19 Bulan Bersama Hud Aryan Kini Perginya Dalam Kenangan


Meruntuh jiwa khabar pemergian Hud Aryan Mohd Nor Hafifi, si kecil berusia 19 bulan yang akhirnya pulang ke pangkuan Ilahi.
Tanah Perkuburan Islam Kampung Aira Kuala Tiga, Tanah Merah, Kelantan menjadi saksi betapa luluhnya hati semua orang yang hadir, termasuk ahli keluarga dan penduduk kampung. Tangisan ibu ayah bersatu dengan sendu orang ramai, meratapi perpisahan yang terlalu awal.
Terdahulu, jenazah Hud Aryan diiringi ahli keluarga dan penduduk kampung disolatkan di Masjid Mukim Kuala Tiga pada pukul 1.00 pagi sebelum selamat dikebumikan pada 2.00 pagi tadi.

Bapa Hud Aryan iaitu Mohd Nor Hafifi Saidee berkata, dia berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat anaknya selama tiga hari.
Dia dan isteri, Azean Nur Atikah Ramley, reda dengan pemergian arwah serta mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesejahteraan arwah anaknya.
“Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutamanya pihak polis pihak Bomba dan NGO.
“Terima kasih kepada penduduk kampung terlibat. Memang terbalas jasa semuanya. Walaupun hanya menemukan jasad arwah, saya dan isteri redha dengan pemergiannya”, katanya.

Terdahulu, jenazah kanak-kanak itu dituntut ahli keluarganya di Unit Forensik Hospital Tanah Merah setelah proses bedah siasat selesai dijalankan sebelum dimandikan dan dikafankan.
Pada Isnin lepas, seorang kanak-kanak lelaki berusia 19 bulan dilaporkan hilang di
Kampung Aira Kuala Tiga, dan operasi pencarian turut dibantu Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA), Unit K9 serta penduduk kampung.
Operasi SAR berakhir semalam apabila mayatnya ditemukan tersangkut pada pokok di muara Sungai Kerila, Tanah Merah kira-kira tiga kilometer dari rumah keluarga mangsa.
Sumber: RTM & Bernama
The post 19 Bulan Bersama Hud Aryan, Kini Perginya Dalam Kenangan appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/19-bulan-bersama-hud-aryan-kini-perginya-dalam-kenangan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Unifi Mobile Kini Ada Pelan Prabayar Dengan Tempoh Aktif 12 Bulan Harga Rm180

Unifi Mobile Kini Ada Pelan Prabayar Dengan Tempoh Aktif 12 Bulan Harga Rm180

papar berkaitan - pada 28/2/2025 - jumlah : 357 hits
Di Malaysia tidak banyak penyedia perkhidmatan Internet menawarkan pelan prabayar dengan tempoh sah kredit nombor telefon sehingga 365 hari atau setahun Namun Unifi Mobile kini menawarkan pelan sedemikian menerusi UNI5G WOW 12 bulan dan UNI...
Bulan Ramadan Bukan Hanya Tentang Ibadah Tetapi Juga Penuh Kenangan Setiap

Bulan Ramadan Bukan Hanya Tentang Ibadah Tetapi Juga Penuh Kenangan Setiap

papar berkaitan - pada 2/3/2025 - jumlah : 396 hits
Bulan Ramadan bukan sekadar tentang ibadah tetapi juga tentang kenangan Setiap kali azan Maghrib berkumandang hati bergetar mengingat waktu lalu saat berbuka bersama menyuap juadah kegemaran arwah berkongsi cerita di meja yang kini terasa s...
Oppo Rancang Bagi Kemas Kini Ai Setiap Bulan

Oppo Rancang Bagi Kemas Kini Ai Setiap Bulan

papar berkaitan - pada 4/3/2025 - jumlah : 196 hits
OPPO telah mengumumkan strategi kecerdasan buatan baharunya di OPPO AI Tech Summit sempena MWC 2025 menegaskan peranannya sebagai peneraju dalam pengalaman AI mudah alih Fokus utama OPPO adalah AI Produktiviti AI Kreativiti dan AI Pengimeja...
Ibu Hud Aryan Banyak Menangis Yakin Anak Masih Selamat

Ibu Hud Aryan Banyak Menangis Yakin Anak Masih Selamat

papar berkaitan - pada 26/2/2025 - jumlah : 3025 hits
Masih lagi tidak dijumpai Lebih 36 jam berlalu selepas Hud Aryan Mohd Nor Hafifi dilaporkan hilang dari rumahnya di Kampung Air Kuala Tiga di sini namun belum ada petunjuk mengenai keberadaan kanak kanak berusia 19 bulan itu Kehilangan anak...
Hud Aryan Ditemukan Sudah Meninggal Dunia

Hud Aryan Ditemukan Sudah Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 26/2/2025 - jumlah : 2945 hits
Hud Aryan ditemukan sudah meninggal dunia Pencarian Hud Aryan Mohd Nor Hafifi berusia 19 bulan yang dilaporkan hilang sejak malam kelmarin akhirnya berakhir apabila mayatnya ditemukan tersangkut pada pokok di muara sungai di Kampung Kerila ...
Mayat Hud Aryan Ditemui Selepas Azan Dilaung Beberapa Kali Di Sungai

Mayat Hud Aryan Ditemui Selepas Azan Dilaung Beberapa Kali Di Sungai

papar berkaitan - pada 27/2/2025 - jumlah : 38571 hits
Nor Fazlina Abdul Rahimnfazlina nstp com myLaporan BH Online mengenai kehilangan Hud AryanTANAH MERAH Allah SWT meminjamkan Hud Aryan kepada kami selama 19 bulan sebelum Allah menariknya semula kata Azean Suhaili Sisiliawati Ramley 42 Azean...
Xiaomi 15 Kini Di Malaysia Snapdragon 8 Elite Skrin 3200 Nits Harga Bermula Rm3 499

Xiaomi 15 Kini Di Malaysia Snapdragon 8 Elite Skrin 3200 Nits Harga Bermula Rm3 499

papar berkaitan - pada 3/3/2025 - jumlah : 575 hits
Xiaomi 15 kini rasmi di Malaysia dengan harga bermula RM3 499 menawarkan reka bentuk premium prestasi andalan dan sistem kamera Leica yang canggih Hadir dalam empat warna Black White Green dan Liquid Silver reka bentuknya menampilkan bingka...
Ubah Wang Haram Ismail Sabri Kini Suspek Bukan Saksi Sprm

Ubah Wang Haram Ismail Sabri Kini Suspek Bukan Saksi Sprm

papar berkaitan - pada 3/3/2025 - jumlah : 348 hits
Ismail Sabri ketika dirawat di sebuah hospital swasta di Kota Damansara yang kini menjadi seorang suspek dalam kes pengubahan wang haram KUALA LUMPUR 3 Mar Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Azam Baki mengesahk...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Hentian Rehat Rawat Seremban

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Senarai Sampah Untuk Ganjaran Diri

Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian Di Malaysia Selangor Catat Jumlah Tertinggi


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Tantangan Ekonomi Unik China Analisis Masalah Dan Implikasinya

Setelah 2 Tahun

Trio Basikal Trek Negara Cipta Sejarah Rangkul Emas Dan Pecah Rekod Kebangsaan Di Sukan Sea 2025

Ini Senarai 10 Hotel Yang Terdekat Dengan Masjidil Haram