Cara Solat Duduk Atas Kerusi Panduan Lengkap


Cara Solat Duduk Atas Kerusi – Panduan Lengkap
Sebagai individu yang beragama Islam, solat adalah merupakan satu kewajipan. Perintah untuk bersolat adalah suatu fardu ke atas setiap mukalaf. 
Kefarduan solat merangkumi dalam setiap keadaan, sama ada ketika bermusafir atau bermukim, dalam keadaan sakit atau sihat. 
Oleh itu solat hendaklah ditunaikan sama ada dilakukan secara berdiri, duduk, berbaring atau secara isyarat sahaja. 
Untuk artikel kali ini, kami akan kongsikan panduan lengkap cara solat duduk atas kerusi untuk rujukan semua. 
BACA JUGA: Niat Solat Jemaah & Kelebihan Melakukannya
Kepentingan Solat Terdapat banyak ayat Al Quran dan hadis yang menunjukkan dalil serta kepentingan menunaikan solat. Salah satunya ialah seperti dalam Surah Taha ayat 14; 
Firman Allah Taala:
إِنَّنِي أَنَا اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدْنِي وَأَقِمِ الصَّلَاةَ لِذِكْرِي
Maksudnya: Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.
Hukum Solat Bagi Orang Yang Tidak Mampu Berdiri Berdiri atau Qiyam adalah rukun solat yang wajib dipatuhi. 
Namun, syarak membenarkan seseorang itu duduk sekiranya dia tidak mampu berdiri. Inilah bukti keindahan Islam yang sentiasa memberi kemudahan kepada penganutnya. 
Seseorang yang tidak mampu solat secara berdiri, dia dibolehkan bersolat secara duduk. Jika tidak mampu duduk, maka dibolehkan solat secara mengiring dan begitulah seterusnya. 
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Imran bin Hussein  yang mengadu kepada Rasulullah  tentang beliau mengidap penyakit bawasir, lalu Rasulullah  bersabda yang bermaksud:
“Solatlah secara berdiri, jika kamu tidak mampu, maka solatlah secara duduk, jika kamu tidak mampu juga, maka solatlah di atas rusuk (mengiring). “
– Riwayat al-Bukhari
Keuzuran Yang Dibenarkan Untuk Solat Secara Duduk Tidak mampu untuk berdiri. Mempunyai penyakit yang akan bertambah teruk sekiranya bersolat secara berdiri.  Berada di atas kapal, sampan, atau perahu, yang ditakuti akan tenggelam sekiranya melakukan solat secara berdiri di atasnya.  Seseorang yang berasa pening kepala.  Sakit yang boleh mengganggu khusyuk di dalam solat.  Solat di atas kapal terbang jika dikhuatiri jatuh atau berada pada kedudukan yang tidak stabil apabila dilakukan solat secara berdiri. Solat di dalam kereta api seperti perkhidmatan ETS (Electric Train Service) dan seumpamanya. Seseorang yang mengalami penyakit salis al-baul yang jika sekiranya dia berdiri akan menyebabkan air kencingnya mengalir atau lebih banyak akan mengalir keluar.  Cara Solat Duduk Atas Kerusi Bagi sesiapa yang mempunyai kesulitan untuk menunaikan solat secara berdiri disebabkan oleh penyakit ataupun perkara selainnya, anda boleh rujuk cara solat duduk atas kerusi seperti di bawah:
Duduk menghadap kiblat: Selepas takbiratul ihram, kedua-dua tangan diletak di antara pusat dan dada sepertimana solat berdiri. Apabila rukuk badan ditundukkan sedikit dengan niat rukuk dan kedua-dua tangan diletak di atas paha di pangkal lutut. Iktidal, badan ditegakkan semula. Tangan dilepaskan ke bawah. Sujud dilakukan dengan badan dibongkokkan lebih sedikit daripada kedudukan rukuk. Untuk duduk diantara dua sujud atau tahiyat, badan ditegakkan kembali dengan kedua-dua tangan dihujung pada seperti kedudukan awal. Solat dilaksanakan menurut tertib hingga selesai memberi salam. Untuk panduan yang lebih terperinci, sila rujuk Garis Panduan Pelaksanaan Solat Secara Duduk di Atas Kerusi yang dikeluarkan oleh JAKIM di bawah: 
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN SOLAT SECARA DUDUK DI ATAS KERUSIDownload Panduan Video Solat Secara Duduk Anda juga boleh rujuk video di bawah:
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk dijadikan rujukan semua. Selamat beribadah!
Anda juga boleh baca soal jawab berkaitan solat duduk atas kerusi di sini:
Irsyad Hukum Siri Ke-832: Had Sujud Ketika Solat Secara Duduk Di Atas Kerusi Tahqiq Al-Masail Siri Ke-2: Penjelasan Berkaitan Solat Secara Duduk Di Atas Kerusi (Edisi Kemas Kini)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/solat-duduk-atas-kerusi/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=solat-duduk-atas-kerusi

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Dan Adab Korban Dalam Islam Panduan Lengkap Untuk Ibadah Raya Haji

Hukum Dan Adab Korban Dalam Islam Panduan Lengkap Untuk Ibadah Raya Haji

papar berkaitan - pada 12/6/2025 - jumlah : 189 hits
Salam semua Alhamdulillah dah masuk bulan Zulhijjah bulan yang penuh berkat dan salah satu masa terbaik untuk kita buat amal ibadah Salah satu amalan utama yang tak boleh tinggal masa Raya Haji ialah ibadah korban Isi Kandungan Tapi pernah ...
Apa Itu Backlink Panduan Lengkap Fungsi Kelebihannya Untuk Blog Seo 2025

Apa Itu Backlink Panduan Lengkap Fungsi Kelebihannya Untuk Blog Seo 2025

papar berkaitan - pada 5/6/2025 - jumlah : 180 hits
Apa Itu Backlink Panduan Lengkap Fungsi Kelebihannya untuk Blog SEO 2025Dalam dunia penulisan blog pemasaran kandungan dan pembangunan laman web Search Engine Optimization memainkan peranan penting dalam memastikan sesuatu artikel atau lama...
Panduan Beli Hartanah Lelong Di Malaysia Cara Untung Besar Dengan Modal Kecil

Panduan Beli Hartanah Lelong Di Malaysia Cara Untung Besar Dengan Modal Kecil

papar berkaitan - pada 5/6/2025 - jumlah : 200 hits
Panduan Beli Hartanah Lelong di Auction House Malaysia Cara Untung Besar dengan Modal Kecil Adakah anda mencari peluang pelaburan hartanah yang murah dan menguntungkan Rumah lelong melalui auction house di Malaysia merupakan salah satu kaed...
Tips Memilih Tempat Kost Yang Murah Di Jakarta Panduan Lengkap Untuk Anak Rantau

Tips Memilih Tempat Kost Yang Murah Di Jakarta Panduan Lengkap Untuk Anak Rantau

papar berkaitan - pada 21/6/2025 - jumlah : 158 hits
BloggerBorneo com Jakarta sebagai ibu kota Indonesia menjadi magnet bagi banyak orang yang merantau untuk bekerja atau melanjutkan pendidikan Namun tantangan terbesar ketika pindah ke kota megapolitan ini adalah menemukan tempat tinggal yan...
Pagi Berurut Tengahari Masuk Office Aisyah Hijanah Amal Pantang Cara Melayu Saintifik Tak Suka Duduk Diam

Pagi Berurut Tengahari Masuk Office Aisyah Hijanah Amal Pantang Cara Melayu Saintifik Tak Suka Duduk Diam

papar berkaitan - pada 12/6/2025 - jumlah : 108 hits
Sama seperti tiga kelahiran cahaya mata terdahulunya pempengaruh Aisyah Hijanah di lihat cukup bertenaga selepas melahirkan anak keempatnya baru baru ini Menjawab pertanyaan pengikutnya di Insta Story akui Aisyah sama seperti biasa dia masi...
7 Cara Memastikan Ijazah S1 Asli Atau Palsu Panduan Penting Untuk Dunia Kerja Dan Akademik

7 Cara Memastikan Ijazah S1 Asli Atau Palsu Panduan Penting Untuk Dunia Kerja Dan Akademik

papar berkaitan - pada 22/6/2025 - jumlah : 160 hits
BloggerBorneo com Di era digital seperti sekarang kasus pemalsuan ijazah masih terus terjadi dan menjadi ancaman serius bagi dunia pendidikan dan dunia kerja di Indonesia Tidak hanya merugikan institusi pemalsuan ijazah juga dapat menjatuhk...
Senarai Lengkap Tiket Flight Kuala Lumpur Ke Langkawi Dan Cara Tempah Mudah

Senarai Lengkap Tiket Flight Kuala Lumpur Ke Langkawi Dan Cara Tempah Mudah

papar berkaitan - pada 6/6/2025 - jumlah : 240 hits
Salam semua Langkawi sentiasa menjadi salah satu destinasi pelancongan pilihan utama di Malaysia Gabungan pantai yang memukau alam semula jadi yang masih terpelihara serta pelbagai aktiviti pelancongan menjadikan pulau ini sesuai untuk pela...
Houthi Ikrar Kesediaan Serang Kapal As Di Laut Merah Susulan Serangan Ke Atas Iran

Houthi Ikrar Kesediaan Serang Kapal As Di Laut Merah Susulan Serangan Ke Atas Iran

papar berkaitan - pada 22/6/2025 - jumlah : 153 hits
Kumpulan pejuang Houthi di Yaman pada Ahad menyatakan sokongan terhadap ikrar oleh sayap bersenjatanya sehari sebelumnya untuk menyerang kapal kapal Amerika Syarikat di Laut Merah sekiranya Washington melancarkan serangan ke atas Iran Kami ...
Tak Sedar Dah Langgar Wanita Pemandu Kereta Terkejut Jumpa Mayat Atas Bumbung Kereta

Tak Sedar Dah Langgar Wanita Pemandu Kereta Terkejut Jumpa Mayat Atas Bumbung Kereta

papar berkaitan - pada 22/6/2025 - jumlah : 117 hits
KOSMO SEORANG pemandu menyedari ada mayat Wanita di atas bumbung keretanya Foto Radio 105 PP NewsBRASILIA Seorang pemandu kereta di Brazil tidak menyedari dia melanggar wanita yang hanya memakai blaus dan stoking hingga mati lapor portal be...
Panas Dokumen Didakwa Minit Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Bocor

Kedah Fashion Week 2025 1 3 Ogos 2025 Bertemakan Berlian Di Aman Central Alor Setar

Hiburan Hei Betina Berhenti Malukan Keluarga Amp Suami Sedar Sikit Kau Tu P Lacur Berstatus Datin Nabila Huda

Breathing Easier How Smart Sensors Stop Vaping In Schools

Cure For Malaysia S Generational Judicial Curse

What A Beautiful Day Tiba Tiba Terbaca Isu Tengah Panas Sekarang Ni Padanmuka Nabila Huda

Drama Abang Imam Minah Skuter

Serlahkan Acara Anda Dengan Mascot Costumes Yang Unik Dan Menarik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Salam Maal Hijrah 1447h Untuk Tahun 2025

Seni Resin Art Keindahan Teknik Dan Kenapa Makin Ramai Jatuh Hati

Recommended By

Ayam Gunting Dan Enoki Goreng Crispy Pedas

Hujan Bukan Alasan

Taufiq Sabri Bila Pena Telah Diangkat Chord