Hubungan Pas Dengan Dap Memang Rapat



 Alkisahnya, dahulu hubungan Parti Islam Se Malaysia (Pas) dengan Parti Tindakan Demokratik (DAP) memang rapat. 
Pemimpin kedua-dua parti itu pernah menegaskan bahawa kerjasama dalam Pakatan Rakyat berteraskan dasar bersama atau manifesto yang mengikut konsep Negara Berkebajikan Pas dan perjuangan adil untuk semua oleh DAP.
 

Pas berhak memperjuangkan aqidah dan konsep negara Islam secara sendiri. Manakala DAP juga berhak memperjuangkan negara berperlembagaan parlimen yang tidak sehaluan dengan konsep negara Islam.
Pemimpin Pas dan DAP mengakui perbezaan di antara Pas dan DAP hanya setakat lima peratus, sedangkan mereka bersetuju 95 peratus untuk menegakkan kebebasan, keadilan, kebenaran, intergriti dan demokrasi untuk semua.
Oleh itu, Manifesto Pakatan Rakyat adalah berteraskan dasar bersama yang dipersetujui oleh ketiga-tiga parti yang tidak menindas atau tidak menolak hak mana mana bangsa, agama ataupun jantina.
Lalu, pemimpin parti yang membentuk Pakatan Rakyat menyeru bersatu melawan yang dianggap kemungkaran dan amalan rasuah BN yang merupakan masalah terbesar dalam negara. Mereka bersatu untuk menentang BN pada PRU-13 yang diadakan pada 5 Mei 2013.
Sememangnya politik kerjasama Pas dan DAP menarik minat banyak pihak kerana dasar perjuangan mereka umpama langit dan bumi.
 

Malah, politik kerjasama yang pernah mereka jalinkan sebelum ini didakwa hanya bersifat jangka pendek, iaitu pakatan pilihan raya (untuk menang pilihan raya).
 

Sebelum itu, kerjasama awal mereka terbentuk melalui Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (Gerak) bersama Parti Keadilan, Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
 

Gerak buat pertama kali menggabungkan kerjasama Pas dan DAP yang bersetuju memperjuangkan isu dan kepentingan bersama seperti keadilan, kebebasan, demokrasi dan hak asasi manusia.
 

Gerak telah berjaya menemukan Pas dan DAP dalam satu platform dengan memberi tumpuan kepada isu dan kepentingan umum seperti demokrasi dan keadilan.
 

Dalam hal ini, Lim Kit Siang pernah menegaskan kerjasama DAP dan Pas adalah berasaskan isu-isu tertentu demi faedah bersama.
 

Ini bermakna kerjasama Pas dan DAP bukan membabitkan soal dasar dan perjuangan parti termasuk untuk menegakkan negara Islam.
 

Malah, Mursyidul Am PAS ketika itu, Datuk Nik Aziz Nik Mat menyifatkan Gerak adalah langkah pertama yang penting dalam merapatkan hubungan Pas dan DAP.
 

Bagi beliau, Gerak adalah ‘benih’ yang pada akhirnya akan menyatukan Pas dan DAP kerana percaya lambat laun DAP akan boleh menerima konsep Islam yang dibawa oleh partinya.
 

Lanjutan daripada Gerak itu maka tertubuhnya Barisan Alternatif (BA) yang disertai Pas, DAP, Parti Keadilan Nasional (Keadilan) dan Parti Rakyat Malaysia(PRM) sebagai persiapan menghadapi PRU Ke-10 tahun 1999 dan dan mengeluarkan manifesto bersama.
Bagaimanapun, ia bukan satu bentuk gabungan rasmi parti. Kerjasama ini membawa kepada Pas dan DAP bersetuju untuk melaksanakan strategi satu lawan satu dalam Pilihan Raya Umum ke-10 pada 1999 untuk menentang BN. 

 

Hasilnya Pas menang lebih banyak kerusi parlimen dan merampas negeri Terengganu. Sedangkan DAP mengalami banyak kekalahan, termasuk pemimpin utama. Akibat itu, berlaku perpisahan sementara antara Pas dengan DAP.
 

Kerjasama Pas dengan DAP sekali lagi berlaku melalui Pakatan Rakyat (PR) yang ditubuh pada April 2008, yang turut melibatkan Keadilan. PR sebenarnya telah wujud sebelum PRU Ke-12 yang diadakan pada 8 Mac 2008 di mana pembangkang menang 82 kerusi daripada 222 kerusi parlimen, sekaligus menafikan kemenangan dua pertiga BN.
 

PR ditubuhkan dengan harapan dapat memberi monentum lebih baik untuk menghadapi pilihan raya seterusnya. Ternyata usaha itu berjaya apabila PR menang 89 kerusi daripada 222 kerusi.
 

Disebabkan perbezaan idologi antara Pas dengan DAP, maka PR dibubarkan pada Julai 2015 dan terbentuklah Pakatan Harapan (PH) yang dianggotai Keadilan dan DAP tanpa Pas.
 

Manakala Pas pula membentuk Gagasan Sejahtera bersama Pari Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) pada 2016 dan ikuti penyertaan Parti Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) kemudiannya. Gagasan ini kemudiannya berkubur pada tahun 2020.
 

Hubungan Pas dengan DAP yang diasaskan bukan atas dasar kebersamaan perjuangan itu bersambung dan putus beberapa kali, dan sekarang dalam “mood” putus. Dalam politik segala kemungkinan boleh terjadi, termasuk mungkin Pas dan DAP kembali bersatu.
 


















Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sambungtitik.blogspot.com/2024/12/pas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dap Called Subversive When Pas Has History Of Derhaka

Dap Called Subversive When Pas Has History Of Derhaka

papar berkaitan - pada 5/1/2025 - jumlah : 163 hits
MP SPEAKS I am compelled to respond to the utterly preposterous claim by PAS Youth deputy chief Hafez Sabri who recently branded DAP as a subversive force allegedly undermining the sovereignty of Islam in Malaysia Let me remind him that DAP...
Rally Cancellation Umno S Afraid Of Dap Says Pas

Rally Cancellation Umno S Afraid Of Dap Says Pas

papar berkaitan - pada 5/1/2025 - jumlah : 240 hits
Umno s decision to cancel the rally in support of its former president Najib Abdul Razak this Monday has become a subject of ridicule by PAS who suggested that the Malay centric party was afraid of DAP In saying this PAS deputy president Tu...
Pemuda Pas Perlis Ngo Buat Laporan Polis Terhadap Pemimpin Dap

Pemuda Pas Perlis Ngo Buat Laporan Polis Terhadap Pemimpin Dap

papar berkaitan - pada 31/12/2024 - jumlah : 269 hits
KANGAR Pemuda Pas Perlis bersama enam badan bukan kerajaan membuat tujuh laporan polis ke atas dua pemimpin DAP yang didakwa cuba menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini Laporan berkenaan dibuat terhadap Menteri Perumahan dan Kerajaa...
Umno Anjur Perhimpunan Pas Nak Tumpang Tiba Tiba Bila Umno Ikut Saranan Ydp Agong Pas Salahkan Dap Lebai Lebai Kiok

Umno Anjur Perhimpunan Pas Nak Tumpang Tiba Tiba Bila Umno Ikut Saranan Ydp Agong Pas Salahkan Dap Lebai Lebai Kiok

papar berkaitan - pada 4/1/2025 - jumlah : 236 hits
W FaudzinTuan Berahim katik kata keputusan umno tidak mahu berhimpun di mahkamah pada 06hb ini adalah kerana Umno ikut telunjuk DAP Yang anjur himpunan tu Umno Yang terhegeh hegeh nak tumpang berhimpun tu Pas Tiba tiba DAP pulak yang dikait...
Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

1mdb Witness Protection Chief Rebuffs Najib S Subpoena

1mdb Withdraws Suit Against Singaporean Woman In Rosmah S Luxury Goods Case

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

Bab 4 April 2025

Raya Di Teratak Kecil Nieyl

Gildcoustic Feat Staso Prasetyo Bapak Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Energy Efficient Shredders That Don T Compromise On Cutting Force

Timbalan Presiden Pas Pn Dijangka Rombak Struktur Kepimpinan

Penangguhan 90 Hari Tarif As Bantu Ringankan Beban Malaysia

Dah Makan Tengahari Apa Menu Hari Ini Jom Resepi Lala A K A Retak Seribu

Chemical Peel Treatment In Malaysia Restore Your Skin S Natural Glow

Harga Langganan Playstation Plus Naik Di 15 Negara