedang mengendong lelaki warga emas yang kurang keupayaan tular di media sosial sejak bebe...
Takut Allah Atau Takut Virus

Takut Allah Atau Takut Virus

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 453 hits
Saya tertarik dengan statemwnt oleh segelintir ahli tabligh yang degil mengeluarkan penyataan mereka lebih takutkan Allah dari virus Biarlah Mufti yang menjawabnya dibawah artikel ni Kerana mereka nanti saya risau Islam akan sekali lagi di ...
Mengapa Nama Ubai Disebut Oleh Allah

Mengapa Nama Ubai Disebut Oleh Allah

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 405 hits
1 al Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadith yang menarik mengenai Saidina Ubai bin Ka b Suatu hari Rasulullah datang menemui Saidina Ubai lalu berkata kepadanya Sesungguhnya Allah mengarahkan aku agar membacakan Surah al Bayyinah kepada eng...
Bacaan Doa Menyambut Bulan Syaban Mulai 26 Maret 2020 Waktu Allah Mengampuni Semua Dosa

Bacaan Doa Menyambut Bulan Syaban Mulai 26 Maret 2020 Waktu Allah Mengampuni Semua Dosa

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 291 hits
Bulan Syaban merupakan bulan yang di dalamnya terdapat berbagai peristiwa bersejarah di antaranya peristiwa pengalihan arah kiblat dari Masjidil Aqsha di Palestina ke Masjidil Haram di Arab Saudi Pada bulan Syaban umat Islam dianjurkan untu...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025