Hukum Bedah Siasat Ke Atas Mayat




Kemuliaan Manusia

Sebelum kita mengulas isu ini dengan lebih panjang, suka untuk kami menjelaskan tentang karamah insaniah (kemuliaan manusia) terlebih dahulu.

Secara asalnya, seorang muslim itu haram ditumpahkan darahnya tanpa hak. Menjaga kehormatan diri seorang muslim itu sesudah mati sama hukumnya seperti memelihara kehormatan dirinya semasa hayatnya.

Di dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW menyebut:

كَسْرُ عَظْمِ الْمَيِّتِ كَكَسْرِهِ حَيًّا
Mematahkan tulang orang yang telah mati sama seperti mematahkannya ketika dia hidup. [Riwayat Abu Dawud (3207)] 

Kata Al-Imam Ibn Hajar Al-Asqalani: Diambil faedah dari hadis ini, bahawa sesungguhnya kehormatan seorang mukmin kekal selepas matinya dia. Sebagaimana kehormatannya semasa hayatnya. Fath Al-Bari, (9/142. Cet. Dar Al-Salam)

Pandangan Fuqaha

Pun begitu, kaedah syarak telah menggesa dan menetapkan bahawa syiar agama kita adalah mendatangkan maslahah dan menolak mafsadah (kerosakan). Justeru, kita dapati bahawa para fuqaha kita telah mengharuskan pembedahan perut seorang wanita hamil yang telah meninggal dunia, bagi menyelamatkan janin di dalam perutnya yang ada kebarangkalian besar untuk hidup. Demikian para fuqaha juga membenarkan dibuangnya janin dengan tujuan untuk menyelamatkan ibunya, apabila terdapat ghalabah zhan (berat sangkaan) si ibu akan mati disebabkan kewujudan janin tersebut.

Selain itu, apabila kita merujuk kepada pandangan para ulama silam, kita akan dapati bahawa sebahagian mereka ada yang berpandangan akan keharusan memakan daging anak Adam (manusia) yang telah mati bagi seseorang yang berada dalam keadaan darurat. Al-Imam Tajuddin Al-Subki telah menjazamkan bahawa pendapat yang sahih dalam mazhab Syafi’e adalah seseorang yang dalam keadaan darurat boleh memakan daging anak Adam yang telah meninggal dunia.

Berdasarkan hujah-hujah di atas, kita akan dapati bahawa pembedahan ke atas mayat bagi mengenalpasti kesan-kesan kematian, atau dengan tujuan-tujuan tertentu yang ada padanya maslahah seperti mempelajari ilmu perubatan, ini adalah maslahah yang diambil kira oleh syarak dan diberi keharusan untuk melakukannya.

Fatwa Kontemporari

Kami kemukakan di sini beberapa fatwa dari institusi-institusi agama di peringkat antarabangsa dan juga kebangsaan.

Pertama: Fatwa Lajnah Hai’ah Kibar Al-Ulama Arab Saudi

Pada perhimpunan ke-9 Jawatankuasa Kibar Ulama Arab Saudi yang dijalankan di Thoif pada bulan Sya’ban tahun 1396H ada dibincangkan berhubung penjelasan hukum yang diajukan dari pihak kedutaan Malaysia yang meminta pihak kerajaan Arab Saudi menjelaskan pendirian berhubung pembedahan kesihatan yang dijalankan ke atas mayat seorang muslim. Kemudian Jawatankuasa Fatwa Kibar Al-Ulama menjelaskan tiga bahagian berikut:

Pembedahan atau autopsi dengan tujuan untuk mengenalpasti dakwaan jenayah.
Pembedahan yang bertujuan untuk mengenalpasti penyakit-penyakit yang berjangkit. Supaya usaha pencegahan dapat dilakukan bagi mengekang penularan penyakit tersebut.
Pembedahan yang bertujuan sebagai proses pengajaran dan pembelajaran.

Majlis yang bersidang secara kesimpulannya bersepakat bahawa ketiga-tiga bentuk pembedahan ini boleh dilakukan.

Kedua: Fatwa Kebangsaan Malaysia.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-61 yang bersidang pada 27 Januari 2004 dalam membincangkan hukum bedah siasat mayat yang kematiannya bukan dikategorikan sebagai kes jenayah telah memutuskan:

Hukum asal pembedahan mayat adalah haram tetapi dibolehkan dalam keadaan darurat dan terdapat keperluan yang mendesak seperti membuat kajian terhadap penyakit, mengenalpasti punca kematian, serta penyelidikan dan pendidikan khususnya dalam bidang perubatan.

Kesimpulan

Di dalam kaedah fekah ada menyebut: Apabila bertembung di antara maslahah ‘ammah (umum) dengan maslahah khossah (bersifat peribadi), maka yang didahulukan adalah maslahah umum. Dalam kes autopsi ke atas mayat, apa-apa yang menimpa si mati seperti mencemar kehormatan dirinya adalah dianggap masalahah yang bersifat khas. 

Manakala kesan dari perbuatan autopsi yang dapat mengenalpasti punca-punca penyakit, dan seterusnya dapat menghalang penyakit tersebut dari tersebar dalam kalangan masyarakat, maka ini adalah maslahah yang bersifat umum. Kerana itu ia didahulukan dan diharuskan untuk dilaksanakan.

Penutup

Akhir kalam, kami menyarankan kepada pihak perubatan yang diamanahkan untuk melakukan post mortem terhadap jenazah agar memperhalusi beberapa dhawabith (kriteria) dan saranan yang berikut:

Memelihara kehormatan si mati.
Menjaga adab dan etika dengan sebaik mungkin.
Keputusan berdasarkan kepada keperluan yang mendesak sahaja.

Apabila ada jenazah orang kafir yang boleh digunakan dalam tujuan perubatan atau pengenalpastian punca penyakit, dahulukanlah jenazah mereka terlebih dahulu berbanding jenazah orang Islam.
Sekiranya ada wasilah (alternatif) lain yang boleh digunakan dalam mengajarkan cara autopsi, dahulukanlah ia tanpa perlu mencemarkan kehormatan si mati.

Sekiranya autopsi ke atas si mati tidak dipersetujui oleh keluarga si mati, hormatilah keputusan mereka. Namun sekiranya pihak pakar perubatan merasakan ada keperluan yang menggesa kepada pembedahan ke atas mayat, tenangkanlah keluarga si mati dengan menyatakan implikasi baik dari pembedahan yang akan dilakukan. Ini kerana, Allah SWT menyuruh kita berlaku adil dan ihsan. Termasuk dari berlaku adil itu ialah, mengenalpasti sebab kematian yang berlaku ke atas si mati supaya kematiannya terbela dalam kes-kes tertentu.

Semoga dengan pencerahan ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak perubatan kerana telah melakukan satu tugas yang mulia. Jazakumullahu khayran.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://informasisantaiku.blogspot.com/2019/01/hukum-bedah-siasat-ke-atas-mayat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lokman Dakwa Beberapa Menteri Cuba Ubah Laporan Bedah Siasat Adib

Lokman Dakwa Beberapa Menteri Cuba Ubah Laporan Bedah Siasat Adib

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 272 hits
MALAYSIAKINI Anggota Majlis tertinggi Umno Lokman Noor Adam mendakwa beberapa menteri kabinet telah meminta laporan bedah siasat anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim diubah Lokman membuat dakwaan itu semasa protes yang diadak...
Cara Memasang Breadcrumb Di Atas Judul Posting Blog

Cara Memasang Breadcrumb Di Atas Judul Posting Blog

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 384 hits
Cara Membuat Menampilkan atau Memasang Breadcrumbs di Atas Judul Posting Blog Baris Navigasi sebagai Internal Link untuk Meningkatkan Pageviews TEMPLATE blog terbaru dipastikan sudah memasang breadcrumbs di atas judul tulisan halaman dalam ...
Lelaki Ini Menjerit Dan Ayat Ini Ibu Dia Dengar Sebelum Menjumpai Anak Anaknya Di Atas Katil

Lelaki Ini Menjerit Dan Ayat Ini Ibu Dia Dengar Sebelum Menjumpai Anak Anaknya Di Atas Katil

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 305 hits
Lelaki Ini Menjerit Dan Ayat Ini Ibu Dia Dengar Sebelum Menjumpai Anak Anaknya Di Atas KatilLelaki Ini Menjerit Dan Ayat Ini Ibu Dia Dengar Sebelum Menjumpai Anak Anaknya Di Atas Katil
Tiga Jam Lelaki Ini Berbaring Di Atas Bom

Tiga Jam Lelaki Ini Berbaring Di Atas Bom

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 307 hits
Jumaat 11 Januari 2019 Gambar hiasan VENLO Seorang lelaki di Belanda berbaring selama tiga jam di atas sebutir bom dari masa Perang Dunia II yang belum meledak Lelaki itu tampaknya berusaha untuk membatasi kerosakan yang mungkin menyebabkan...
Sikap Perkauman Ke Atas Lisa Blackpink

Sikap Perkauman Ke Atas Lisa Blackpink

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 293 hits
Rasa ketinggalan train pulak tengok orang tiba tiba sembang pasal Lisa Blackpink Aku ingat apa kes lah rupanya pasal komen rasis netizen Korea terhadap Lisa yang berasal dari Thailand Blink Indonesia yang memulakan kempen RespectLisaselepas...
Pekerja Syarikat Jati Pijak Pijak Beras Yang Bertimbun Atas Lantai Gudang

Pekerja Syarikat Jati Pijak Pijak Beras Yang Bertimbun Atas Lantai Gudang

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 1081 hits
VIDEO pekerja pekerja syarikat jenama beras terkenal Jati tanpa rasa bersalah memijak mijak beras yang bertimbun di atas lantai tular di media sosial SCROLL KE BAWAH UNTUK TONTON VIDEO push Video itu dipercayai dirakam sendiri oleh salah se...
Solat Secara Duduk Di Atas Kerusi Secara Betul Rileks Media

Solat Secara Duduk Di Atas Kerusi Secara Betul Rileks Media

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 406 hits
Ustaz Mohd Hanif Salleh Panduan Solat Atas Kerusi Solat merupakan suatu ibadah yang paling besar dalam kehidupan setiap insan yang beragama Islam Perintah untuk bersolat dalam setiap keadaan baik ketika bermusafir atau bermukim dalam keadaa...
Bekas Ceo Kumpulan Perak Corporation Berhad Didakwa Atas Tuduhan Rasuah

Bekas Ceo Kumpulan Perak Corporation Berhad Didakwa Atas Tuduhan Rasuah

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 286 hits
THE MALAYSIAN TIMES IPOH Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan di Perak Corporation Berhad dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menerima rasuah berupa pembayaran membina rumah banglo miliknya yang bernilai hampir RM5...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Seketika Di Tugu Negara

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Bitcoin Menghampiri Us 100 000 Mdapa Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage