Hukum Bermain Permainan Mesin Claw



Soalan:
Saya melihat terdapat banyak mesin-mesin claw yang diusahakan di dalam pasaraya secara berleluasa. Persoalan saya ialah, apakah hukum bermain dengan mesin Claw? Mohon penjelasan. Terima kasih.

Jawapan:
Setiap muslim yang mengaku beriman serta berpegang dengan syariat Islam wajib mengawasi serta memastikan setiap perkara-perkara yang berlaku dalam kehidupan seharian mereka adalah selari dengan tuntutan syariat Islam. Ianya merangkumi setiap setiap amalan zahir dan juga batin. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh al-Nu’man Bin Bashir R.A, Nabi SAW bersabda:

إِنَّ الْحَلاَلَ بَيِّنٌ وَإِنَّ الْحَرَامَ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا أُمُورٌ مُشْتَبِهَاتٌ
“Sesungguhnya perkara yang halal dan haram itu jelas, manakala antara kedua-duanya ada perkara-perkara yang syubhah, yang tidak jelas hukumnya.” [Sunan Abi Daud (3329)]

Mesin claw adalah sejenis permainan arked yang menggunakan cakar besi dalam memperolehi barangan-barangan yang dipertaruhkan di dalam mesin tersebut. Secara khususnya, praktikal dalam permainan ini mempunyai unsur perjudian yang diharamkan oleh syariat agama Islam. Firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.” (Surah al-Maidah: 90)

Syeikh al-Maraghi menyebut, amalan judi adalah antara punca timbul permusuhan dan kebencian dalam kalangan orang yang berjudi. Kebiasaannya, mereka memusuhi orang yang menang dan bergembira di atas kedukaan orang lain. Perbuatan ini akan menjurus kepada pelanggaran hak kedua-dua orang tua, isteri dan anak-anak. Pada akhirnya, mereka akan menjadi bahan cemuhan dan kebencian.

Memang judi boleh menjadikan orang yang memerlukan menjadi kaya. Akan tetapi, amalan ini juga boleh memeras orang yang berharta kerana orang yang kalah buat kali pertama kali akan berasa tercabar untuk melakukannya buat kali kedua dengan harapan akan menang pada kesempatan-kesempatan yang lain. Kadang-kadang, kemenangan itu tidak pernah diperolehi hingga hartanya habis sama sekali. Pada saat itu, dia akan menjadi orang yang fakir lagi miskin, kemudian menjadi musuh ketat kepada mereka yang mengalahkannya. (Lihat Tafsir al-Maraghi, 4/1691)




Setiap permainan yang berdasarkan nasib dan yang membantutkan akal fikiran seperti permainan dadu, daun terup (yang mempunyai unsur pertaruhan) dan sebagainya adalah haram. Ini kerana permainan ini membiasakan diri untuk bergantung kepada nasib dalam setiap perkara yang dilakukan. Ini menjadikan mereka menyangka bahawa nasib adalah penentu segala-galanya dalam dunia ini. Permainan jenis ini sebenarnya memberi banyak kesan negatif kepada diri manusia. (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 8/146)

Menjawab kepada isu ini, konsep yang diketengahkan dalam permainan mesin claw ini adalah menafikan hak pembeli dalam memilih barangan yang dikehendakinya dan disukainya dengan harga yang setimpal dengan apa yang telah dibayar. Justeru, situasi ini adalah melanggar prinsip-prinsip jual-beli yang sepatutnya ada seperti khiar (pilihan). Dalam mengklasifikasikan sesuatu permainan sebagai judi, para ulama telah mensyaratkan ciri-ciri berikut:

• Ia disertai oleh dua orang atau lebih atau dua kumpulan manusia atau lebih.

• Setiap pihak mempertaruhkan sesuatu harta atau manfaat.

• Mana-mana pihak yang menang akan memperolehi harta atau manfaat dari pihak yang kalah di samping menyimpan harta dan mafaat yang ia pertaruhkan. (Lihat Halal Dan Haram Dalam Islam, hlm. 427)

Kesimpulan

Kami cenderung mengatakan bahawa hukum permainan mesin claw ini adalah haram dan dilarang. Ini kerana, permainan tersebut secara langsung dilihat sebagai menafikan serta mengabaikan hak pemain selaku pembeli untuk memilih barangan yang dikehendakinya setimpal dengan harga yang dibayar. Di samping itu, permainan seperti ini adalah lebih kepada keberuntungan nasib pemain dimana permainan seperti ini tidak dibenarkan di dalam Islam.

Semoga penjelasan yang diberikan ini membuka minda dan menjarakkan diri kita semua dari melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh syariat Islam. Amin.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/04/hukum-bermain-permainan-mesin-claw.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bagini Cara Jauhkan Anak Dari Perilaku Kecanduan Bermain Gim

Bagini Cara Jauhkan Anak Dari Perilaku Kecanduan Bermain Gim

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 364 hits
Menjauhkan anak dari kecanduan gim merupakan sebuah hal yang penting untuk diketahui orangtua pada saat ini Dua hal penting yang perlu dilakukan orangtua adalah pembatasan dan pemantauan pada anak saat bermain gim termasuk gim online
Jangan Bermain Telefon Dalam Jangka Masa Lama Lelaki Ini Lumpuh Selepas Baring Main Telefon 3 Jam Setiap Hari

Jangan Bermain Telefon Dalam Jangka Masa Lama Lelaki Ini Lumpuh Selepas Baring Main Telefon 3 Jam Setiap Hari

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 376 hits
Jangan Bermain Telefon Dalam Jangka Masa Lama Lelaki Ini Lumpuh Selepas Baring Main Telefon 3 Jam Setiap Hari Dunia hari ini semua orang boleh dikatakan bergantung kepada gadget semata mata seperti telefon dan internet untuk membuat berbaga...
Pelajar Bunuh Diri Selepas Dilarang Bermain Pubg

Pelajar Bunuh Diri Selepas Dilarang Bermain Pubg

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 426 hits
The ReporterBeberapa bandar di Gujarat India telah mengharamkan permainan PUBG kerana bimbang permainan itu membuatkan golongan belia menjadi ganas dan mengabaikan akademik Dalam kejadian baru baru ini seorang remaja lelaki di selatan India...
Bermain Game Fortnite Pelajar 14 Tahun Jadi Jutawan Jana Pendapatan Rm798 000

Bermain Game Fortnite Pelajar 14 Tahun Jadi Jutawan Jana Pendapatan Rm798 000

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 339 hits
Fortnite menakluki dunia permainan dalam talian seperti ribut tetapi bagi Gamer Griffin Spikoski kanak kanak berusia 14 tahun permainan itu membantu dirinya menjana pendapatan lumayan apabila meraih 150 000 hanya dengan bermain permainan vi...
Remaja 14 Tahun Mampu Jana Pendapatan Rm798 000 Hanya Dengan Bermain Fortnite

Remaja 14 Tahun Mampu Jana Pendapatan Rm798 000 Hanya Dengan Bermain Fortnite

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 410 hits
Remaja 14 Tahun Mampu Jana Pendapatan RM798 000 Hanya Dengan Bermain Fortnite Seorang remaja berusia 14 tahun Griffin Spikoski meluangkan masa antara 8 hingga 18 jam sehari untuk bermain permainan video dalam talian Fortnite Malah dengan be...
Acer Memperkenalkan Monitor Memfokuskan Permainan Video Bersaiz 43 Inci Dibawah Jenama Predator

Acer Memperkenalkan Monitor Memfokuskan Permainan Video Bersaiz 43 Inci Dibawah Jenama Predator

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 295 hits
Acer hari ini telah mengadakan acara NextAtAcer dimana pada acara berkenaan sejumlah produk baru diperkenalkan oleh pihak Acer Salah satunya adalah monitor memfokuskan kepada permainan video iaitu Acer Predator CG437KP Monitor ini hadir den...
Kerajaan Nepal Mengharamkan Permainan Pubg Kerana Ia Memberi Kesan Negatif Kepada Kanak Kanak

Kerajaan Nepal Mengharamkan Permainan Pubg Kerana Ia Memberi Kesan Negatif Kepada Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 327 hits
Permainan PUBG merupakan permainan berbentuk battle royale yang memerlukan pengguna bertempur antara satu sama lain untuk memenanginya Ia telah membuatkan ramai yang meluangkan masa untuk memainkan permainan ini termasuk golongan di bawah u...
Wali Kota Turki Bongkar Taman Bermain Diduga Karena Kalah Pemilu

Wali Kota Turki Bongkar Taman Bermain Diduga Karena Kalah Pemilu

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 250 hits
Beberapa warga mengaku bahwa mereka melihat Mehmet Aykol wali kota yang kalah dalam pemilu menghancurkan ayunan dan melepaskan perosotan
Anak 3 Tahun Diduga Diculik Saat Bermain Di Masjid

Anak 3 Tahun Diduga Diculik Saat Bermain Di Masjid

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 316 hits
Di rumah tak ada Tri lalu mencari cucunya ke masjid yang berada di sampingnya Tapi cucunya tak ada Ia terkejut ketika diberi tahu kalau ASA dibawa seorang perempuan berkerudung
The Great Emu War Australia S Unconventional Battle

Terculik Sana Tertukar Sini

Mi Goreng Kicap Resipi Simple Tapi Rasanya Tip Top

Beyond Adolescence Parental Involvement In Bridging The Digital Divide

Dr Jay Ong Ceo Csa Academy Dalang Sindiket Ops Sky Tipu Lebih 4 000 Penjawat Awam

Buy Guncle Shirt Celebrating Gay Uncles With Style

Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari Saya Dan Pelajar Smka Naim Lil

How The World Can Keep Trump 2 0 In Check


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mykad Madani Memudahkan Bantuan Kerajaan Menyejahterakan Rakyat Malaysia

Suspek Larikan Kereta Bersama Budak Dicekup Selepas Ditemui Sedang Tidur

Menara Kl Masih Milik Kerajaan

Hati Hati Dengan Scam Pengeluaran Kwsp Akaun 1 Tak Pasti Jangan Kongsi Biarbe

Persiapan Aidilfitri Sebuah Keluarga Peneroka Di Felda Jengka 7 Musnah Kediaman Hangus Terbakar

Environmental Group Criticises S Gor For Skipping Zero Waste Day