Huawei Mate 30 Dan Mate 30 Pro Dilancarkan Rakaman Video Gerak Perlahan 7680 Fps Dan Pengecaman Tangan
Huawei Mate 30 dan Mate 3o Pro akhirnya dilancarkan secara rasmi di Munich hari ini. Peranti ini meneruskan tradisi Huawei sejak dua tahun kebelakangan ini dengan memperkenalkan inovasi pada kemampuan kamera utamanya. Kali ini dengan kamera utama yang boleh merakam video gerak perlahan pada tetapan 720P 7680 bingkai sesaat. Ini adalah lapan kali ganda lebih tinggi berbanding rakaman video 720P 960 FPS pada Galaxy Note 10+. Malahan pada Mate 30 video gerak perlahan 1080P 960FPS boleh dilakukan.
Dari segi spesifikasi Mate 30 Pro dilengkapi skrin 6.53″ Flex OLED 2400×1176 pixel dengan rekaan Horizon Display. Skrin melengkung ke sisi hampir pada sudut tegak sekaligus memberikan peratusan permukaan skrin melangkau 95%. Seperti Mate 2o Pro, Mate 30 Pro mengekalkan sistem imbasan wajah secara 3D yang diletakkan di dalam takuk yang agak besar dan pengimbas jari dalam skrin. Dari segi kemampuan kalis air pula ia melepasi tahap IP68.
Ia dijana cip terkini Kirin 990, memori sehingga 12GB RAM, storan sehingga 512GB dan bateri sebesar 4500 mAh. Sistem pengecasan 40W disokong menerusi sambungan USB-C atau 27W secara nirwayar.
Kerana penggunaan skrin sisi yang besar, hanya satu butang kuasa fizikal diletakkan pada bahagian sisi kanan. Menggantikan butang suara ialah sistem Side Touch yang membenarkan pengguna mengkustomasi butang yang ingin diletakkan pada sisi dan kedudukannya,
Kamera utama pula menggabungkan sensor 40+40+8+3D TOF. Dwi-sensor 40-Megapixel dipadakan dengan lensa sudut lebar dan ultra sudut lebar. Sensor 8-Megapixel pula dipadakan dengan sistem telefoto zum 3X optikal atau 30X digital dengan mekanisme periskop sama seperti pada P30 Pro. Kamera swafoto pula sebesar 32-Megapixel.
Mate 30 mengekalkan spesifikasi yang sama cuma skrin sebesar 6.61″ OLED 2340×1080 pixel rata dengan takuk yang lebih kecil pada bahagian hadapan dan kamera swafoto mengecil ke 24-Megapixel. . Bateri sebesar 4200 mAh disertakan dengan kemampuan pengecasan yang sama. Pengimbas cap jari dalam skrin turut disertakan tetapi tiada Side Touch kerana butang kuasa serta suara fizikal dikekalkan. Peranti ini hanya mempunyai tahap ketahanan IP53.
Satu lagi fungsi baharu yang diperkenalkan ialah sokongan mengawal peranti menggunakan gesture tanpa sebarang sentuhan. Ini menjadikannya setaraf dengan sistem yang telah diperkenalkan pada LG G8 ThinQ dan kelak pada Pixel 4. Kedua-dua peranti juga adalah yang pertama menggunakan pelancar EMUI 10 secara rasmi yang pada waktu ini hanya diberikan dalam bentuk beta kepada sesetengah P30 Pro.
Sensor 3D pada bahagian hadapan Mate 30 Pro juga dengan bijak menukar orientasi skrin berdasarkan wajah pengguna. Skrin tidak akan bertukar mendatar ketika pengguna berbaring kerana ia mengikut orientasi kepala pengguna,
Kedua-dua peranti ditawarkan dalam warna Emerald Green, Space Silver, Cosmic Purple dan Black. Untuk Mate 30 Pro terdapat edisi khas dengan kemasan kulit vegan dalam warna oren dan hijau.
Sedang dikemaskini.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://penlawak.blogspot.com/2019/09/huawei-mate-30-dan-mate-30-pro.html