Hujan Lebat Dijangka Berlaku Di Johor Sabah Dan Sarawak Pada Disember Hingga Januari 2022 Metmalaysia


Gambar hiasan. Foto BERNAMA klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)

Negara dijangka alami Monsun Timur Laut biasa KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menolak kemungkinan cuaca tidak menentu ketika ini akan menyebabkan Monsun Timur Laut yang dijangka berlaku awal November ini, sebagai ekstrem.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) MetMalaysia, Lim Ze Hui, berkata bagaimanapun negara pernah mengalami Monsun Timur Laut `ekstrem' pada tahun 2014 yang menyebabkan banjir terburuk dalam sejarah banjir di Malaysia.

"Jika kita rujuk pada Monsun Timur Laut 'ekstrem' ia boleh dikaitkan dengan kejadian di negara ini pada tahun 2014.

"Namun pada pandangan saya, Monsun Timur Laut kali ini tidak akan seteruk dialami pada 2014 dan ia berkemungkinan hanya akan sama seperti berlaku pada 2019 dan 2020," katanya.


Beliau berkata demikian pada Webinar Cabaran dan Persediaan Norma Baharu anjuran MetMalaysia yang diadakan secara maya, hari ini.

Ze Hui berkata, perbandingan itu berdasarkan fenomena La Nina lemah yang sedang berlaku ketika ini selain berdasarkan ramalan negeri yang akan menerima hujan paras normal.

Mengenai keadaan cuaca yang lembab sepanjang tempoh Monsun Barat Daya, beliau berkata, ia kerana tempoh peralihan fenomena La Nina yang awalnya bersifat semula jadi dan beralih menjadi lemah.

"Apabila peralihan itu berlaku, ia memberi gangguan kepada tiupan angin Barat Daya di mana Monsun Barat Daya kita dalam tempoh sepatutnya monsun biasa, bertukar menjadi monsun yang melemah.


"Jadi tempoh melemah itu menjadi agak panjang sehingga ketika Monsun Barat Daya baru-baru ini, sepatutnya cuaca kering dan berjerebu, namun apa yang kita alami adalah cuaca agak lembab dan tiada fenomena jerebu,' katanya.

Justeru katanya, keadaan cuaca yang berlaku ketika ini mempunyai kaitan dengan fenomena La Nina lemah. 4 ke 6 episod hujan lebat dijangka melanda dari November hingga Januari Sementara itu, Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah dalam kenyataan berkata, Monsun Timur Laut diramal berlaku pada November hingga Mac 2022.

4 hingga 6 episod hujan lebat yang besar dengan kemungkinan banjir dijangka berlaku pada fasa awal Monsun Timur Laut dari November hingga Januari tahun depan. - Gambar fail Bernama
Katanya, sepanjang tempoh itu, 4 hingga 6 episod hujan lebat yang signifikan dan dijangka boleh mengakibatkan banjir di Kelantan, Terengganu dan Pahang antara November hingga Disember.

"Pada Disember hingga Januari 2022, hujan lebat dijangka berlaku di Johor, Sabah dan Sarawak.


"Bagaimanapun udara yang sejuk ketika ini juga boleh mempengaruhi keadaan cuaca negeri di pantai barat semenanjung Malaysia," katanya.

Beliau berkata, jangkaan jumlah hujan tertinggi ketika Monsun Timur Laut adalah pada November dan Disember di Kelantan serta Terengganu dengan jangkaan menerima taburan hujan sedikit melebihi purata iaitu antara 450 milimeter (mm) sehingga 1,000 mm.

"Bagi Januari hingga Mac 2022, semua negeri di semenanjung, Sabah dan Sarawak dijangka menerima hujan pada paras purata kecuali di pedalaman dan barat Sarawak serta timur Sabah yang dijangka menerima hujan sedikit melebihi purata pada Januari iaitu 350 mm hingga 950 mm," katanya.

SOURCE: Berita Harian

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/10/hujan-lebat-dijangka-berlaku-di-johor.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hujan Lebat Ribut Petir Dijangka Berlaku Di Beberapa Daerah Di Sabah Sehingga Malam Ini

Hujan Lebat Ribut Petir Dijangka Berlaku Di Beberapa Daerah Di Sabah Sehingga Malam Ini

papar berkaitan - pada 19/10/2021 - jumlah : 199 hits
Hujan Lebat Ribut Petir Dijangka Berlaku Di Beberapa Daerah Di Sabah Sehingga Malam Ini Hujan Lebat Ribut Petir Dijangka Berlaku Di Beberapa Daerah Di Sabah Sehingga Malam Ini Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan...
Navy Deploys Additional Ship Over Encroachment In Eez Off Sabah Sarawak Coast

Navy Deploys Additional Ship Over Encroachment In Eez Off Sabah Sarawak Coast

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 291 hits
The Royal Malaysian Navy has deployed an additional vessel to monitor activities in Malaysian waters following the presence of foreign vessels in Malaysia s Exclusive Economic Zone off Sabah and Sarawak s coast recently RMN Eastern Fleet Co...
Uu Hpp Berpotensi Tingkatkan Pendapatan Negara Hingga Rp140 T Di 2022

Uu Hpp Berpotensi Tingkatkan Pendapatan Negara Hingga Rp140 T Di 2022

papar berkaitan - pada 8/10/2021 - jumlah : 207 hits
Setidaknya pendapatan negara akan bertambah Rp 140 triliun karena adanya kenaikan tarif Pajak Pertambahan Nilai menjadi 11 persen yang akan mulai diterapkan pada 1 April 2022
Program Kartu Prakerja Berlanjut Hingga 2022

Program Kartu Prakerja Berlanjut Hingga 2022

papar berkaitan - pada 8/10/2021 - jumlah : 239 hits
Menurut Airlangga untuk tahun depan sistem Kartu Prakerja masih sama hingga enam bulan pertama sembari menyesuaikan situasi pandemi Covid 19 di Tanah Air
Kapal Tambahan Dikerah Jaga Perairan Eez Sabah Sarawak

Kapal Tambahan Dikerah Jaga Perairan Eez Sabah Sarawak

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 394 hits
Datuk Sabri Zali berkata kapal itu adalah tambahan kepada dua lagi aset TLDM di Beting Patinggi Ali dan berhampiran terumbu Pulau Layang Layang yang sentiasa diawasi 24 jam di sepanjang Laut China Selatan Gambar hiasan SANDAKAN Tentera Laut...
Malaysia Summons Envoy Over Encroachment Of Chinese Vessels Including Off Coasts Of Sabah Sarawak

Malaysia Summons Envoy Over Encroachment Of Chinese Vessels Including Off Coasts Of Sabah Sarawak

papar berkaitan - pada 5/10/2021 - jumlah : 266 hits
Ouyang Yujing has been summoned by Wisma Putra to protest against the presence and activities of Chinese vessels in the South China Sea Bernama photo PUTRAJAYA The Ministry of Foreign Affairs yesterday called in China s ambassado
Harga Tiket Penerbangan Sabah Sarawak Akan Kembali Normal

Harga Tiket Penerbangan Sabah Sarawak Akan Kembali Normal

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 366 hits
Henry berkata kerajaan melalui Mavcom akan terus memantau harga tiket penerbangan untuk semua laluan domestik termasuk laluan antara Semenanjung dan Sabah dan Sarawak Foto fail Bernama Harga tiket penerbangan Sabah Sarawak akan kembali para...
Permohonan Pendaftaran Darjah Satu Ke Sekolah Agama Kerajaan Johor Tahun 2022

Permohonan Pendaftaran Darjah Satu Ke Sekolah Agama Kerajaan Johor Tahun 2022

papar berkaitan - pada 30/9/2021 - jumlah : 1496 hits
Permohonan Pendaftaran Darjah Satu Ke Sekolah Agama Kerajaan Johor Tahun 2022 Alhamdulillah tiba masanya untuk Ummi mengisi borang bendaftaran darjah satu sekolah agama untuk Abang Syamil How time flies Budak pemalu sorang ni dah nak darjah...
Sabah Sarawak Miskin Kerana Wakil Rakyat Pentingkan Diri

Sabah Sarawak Miskin Kerana Wakil Rakyat Pentingkan Diri

papar berkaitan - pada 1/10/2021 - jumlah : 412 hits
Kemiskinan serta kesenjangan melampau di Sarawak dan Sabah bukan kerana kewangan negara yang tidak mencukupi tetapi akibat langsung daripada wakil wakil dari Malaysia Timur di dalam kerajaan pusat dan negeri yang lemah Oleh itu menurut Ketu...
Rethink Strategy To Increase Organ Donation Rate

Senarai Terkini Universiti Terbaik Malaysia 2025

Corn Seller Goes Viral For Racist Notice Sorry Ini Jagung Tiada Jual Sama Orang Keling

Mau Ngembangin Brand Biar Makin Cuan Saatnya Pakai Pendekatan Digital Campaign

Lelaki Misteri Pujuk Singa Terlepas Pulang Ke Kandang

Membaca Amalan Baik Untuk Mencipta Kejayaan

Mercedes Amg Sl 63 Manufaktur Golden Coast A Limited Edition Masterpiece

Spm 2025 Trial Paper Questions Answers


echo '';
Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39

Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia


Lirik Lagu Selendang Ibunda Iman Troye

Teknologi Instalasi Listrik Modern Yang Mengurangi Konsumsi Daya

Kdnk Positif Pakar Saran Kerajaan Perkukuh Langkah Strategik Demi Kesejahteraan Rakyat

Menatap Indahnya Gunung Fuji Dari Tepian Tasik Kawaguchi

Lawatan Penyelidik Universiti Sains Islam Malaysia Ke Center Of Technology Politeknik Ungku Omar Ipoh

Singgah Lunch Di Kafe Olla Janda Baik