Hud Aryan Ditemukan Sudah Meninggal Dunia


Hud Aryan ditemukan sudah meninggal dunia. Pencarian Hud Aryan Mohd Nor Hafifi berusia 19 bulan yang dilaporkan hilang sejak malam kelmarin akhirnya berakhir apabila mayatnya ditemukan tersangkut pada pokok di muara sungai di Kampung Kerila jam 4.20 petang.
Hud Aryan Ditemukan Sudah Meninggal Dunia Penemuan mayat mangsa itu selepas 45 jam dilaporkan hilang dan lokasi penemuan adalah tujuh kilometer dari rumah keluarga mangsa.
Difahamkan, lokasi penemuan mayat mangsa sudah dilalui beberapa kali sejak operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan namun gagal mengesan mangsa.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Mohd Zulkifli Osman, ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tanah Merah (HTM) untuk bedah siasat dan keluarga turut diminta ke hospital.
“Mayat mangsa ditemukan pasukan penyelamat kita yang dianggotai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Bomba dan orang awam.
“Ketika kejadian paras air sungai tinggi dan hari ini air sudah surut mendorong kepada penemuan mangsa,” katanya ketika dihubungi.
Suasana di rumah keluarga mangsa diselubungi kesedihan apabila kedua-dua ibu bapa Hud Aryan dikhabarkan dengan berita penemuan berkenaan.
Ibu mangsa, Azean Nur Atikah Ramley, 34, tidak mampu menahan sebak dan meraung sebelum ditenangkan ahli keluarga yang lain.

Sebelum ini media melaporkan seorang budak lelaki berusia 19 bulan hilang daripada rumah keluarganya dekat Kampung Aira Kuala Tiga.
Anak tunggal, Hud Aryan Mohd Nor Hafifi, disedari tiada dalam rumah kira-kira jam 7.20 malam oleh ahli keluarga.
Ibu saudaranya, Azean Irdawati Ramley, 44, berkata sebelum kejadian, Hud berada dalam rumah kerana diberi makan oleh ibunya sebelum wanita terbabit masuk ke dapur selepas selesai menyuap nasi kepada anaknya itu.
“Kebetulan selepas itu seorang saudara datang ke rumah dan ketika berbual, dia bertanyakan di mana Hud, baru kami menyedari Hud hilang.
“Ibunya mendapati pintu pagar rumah turut terbuka dan keadaan semakin kecoh dengan pencarian dibuat di sekitar parit di hadapan rumah serta hutan sekitar,” katanya
Sumber: Harian Metro
Baca artikel lain juga: Ibu Hud Aryan Banyak Menangis, Yakin Anak Masih Selamat!
 
 
 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
 
 
The post Hud Aryan Ditemukan Sudah Meninggal Dunia appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/hud-aryan-ditemukan-sudah-meninggal-dunia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bilionair Imamkan Solat Jenazah Pikul Keranda Pekerja Meninggal Dunia

Bilionair Imamkan Solat Jenazah Pikul Keranda Pekerja Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 26/2/2025 - jumlah : 353 hits
Bilionair India dan Pengerusi Kumpulan Lulu MA Yusuff Ali menjadi tumpuan media utama selepas video beliau memikul keranda pekerjanya tular dalam talian Dalam klip itu beliau dilihat memikul keranda Shihabuddin seorang penyelia di Pasar Bes...
Bapa Ubah Suai Basikal Untuk Hantar Anak Ke Sekolah Meninggal Dunia

Bapa Ubah Suai Basikal Untuk Hantar Anak Ke Sekolah Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 23/2/2025 - jumlah : 317 hits
Seorang bapa yang pernah tular ubah suai basikal untuk hantar anak ke sekolah dengan meletakkan bumbung serta tong sampah agar buah hatinya tidak terkena panas serta hujan dilaporkan telah meninggal dunia Menerusi perkongsian dari Facebook ...
Pelajar Tingkatan Lima Meninggal Dunia Rebah Ketika Merentas Desa

Pelajar Tingkatan Lima Meninggal Dunia Rebah Ketika Merentas Desa

papar berkaitan - pada 27/2/2025 - jumlah : 352 hits
Seorang pelajar tingkatan lima sebuah sekolah menengah di sini meninggal dunia selepas rebah ketika menyertai aktiviti merentas desa pada pagi tadi Dalam kejadian kira kira pukul 10 45 pagi itu pelajar terbabit Muhammad Haziq Uzayr Hairuddi...
Aktres Michelle Trachtenberg Meninggal Dunia Di Usia 39 Tahun

Aktres Michelle Trachtenberg Meninggal Dunia Di Usia 39 Tahun

papar berkaitan - pada 28/2/2025 - jumlah : 534 hits
Pelakon itu yang juga membintangi musim terakhir Buffy the Vampire Slayer ditemui mati di apartmennya di New York City Pelakon Buffy meninggal dunia pada usia 39 tahun Michelle Trachtenberg ditemui tidak sedarkan diri di apartemennya oleh i...
Azam Smile Meninggal Dunia Tertekan Akibat Kurang Tidur Hidung Dan Tangan Dah Biru

Azam Smile Meninggal Dunia Tertekan Akibat Kurang Tidur Hidung Dan Tangan Dah Biru

papar berkaitan - pada 28/2/2025 - jumlah : 406 hits
Penyanyi Mohamad Azam Zainal Abidin atau lebih dikenali Azam Smile meninggal dunia dan ditemui tidak bernyawa di rumahnya petang semalam Menurut pengurusnya Vina dia menemui penyanyi 38 tahun itu dalam keadaan tidak bernyawa sebaik bergegas...
Adun Ayer Kuning Meninggal Dunia

Adun Ayer Kuning Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 23/2/2025 - jumlah : 291 hits
Malaysiakini nbsp Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Kuning Ishsam Shahruddin menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 58 tahun hari ini Perkara itu disahkan oleh Ketua Pemuda Umno Tapah Fahmi Jakhsi Ya beliau meninggal dunia petang tadi...
19 Bulan Bersama Hud Aryan Kini Perginya Dalam Kenangan

19 Bulan Bersama Hud Aryan Kini Perginya Dalam Kenangan

papar berkaitan - pada 27/2/2025 - jumlah : 2852 hits
Meruntuh jiwa khabar pemergian Hud Aryan Mohd Nor Hafifi si kecil berusia 19 bulan yang akhirnya pulang ke pangkuan Ilahi Tanah Perkuburan Islam Kampung Aira Kuala Tiga Tanah Merah Kelantan menjadi saksi betapa luluhnya hati semua orang yan...
Kedah Lelaki Mengamuk Sah 4 Polis Parah Ditetak Suspek Meninggal Dunia

Kedah Lelaki Mengamuk Sah 4 Polis Parah Ditetak Suspek Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 16/2/2025 - jumlah : 258 hits
Zuliaty Zulkiffliam hmetro com myTANGKAP layar video tular kehadiran polis di lokasi kejadian FOTO tularSungai Petani Empat anggota polis mengalami kecederaan ketika proses menahan seorang lelaki yang mengamuk di Taman Seri Utama di sini se...
Lelaki Meninggal Dunia Atas Pokok Durian

Lelaki Meninggal Dunia Atas Pokok Durian

papar berkaitan - pada 16/2/2025 - jumlah : 255 hits
KOSMOTangkap layar menunjukkan arwah dibawa turun daripada pokok durian dengan tali InstagramJAKARTA Seorang lelaki meninggal dunia di atas pokok durian selepas memanjat pohon itu di Banyuwangi wilayah Jawa Timur lapor portal berita Tribunn...
Don T Politicise Race Based Aid Anwar Says At Deepavali Celebration

Ums Convocation Ceremony To Start One Day Later To Accommodate Sabah Polling Day

Anwar Gets Invitation To Attend Gaza Conference

Can Schools Build Karakter

Jenis Jenis Teknik Berkebun Yang Sesuai Di Malaysia

Mata Kerap Kering Dan Pedih Ini Mungkin Tanda Awal Sindrom Sjogren

Pengantin Baru Lepas Potong Kek Kahwin Tiba Tiba Parcel Sampai

Mca To Field Local Candidates For Sabah Polls Wee


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Redha Seorang Ibu

Pelajar Pasti Al Barakah Maran Berusia Enam Tahun Wakili Pahang Dalam Acara Khutbah Alam Ria Pasti Kebangsaan

Jadi Best Seller Meme Koleksi Editan Foto Fery Suriadi Ini Sangat Fenomenal

Kuewtiaw Kerang Untuk Minum Petang

Iya Kalau Numpang Negeri Orang Mesti Nak Tunjuk Pandai Lebih

Pm Anwar Sokong Usaha Perdamaian Pakistan Afghanistan