Hukum Dan Adab Korban Dalam Islam Panduan Lengkap Untuk Ibadah Raya Haji
Salam semua, Alhamdulillah, dah masuk bulan Zulhijjah, bulan yang penuh berkat dan salah satu masa terbaik untuk kita buat amal ibadah.
Salah satu amalan utama yang tak boleh tinggal masa Raya Haji ialah ibadah korban.
Isi Kandungan
Apa itu korban?
Kenapa Ibadah Korban Dilakukan pada Hari Raya Aidiladha?
Hukum Korban: Wajib Ke Sunat?
Jenis-Jenis Korban: Korban Nazar vs Korban Sunat
Apa Beza Korban di Malaysia vs Negara Lain?
Syarat Sah Korban
Syarat Orang Yang Berkorban
Syarat Haiwan Korban
Tips Pilih Haiwan Korban yang Sempurna
Waktu Korban
Adab dan Sunnah Ketika Korban
Pembahagian Daging Korban
Apa Lagi Nak Kena Tahu Pasal Korban?
Cara Mudah Sertai Ibadah Korban Zaman Sekarang
Penutup Tapi Bukan Penghujung Cerita Korban
Tapi, pernah tak terfikir apa sebenarnya hukum dan adab yang kita kena tahu bila nak buat korban?
Jangan risau, dalam entri kali ni sis nak kongsikan panduan lengkap tentang hukum dan adab korban dalam Islam dengan bahasa mudah dan santai supaya semua boleh faham dan amalkan. Semua ni rujukan dari garis panduan pelaksanaan ibadah korban
Jom kita tengok!
Apa itu korban?Korban adalah amalan menyembelih haiwan seperti kambing, lembu, kerbau, atau unta pada Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan beberapa hari selepasnya (11–13 Zulhijjah).
Tujuannya adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah dan menunjukkan kesyukuran serta ketaatan kepada perintah-Nya.
Dalam Al-Quran, Allah berfirman:
"Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu, dan berkorbanlah." (Surah Al-Kawthar : 2)
Rasulullah SAW juga pernah bersabda:
"Tiada amalan anak Adam pada hari Nahar (hari penyembelihan korban) yang lebih disukai oleh Allah daripada menyembelih haiwan (korban)." (Riwayat al-Tirmizi)
Ini menunjukkan betapa mulianya ibadah korban di sisi Allah.
Kenapa Ibadah Korban Dilakukan pada Hari Raya Aidiladha?Kalau kita tengok balik sejarahnya, ibadah korban ni bukan saja-saja dibuat waktu Hari Raya Haji.
Ia sebenarnya memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim A.S yang sanggup menyembelih anaknya, Nabi Ismail A.S kerana menurut perintah Allah SWT.
Tapi dengan rahmat-Nya, Allah gantikan Nabi Ismail dengan seekor kibas. Dari situ la bermulanya amalan korban.
Mesej utama dari kisah ni adalah taat kepada Allah tanpa ragu-ragu, dan sanggup berkorban apa saja demi keimanan.
Jadi bila kita sembelih haiwan korban tu, ia bukan sekadar ibadah, tapi simbolik kepada pengorbanan dan ketundukan kita kepada perintah Allah.
Hukum Korban: Wajib Ke Sunat?Soalan yang sering timbul: hukum korban ni wajib atau sunat? Sebenarnya, pendapat ulama berbeza sedikit.
Mazhab Syafi’i menyatakan korban adalah sunat muakkad (sunat yang sangat dianjurkan), manakala Mazhab Hanafi memandangnya sebagai wajib bagi yang mampu.
Apa yang penting, ibadah korban adalah satu cara untuk kita tunjukkan rasa syukur dan keikhlasan.
Jika mampu dari segi kewangan dan fizikal, sangat digalakkan untuk lakukan korban.
Kalau tak mampu, jangan risau, banyak lagi amalan lain yang boleh dibuat.
Jenis-Jenis Korban: Korban Nazar vs Korban SunatRamai yang masih keliru pasal ni. Sebenarnya, korban ni ada dua jenis:
1. Korban Sunat – Yang biasa kita buat masa Raya Haji. Hukumnya sunat muakkad, sangat digalakkan bagi yang mampu. Tak buat pun tak berdosa, tapi rugilah sebab pahala besar.
2. Korban Nazar – Yang ni wajib kalau kita pernah niat/nazar nak buat korban.
Contohnya, “Kalau aku dapat kerja, aku nak buat korban seekor kambing.” Maka bila dapat kerja, wajib tunaikan korban tu.
Jadi sebelum niat apa-apa, pastikan faham jenis korban yang nak dibuat. Jangan main nazar je, nanti tak tunaikan berdosa pula.
Apa Beza Korban di Malaysia vs Negara Lain?
Di Malaysia, urusan korban biasanya lebih tersusun. Kebanyakan orang buat melalui masjid, surau, atau NGO yang uruskan dari A sampai Z dari beli haiwan, sembelih, agih daging, sampai ke penghantaran ke rumah.
Kalau kita tengok di luar negara, ada yang buat korban di kawasan padang terbuka, atau terus kepada komuniti miskin.
Sebab tu ramai juga yang buat korban luar negara melalui NGO supaya dapat bantu saudara Islam yang lebih memerlukan.
Yang penting pastikan saluran tu sah dan dipercayai dan ibadah korban tu ikut syariat.
Syarat Sah KorbanKalau nak ibadah korban diterima, ada beberapa syarat penting yang kita kena tahu.
1. Syarat Orang Yang Berkorban
Beragama Islam. Baligh dan berakal. Mampu dari segi kewangan (cukup untuk membeli haiwan korban tanpa menyusahkan diri dan keluarga). Niat kerana Allah.
2. Syarat Haiwan Korban
Binatang ternakan seperti kambing, lembu, kerbau, unta. Umur tertentu kambing sekurang-kurangnya satu tahun, lembu dan kerbau sekurang-kurangnya dua tahun. Bebas dari kecacatan seperti buta, tempang teruk, terlalu kurus atau sakit. Binatang mestilah sihat dan cukup berat.
Tips Pilih Haiwan Korban yang SempurnaJangan main beli je. Haiwan korban ni ada syarat tau.
Nak selamat, boleh ikut tips ni:
Pilih haiwan yang cukup umur. Contohnya, kambing mesti 1 tahun ke atas, lembu dan kerbau 2 tahun ke atas.
Haiwan mesti sihat, tak terlalu kurus, tak buta sebelah mata, tak tempang yang jelas, tak sakit.
Kalau beli melalui orang tengah, pastikan dia beri maklumat lengkap pasal haiwan tu. Nak lagi yakin, tengok sendiri atau minta video.
Ingat, korban ni ibadah bukan sekadar beli dan sembelih je.
Waktu KorbanBermula selepas solat Hari Raya Aidiladha (10 Zulhijjah) sehingga sebelum waktu Maghrib pada 13 Zulhijjah (Hari Tasyrik).
Adab dan Sunnah Ketika KorbanSelain syarat di atas, adab dan sunnah juga penting supaya ibadah kita lebih sempurna.
1. Jangan potong kuku dan rambut mulai 1 Zulhijjah jika berniat hendak berkorban.
Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila masuk sepuluh awal Zulhijjah dan salah seorang dari kamu ingin menyembelih, maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya.” (Riwayat Muslim)
2. Sebaiknya, sembelih sendiri jika mampu, atau wakilkan dengan orang yang dipercayai dan saksikan penyembelihan itu.
3. Ucapkan “Bismillah, Allahu Akbar” ketika menyembelih.
Menghadap kiblat waktu penyembelihan.
Raya Haji bukan sekadar makan daging!
Anak-anak juga boleh belajar maksud sebenar korban dan kenapa kita raikan Aidiladha setiap tahun. Pembahagian Daging KorbanSatu lagi perkara penting ialah bagaimana nak bahagi daging korban dengan cara yang betul dan sunnah.
Sunnah Nabi, bahagikan daging korban kepada 3 bahagian:
1. Untuk keluarga dan diri sendiri.
2. Untuk diberikan sebagai sedekah kepada fakir miskin.
3. Untuk diberikan sebagai hadiah kepada jiran tetangga dan sahabat.
Jangan jual daging korban sebab tujuan ibadah ni bukan untuk keuntungan. Rasulullah SAW melarang menjadikan daging korban sebagai upah untuk penyembelih.
Apa Lagi Nak Kena Tahu Pasal Korban?Ramai juga yang tertanya-tanya, macam mana kalau wanita nak buat korban? Jangan risau, tak ada halangan langsung.
Wanita pun boleh buat korban kalau ada kemampuan. Ibadah ni tak kira jantina, yang penting niat dan ada rezeki lebih.
Malah, makin ramai wanita zaman sekarang yang ambil peluang ni ada yang korban sendiri, ada juga yang share satu bahagian lembu.
Cakap pasal share lembu, ini pun antara perkara yang buat korban jadi lebih mudah dan mampu milik.
Seekor lembu boleh dikongsi hingga 7 orang.
Jadi kalau rasa tak mampu nak tanggung seekor kambing sorang-sorang, boleh je ajak kawan-kawan, adik-beradik atau jiran kongsi.
Tetap sah, tetap berpahala insyaAllah.
Ada juga yang buat korban atas nama arwah biasanya untuk mak ayah atau ahli keluarga yang dah meninggal. Korban niat untuk sedekah pahala kepada mereka.
Memang ada khilaf sikit dalam kalangan ulama pasal bab ni, tapi kebanyakan kata boleh, dengan syarat niat betul dan bukan ganti korban yang tak sempat dibuat semasa hayat arwah.
Boleh juga rujuk baca sini ==> Hukum Korban Untuk Arwah
Untuk lebih yakin, boleh rujuk pihak berautoriti agama di tempat masing-masing.
Cara Mudah Sertai Ibadah Korban Zaman SekarangZaman sekarang, semua jadi mudah. Nak korban pun tak semestinya kena ke kandang haiwan sendiri. Banyak platform yang tawarkan servis korban sama ada di Malaysia atau luar negara.
Antara cara popular:
1. Korban melalui masjid/surau berdaftar.
2. Korban online dengan NGO atau platform yang diiktiraf (macam Global Ehsan Relief, Muslim Volunteer Malaysia, atau yang bawah seliaan JAKIM).
3. Ada juga apps khas yang sediakan info korban secara digital. Mudah, cepat, dan sah.
Jadi kalau tak ada masa nak uruskan sendiri, tapi masih nak rebut pahala korban boleh guna saja servis ni.
Penutup Tapi Bukan Penghujung Cerita KorbanIbadah korban bukan sekadar menyembelih binatang sahaja. Ia lambang pengorbanan, keikhlasan, dan ketaatan kepada Allah SWT.
Dengan memahami hukum dan adab korban, insyaAllah amalan kita lebih diterima dan mendapat ganjaran besar.
Jom rebut peluang pada bulan Zulhijjah yang mulia ini, semoga ibadah korban kita diterima dan menjadi asbab untuk kita lebih dekat dengan Allah.
Rujukan artikel ini berdasarkan garis panduan dan fatwa dari Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.wanisukarno.com/2025/06/panduan-ibadah-korban.html