Hubungan Umno Pas Sudah Di Penghujung



(Sinar Harian) – Masa depan Muafakat Nasional (MN) kini hampir terkubur apabila hubungan UMNO dan Pas ibarat retak menanti belah.
Manakan tidak apabila satu demi satu Badan Perhubungan UMNO Negeri yang sudah ‘membakar jambatan’ dan menamatkan kerjasama secara rasmi dengan Pas.
Terbaharu, UMNO Kelantan membuat keputusan untuk tidak lagi bersama dengan Pas negeri menerusi Muafakat Nasional (MN), berkuat kuasa serta-merta.
Malah, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, dalam kenyataan pada Sabtu berkata, UMNO membuat keputusan itu berikutan Pas Kelantan yang masih menjalin kerjasama dengan Bersatu dan tetap memilih parti itu untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Ahmad Jazlan berkata, keputusan berkenaan mencapai kata sepakat daripada ahli UMNO negeri selepas mengadakan mesyuarat khas dengan Pas negeri di kediaman rasmi Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob, pada Jumaat.
Beliau berkata selagi Pas di peringkat negeri dan pusat memberi sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, maka selama itulah tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO Kelantan akan memberi sokongan kepada kerajaan negeri.
“Demi kestabilan politik dan menghormati keputusan demokrasi yang diberikan oleh rakyat pada pilihan raya lalu, biarlah kerajaan negeri mengurus tadbir rakyat Kelantan tanpa ada apa-apa tekanan.
“Walaupun tidak lagi bekerjasama dengan Pas, namun UMNO akan tetap memberi sokongan kepada kerajaan negeri dan Menteri Besar Kelantan.
Berikutan itu, Ahmad Jazlan berkata, UMNO negeri juga membuat keputusan untuk bertanding di semua 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 14 kerusi Parlimen di Kelantan pada PRU15.
Begitu juga nasib MN di Johor yang dilihat tidak jauh bezanya dengan di Kelantan apabila Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed, sudah mengesahkan tiada kerjasama dengan Pas dalam PRN Johor nanti.
Di peringkat pusat pula, ramai pemimpin tertinggi UMNO awal-awal sudah memukul canang bahawa Barisan Nasional (BN) akan bertanding solo pada PRU15 nanti tanpa kerjasama dengan Pas yang kini sedang bahagia bersama Bersatu.
Malah, difahamkan antara punca utama pemecatan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat adalah kerana Setiausaha Majlis Ulamak itu sering mengingatkan Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengenai matlamat asal penubuhan gagasan MN.
Biarpun pada kaca mata penyokong dan pemimpin Pas nampak seperti mahu meneruskan kerjasama dengan UMNO untuk menjayakan matlamat asal MN, namun hakikat sebenar adalah berbeza kerana mereka dilihat lebih selesa bersama Bersatu dalam gabungan Perikatan Nasional (PN).
UMNO pula kini mampu berdikari tanpa Pas yang pernah menjadi ‘tongkat’, tempat mencari kekuatan untuk bangkit selepas tewas PRU14 lalu.
Mereka menjadi bertambah yakin mampu kembali menjadi parti pemerintah selepas BN menang besar dengan menguasai 21 daripada 28 DUN dalam PRN Melaka.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2022/01/24/hubungan-umno-pas-sudah-di-penghujung/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hubungan Pas Umno Makin Tegang

Hubungan Pas Umno Makin Tegang

papar berkaitan - pada 31/1/2022 - jumlah : 115 hits
Johor mungkin menjadi medan tempur antara PAS Umno sekiranya pertelingkahan antara dua parti berkenaan tidak diperbetulkan kata penganalisis politik PETALING JAYA Dua penganalisis politik berbeza pandangan sama ada hubungan Umno dan PAS sud...
Umno Kelantan Putus Hubungan Dengan Pas Lepas Jumpa Ismail Sabri

Umno Kelantan Putus Hubungan Dengan Pas Lepas Jumpa Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 23/1/2022 - jumlah : 150 hits
agendaily com22 1 2022UMNO Kelantan memutuskan hubungan kerjasama dengan PAS negeri itu berkuat kuasa serta merta selepas bertemu Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Kota Bharu hari ini Badan Perhubungan UMNO Kelantan menga...
We Ll Talk With Umno If Polls Called In Johor Says Pas

We Ll Talk With Umno If Polls Called In Johor Says Pas

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 697 hits
PAS says it is ready for polls in Johor but discussions on cooperation with Umno will continue SHAH ALAM PAS deputy president Tuan Ibrahim Tuan Man has hinted that the Islamist party could work with Umno should state elections be called in ...
Hubungan Pas Umno Di Perak Baik

Hubungan Pas Umno Di Perak Baik

papar berkaitan - pada 27/1/2022 - jumlah : 119 hits
PARIT BUNTAR Pas Perak menyifatkan hubungan mereka dengan UMNO Perak masih baik Pesuruhjaya Pas Perak Razman Zakaria berkata setakat ini mereka tidak mempunyai sebarang masalah untuk bekerjasama dengan UMNO dalam pentadbiran negeri Menurutn...
Last2 Pas Kena Kencing Sama Umno

Last2 Pas Kena Kencing Sama Umno

papar berkaitan - pada 28/1/2022 - jumlah : 208 hits
King maker dah jadi king joker Dah bankrap Hutang tanpa cagaran bagaimana pula Finance minister Tengku Zafrul Aziz should explain how failed Genting Hong Kong got RM2 5 billion in unsecured loans from three local banks opposition leader Anw...
Tolak Tawaran 4 Kerusi Dari Umno Pas Bukan Minta Sedekah Abdul Hadi

Tolak Tawaran 4 Kerusi Dari Umno Pas Bukan Minta Sedekah Abdul Hadi

papar berkaitan - pada 29/1/2022 - jumlah : 182 hits
SatuBerita myBy January 28 2022 PAS menolak empat kerusi yang ditawarkan oleh Barisan Nasional pada Presidennya Tan Sri Abdul Hadi Awang turut menegaskan bahawa PAS tidak akan meminta sedekah untuk mendapatkan kerusi Melaka nak beri dua ker...
Prn Johor Walaupun Pas Menang 1 Kerusi 4 Kerusi Umno Tawar Tidak Cukup

Prn Johor Walaupun Pas Menang 1 Kerusi 4 Kerusi Umno Tawar Tidak Cukup

papar berkaitan - pada 28/1/2022 - jumlah : 139 hits
PAS tidak dapat menerima tawaran empat kerusi daripada BN untuk mereka bertanding dalam pilihan raya negeri Johor Melaka nak beri dua kerusi Johor nak beri empat Takkan kita minta sedekah kerusi kerusi ini PAS bukan minta sedekah PAS ada ke...
Umno Dan Pas Selangor Teruskan Mn

Umno Dan Pas Selangor Teruskan Mn

papar berkaitan - pada 24/1/2022 - jumlah : 183 hits
ismaweb net Tak boleh ikut jejak Kelantan kerana kedua dua parti pembangkangBANGI 20 Jamadilakhir 1443H Ahad UMNO Selangor akan meneruskan kerjasama dengan PAS menerusi Muafakat Nasional Perkara tersebut ditegaskan Pengerusi Badan Perhubung...
Towards More Comprehensive Pension Reform

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

Big Bucks Top 10 Sellers From Bonhams Spring Stafford Sale

Berebut Kasih

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Reaching Out

World Bank Report Says Malaysian Children Not Learning Enough In Schools

Penuhkan Keseniangan Anda Dengan Kedatangan Terbaru Vivo V30e 5g Di Malaysia



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


Cara Guna Baki Gas Dalam Tong Gas Yang Hampir Habis

The Infinite Rise House By Earthscape Studio In Anaikatti India

Territorial Sea Act Still Valid And Applicable Including In T Ganu Pmo

Bomba Extinguishes Blaze That Razed 40 Of Pasir Gudang Palm Oil Factory

Towards More Comprehensive Pension Reform

Sayur Tauge Masak Lemak Putih Untuk Lunch