Hubungan Pas Umno Makin Tegang


 
Johor mungkin menjadi medan tempur antara PAS-Umno sekiranya pertelingkahan antara dua parti berkenaan tidak diperbetulkan, kata penganalisis politik.PETALING JAYA: Dua penganalisis politik berbeza pandangan sama ada hubungan Umno dan PAS sudah mencapai titik penamat, susulan kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang, baru-baru ini.
Pemerhati politik Mohd Sayuti Omar, berkata keretakan melanda dua parti berkenaan mengakibatkan jurang hubungan antara parti itu kian melebar dan mungkin “terputus pada bila-bila masa”.
“Piagam yang ditandatangani sudah dicarik,” katanya kepada FMT, merujuk kepada gagasan Muafakat Nasional ditandatangani oleh kedua-dua parti itu, pada 2019.
Dan sekiranya pertelingkahan antara dua parti itu tidak diperbetulkan sebelum pilihan raya negeri (PRN) Johor nanti, Sayuti berkata, negeri berkenaan akan bertukar menjadi medan tempur dengan kedua-dua parti itu sekali lagi menjadi musuh, seperti mana yang berlaku pada 1990-an.

Katanya, kegagalan mencari titik persamaan hanya akan menjadikan kedua-dua parti itu bertembung pada pilihan raya umum, terutama sekiranya Perikatan Nasional menang besar pada PRN Johor.
Andai perkara itu berlaku, beliau berkata, PAS akan menolak Umno.
Bagaimanapun, Sayuti tidak menolak kemungkinan dua parti berkenaan kembali berdamai selepas pilihan raya umum ke-15 lebih-lebih lagi jika berlaku perubahan pucuk pimpinan PAS.
“Perikatan antara Umno dan PAS ditentukan kepimpinan tertinggi PAS, bukan disebabkan faktor luaran.”
Dalam pada itu, Felo Kanan Kajian Strategik Akademi Nusantara Azmi Hassan, tidak berpandangan hubungan PAS-Umno sudah sampai ke penghujungnya.
Bahkan, perkongsian kuasa termasuk pembahagian kerusi di kubu kuat PAS akan menjadi penentu terutama di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
Katanya, PAS mungkin terasa dihina dan dibiarkan berada dalam kekecewaan berikutan hanya ditawarkan Umno empat kerusi sahaja menjelang PRN Johor.
Umno yang mempertahankan keputusan itu, menyatakan bahawa parti itu meraih undi lebih besar berbanding PAS dalam kawasan yang sebelum ini parti itu tewas di negeri berkenaan.
“Namun, saya tidak fikir mereka sudah mencapai titik penamat.”
Bagaimanapun, PAS perlu mengemukakan sesuatu untuk mengekalkan hubungannnya bersama Umno, kata Azmi.
Beliau berkata, PAS berhasrat menumpang kekuatan dimiliki Umno, terutama di kubu kuat mereka seperti di Melaka dan Johor.
Azmi berkata, justeru, PAS perlu memberi tawaran balas yang tidak mampu ditolak di negeri Pantai Timur, yang dikawal parti berkenaan.
“Umno sedang menunggu perkara itu (tawaran balas) dan maklum balas itu akan menentukan sama mengekal atau meruntuhkan hubungan kedua-dua parti berkenaan”. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/01/hubungan-pas-umno-makin-tegang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hubungan Pas Umno Di Perak Baik

Hubungan Pas Umno Di Perak Baik

papar berkaitan - pada 27/1/2022 - jumlah : 119 hits
PARIT BUNTAR Pas Perak menyifatkan hubungan mereka dengan UMNO Perak masih baik Pesuruhjaya Pas Perak Razman Zakaria berkata setakat ini mereka tidak mempunyai sebarang masalah untuk bekerjasama dengan UMNO dalam pentadbiran negeri Menurutn...
Pas Umno Makin Galak Bergaduh

Pas Umno Makin Galak Bergaduh

papar berkaitan - pada 31/1/2022 - jumlah : 156 hits
PAS Umno Makin Galak Bergaduh Gelaran yang dilemparkan Presiden PAS Abdul Hadi Awang kepada Umno seperti itik patah kaki bukanlah sesuatu yang luar biasa kata Pengarah Komunikasi BN Dr Shamsul Anuar Nasarah Ini kerana katanya parti Islam it...
Hubungan Umno Pas Sudah Di Penghujung

Hubungan Umno Pas Sudah Di Penghujung

papar berkaitan - pada 25/1/2022 - jumlah : 161 hits
Masa depan Muafakat Nasional kini hampir terkubur apabila hubungan UMNO dan Pas ibarat retak menanti belah Manakan tidak apabila satu demi satu Badan Perhubungan UMNO Negeri yang sudah membakar jambatan dan menamatkan kerjasama secara rasmi...
Umno Kelantan Putus Hubungan Dengan Pas Lepas Jumpa Ismail Sabri

Umno Kelantan Putus Hubungan Dengan Pas Lepas Jumpa Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 23/1/2022 - jumlah : 150 hits
agendaily com22 1 2022UMNO Kelantan memutuskan hubungan kerjasama dengan PAS negeri itu berkuat kuasa serta merta selepas bertemu Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Kota Bharu hari ini Badan Perhubungan UMNO Kelantan menga...
We Ll Talk With Umno If Polls Called In Johor Says Pas

We Ll Talk With Umno If Polls Called In Johor Says Pas

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 698 hits
PAS says it is ready for polls in Johor but discussions on cooperation with Umno will continue SHAH ALAM PAS deputy president Tuan Ibrahim Tuan Man has hinted that the Islamist party could work with Umno should state elections be called in ...
Pas Akan Buat Pertimbangan Serius Sebelum Memutuskan Hubungan Politik Dengan Umno

Pas Akan Buat Pertimbangan Serius Sebelum Memutuskan Hubungan Politik Dengan Umno

papar berkaitan - pada 3/2/2022 - jumlah : 227 hits
PETALING JAYA PAS hanya akan memutuskan hubungan politiknya bersama UMNO selepas melakukan beberapa pertimbangan serius apabila tercetus pengkhianatan sebilangan pemimpin UMNO termasuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional Ketua Peneranga...
Umno Kata Pas Dan Pas Kata Umno

Umno Kata Pas Dan Pas Kata Umno

papar berkaitan - pada 31/1/2022 - jumlah : 173 hits
UMNO KATA PAS PELACUUUR KEMUDIAN PAS KATA UMNO ITEK PATAH KAKI PUAD TANYA PAS SIAPA PATAH KAKI MANA SATU TUDUHAN YANG MENYAKITKAN SATU PARTI MELAYU DAN SATU LAGI PARTI ISLAMDISYORKAN DUA DUA PARTI INI BERDEBAT BARU ANAK JANTAN INI DUA PARTI...
Pemimpin Pas Selangor Mustahil Tawan Selangor Tanpa Kerjasama Umno

Pemimpin Pas Selangor Mustahil Tawan Selangor Tanpa Kerjasama Umno

papar berkaitan - pada 24/1/2022 - jumlah : 142 hits
Nora MahparPETALING JAYA PAS Selangor akan meneruskan kerjasama dengan Umno untuk menawan negeri itu pada PRU akan datang sekali pun persoalan mengenai penyertaan Bersatu dalam Muafakat Nasional masih berterusan kata Timbalan Pesuruhjaya PA...
Pesanan Buat Sang Suami

Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Pesanan Datin Thalia Kepada Wanita Jadilah Wanita Yang Mahal

Thousands Rally On Labour Day Demand Better Rights

Set Up Gig Workers Commission Quickly Says Anwar

Continuous Learning

Embark On The Journey Of Family Togetherness With Sharp This Parents Day

Pengangguran Hilang Kerja Dan Kerja Luar Bidang



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Meneladani 3 Nilai Semangat Ki Hajar Dewantara Sebagai Bapak Pendidikan Indonesia

Beyond The Buzz Exploring The Science Behind Mushroom Gummie

Senandung Buruh Kasar

Dibunuh Kerana Tak Mahu Rujuk Selepas Bercerai Mayat Disumbat Dalam Bagasi

Pertahan Keharmonian Bagi Mengukuhkan Ekonomi Negara Mohamad Sabu

Jangan Nanti Plot Twist Didakwa Ambil Barang Terlarang Sarah Yasmine Tak Takut Buat Ujian Air Kencing